"" Gedung Purba: Panduan dan Motivasi
Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Jumaat, 22 April 2016

Panduan dan Motivasi

Ustaz Youtube kerap tampil beri huraian agama dengan tujuan raih populariti.
Kecelaruan kefahaman dalam agama. Itu isu membelenggu masyarakat Islam di Malaysia apabila kefahaman segelintir umat Islam kini dicampuraduk dengan pelbagai sumber yang diragui kebenarannya.
Lebih membimbangkan, kecelaruan itu mudah didapati dan disebar menerusi medium yang senang dicapai dan dihadam dengan cepat seperti Internet yang boleh diakses menerusi telefon pintar.
Justeru, sejauh mana masyarakat Islam di negara ini marnpu menepis dakyah dan dakwah ‘palsu’ itu dan sejauh mana ia boleh menjejaskan akhlak dan akidah umat Islam di Malaysia.
Bagi merungkai permasalahan itu, wartawan Mohd Husni Mohd Noor menemu bual secara eksklusif Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Abdullah Muhammad Zin yang juga Pengerusi Institut Wasatiyah Malaysia (IWM).
Boleh Tan Sri jelaskan maksud kecelaruan ke fahaman dalam agama dan apakah punca berlakunya perkara ini dalam kalangan umat Islam di Malaysia?
Perkataan celaru mengikut Kamus Dewan membawa maksud tidak tentu arah, tidak berperaturan, kacau bilau atau huru hara.
Manakala, jika ditafsir kecelaruan kefaha­man dalam agama, seseorang individu itu tidak mengikut pengajian Islam yang sebenar de­ngan ungkapan lain mereka tidak belajar daripada murshid atau guru agama yang ber tauliah.
Dengan kata lain, kecelaruan kefahaman agama itu berlaku akibat mencedok ilmu agama daripada sumber yang tidak sahih. Sebagai contoh, sekarang ini sumber kefahaman agama boleh diperoleh dengan mudah menerusi laman YouTube sehingga wujud istilah 'ustaz YouTube’ yang kerap tampil memberi huraian mengenai agama dengan tujuan meraih populariti. Mengambil pengetahuan agama dari sumber tidak sah boleh diibaratkan seperti mencedok air dari hulu sungai yang mana aimya tidak jernih dan kotor. Begitu juga dalam agama, jika ia diperoleh dari sumber tidak sah maka jawapan yang diperolehnya akan menimbulkan kecelaruan kefahaman.
Ada yang mengatakan, jika pelajaran agama itu tidak diambil dari guru agama yang sah, maka gurunya adalah syaitan.
Golongan manakah yang paling terkesan dengan kecelaruan kefahaman agama dan adakah media sosial juga menjadi punca utama perkara ini berlaku?
Golongan muda adalah yang paling terkesan dan mudah terdedah dengan kecelaruan ker fahaman agama namun pada masa sama, go­longan dewasa juga tidak terkecuali dan ramai yang terbabit dengan kecelaruan fahaman aga­ma dan membawa kepada terpengaruh dengan ajaran sesat.
Saya melihat golongan muda ini suka menonjolkan diri dalam masyarakat dan berani mengeluarkan pandangan serta pendapat ke­pada masyarakat sebagaimana beraninya me­reka menunjukkan keberanian tidak bertempat seperti menaiki tempat tinggi sehingga membahayakan diri.
Menurut kajian TNS Global, 66 peratus pengguna Internet di Malaysia mengakses aplikasi media sosial setiap hari. Daripada 20.1 juta pengguna Internet, 59 peratus berusia 30 tahun ke bawah iaitu golongan muda.
Golongan ini suka kepada media sosial dan Internet, malah mereka lebih suka mengakses kemudahan itu untuk mendapatkan pelbagai berita tanpa perlu memeriksa sama ada ia dari sumber sah atau palsu.
Jika dilihat ada pihak yang berlumbalumba mengeluarkan pendapat dalam isu agama wa laupun bukan pihak yang berkuasa, adakah ini bermakna umat Islam di negara ini semakin malas menggali ilmu secara berguru dengan ilmuan sebaliknya suka menceduk dari bahan bacaan yang tidak diketahui kesahihannya?
Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang mana semua rakyatnya boleh menge luarkan pendapat malah, kebebasan bersuara itu dilihat bagus di mana semua orang boleh menyatakan pandangan masing-masing.
Jika dikawal ia dibimbangi akan menyebabkan masyarakat terdesak dan menggu nakan saluran lain termasuk gerakan bawah tanah bagi menyuarakan pendapat dan pan­dangan.
Bagi saya, semua orang boleh memberi pen dapat namun ia mesti berdasarkan fakta. Saya sebagai ahli agama boleh saja bercakap mengenai sains, tetapi pada masa sama saya bimbang jika pandangan saya itu diketawakan orang. Kalau kita bercakap tanpa fakta dan sumber yang sah, ia mungkin diketawakan orang.
Begitu juga dalam bidang agama, kalau orang itu mahu bercakap pasal agama, dia perlu mempunyai ilmu mencukupi untuk membicarakan sesuatu isu agama.
Misalnya berkaitan status haji mabrur yang dibicarakan seorang tokoh negarawan, saya melihat pandangan itu boleh menimbulkan salah tanggapan orang ramai kerana ia tidak berpandukan ilmu agama.
Bagi saya, sekiranya mahu haji yang di kerjakan itu mabrur, maka jemaah itu perlu mengerjakan ibadah tersebut dengan ikhlas.
Saya mengambil contoh, ada mufti yang membicarakan mengenai hukum solat dengan kain yang dicuri. Mufti berpendapat solat yang dikerjakan itu sah dan dia berdosa kerana mencuri kain tersebut. Masyarakat perlu fa ham bahawa fatwa hanya boleh dikeluarkan oleh mereka yang ‘berauthoriti’ (memiliki kuasa/kebenaran yang sah) saja iaitu mufti di setiap negeri dan muzakarah jawatankuasa fatwa kebangsaan di peringkat negara.
Saya merasakan tindakan individu yang mempersoalkan status haji itu dibuat atas dasar kepentingan peribadi selain mahu menonjolkan personalitinya dan menunjukkan kepada masyarakat balhawa dia boleh ber­cakap dalam semua bidang.
Tindakan itu dilihat boleh menimbulkan kecelaruan dalam fahaman agama yang bercanggah dengan Islam, justeru, pandangan itu perlu dihindari.
Dalam bidang agama, jika seseorang itu bercakap tanpa berlandaskan ilmu-ilmu yang sahih, maka pandangan itu diragui dan mem bawa keresahan masyarakat.
Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang memberi kebebasan bersuara kepada rakyatnya. Bagi saya majoriti rakyat Malaysia terutama umat Islam di negara ini sudah matang untuk menilai apa saja pandangan.
Setiap ilmu yang dibicarakan harus dijawab dengan ilmu, hujah dijawab dengan hujah, barulah setanding. Setiap persoalan pengetahuan juga perlu dibalas dengan pengetahuan dan jangan hanya mahu menegakkan benang yang basah.
Apakah peranan boleh dilaksanakan semua pihak dalam menangani kecelaruan dalam aga ma hari ini?
Tugas dakwah adalah peranan bersama sa­ma ada di peringkat pemerintah, institusi agama dan individu Islam. Saya rasa kom binasi semua pihak perlu dan semua pihak mempunyai tanggungjawab untuk menangani kecelaruan dalam agama ini.
Kerajaan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri (MAIN/JAIN) perlu membuat pencerahan dan penjelasan kepada masya­rakat mengenai kecelaruan kefahaman agama ini. Selain itu, institusi sosial seperti masjid, surau, kelab dan sekolah mesti berperanan dan fokus pada kelompok sasaran ma­sing masing.
Dalam pada itu, alim ulama dan ahli agama perlu tampil memberi pandangan masing-masing terutama dalam menjawab isu agama dan jangan pula menggawatkan sua- sana untuk meraih populariti.
Jika boleh, golongan alim ulama dan ahli agama duduk bersama di meja rundingan dan perbincangan untuk menjawab isu agama yang timbul dalam masyarakat.
Apakah prinsip umum yang diguna pakai da lam pembinaan fatwa yang boleh diterima semua pihak?
Di Malaysia, pembinaan fatwa dibuat selepas mengambil kira pendapat yang muk tamad mengikut mazhab Shafie dan pendapat yang disepakati umum oleh majoriti ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Fatwa tidak boleh dikeluarkan sebarangan pihak sebaliknya hanya oleh mufti yang di lantik oleh Sultan bagi negeri yang beraja dan bagi negeri tidak beraja pula, mufti dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
Sebagai contoh, berkaitan isu bersentuhan bagi bukan mahram ketika mengerjakan tawaf di Tanah Suci. Jawatankuasa Fatwa Kebang saan mengambil ketetapan bahawa tidak batal wuduk seseorang jemaah itu biarpun ber­sentuhan dengan jemaah lain ketika tawaf. Fatwa itu terpakai di Tanah Suci saja dan tidak terpakai apabila pulang ke Malaysia.
Apabila timbul sebarang isu dan keperluan maka, jawatankuasa fatwa akan mengafdakan perbincangan dan kajian seterasnya menge luarkan pandangan serta pendapat untuk menyelesaikan masalah itu sebelum mewarta kannya.
Apakah keutamaan dalam menangani per bezaan pandangan yang berlaku dalam kalangan umat Islam hari ini?
Kita mesti mengutamakan perpaduan dan ukhwah dalam menangani perbezaan pan­dangan kerana ukhwah isiamiah itu lebih tinggi daripada perbezaan pendapat.
Ukhwah Isiamiah perlu dijaga dengan baik biar kita berbeza pandangan sebab berda sarkan agama Islam, perpaduan amat penting dan perpecahan pula adalah dilarang.
Justeru, perpaduan jika dilakukan akan memperoleh pahala kerana kita menjalankan suruhan dalam agama. Kita boleh dikira berdosa jika berpecah kerana itu larangan dalam agama. Kita ada 60 peratus umat Islam di Malaysia dan jika ukhwah tidak dijaga, maka negara kita akan hancur sebagai in ana Syria, Yaman, Iraq dan Libya.
Di Malaysia, detik perpaduan sudah dapat dilihat menerusi sokongan yang ditunjukkan rakyat Malaysia tidak kira agama dan kaum seperti kejayaan pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan kejayaan jaringan bola tercantik dunia menerusi pemain bola sepak Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri, baru-baru ini. Gambaran perpaduan ini sudah ditunjukkan menerusi ‘kontrak sosial’ yang sudah lama terbentuk di Negara ini seperti berseleranya kaum Cina makan capati dan masyarakat India menikmati nasi lemak.
Kita hidup dalam masyarakat berbilang kaum justeru, kita juga perlu menghormati agama lain.
Islam diiktiraf sebagai agama Persekutuan oleh Perlembagaan Malaysia pula dilihat seolah me minggirkan agama lain di Malaysia. Justeru, se- barang isu yang berkaitan agama perlu ditangani dengan berhati hati agar tidak berlaku kere sahan. Apakah pendekatan terbaik yang mesti dipegang dalam hal ini?
Benar. Kita mesti kembali kepada Perlem bagaan Malaysia, Islam adalah agama Per­sekutuan dan pada masa yang sama tidak meminggirkan agama lain sebaliknya mem­beri hak kepada penganut agama lain untuk mengamalkan agama masing masing dalam keadaan harmoni.
Selain itu, bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan namun, pada masa sama, bahasa lain boleh diajar di peringkat sekolah seperti yang dilakukan di Sekolah Jenis Ke­bangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Ke­bangsaan Tamil (SJKT).

Itu keunikan yang ada di Malaysia dan tiada di negara-negara lain. Keunikan itu perlu diraikan. Biarpun, kerajaan kita kerajaan Per sekutuan namun kerajaan negeri masih diberi kuasa dalam hal tanah, agama, air dan sebagainya. Keunikan yang ada itu sangat baik jika hendak dibandingkan dengan penafian hak bangsa Rohingya di Myanmar.
Sumber: HarianMetro/Ahad, 22 Januari 2016

Ibadah Haji
Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadah haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh. Supaya mereka menyaksikan pelbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu" Surah Al-Hajj, Ayat 27-28
Oleh Dr Burhanuddin Jalal
Profesor Madya di Jabatan Kenegaraan, Kepemimpinan dan Ketamadunan, Fakulti Pengajiart dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
BeritaHarian/27 Ogos 2016
Allah SWT telah menjadikan ibadah haji sebagai ibadah yang istimewa kerana semua amalannya berbentuk pengisian rohani. Memakai ihram contohnya membawa kita kembali ke alam fitrah iaitu membebaskan diri daripada belenggu keduniaan.
Berihram juga mengingatkan jemaah haji kepada peijuangan Nabi Muhammad SAW dan Nabi Ib­rahim serta keikhlasan mereka melafazkan talbiah yang bermak- sud: “Aku penuhi panggjlan-Mu ya Allah aku penuhi panggjlan- Mu. Aku penuhi panggjlan-Mu yang tidak ada sekutu bagi-Mu, aku penuhi panggilan-Mu. Sesung- guhnya pujian dan nikmat serta kerajaan adalah milik-Mu”.
Makna lafaz talbiah menggambarkan keluhuran hati hujjaj yang melaksanakan ibadah haji di tanah haram. Kata-kata dilafazkan menggambarkan mereka seumpama makhluk yang baru dilahirkan semula, berhati suci, bersih, untuk taat dan beribadah kepada Allah serta menyesali perbuatan salah dilakukan sebelum ini.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barang siapa yang pergi haji lalu tidak berkata kotor dan bertindak keji, dosa-dosanya terhapus seperti ia baru dilahirkan oleh ibunya”.
Ibadah haji mampu mewujudkan rangkaian baharu dalam kalangan umat Islam. Umat Islam dari seluruh pelosok dunia berkumpul bersama, bergaul dengan saudara Islam daripada berbilang bangsa untuk melaksanakan iba­dah secara bersama.
Berkongsi semangat
Sesungguhnya ini adalah satu manfaat yang cukup besar. Fir­man Allah SWT yang bermaksud: “Dan serukanlah umat manusia  untuk mengerjakan ibadah haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berja­lan kaki, dan dengan menunggang berjenis unta yang kurus yang da­tangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yangjauh. Supaya mereka menyaksikan pelbagai perkara yang mendatangkanfaedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.” (Surah al- Hajj,  ayat 27-28)
Mereka yang berkemampuan
Rukun Islam kelima yang diwajibkan kepada mereka yang ber­kemampuan itu juga adalah latihan untuk melaksanakan prinsip Islam yang lain seperti mencari keredaan Allah SWT ke­rana jemaah haji melakukan pengorbanan meninggalkan negara, harta serta ahli keluarga.
Selain itu, Allah SWT mengi­ngatkan umat Islam yang menunaikan haji sentiasa tabah dan sabar menghadapi cabaran sepanjang berada di Tanah Suci Makkah dan Madinah, termasuk berdepan faktor cuaca, kesesakan serta ketidakselesaan disebabkan jumlah jemaah yang ramai.
Ia juga menerapkan nilai persamaan yang dikongsi jemaah memakai pakaian ihram tidak berjahit, berada di tempat sama, melakukan rukun ibadah yang ti­dak membezakan daijat. Keadaan itu secara tidak langsung mewujudkan satu semangat yang di­kongsi semua jiwa hamba Allah SWT yang bemiat melakukan iba­dah kerana mengharapkan reda Tuhannya.
Rasulullah SAW bersabda: “Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya Rabb kamu sekalian adalah satu, sesungguhnya ayah kamu semua adalah satu Ingat! tidak ada keutamaan bagi orang Arab ataupun orang ajam dan tidak bagi orang ajam atas orang Arab, tidak bagi orang merah atas orang hitam dan tidak bagi orang hitam atas orang merah kecuali dengan takwa.”
Tangkis persepsi negatif
Rasa perdamaian dapat dilihat melalui perhimpunan jutaan umat Islam seluruh dunia dan gambaran itu seharusnya menangkis persepsi negatif umat Is­lam sebagai kumpulan sering mencetuskan peperangan serta permusuhan.
Dakwaan itu tidak benar kera­na Islam adalah agama perdama­ian. Ibadah haji melatih dan membentuk rasa perdamaian. Se­sungguhnya tanah haram dan kota Makkah adalah tempat perda­maian seperti disebutkan oleh saidina Umar, “Andai aku melihat pembunuh ayahku di dalamnya, aku tidak akan menyakitinya”.
Diibaratkan sebagai seminar antarabangsa umat Islam setiap tahun, kehadiran jemaahnya adalah atas undangan Allah SWT. Oleh itu, umat Islam yang diberi kesempatan perlu memanfaatkan peluang ini untuk menunaikan ibadah dengan sempuma.
Pada masa sama, menjadikan pertemuan mereka sebagai landasan untuk mengukuhkan kedudukan umat Islam melalui semangat yang diterapkan dalam setiap amalan atau rukun perlu disempumakan kerana hikmah ibadah haji dapat dilihat oleh mereka yang benar-benar menghayati syariat diwajibkan ini.

Rasulullah Perjelas Kelebihan Hari Arafah
Diriwayatkan daripada Aisyah, beliau berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Tiada suatu hari yang dalamnya Allah lebih banyak membebaskan hamba da­ripada neraka melainkan hari Arafah. Sesungguhnya Dia turun dekat, kemudian berbangga di hadapan malaikat dengan mereka dan berfirman: Apakah yang mereka kehendaki?” (Riwayat Muslim, al-Nasa’i, Ibnu Majah).

Jabir berkata, “Rasulullah SAW bersabda: Tiada satu hari yang lebih utama di sisi Allah daripada hari (pada awal) Zulhijjah. Be­liau (Jabir) berkata, lalu seorang berkata: Wahai Rasulullah, ia le­bih utama atau ia termasuk sebagai jihad di jalan Allah? Baginda menjawab: Ia lebih utama da­ripada mengiranva sebagai jihad di jalan Allah. Tiada satu hari yang lebih utama di sisi Allah da­ripada hari Arafah. Allah turun ke langit dunia, lantas Dia berbangga dengan penduduk bumi di hada­pan penduduk langit. Dia berfir­man: Lihatlah kepada hamba-Ku dalam keadaan kusut, berdebu, berpanas, mereka datang dari se-genap tempat yang jauh. Mereka semata-mata mengharapkan rahmat-ku dan tidak ingin kepada azab-Ku. Tiada hari yang dilihat lebih banyak orang yang dibebaskan dari neraka daripada hari Arafah.” (Riwayat Ibnu Hibban) Hari Arafah adalah hari yang terbaik dalam Islam. Allah SWT membebaskan penghuni neraka melalui pengampunan ke atas mereka pada hari Arafah sementara mereka yang mengerjakan haii dibenarkan Allah SWT di hadapan malaikat.

Menyambut Kedatangan Ramadan 2016
 Rujukan terpilih

SEGALA puji bagi ALLAH SWT mengkhususkan musim tertentu bagi hamba-Nya mendekatkan diri mereka kepada-Nya dengan amalan ibadah. Supaya diampunkan dosa dan ditinggikan darjat mereka.
Muslim itu wajib menyembah Tuhannya dan mentaati-Nya sepanjang hidup. Sebahagian ulama salaf mengatakan: "Amalan seorang Muslim itu tiada hadnya sehinggalah ajal datang menjemputnya."
Dalam kesibukan menjalani kehidupan seharian, kedatangan bulan Ramadan adalah kesempatan terbaik untuk memberi perhatian dan fokus yang lebih dalam melakukan amalan dan ketaatan.
Bulan Ramadan adalah musim ibadah di mana ALLAH melipat gandakan pahala lebih banyak daripada waktu yang lain. Ia adalah bulan turunnya al-Quran sebagai petunjuk buat manusia dan penjelasan serta pembeza antara yang hak dan batil. (Lihat rujukan: Al-Quran (terjemahan Bahasa Melayu) dan Al-Quran (Bahasa Inggeris), dan bacaan Al-Quran.)


Artinya: Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa 
sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu 
bertakwa (Q.S. Al-Baqarah [2]: 183)
Bulan Yang Mulia
Sungguh ia adalah musim ibadah yang penting dan agung. Dianjurkan sepanjang bulan Ramadan supaya bersungguh-sungguh melaksanakan amalan-amalan soleh yang berupa fardu dan sunat, dalam bentuk solat mahupun sedekah dan di samping amal kebajikan yang lain. Tidak dinafikan, hal ini menuntut kesabaran dalam melaksanakan ketaatan kepada ALLAH dengan mengimarahkan waktu siang dengan puasa manakala pada sebelah malamnya dengan solat qiamullail, bersungguh-sungguh dalam berdoa dan zikir di samping sedaya upaya menjejaki malam lailatul qadar yang menjadi lebih baik daripada seribu bulan.
Kesempatan ini wajar direbut dan tidak disia-siakan dengan perkara yang melalaikan seperti mana keadaan golongan yang rugi, yang melupakan ALLAH sehingga ALLAH pun melupakan mereka. Golongan ini tidak mendapat apa-apa daripada musim kebaikan ini, mereka tidak menghormatinya mahupun
Kesempatan ini wajar direbut dan tidak disia-siakan dengan perkara yang melalaikan seperti mana keadaan golongan yang rugi, yang melupakan ALLAH sehingga ALLAH pun melupakan mereka. Golongan ini tidak mendapat apa-apa daripada musim kebaikan ini, mereka tidak menghormatinya mahupun menghargainya.
Wahai orang yang bermaksiat, bertaubatlah kepada Tuhanmu. Muhasabahlah dirimy. Sambutlah kedatangan bulan Ramadan ini dengan keinsafan dan taubat. Sungguh ALLAH Maha Pengampun, Dia mengampunkan segala dosa hamba-Nya. Taubatlah sebanyak-banyaknya dan istiqamahlah dalam baki usiamu. Semoga ALLAH memberi kesudahan yang baik buat kita semua. Siapa tahu, barangkali ALLAH menggolongkan kamu dalam kalangan mereka yang dibebaskan daripada api neraka di bulan Ramadan ini kerana ia adalah bulan di mana pintu syurga dibuka manakala pintu neraka ditutup dan syaitan dibelenggu dengan rantai besi.
Realiti Sebahagian Masyarakat
Sebahagian masyarakat tidak kenal bulan Ramadan kecuali sebagai bulan untuk mempelbagaikan makan minum di waktu berbuka. Sikap berlebih-lebihan ketika makan tentu mengundang kemalasan dan rasa 'penat'. Walhal, bulan Ramadan sepatutnya menjadi bulan untuk kita kurangkan makan minum supaya bersemangat untuk beribadah.
Sebahagian mereka 'sibuk' berbuka puasa sampai tidak solat Maghrib berjemaah atau tertinggal solat sama sekali.
Sebahagian lain pula melihat bulan Ramadan sebagai bulan untuk tidur dan bermain. Barangkali berjaga di waktu malam lalu tidur di sepanjang waktu siang.
Demikian keadaan sebahagian daripada masyarakat di bulan Ramadan. Mereka lalai menunaikan kewajipan dan mereka terjerumus dalam hal yang haram tanpa rasa gentar takut kepada ALLAH. Apakah nilai bulan Ramadan di sisi mereka dan apakah manfaat yang diperoleh?
Sebahagian yang lain pula melihat bulan Ramadan sebagai bulan untuk berniaga (jual beli). Mereka akan sibukkan diri di pasar raya sehingga tak sempat menginjak kaki di masjid kecuali sebahagian kecil daripada mereka yang akan bergegas pulang dalam keadaan tergesa-gesa setelah selesai solat.
Bagi golongan ini, bulan Ramadan menjadi musim dunia dan tidak lagi bulan akhirat untuk beramal ibadah. Mereka berusaha mendapatkan habuan yang sementara dan meninggalkan ganjaran berkekalan.



Lailatul Qadr: Lailatul qadr yang berarti malam kekuasaan atau kemuliaan merupakan malam termulia. Keistimewaan lailatul qadr adalah sebagai berikut. Pada malam itu (di zaman Nabi Muhammad saw) al-Qur'an diturunkan. Nilai malam itu lebih tinggi dari seribu bulan yang berarti orang yang menjalankan 'ibadah pada malam itu nilai 'ibadahnya lebih tinggi daripada nilai 'ibadah selama seribu bulan. Pada malam itu para malaikat, atas izin Allah, bertebaran diseluruh peloksok bumi. Malam itu penuh keselamatan dan kesejahteraan (Q.S. Al-Qadr). Oleh karena itu, sangat dianjurkan untuk melakukan i'tikaf pada malam itu. Para lama berbeda pendapat kapan waktu persisnya lailatul qadr. Ada yang berpendapat bahwa alam itu terjadi pada setiap tanggal 21 Ramadhan, ada yang bekata tanggal 23, yang lain 25, yang lainnya lagi 27, dan ada juga yang berpendapat tanggal 29. Tetapi pada umumnya berpendapat bahawa malam itu terjadi pada salah satu malam dari sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. (Sabiq 1991).

Cara Nabi saw Sambut Ramadan
Adalah menjadi kelaziman Rasulullah SAW untuk bersungguh-sungguh di bulan Ramadan, lebih daripada bulan-bulan lain. Baginda SAW sehingga menangguhkan kerja yang lain supaya dapat fokus kepada ibadah.
Generasi salaf as-soleh sebelum ini sangat mementingkan Ramadan. Ramadan adalah bulan untuk mereka dekatkan diri kepada ALLAH dengan amalan soleh. Mereka hidupkan waktu malamnya dengan qiamullail dan mengimarahkan waktu siangnya dengan ketaatan.
Kata Imam Az-Zuhri RH: "Apabila tiba bulan Ramadan, ia adalah bulan membaca al-Quran dan memberi makan (kepada fakir miskin)."
Mereka sedaya upaya berusaha untuk memenuhi masa di masjid sambil berkata: "la adalah supaya kami dapat jaga puasa dan tidak mengumpat sesiapa."
Mereka turut menjaga solat tarawih secara berjemaah di masjid dan tidak beredar melainkan setelah imam selesai. Ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW: "Barang siapa menunaikan solat (tarawih) pada bulan Ramadan kerana beriman dan mengharapkan pahala akan diampunkan dosanya yang lalu." (Riwayat Bukhari & Muslim)
Sabdanya lagi: "Sekiranya seseorang itu solat bersama imam sehingga imam selesai, akan dikira untuknya solat sepanjang malam." (Riwayat Abu Daud, hadissahih)
Semoga kita tergolong dalam kalangan hamba ALLAH yang bertakwa, yang memelihara bulan Ramadan dengan sebaiknya, berpuasa pada waktu siangnya dan solat tarawih di waktu malamnya, di samping memperbanyakkan amal ibadah yang lain. Semoga kita termasuk dalam kalangan hamba ALLAH yang berjaya.
Muslimin Muslimat yang dirahmati ALLAH, firman ALLAH: "Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa daripada kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan, maka hendaklah dia berpuasa di bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari yang lain. ALLAH menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan ALLAH kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur. Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka: Sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat petunjuk panduan." (Surah Al- Baqarah: 185-186)
Sumber: SinarHarian/Jumaat/3 Jun 2016/Renungan Jumaat

Improve your English
By ELLEN WHYTE
WANT to improve your English without hitting the books?
Check out these simple tips.
Read a newspaper
The advantages of reading a newspaper is that the language is economical and to the point, which is useful for essay writing. Also, they tend to use lots of common expressions, which help you sound like a native. If you read the sections that deal with your studies, you will catch up on what’s new, too.
Read an advanced book
Books tend to deal with subjects in more detail than newspapers, and they’re usually aimed at a specific market rather than a national one, so authors often use a larger vocabulary and more complex sentence structure. By looking up unfamiliar words, you’ll expand your vocabulary. Bybecoming used to reading longer and more complex sentences, you advance your grasp of the language.
Watch a sitcom
Situation comedies tend to use a lot of colloquial English and a lot of the humour comes from wordplay. Both will help boost your understanding of contem­porary English. It also helps you pick up various accents, which is important for getting along in your future career. If you get stuck, put on subtitles and as you learn, switch them off. Watch English Sitcoms: Top 10 Sitcom of All Time, Top 10 TV Sitcoms of 2000sAmerican Sitcoms, Comedy Sitcoms


TVET Lahir 225,000 Pekerja Mahir
Kerajaan memperuntukkan RM4.6 bilion dalam Bajet 2017 bagi memperkasakan TVET.
Oleh Nurul Nadira Shaari
Bh/Varsity/Khamis, 22 Disember 2016
Kira-kira 225,000 pekerja mahir dalam bidang teknikal bakal dilahirkan menerusi program Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) di institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara menjelang 2020.
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur, berkata pihaknya yakin sasaran itu mampu dicapai, sekali gus membantu meningkatkan kemasukan pelabur asing ke negara ini.
Beliau berkata, TVET menjadi keutamaan berikutan permintaan tinggi pihak industri terhadap keperluan modal insan dalam bidang itu, justeru Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) meliputi Universiti Malaysia Pahang (UMP),
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) memainkan peranan penting bersama institusi lain seperti politeknik serta kolej komuniti.
“TVET kini adalah pendidikan primer. Oleh itu, peruntukan tinggi disalurkan kepada bidang ini menerusi Rancangan Malaysia Kesebelas dan Bajet 2017,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan syarahan umum kebangsaan di UMP Kampus Gambang dekat sini, baru-baru ini.
Yang turut hadir ialah Naib Canselor UMP, Prof Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim.
Mengulas lanjut, Dr Noorul Ainur berkata, antara strategi utama memacu bidang TVET ialah menjalinkan kerjasama dengan pihak industri bagi memberi pendedahan sebenar kepada pelajar.
“Di Thailand, pihak industri memberikan peralatan yang mereka guna kepada universiti dan penuntut akan belajar menggunakannya. Melalui cara itu, pelajar mereka tidak menghadapi masalah mengendalikan peralatan terbablt apabila bekerja selepas menamatkan pengajian.

“Kita juga harus ada kerjasama seumpama itu kerana memudahkan semua pihak dan paling penting, pekerja mahir dilahirkan sesuai dengan permintaan industri,” katanya.

SEGERA BELAJAR UBATI KEKECEWAAN
RASA kecewa atau kesal ada pada setiap orang. Bagi remaja serta dewasa, perasaan ini memang suaah sinonim. Masalah keluarga, putus cinta dan gagal dalam peperiksaan adalah antara punca utama. Kebiasaannya apabila sudah terkena 'penyakit' kecewa, ramai yang sukar mengikisnya.
Berasa kecewa atau kesal adalah normal, malah anda boleh dikatakan 'tidak normal’jika tidak pernah berasa kecewa sepanjang hidup!
Bagalmanapun, jangan biar ia menguasai diri hingga mendorong anda bertindak luar dugaan dan mengalami tekanan yang boleh merosakkan diri dan kerjaya.
Sebagai remaja, anda perlu mengharunginya dengan matang. Cuba belajar untuk mengubati kekecewaan. Tidak semestinya rasa kecewa itu akan berterusan kerana jika kita yakin dan terus bersemangat pasti ada harapan pada masa depan.
Berikut beberapa panduan untuk membuang rasa kecewa:
TERIMA KENYATAAN
Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan.
Sebagai manusia, kita tidak boleh menentukan kehidupan kerana segalanya bergantung kepada takdir dan ketentuan llahi. Apa yang boleh kita lakukan ialah berusaha mengubah nasib kita.
Ada ketikanya kita bernasib baik, tetapi ada masanya kita juga diuji pelbagai dugaan. Rasa kecewa itu antara ujian dan dugaan yang diberi kepada kita. Hadapinya dengan tenang dan reda kerana selain memiliki hikmah tertentu, ia pasti mengajar kita supaya lebih berhati-hati dan menjadikan kita insaf.
BERFIKIR
Senaraikan pro dan kontra apabila anda membuat sesuatu keputusan supaya anda tidak berasa terlalu kecewa apabila berlaku perkara yang tidak dijangkakan.
Biarkan ia berlalu dan lama-kelamaan anda akan dapat mengatasinya sendiri.
BERFIKIRAN POSITIF
Cuba kenang kembali peristiwa kerana kebahagian yang anda miliki hari ini mungkin disebabkan pengalaman silam anda. Memang sukar untuk berfikiran positif apabila berdepan dengan sesuatu tragedi.
Jangan terlalu mengikut perasaan, sebaliknya tumpukan kepada perkara positif yang pernah anda lakukan dalam hidup. la pasti banyak membantu apabila anda berdepan rasa kecewa.
LUAHKANNYA
Bahaya jika memendamkan rasa kecewa kerana ia boleh memakan diri. Kesannya anda boleh mendapat kemurungan dan tekanan (stress).
Apa yang penting, tanda perlu berkongsi rasa itu dengan menceritakannya kepada orangyang lebih rapat dengan anda. Bagi remaja, ibu bapa adalah individu paling sesuai. Jika anda mengadu, sedikit-sebanyak perasaan kecewa itu akan reda dengan pujukan, nasihat dan semangat yang anda peroleh daripada mereka.
BERI TUMPUAN PADA HIDUP
Teruslah berusaha untuk mencapai matlamat diinginkan. Apabila anda mempunyai fokus, segala cabaran dan rintangan boleh dihadapi dengan mudah. Apa yang penting, jangan biarkan perkara remeh menghantui anda sehingga membuatkan anda kecewa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan