"" Gedung Purba: Berita Niaga/Nasional
Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Rabu, 20 April 2016

Berita Niaga/Nasional

Pelabur Disaran Sentiasa Berhati-hati

“Paras rintangan FBM KLCI dilihat masih berada pada sekitar paras 1,652 mata. Paras 1,614 masih bertindak sebagai paras sokongan semasa. Kegagalan paras ini untuk bertahan akan menjadikan paras sokongan psikologi bertindak sebagai paras sokongan seterusnya"


Penjualan yang berterusan daripada pelabur asing terus memberi te- kanan kepada indeks FBM KLCI pada sesi pembukaan urus niaga Isnin lalu.
Indeks dibuka pada paras 1628.52 mata dan ditutup lemah pada paras 1621.21 mata pada sesi penutup dagangan Isnin.
Malah indeks diniagakan pada paras 1611.91 mata pada perten- gahan urus niaga yang mana ia sudah menghampiri paras sokongan psikologi 1600 mata.
Namun sokongan belian daripada pengurus dana tempatan berjaya mengekang kejatuhan yang berterusan ini.
Antara faktor negatif mempengaruhi pasaran saham tempatan minggu lalu adalah mengenai pengurangan penggunaan saham Malaysia di dalam Indeks Pasaran Negara Membangun (MSCI Emerging Markets Index) yang akan bermula pada Jun ini.
Namun, sentimen pasaran bertukar positif pada keesokan harinya apabila pasaran di Jepun sudah naik dan memberi nafas baru kepada pasaran di seluruh Asia, termasuk Malaysia.
Kenaikan harga minyak yang disebabkan oleh berita mengenai gangguan bekalan minyak berpunca dari negara Nigeria, Kanada dan Venezuela meran- cakkan semula pasaran dan mendorong pelabur memasuki semula pasaran dan membeli dengan agak agresif.
Sokongan belian daripada pengurus dana tempatan ke atas kaunter saham mewah berjaya membantu sentimen pasaran kembali positif.
Indeks tempatan berjaya ditu­tup lebih tinggi ke paras 1633-39 pada sesi penutup dagangan hari Selasa. Kaunter AAX mendominasi pasaran sepan- jang minggu lalu dengan mendapat perhatian pelabur.
Syarikat AAX
Jumlah dagangan kaunter AAX diniagakan tinggi sepanjang minggu dan harga sahamnya mencecah paras melebihi RM0.40 dan berjaya ditutup pada kedudukan RM0.405 di akhir urus niaga Jumaat lalu.
Penganalisis tempatan menjangkakan syarikat AAX akan terus berusaha meningkatkan jualan tiket penerbangan mereka dan juga membuka laluan baharu penerbangan yang mana ini akan membantu syarikat untuk terus mencatat keuntungan pada suku tahunan berikutnya.
Namun, prestasi harga sahagi syarikat VIVOCOM terus menurun dari sesi dagangan hari Isnin dan hari berikutnya walaupun ia terus menarik minat belian dari pelabur runcit yang mengikuti perkembangan mengenai sya- rikat dari pengumuman positif yang diwarwarkan oleh pihak tertinggi pengurusan syarikat.
Pengurusan VIVOCOM melakukan pameran pada minggu sebelumnya dan memberikan banyak berita baik mengenai masa depan syarikat.
Malah ada penganalisis pasaran sudah memberi liputan yang sangatbaik mengenai prospek masa depan syarikat.
Situasi itu memberi sedikit tekanan kepada pelabur runcit yang membuat pembelian berdasarkan berita.
Kaunter berkaitan minyak . turut mendapat perhatian pela­bur tempatan di sepanjang minggu lalu.Urus niaga di kaunter KNM dan SKPETRO adalah agak aktif, namun kenaikan harga sahamnya tidak berapa memberangsangkan.
Selain itu pasaran tem­patan terus didominasi oleh urus niaga kaunter berharga murah seperti COMPUGATE, MTOUCHE, SANICHI dan XOX.
Kaunter MTOUCHE dan XOX berjaya membuat sedikit peningkatan pada harga saham mereka di sepanjang minggu lalu.
Kejayaan indeks FBM KLCI yang bertahan di paras sokongan kuat 1,600 mata pada penutup urus niaga hari Jumaat, iaitu pada paras 1,628.79 dan beberapa petunjuk teknikal memberi gambaran pasaran berkemungkinan akan naik secara berperingkat pada sesi dagangan minggu ini.
Ada pepatah mengatakan ‘berurusniaga dengan apa yang anda lihat di graf, bukan dengan apa yang anda dengar’.
Pelabur dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati sebelum membuat tindakan membeli sebarang kaunter di Bursa Malay­sia, terutama mengelakkan pem­belian dalam keadaan beremosi.
Indeks utama Bursa Malaysia dilihat mendatar selepas mengalami tekanan jualan berterusan pada Isnin minggu lalu.
FBM KLCI masih di bawah pa­ras Purata Pergerakan Mingguan (SMA5), Purata Pergerakan Bulanan (SMA30) dan Purata Pergera­kan Tahunan (SMA200).
Secara teknikalnya, FBM KLCI masih berada di dalam kawasan menurun untuk minggu ketiga. Peturijuk Indeks Kekuatan Relatif (RSI) pula menunjukkan bacaan pada Jumaat lalu berada pada paras 32.8 peratus berbanding 18.9 peratus pada Jumaat sebelumnya.
Paras rintangan FBM KLCI dilihat masih berada pada sekitar paras 1,652 mata. Paras 1,614 masih bertindak sebagai paras sokongan semasa. Kegagalan paras ini untuk bertahan akan menjadikan paras sokongan psikologi 1,600 bertindak sebagai paras sokongan seterusnya.
Tulisan ini bukan memberi saranan untuk membeli atau menjual saham. la adalah berbentuk komentar penulis terhadap pasaran saham secara umum dan sebagai pendidikan kepada pelabur di Bursa Malaysia.
Sumber: BeritaHarian/23 Mei 2016/Bisnes/Ms:B10

Bursa Malaysia dijangka dini­agakan rendah
FBM KLCI diramal lemah jika ringgit, komoditi terus jatuh
Bursa Malaysia dijangka dini­agakan rendah minggu ini berikutan suasana berhati- hati yang dipengaruhi oleh pasaran saham Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.
“Berdasarkan teknikal yang le­mah, kami juga terus percaya FTSE Bursa Malaysia (FMB KLCI) belum mengalami penurunan dan boleh menjadi lemah lagi jika ringgit dan komoditi terus jatuh,” kata Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan.
Tumpuan utama dalam pasa­
ran saham global adalah peralihan dalam jangkaan bahawa kadar faedah AS boleh meningkat lebih awal daripada dijangkakan sebe- lum ini.
“Minit daripada mesyuarat dasar Rizab Persekutuan AS (Fed) pada April menjelaskan bahawa kenaikan pada Jun dijangka berlaku kekal kukuh,” katanya.
Tiga perkembangan utama
Beliau berkata, pada peringkat tempatan, tiga perkembangan utama dijangka mengurangkan kelemahan pasaran.
“Imbangan pembayaran Malay­sia bagi suku pertama, yang menunjukkan lebihan akaun semasa berkurangan kepada RM5-0 bilion atau 1.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
selepas meningkat pada suku sebelumnya kepada RM10.5 bilion atau 3.5 peratus daripadanya.
“Kemudian, tindakan Bank Ne­gara Malaysia mengekalkan kadar dasar semalaman pada 3-25 pera­tus, memenuhi jangkaan pasaran dan memberi isyarat akomodatif untuk menyokong aktiviti ekonomi.
“Ketiga, kerajaan sudah mengumumkan Malaysia akan kekal da­lam Perjanjian Perkongsian Trans- Pasifik (TPPA) dan dijangka menye- lesaikan proses ratifikasi domestik pada pertengahan 2017.
“Pengumuman itu perlu menja­di pemangkin saham pengeksport yang mendapat manfaat daripada muktamadnya TPPA,” katanya.
Bagi asas mingguan, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 0.53 mata ke­pada 1,628.79 daripada 1,628.26 minggu sebelumnya.
Indeks FBM Emas menambah 7.83 mata kepada 11,409.72, Indeks FBMTlOO meningkat 9.17 mata
kepada 11,099-39 dan Indeks FBM Emas Syariah meraih 24.24 mata kepada 11,930.02.
Mengikut sektor, Indeks Kewangan jatuh 56.71 mata kepada 14,248.32, Indeks Perladangan menokok 7.19 mata kepada 7,462.65 dan Indeks Perusahaan naik 37.88 mata kepada 3,068.37.
Jumlah dagangan mingguan merosot kepada 8.41 bilion unit bernilai RM8.85 bilion daripada 8.86 bilion unit bernilai RM10.10 bilion pada Jumaat minggu sebe­lumnya.
Jumlah dagangan Pasaran Uta­ma susut kepada 5.34 bilion unit bernilai RM8.23 bilion berbanding 5.46 bilion unit bernilai RM9.43 bilion.
Jumlah dagangan waran mero­sot kepada 628.75 juta unit bernilai RM94.24 juta berbanding 824.67 juta unit bernilai RM107.92juta.
Pasaran ACE susut kepada 2.42 bilion saham bernilai RM530.19 juta daripada 2.56 bilion saham bernilai RM557.54juta. AGENSI
Sumber: BeritaHarian/23 Mei 2016/Bisnes/Ms:B12


Najib Razak Bersama iNewsTV.
-PM jawab pelbagai isu semasa dalam temu ramah dengan laman web iNewsTV
-Yang ribut-ribut ini adalah daripada Pak Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) saja tiodo orang loin. Mungkin beliau oda agenda tersendiri, mungkin ada sesuatu. Mungkin kerana anaknya... mungkin mahu diletakkan dalam kepimpinan negara, mungkin beliau mahu mengawal dasar kerajaan atau ada projek kesukaannya yang tidak ditunaikan dan sebagainya" Najib Razak, Perdana Menteri

Isu perebutan budaya antara antara Malaysia dan Indonesia tidak seharusnya berlaku ke­rana ia bukan milik mana-mana negara, sebaliknya milik rakyat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kebanyakan orang Melayu berasal dari Indo­nesia, sekali gus penghijrahan itu turut membawa budaya masing- masing bersama mereka ke Ma­laysia.
Contohnya, kuda kepang yang menjadi warisan masyarakat Jo­hor adalah berasal dari Jawa berikutan penghijrahan masyarakat itu ke negeri berkenaan pada satu ketika dahulu.
 “Adakah wajar untuk kita jadikan budaya ini sebagai isu kerana budaya adalah milik rakyat dan bukan negara.
“Rakyat Indonesia harus melihat perkara ini sebagai kebanggaan kerana ada juga rakyat Ma­laysia yang mempraktikkan budaya yang berasal dari Indonesia,” katanya dalam temu ramah eksklusif bersama iNews-TV yang berpangkalan di Indonesia, yang dipaparkan menerusi laman web media berkenaan, malam tadi.
Dalam temu ramah itu, Najib turut menyentuh beberapa per­kara, antaranya hubungan beliau dengan bekas perdana menteri, asal usulnya, pengalaman Malay­sia berurusan dengan pengganas, isu pendatang asing tanpa izin dari Indonesia, persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum serta persiapan negara menghadapi Masyarakat Ekonomi ASEAN.

Berikut adalah sedutan te­mu ramah Najib bersama iNewsTV.
Soalan: Hubungan dengan bekas Perdana Menteri Malaysia?
Jawapan: Hubungan saya dengan bekas pemimpin baik. Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) seorang yang ‘gentlemen’. Beliau menerima prinsip bahawa beliau bukan lagi Perdana Menteri, maka beliau memberi sokongannya kepada saya sebagai pengganti.
Walaupun saya ambil alih jawatan ini daripadanya, beliau tiada perasaan iri hati.
Yang ribut-ribut ini adalah daripada Pak Mahathir (Tun Dr Ma­hathir Mohamad) saja... tiada orang lain. Mungkin beliau ada agenda tersendiri, mungkin ada sesuatu. Mungkin kerana anaknya... mungkin mahu diletakkan dalam kepimpinan negara, mungkin beliau mahu mengawal dasar kerajaan atau ada projek kesukaannya yang tidak ditunaikan dan sebagainya.
Soalan: Asal usul Najib yang dikatakan berdarah Bugis?
Jawapan: (Keturunan) Saya berasal dari Gowa (di Sulawesi). Masih ada keluarga saya serta beberapa ma- kam ahli keluarga yang meninggal dunia di sana. Saya kerap ke sana, iaitu sudah tiga kali. Bagaimanapim, saya kenal mereka begitu saja memandangkan saya adalah keturunan yang ke-ll... jadi sudah lama.
Soalan: Pengalaman Malaysia menangani pengganas?
Jawapan: Ada dua jenis ancaman peng­ganas. Pertamanya, ideologi yang berpandukan ideologi IS, iaitu tindakan dan motivasi mereka yang terbabit berlainan daripada biasa. Satu lagi adalah kumpulan Abu Sayyaf yang kita gelar se­bagai ‘kidnap for ransom’ (penculikan untuk tebusan). Mereka melakukan sesuatu dengan bermotifkan wang dan akan mengambil kesempatan menculik warga Malaysia dan Indonesia. Pendirian kita sebagai kerajaan, tiada perbincangan tetapi serahkan kepada individu dan swasta untuk menentukan tindakan yang akan dilakukan. Sebagai ke­rajaan, tidak wajar kita terbabit dalam proses rundingan. Ada seorang rakyat Malaysia yang menjadi mangsa baru-baru ini, iaitu Bernard Then Ted Fen yang kepalanya dipenggal. Mereka lakukan itu untuk menjadikannya se­bagai contoh pada masa depan.
Soalan: Isu pendatang asing tanpa izin dari Indonesia?
Jawapan: Kita tidak tahu bilangan sebenar mereka yang gelap atau tanpa izin ini. Ada yang kata satu juta, ada yang kata dua juta dan lebih daripada itu. Oleh sebab itu, kita bekukan sementara pengambilan pekerja asing. Tetapi, kita galakkan sesiapa yang mahu tenaga keija asing untuk gunakan mereka yang sudah ada iaitu yang gelap atau tanpa izin ini melalui pengambilan semula. Bagaimanapun, prosesnya terlalu perlahan dan pengusaha kita termasuk mereka yang memiliki kilang dan perladangan sudah mendesak untuk mendapatkan pekeija asing lebih mudah. Ini dalam pertimbangan kita kerana kalau se­bagai sebuah negara, memiliki dua juta yang gelap adalah bi­langan yang terlalu besar.
Masalahnya, mereka masuk secara sah tetapi menjadi tidak sah kerana duduk lebih masa. Mereka tidak mahu balik, sedangkan sepatutnya apabila tamat kontrak, mereka perlu pulang dan jika ma­hu bekerja semula, datang secara sah. Mereka lebih berminat kekal mungkin kerana mudah mencari rezeki, boleh berniaga, bekerja, buka kedai dan sebagainya. Itu cabaran bagi kita, mereka me- milih untuk kekal di Malaysia.
S: Persiapan menghadapi Pili- han Raya Umum?
I: Kerajaan akan kekal sehingga Pilihan Raya Umum. Kita harus kembalikan kepada rakyat untuk menentukan sama ada sokongan kepada kita dilanjutkan atau sebaliknya. Sampai masanya akan teijawab (sama ada beliau akan kekal sebagai perdana menteri atau sebaliknya). Ini adalah man­dat. Soalnya, adalah rekod dan prestasi. Saya menentukan kesinambungan. Setiap pemimpin ada gayanya tersendiri, namun yang penting ada kemajuan.
J: Apabila tarif dimansuhkan, iaitu boleh dikatakan 86 peratus secara keseluruhan, bererti kita boleh menembusi pasaran ASE­AN. Disebabkan itu, kita mesti galakkan usahawan kita, iaitu dalam aspek pemikiran supaya berfikir secara serantau. Dalam bi­lateral Malaysia dan Indonesia, saya menggalakkan syarikat Malaysia mencari peluang melabur di Indonesia dan mahu syarikat Indonesia mencari peluang me­labur di Malaysia. Ketika ini, jumlah pelaburan Malaysia di Indo­nesia melebihi AS$15 bilion (RM58.2 bilion), tetapi jumlah pe­laburan Indonesia di Malaysia hanya AS$1.68 bilion (RM6.52 bilion), maknanya jaraknya masih jauh. Kita mesti menggalakkan syarikat Indonesia melabur di Malaysia.
Kita mesti membangunkan keupayaan usahawan kecil dan sederhana untuk bersaing, iaitu kemampuan mereka untuk men­cari modal, rangkaian dan kepakaran. Proses bantuan untuk itu perlu dilakukan secara tersusun dan sistematik. Ini dila­kukan lakukan melalui SME Co­rporation Malaysia serta dana lain.
Bagi pelaburan ke Indonesia, Malaysia mungkin lebih fokus da­lam bidang pembangunan seperti melaksanakan projek lebuh raya, pelabuhan termasuk kawasan hiliran, selain dalam perladangan kerana kita perlu ada nilai tambah.
Saya berterima kasih kepada Pak Jokowi (Presiden Indonesia Joko Widodo) kerana kita beijaya menubuhkan Majlis Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC). Sejak CPOPC yang diterajui bersama Malaysia dan Indonesia diwujudkan, dalam masa begitu pantas, harga minyak sawit naik RM500 sehingga RM600 satu tan. Ini bermakna apabila Malaysia dan Indonesia bersatu dan bekerjasama dengan erat, kejayaannya adalah kejayaan yang kita boleh kongsi bersama.
Sumber: Berita Harian / Nasional / 14 April 2016 / Nasional



Nilai Ringgit Dan Persepsi Pelabur
Sudah semestinya apabila membicarakan soal ekonomi semasa, sudah tentu ramai yang akan bertanyakan prospek nilai mata wang ringgit. Perkara ini berikutan nilai ringgit telah pun mencatatkan prestasi yang memberangsangkan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), khususnya sejak Januari, 2016.
Untuk rekod, nilai ringgit men­catatkan peningkatan sebanyak 10.4 peratus berbanding nilai mata wang AS dan ia adalah prestasi yang terbaik dikalangan mata wang Asia lain pada suku pertama tahun ini.
Selain itu, ringgit juga meningkat sebanyak 5.0 peratus ber­banding nilai dolar Singapura dan mencatatkan prestasi yang terbaik di negara Asia berban­ding mata wang republik itu yang dianggap sebagai pusat kewangan Asia Tenggara.
Oleh yang demikian, ramai yang bertanyakan kepada penulis tentang prospek nilai ringgit pada tahun ini. Pada hemat saya, mungkin ramai yang bercadang untuk bercuti keluar negara.
Tidak kurang juga yang ingin membeli barangan import. Sudah pasti kenaikan nilai ring­git ini dapat mengurangkan kos percutian bagi mereka yang berhajat untuk melancong ke negara rantau Asia malahan ke Eropah memandangkan mata wang ring­git kian mengukuh berbanding pound dan euro.
Justeru, sebagai warga Malay­sia yang rasional, kita seharusnya perlu bertanyakan apakah faktor yang menyumbang kea rah pengukuhan nilai ringgit berbanding mata wang asing ini. Persoalan ini adalah sesuatu yang amat relevan memandang­kan mata wang ringgit telah pun mencatatkan kemerosotan yang mendadak pada tahun lalu.
Ringgit mencatatkan prestasi terendah di kalangan mata wang asing di Asia berbanding dolar AS iaitu sebanyak 18 peratus.
Perubahan dari tempat yang tercorot kepada tempat yang pertama dari sudut perubahan kadar tukaran ringgit seharus- nya menjadi tanda tanya bagi mereka yang prihatin terhadap perkembangan semasa.
Ubah aliran antarabangsa
Sehubungan dengan itu, perbincangan mengenai perubahan nilai ringgit boleh dibahagikan kepada dua perkara iaitu faktor luaran dan faktor dalaman. Antara faktor luaran yang sering diperkatakan adalah kadar faedah di AS, perkembangan ekonomi negara China dan harga minyak dunia.
Ketiga-tiga faktor ini mampu untuk mengubah arah aliran modal antarabangsa terutamanya aliran pelaburan portfolio. Perkara ini berikutan pengurus dana asing sentiasa mencari peluang untuk mengoptimumkan pulangan pelaburan yang dijana melalui pelaburan di dalam pasaran wang dan pasaran modal seperti bon dan ekuiti.
Pulangan pelaburan yang dijana melalui perubahan mata- wang memberi sumbangan yang signifikan kepada pulan­gan pelaburan portoflio mereka secara keseluruhan.
Berdasarkan statistik terkini, pemilikan asing di dalam Sekuri- ti Kerajaan Malaysia (SKM) meningkat kepada 48.7 peratus setakat bulan Mac. Angka ini jauh lebih tinggi jika dibanding- kan pada bulan yang sama tahun lalu iaitu 45.7 peratus.
Begitu juga dengan penyertaan pelabur institusi asing di dalam pasaran ekuiti yang mana purata penyertaan pada suku pertama tahun ini adalah 27.7 peratus berbanding 25.8 peratus pada suku keempat tahun lalu.
Faktor dalaman berkait rapat dengan kemapanan ekonomi domestik iaitu dari sudut pengurusan makro ekonomi seperti dasar fiskal dan dasar monetari. Kedua-dua dasar ini menentukan hala tuju permintaan aggregat sesebuah negara yang seharusnya dapat mensejahterakan kehidupan rakyat melalui pengwujudan peluang pekerjaan serta peningkatan di dalam tingkat pendapatan boleh guna.
Hakikatnya, faktor asas ekonomi memang sudah menjadi sesuatu yang sinonim apabila membahaskan ekonomi Malay­sia. Sebagai contoh, rizab anta­rabangsa yang berada pada paras AS$97 bilion setakat 31 Mac 2016.
Meskipun mengalami penurunan ketara pada pertengahan tahun lalu, namun nisbahnya ter­hadap jumlah import tertunggak adalah 8 bulan. Ini bermakna, sekiranya pihak negara pengeksport barangan dan perkhidma- tan mengarahkan pengimport untuk membayar pembelian mereka dengan tunai, maka pembayaran ini boleh dilakukan dengan serta-merta.
Keupayaan negara untuk mem­bayar adalah lapan bulan. Nisbah rizab antarabangsa ini sentiasa melebihi piawaian antarabangsa iaitu tiga bulan.
Selain itu, rizab antarabangsa ini menjadi salah satu petunjuk utama bagi agensi penarafan kredit antarabangsa seperti Moodys, Fitch dan S&P di dalam penilaian penarafan hutang bagi sesebuah negara.
Ia melambangkan salah satu risiko kredit serta keupayaan untuk menangani kemeruapan dalam pasaran matawang. Perka­ra ini jelas diterangkan melalui tinjauan penarafan yang mana ketiga-tiga agensi penarafan antarabangsa ini mempunyai tinjauan penarafan yang stabil.
Persepsi pelabur
Di samping faktor asas ekonomi, kita juga boleh melihat persepsi para pelabur mengenai ekonomi negara. Antara petunjuk yang boleh di lihat adalah tebaran Credit Default Swap atau CDS spread. Indikator ini adalah instrumen derivatif bagi melindungi pelabur daripada risiko mungkir atau default risk terhadap instrumen kewangan yang dimiliki.
Contohnya, pemilik atau pelabur di dalam sekuriti kera­jaan mungkin bimbang terhadap risiko mungkir bagi sesebuah negara. Maka pelabur boleh membeli kontrak CDS ini bagi melindungi risiko kredit ini.
Semakin tinggi tebaran bagi kontrak CDS ini, maka semakin tinggilah risiko kredit atau kebarangkalian untuk mungkir dan begitulah sebaliknya jika tebaran ini menguncup atau menurun.
Kita dapati tebaran CDS bagi Malaysia meningkat mendadak pada kepada 242 asas mata pada bulan September tahun lalu. Walau begitu, tebaran CDS pada ketika ini adalah 146 asas mata. Penurunan ini menunjukkan persepsi pelabur terhadap risiko mungkir bagi kerajaan Malaysia adalah rendah.
Oleh itu Janganlah kita menilai ekonomi negara hanya berdasar­kan pergerakan ringgit semata-mata. Ini disebabkan faktor kemeruapan yang tinggi dalam kadar tukaran asing yang seme- mangnya terdedah kepada senti- men pasaran yang kerap berubah. Kita perlu melihat daripada pelbagai sudut bagi memastikan pengamatan kita terhadap ekono­mi negara adalah seimbawng.
Perkara ini amat penting bagi membuat keputusan teru- tamanya peniaga dan pengguna berdasarkan telahan yang tepat dan adil supaya kita tidak terlalu beremosi yang boleh merugikan semua pihak.
Contohnya, sekiranya penga­matan ekonomi sentiasa negatif, ia memberi implikasi terhadap produktiviti pekerja kerana seseorang itu akan tidak bersemangat dan berinovasi.
Akhirnya, pertumbuhan pengeluaran sesebuah ekonomi itu akan menurun dan memberi kesan kepada semua pihak hasil daripada pengamatan yang ter­lalu beremosi.
Akhir kata, seseorang itu sebaiknya mengambil pende- katan yang sederhana dalam mengamati perkembangan ekonomi semasa dan sentiasa bertanya dan mencari jawapan yang lebih ilimiah bagi mengelakkan pemprosesan maklumat yang tidak tepat.
Komentar:
Mohd Afzanizam Abdul Rashid
Ketua Analisis Ekonomi, Bank Islam Malaysia Berhad
Sumber: Berita Harian / 16 April, 2016 / Bisnes

Menginstitusikan TPP
Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang dianggotai 12 negara sudah dipersetujui di Atlanta, Amerika Syarikat (AS) pada Oktober 2015 selepas melalui lima tahun rundingan.
Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) bertujuan mewujudkan satu kawasan perdagangan bebas (FTA), dengan keanggotaan Malaysia, Amerika Syarikat (AS), Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Me­xico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam, yang mana secara bersama menyumbangkan 40 peratus jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia.
Setiap anggota bersetuju de­ngan kandungan perjanjian dan diberi dua tahun untuk disahkan. Permohonan Malaysia untuk pengecualian terhadap isu tertentu sudah dipersetujui, antaranya berkaitan isu Bumiputera dan perolehan kerajaan.
Selepas dibahaskan di Parlimen, TPPA diluluskan pada 27 Januari 2016. Seterusnya, TPPA ditandatangani di New Zealand pada 4 Februari 2016.
Walaupun, isu serta buruk-baik TPPA ini kerap dibincangkan, tidak keterlaluan jika ia terus di­bincangkan, lebih-lebih lagi ia adalah inisiatif terbesar di dalam sejarah untuk membentuk FTA yang merentangi dari Timur ke Barat.
Dalam pada itu, isu terbesar yang tidak menyebelahi penubuhan TPP adalah berkaitan dengan hak kedaulatan negara. Ada yang berpendapat bahawa TPP adalah suatu penjajahan AS ke atas ne­gara kecil seperti Malaysia, dalam bentuk moden berselindung di bawah perdagangan.
Asas kepada inisiatif penubuhan FTA adalah untuk memaksimumkan faedah kepada seluruh komuniti' melalui pengagihan sumber yang efisien dalam negara yang terbabit.
Tumpu pengeluaran
Ini bermakna setiap negara menumpukan kepada pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang mereka mempunyai kelebihan bandingan, berdasarkan kos yang minimum.
Kemudian negara FTA itu berdagang sesama mereka tanpa sekatan, iaitu tarif sifar. Pada asasnya, inilah tujuan asal penubuhan FTA.
Malah, ia bermula dengan inisiatif yang lebih besar dan bercita-cita tinggi dengan penubu- han Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), iaitu cuba mewu­judkan satu dunia sebagai FTA.
Segala sekatan perdagangan in­gin dihapuskan dan seluruh ko­muniti dunia akan mendapat manfaat daripada perdagangan bebas melalui pengagihan sum­ber yang efisien.
Menggapai matlamat WTO bukannya mudah kerana pertamanya, perbezaan tahap pembangunan ekonomi antara negara perlu diselaraskan.
Urutan dari kepayahan untuk merealisasikan WTO adalah penubuhan FTA wilayah yang mana persepakatan multilateral, seper­ti TPP. FTA wilayah ini mempunyai matlamat yang sama seperti WTO tetapi bersekala lebih kecil, maka lebih senang diuruskan.
Selain dari TPP, terdapat pelbagai FTA wilayah yang beroperasi seperti Kawasan Perdaga­ngan Bebas ASEAN (AFTA), Ka­wasan Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) dan seumpamanya.
Perbezaan utama di antara AF­TA, yang mana Malaysia juga menjadi ahli dan TPP adalah dari segi skop keijasama terbabit. AF­TA memfokuskan semata-mata kepada mewujudkan FTA dengan menghapuskan segala halangan, sama ada yang berbentuk tarif atau bukan tarif.
Halangan bukan tarif sebagai contoh adalah segala prosedur yang menyusahkan proses per­dagangan melampaui sempadan. Sebaliknya TPP adalah suatu per­sepakatan komprehensif bukan sahaja untuk memudahkan perdagangan dengan menghapus­kan halangan tarif dan bukan tarif, tetapi juga turut meliputi penyeragaman piawaian atau standard segala proses yang ber­kaitan dengan perdagangan.

Ini bermakna ia merangkumi segala proses seperti pengelua­ran, pelaburan, pengagihan dan sebagainya di samping proses per­dagangan melepasi sempadan itu sendiri.
Peraturan perlu diseragam
Ini bermakna segala peraturan dan undang-undang perlu diseragamkan, seperti berkaitan de­ngan buruh, persaingan dan se­bagainya. Dengan kata lain, sebelum terbabit dengan proses perdagangan, padang untuk bersaing mestilah sama rata.
Pengeluar di Malaysia dan pengeluar di Amerika Syarikat (AS) mestilah menghadapi undang-undang dan peraturan yang sa­ma. Bukan itu sahaja, semua pasaran adalah terbuka kepada warganegara anggota TPP.
Contohnya, pelabur dari AS boleh melabur di Malaysia tanpa diskriminasi dan sebaliknya pe­labur Malaysia juga berpeluang melabur di AS. Dengan ringkasnya, kuasa persaingan yang akhirnya menentukan pemenang berdasarkan konsep kecekapan.
Skop TPP yang komprehensif inilah yang menyebabkan ia menghadapi tentangan yang getir dari sesetengah kumpulan, bu­kan sahaja di Malaysia malahan juga di negara lain.
Malah, ia menghadapi tenta­ngan yang hebat di AS sendiri, yang mempelopori penubuhan TPP. Hujah utama dari golongan yang menentang TPP adalah ketidakwajaran mengenakan stan­dard yang sama di semua negara kerana perbezaan taraf pencapaian ekonomi setiap negara.
Perjanjian perdagangan seharusnya menumpukan kepada perdagangan sahaja, seperti AF­TA. Golongan yang menentang TPP berpandangan bahawa per­janjian yang komprehensif ini adalah suatu dasar merkantilisme yang mana kuasa ekonomi besar akan menekan ekonomi ke­cil.
Mengikut pandangan ini, kedaulatan negara akan dikompromi dan ini adalah suatu pen­jajahan ekonomi. Dasar merkantilisme inilah yang menghidupkan era penjajahan yang mana Malaysia barn bebas kira-kira 60 tahun lalu. Cuma bezanya, kita mempunyai pilihan menerima atau menolak TPP.
TPP mempunyai buruk dan baiknya. Seperti bola sepak, bagaimana kita bermain selepas menganggotainya menentukan buruk atau baiknya. Tiada jalan mudah.
Jika tidak menganggotainya, ki­ta tidak mempunyai peluang langsung untuk meraih kebaikannya. Oleh itu, penumpuan utama ada­lah untuk meraih kebaikannya se­lepas menganggotainya. Sebagai analogi, untuk membentuk pasukan bola sepak yang baik kita perlu menyertai liga yang temama.
Sudah tentu persaingan adalah getir di dalam liga ternama ini. Namun jika kita memilih untuk tidak menyertai liga ini, sudah tentu pemain-pemain yang baik tidak dapat dibentuk.
Analogi bola sepak
Berdasarkan analogi bola sepak itu yang lebih penting adalah untuk membentuk pemain. Seorang pemain yang baik berdasarkan stan­dard liga temama akan baik di mana-mana sahaja. Justeru, untuk meraih kebaikan di dalam TPP, kita perlu meningkatkan daya saing.
Analogi bola sepak
Berdasarkan analogi bola sepak itu yang lebih penting adalah untuk membentuk pemain. Seorang pemain yang baik berdasarkan stan­dard liga temama akan baik di mana-mana sahaja. Justeru, untuk meraih kebaikan di dalam TPP, kita perlu meningkatkan daya saing.
Untuk meningkatkan daya saing, segala proses dari penge­luaran hinggalah ke peringkat penjualan produk mestilah efi­sien. Segala undang-undang dan peraturan yang berkaitan adalah berdasarkan standard yang tinggi, yang akan menggalakkan kecekapan.
Oleh itu tugas utama kita ada­lah untuk melalui proses reformasi pasaran, sama ada pasaran barangan dan perkhidmatan atau pasaran faktor pengeluaran, termasuk buruh dan modal. Se­gala undang-undang dan peratu­ran mestilah diperbaiki dan lebih penting dipatuhi.
Pematuhan inilah yang akan me­ningkatkan daya saing. Kemampuan bersaing di pasaran terbuka ini bermakna kita mempunyai da­ya saing yang tinggi, yang mana adalah kemenangan mutlak.
Berdasarkan kepada prinsip ini, sebenamya faktor penggaris yang akan memenangkan kita di da­lam persaingan global adalah peningkatan kecekapan di dalam pasaran dan pembentukan disiplin untuk mematuhi segala un- dang-undang dan peraturan.
Pembentukan disiplin ini pula perlu diinstitusikan sehingga mampu membentuk satu budaya.
Atas dasar ini, sebenamya tiada perbezaan sama ada menganggotai TPP atau tidak jika kita su­dah meningkatkan daya saing ke tahap tertinggi.
Umpama pemain bola yang su­dah mempunyai keupayaan tertinggi setelah berkedmpung di da­lam liga temama akan mampu bermain dan bersaing di mana sa­haja. Oleh itu, tugas utama kita adalah pembentukan institusi yang mampu meningkatkan daya saing.
Atas alasan itu, kebaikan menganggotai TPP adalah ia memben­tuk landasan untuk pembinaan institusi yang mampu mening­katkan kita ke tahap standard tertinggi. Tanpa TPP mungkin ki­ta tidak mempunyai disiplin yang tinggi untuk mengambil inisiatif berkenaan.
Disediakan oleh:
Dr Zulkiply Omar,
Oleh Felo Penyelidik Kanan, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER)
Sumber: Berita Harian / Bisnes / 18 April 2016

TAHUKAH ANDA?
Di ZALORA terdapat banyak koleksi fesyen terkini untuk wanita bertudung seperti fesyen terkini baju kurung moden, fesyen terkini baju kurung, fesyen jubah terkini di Malaysia dan juga pelbagai variasi pilihan fesyen tudung terkini online.
Tudung2u merupakan online shop (untuk produk tudung) yang terbesar di Malaysia dengan jenama-jenama yang terkenal. Ianya menpunyai lebih daripada 4400 jenis tudung dan shawl dengan jenama terkenal. Di sini, anda boleh dapat tudung bawal, tudung instant, shawl ...
POPLOOK.com is the leading online shopping destination in Malaysia. Offering you the widest choice in baju kurung, muslimah dresses, maxi Dresses, jubah, ..


KHAZANAH NASIONAL BERHAD
Bermula dengan RM50.9b, sayap pelaburan negara berkembang selepas penyusunan
Iltizam kerajaan melaksanakan penyusunan semula besar-besaran Khazanah Nasional Bhd pada 2004 disifatkan sebagai tindakan berani untuk bergerak seiring kelaziman persaingan global. Kini, selepas 12 tahun, sayap pelaburan itu membuktikan tindakan nekad itu adalah tepat. Sejak tempoh itu, Khazanah mula keluar dari zon selesa iaitu terlalu menumpukan pelaburan domestik kepada pelaburan antarabangsa dengan sumbangan mencecah 44.9 peratus setakat ini. Dengan barisan pakar dalam organisasi itu Khazanah mengharungi pelbagai cabaran getir termasuk krisis kewangan global 2008; persaingan modenisasi industri, liberalisasi pelaburan dan perdagangan dan terbaharu persediaan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA). Ikuti siri pertama temu bual wartawan BH, Kamarulzaidi Kamis, Shahrizan Salian dan Che Wan Badrul Alias bersama Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar, bagi menyingkap pencapaian serta rahsia di sebalik setiap keputusan pelaburannya selama ini.

Khazanah membuka anak syarikat London akhir tahun lalu dan dengan itu kami sudah menyelesaikan rangkaian global yang termasuk Beijing, Mumbai, ' Istanbul dan San Francisco. Dengan rangkaian ini, kami meliputi kawasan yang mahu diteroka. Tumpuan di London dan San Francisco adalah lebih kepada bidang teknologi dan inovasi"
“Satu langkah penting bagi kami adalah perlindungan aset, iaitu seberapa besar aset dimiliki berbanding liabiliti. Ini satu nisbah pengurusan risiko yang penting dan menunjukkan bahawa kami berupaya untuk meningkatkan sehingga tiga kali ganda nilai portfolio Khazanah sambil mengekalkan perlindungan aset pada nisbah lebih tiga kali ganda"

Soalan: Khazanah sudah membelanjakan RM74.7 bilion merangkumi 144 pelaburan dari 2004 hingga 2015 serta melaksanakan 77 pelupusan syarikat yang menghasilkan keuntungan RM22.3 bilion. Apakah ranca- ngan Tan Sri menuju ke hadapan? Adakah ia membabitkan pengembangan portfolio perniagaan semasa atau ada­kah sebarang industri baharu yang sedang ditinjau sekarang ini? Apakah hala tuju masa hadapan Khazanah?
Jawapan: Ini adalah tahun ke-12 penyu­sunan semula Khazanah yang ber­mula pada 2004. Apa yang sudah dicapai sudah direkodkan dengan sebaik-baiknya. Setiap tahun, pada bulan Januari, kami mengumum- kan prestasi dengan terperinci pada Laporan Tahunan Khazanah. Ini dilakukan sejak 12 tahun lalu dan pada laporan terakhir pada Januari lalu, kami mengumumkan portfolio Khazanah meningkat kira-kira tiga kali ganda sejak penyusunan semula bermula pada Jun 2004. Portfolio kami ber­kembang daripada RM50.9 bilion kepada RM150.2 bilion dan mengikut asas Nilai Bersih Diselaraskan (jumlah aset ditolak jumlah liabiliti) daripada RM33.3 bilion kepada RM109.0 bilion setakat akhir 2015. Alhamdulillah, ia kadar pertumbuhan terkumpul 10.7 peratus setahim sepanjang tempoh berkenaan, setanding mengikut perbandingan dengan pelba­gai syarikat pelaburan kerajaan lain. Sejumlah RM23.5 bilion keuntungan sebelum cukai terkum­pul (PBT) dicatatkan semasa tempoh antara 2004 dan 2015, peningkatan 4.7 kali ganda berbanding PBT RM5.0 bilion yang dicatatkan dalam 10 tahun pertama Khazanah berakhir 2003. Ini diterjemahkan kepada peningkatan 13.8 kali ganda cukai terkum­pul dan dividen sebanyak RM9.9 bilion dalam tempoh antara 2004 dan 2015, apabila dibandingkan dengan RM781 juta bagi 10 tahun pertama berakhir 2003.
Bagi model pembiayaan Khaza­nah, ia dicapai tanpa sebarang dana tambahan bersih disuntik, justeru, terdapat nilai tambah kewangan yang jelas sepanjang tem­poh itu. Peningkatan dalam por­tfolio kami sebenarnya menerusi pertumbuhan organik pelaburan sedia ada dan pertumbuhan nilai pelaburan Khazanah. Kami mencapainya dengan profil risiko yang boleh diuruskan dan ini penting kerana anda boleh berkembang tetapi ada kalanya tidak mampu untuk mengekalkannya kerana dilaksanakan dengan cara sangat berisiko. Satu langkah penting bagi kami adalah perlindungan aset, iaitu seberapa besar aset dimiliki berbanding liabiliti. Ini satu nis­bah pengurusan risiko yang pen­ting dan menunjukkan bahawa kami berupaya untuk meningkatkan sehingga tiga kali ganda nilai portfolio Khazanah sambil mengekalkan perlin­dungan aset pada nisbah lebih tiga kali ganda. Man­dat Khazanah melangkaui semata-mata sasaran kewangan dan da­lam hal itu, ter­dapat kemajuan yang dibuat dari segi hasil pembangunan. Antara contohnya adalah penubuhan kluster industri baharu seperti industri kreatif, sains hayat, perhotelan dan pelancongan serta perkhidmatan pendidikan; penubuhan zon ekonomi baharu seperti Iskandar Malaysia, mewu- judkan pekerjaan, membina kedudukan global dan serantau, menstruktur semula syarikat utama negara, menyokong dan memacu program pembaharuan utama na­sional, merangka dasar yang mana perlu di samping melaksanakan projek infrastruktur menerusi sya­rikat teras Khazanah.
Pada 2004, kami diberikan tugas untuk mengawasi bukan hanya syarikat Khazanah, malah sekumpulan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) lebih meluas. Kami muncul dengan Program Transformasi GLC 10 tahun, yang secara rasminya bermula pada Julai 2005 dan pada Ogos 2015, sekumpulan syarikat berjaya mencapai graduasi di bawah program itu. Banyak usaha diberikan dalam masa 10 tahun itu, antara lain dari segi mengukuhkan tadbir urus, mewujudkan nilai dan pengantarabangsaan. Kebanyakan syarikat mele- pasi krisis 2008 dengan keadaan yang agak baik dan sejak itu terbabit dalam membantu pelabu­ran swasta. Mereka menjadi pemangkin bagi pembangunan negara dalam pelbagai cara. Sebagai contoh, kami menyokong usaha rangsangan domestik, khususnya sejak 2009 apabila Datuk Seri Najib Razak dilantik sebagai Perdana Menteri. Antara perkara pertama yang dilaksanakannya bagi menangani krisis 2008 adalah me­macu pakej rangsangan domestik. Pelaburan swasta agak perlahan pada masa itu disebabkan persekitaran global, jadi GLC bertindak mengorak lang­kah. Terdapat beberapa siri inisiatif membabitkan sektor pelanco­ngan dan perhotelan, industri kreatif, Iskandar Malaysia serta projek nasional seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lum­pur 2 (KLIA2), Jambatan Kedua Pulau Pinang, antara lainnya.
Kami juga memberikan sumba­ngan bermakna kepada masyarakat, khususnya melalui usaha da­lam tanggungjawab sosial korporat (CSR), biasiswa Yayasan Khazanah dan dana pembiayaan dalam Yayasan Hasanah yang memberi tumpuan lima bidang utama - pendidikan, pembangu­nan komuniti, alam sekitar, seni dan warisan serta pembangunan pengetahuan. Lebih daripada RM575 juta sudah dibelanjakan yang memberi manfaat kepada ramai penerima sejak 2006, de­ngan peruntukkan terbesar lebih daripada 50 peratus diberikan ke­pada sektor pendidikan, termasuk biasiswa di bawah Yayasan Kha­zanah. Di bawah sektor pemba­ngunan pengetahuan, sumbangan besar adalah Institut Penyelidikan Khazanah, yang ditubuhkan pada 2014.
Menuju ke hadapan, Lembaga Pengarah Khazanah memperbaharui kontrak saya buat penggal kelima, yang agak mencabar ke­rana anda sebenarnya tidak mahu kekal terlalu lama atau ‘berkhidmat terlalu singkat’. Tempoh penggal kelima ini akan membawa saya hingga Jun 2019, insyaAllah, pada masa itu ada dua pencapaian penting. Pertama, 2019 adalah tahun ke-25 Khazanah dan keduanya tempoh masa daripada permulaan penyusunan semula Khazanah pada 2004 hingga Jun 2019, yang juga pada malam se­belum tahun 2020, akan dilihat dari sudut sejarah sebagai tempoh masa yang memisahkan antara Krisis Kewangan Asia dan 2020. Ia satu tempoh yang menyaksikan perubahan dan cabaran pada peringkat domestik serta antara­bangsa, dalam pasaran dan eko­nomi serta muncul apa yang dipanggil sebagai ‘kelaziman baharu’.
Walaupun kami percaya banyak yang sudah dicapai, masih lagi terdapat jurang, dengan kadar ser­ta permintaan bagi perubahan dan persaingan daripada globa- lisasi dan liberalisasi, gangguan teknologi dan jangkaan pihak ber- kepentingan semakin bertambah. Dalam pelbagai cara, kemajuan yang dicapai sejak beberapa tahun ini menyiapkan kami untuk berdepan semua ini dan saya percaya kami sedang meletakkan Khaza­nah dalam tempoh masa yang mencabar dan dipenuhi peluang ini dengan kedudukan yang agak mantap mantap, Alhamdulillah.
Membina trek rekod tadbir urus yang baik dan prestasi mantap secara keseluruhan, bidang tumpuan utama tidak selalunya di­lihat dari luaran, namun adalah mustahak dilihat dari sudut pan- dang kemapanan bagi membina sebuah institusi yang kukuh. Ini bermakna, mengukuhkan tadbir urus dan amalan pengawal seliaan, tenaga kerja, rangkaian dan hubungan serta akhimya budaya korporat supaya sentiasa dapat berkhidmat dan menyampaikan amanah negara. Masih banyak kerja perlu dilakukan.
Soalan: Bagaimanakah perniagaan Khazanah di luar negara?
Jawapan: Meneroka peringkat serantau dan antarabangsa adalah aspek penting perkara yang kami lakukan. Apabila kami bermula pada 2004, Khazanah adalah sangat tertumpu kepada domestik. Paling penting, di pintu masuk kita ada­lah Indonesia, ASEAN, China dan India yang menawarkan banyak peluang. Jadi, kami keluar dengan langkah terancang, bermula di negara jiran Indonesia pada 2004/2005. Kami kemudiannya pergi ke China dan India. Apabila Khazanah sudah sedikit selesa, kami mula meninjau ke Asia Barat, yang mana Malaysia sebagai sebuah negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) berkongsi be­berapa warisan dan budaya yang sama. Kami memilih Arab Saudi, iaitu ekonomi terbesar di rantau Teluk dan pencapaiannya agak baik. Kami juga memilih Turki, yang secara teknikalnya berada di sempadan Asia Barat dan ia juga mencatatkan prestasi sangat baik.
Anda boleh melihat ada rentetan. Pertama, di kawasan berhampiran seperti Indonesia da­lam bidang seperti perbankan, telekomunikasi dan infrastruktur.
Kami kemudiannya beralih lebih jauh dan sejak beberapa tahun lalu, Khazanah pergi ke San Fran­cisco disebabkan oleh Silicon Val­ley. Sebabnya adalah San Fran­cisco dan teknologi adalah pendedahan yang kami perlukan. Ia satu sektor antarabangsa dan meskipun syarikat kami mencatatkan prestasi baik, mereka berpotensi dihalang oleh teknologi. Halangan ini sudah pun berlaku dalam be­berapa sektor yang diceburi oleh syarikat kami seperti telekomunikasi, perkhidmatan kewangan dan penjagaan kesihatan. Panda- ngan kami adalah bukan saja sya­rikat sedia ada perlu diperting-
masuk Beijing, Mumbai, Istanbul dan San Francisco. Dengan rangkaian ini, kami meliputi kawasan yang mahu diteroka. Tumpuan di London dan San Francisco adalah lebih kepada bidang teknologi dan inovasi. Bagi membangunkan rangkaian ini, kami juga melihat peluang untuk membawa masuk pelaburan ke Malaysia.
Ketika kami memulakan penyusunan semula pada 2004, bahagian portfolio yang disumbangkan oleh operasi luar agak kecil iaitu di bawah 10 peratus (dikira dari segi nilai boleh nampak dan lebih kecil iaitu satu peratus bagi pelaburan dibuat di luar negara). Apabila portfolio meningkat tiga kali ganda, komponen luar Negara kini masing-masing adalah 45 peratus dan 19 peratus dari segi nilai boleh nampak dan pelaburan dibuat di luar Negara. Walaupun sejak 11 tahun lalu portfolio keseluruhan berkembang pada kadar 10.7 peratus setahun, pelaburan asing sebenamya mengatasi angka itu dengan kadar pertumbuhan terkumpul 18.3 pe­ratus. Ini mencerminkan situasi pe­laburan asing yang menguntung- kan serta bemilai dari segi kewa­ngan setakat ini. Selain itu, pelaburan asing mempunyai ciri-ciri portfolio dan strategik yang positif termasuklah manfaat yang pelbagai, mengurangkan sebarang potensi kesan asakan atau ‘crowd out’ ke atas ekonomi domestik, membina kehadiran serantau dan global, keijasama dan rangkaian, yang kemudiannya membantu membawa masuk pelaburan langsung asing (FDI) besar ke Malaysia, khususnya di Iskandar Malaysia ser­ta beberapa sektor utama. Pada masa sama, kami juga sangat aktif pada peringkat domestik, menyokong syarikat teras sedia ada, selain membangunkan sektor pertumbu­han baharu.
Soalan: Kebelakangan ini, kita me­lihat Khazanah meningkatkan tumpuannya kepada syarikat IT berpotensi tinggi. Adakah ini akan terus menjadi fokus dalam masa terdekat ini? Bagaimana Tan Sri melihat Kha­zanah mampu mengulangi kejayaan yang dicapai menerusi pelaburan dalam Alibaba?
Jawapan: Perjalanan setakat ini menyaksikan nilai diwujudkan menerusi usaha transformasi GLC, berkem- bang ke dalam geografi baharu pertumbuhan tinggi khususnya di Asia melalui penstrukturan semu­la korporat, penggabungan dan pengambilailihan (M&A) serta pelupusan - dalam kata lain me­nerusi pertumbuhan organik dan penstrukturan semula, selain M&A. Kami mengenal pasti kira-kira lima tahun lalu bahawa fasa berikutnya pertumbuhan juga perlu menangani isu teknologi, inovasi dan halangan. Ia satu arah aliran mega (megatrend) yang memberikan cabaran dan juga pe­luang hebat. Kemasukan Khaza­nah ke San Francisco pada 2013 dan pelaburan di dalam syarikat teknologi dan bioteknologi di pelbagai tempat termasuk China ada­lah disebabkan faktor itu, selain usaha pada peringkat domestik melalui beberapa platform tekno­logi, inovasi dan sains. Salah satu pelaburan utama antarabangsa kami di dalam teknologi sebenarnya adalah Alibaba di China, yang bermula agak awal. Kami melabur kira-kira AS$250 juta dan menambah lagi sekitar AS$1 bilion. Da­ripada jumlah itu, Alhamdulillah kami menjana kira-kira satu pertiga keuntungan dan sebahagiannya dilabur pada peringkat global dalam beberapa lagi syarikat tek­nologi seperti yang anda saksikan.
Soalan: Kebanyakan syarikat berasaskan teknologi/internet yang dilaburkan oleh Khazanah ada­lah dari luar negara. Adakah Khazanah mempunyai rancangan untuk melabur di dalam syarikat serta usahawan tempatan?
Jawapan: Kami perlu terbabit pada pe­ringkat antarabangsa khususnya dalam sektor yang pantas bergerak, berdaya saing pada peringkat global seperti teknologi. Pada masa sama, kami mempunyai beberapa gaya pelaburan, sebagai contoh, menerusi dana bagi syarikat pe­ringkat awal dan pelaburan terus bagi syarikat yang yang berada pada peringkat lebih maju, kebiasaannya dalam kedudukan bukan bagi menyokong usahawan. Kha­zanah baru-baru ini melabur di dalam Aemulus, sebuah syarikat senaraian awam berpusat di Pulau Pinang yang mengeksport peralatan ujian automasi teknologi tinggi dalam industri semikonduktor. Se­lain Aemulus, kami juga melabur di dalam beberapa syarikat tek­nologi Malaysia menerusi dana tempatan, disebabkan saiz syari­kat berkenaan yang lebih kecil.
Selain itu, Celcom contohnya mempunyai program yang menyo­kong usahawan membangunkan aplikasi, manakala Axiata mem­punyai dana teroka bagi usaha­wan Bumiputera. Khazanah juga mempunyai beberapa dana teroka langsung dan tidak langsung ke dalam teknologi serta biotekno­logi.
Tambahan lagi, dalam beberapa sektor berkaitan teknologi seperti industri kreatif contohnya, penu- buhan Pinewood Iskandar Malay­sia Studios juga memangkin pe­laburan lain serta pemindahan teknologi termasuk melalui entiti peneraju berkelas dunia seperti Imagica dari Jepun, Imaginarium dari AS dan University of Southern California School of Cinematic Arts menerusi kerjasama dengan syarikat tempatan.
Kami juga sedang berusaha membangunkan lebih ramai usahawan. Daripada krisis 1998 hingga 2004, kami memberi tumpuan untuk menstabilkan syarikat. Selepas itu, kami menjual aset bu- kan teras dan ini diharapkan dapat melahirkan usahawan. Kami secara aktif cuba mendapatkan keseimbangan yang betul, sesuatu yang penting bagi negara kerana institusi boleh memimpin sesetengah perkara, namun sebahagian lain perlu dipimpin oleh usahawan dan kami boleh menyokong mereka.
Time dotCom adalah satu contoh yang biasa dipetik. Hasil daripada memegang aset selepas Krisis Kewangan Asia, kami sudah pun memiliki Telekom Malaysia (TM). Kami membuat keputusan untuk melepaskan Time dotCom melalui proses bidaan terkawal. Kami mengimbas pasaran dan mempelawa empat hingga lima usahawan Bumiputera tempatan. Bidaan yang menang datangnya daripada sekumpulan usahawan muda tidak dikenali dalam usia awal 30-an, yang mempunyai perniagaan agak mengagumkan bemilai RM30 juta hingga RM40 juta dalam pusat da­ta, dengan menjualnya kepada sya­rikat seperti Google. Kami berfikir ini sesuatu yang agak mengagum­kan dan mereka memenangi bi­daan secara adil.
Bagaimanapun, mereka mengambil alih aset 10 kali lebih besar berbanding aset sendiri. Kami memberitahu supaya me­reka tidak pergi ke bank kerana masih mengingati pengalaman lampau; kami tidak mahu memusnahkan mereka dengan hutang persendirian yang tinggi jika me­reka gagal. Sebaliknya, kami menstruktur mekanisme penjanaan keluar tiga tahun, yang membolehkan pegangan usahawan ber­kenaan di dalam Pulau Kapas Ven­tures, iaitu syarikat pegangan Khazanah bagi Time dotCom meningkat daripada 38.8 peratus kepada 70 peratus jika sasaran kewangan dicapai. Dalam masa tiga tahun, usahawan berkenaan be jaya mendapatkan kawalari dan kami sangat bangga dengan pencapaian itu. Ini menunjukkan mo­del ‘penjanaan keluar’ boleh menjadi pemangkin besar perubahan. Sebelum ini, ada juga beberapa kes pelupusan yang dilaksanakan de­ngan kaedah bebas secara berhati-hati. sebagai contoh Crest Petroleum (daripada UEM-Renong Group) yang berkembang untuk menjadi sebahagian penting Sapura Kencana. Satu lagi contoh adalah penjualan TIME Engine­ering Bhd, yang kini dikenali sebagai Dagang Nexchange Bhd.
Kami berada di dalam pasaran untuk mencari lebih banyak situasi sedemikian, namun Khaza­nah juga memainkan peranan penting sebagai penjaga aset strategik dan aset negara, justeru ia secara jelas perlu dilakukan de­ngan sangat berhati-hati dan sedikit kemahiran. Sebagai contoh, dalam beberapa sektor strategik seperti lebuh raya dan syarikat penerbangan yang juga aset pen­ting negara, kami tidak boleh se- wenang-wenangnya menjualnya tanpa membuat penilaian. Terdapat juga pihak persendirian yang muncul sambil berkata ‘kami bo­leh melakukan ini dan itu’. Kami mendengar tetapi pada masa sama berkata, anda perlu menunjukkan bukti. Kami perlu memastikan pihak berkenaan berada da­lam keadaan baik dan tersusun.
Sember: Berita Harian / Nasional / 14 April 2016


RM15.2 Billion Aset Dimiliki Khazanah
Organisasi mampu berdikari, berkembang tanpa suntikan dana tambahan kerajaan
Oleh Kamarulzaidi Kamis, Shahrizan Salian dan Che Wan Badrul Alias
Sumber: Berita Harian / Bisnes / 14 April, 2016
Khazanah Nasional Bhd, yang kini memiliki aset mencecah RM150.2 bilion, men­jadi model organisasi yang mampu berdikari dan ber­kembang secara organik tanpa sebarang suntikan dana tamba­han daripada kerajaan.
Selepas 12 tahun penyusunan semula Khazanah bermula pada 2004, portfolio pelaburan sayap pelaburan kerajaan itu melonjak tiga kali ganda daripa­da RM50.9 bilion kepada RM150.2 bilion dengan asas Nilai Bersih Diselaraskan mengukuh kepada RM109.0 bi­lion kini dari RM33.3 bilion.
Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar, berkata ia adalah kadar pertumbuhan terkumpul 10.7 peratus setahun sepanjang tempoh berkenaan, setanding pencapaian syarikat pelaburan yang setara dengannya.
Katanya, Khazanah merekodkan keuntungan sebelum cukai terkumpul (PBT) berjumlah RM23.5 bilion antara 2004 dan 2015, peningkatan 4.7 kali ganda berbanding RM5 bilion yang dicatatkan da­lam 10 tahun pertama Kha­zanah berakhir 2003.
“Ini diterjemahkan ke­pada peningkatan 13.8 kali ganda cukai terkumpul dan dividen beijumlah-RM9.9 bilion dalam tempoh antara 2004 dan 2015, berbanding RM781 juta bagi 10 tahun pertama berakhir 2003,” katanya dalam temu bual bersama wartawan akhbar kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Nilai tambah kewangan jelas
Mengulas lanjut, Azman ber­kata, model pembiayaan Khaza­nah dicapai tanpa sebarang sun­tikan dana tambahan daripada kerajaan, sekali gus menyaksikan nilai tambah kewangan yang jelas sepanjang tempoh 12 tahun.
Katanya, ia membuktikan peningkatan portfolio diraihnya itu dijana pertumbuhan organik pelaburan sedia ada dan pertumbuhan nilai pelaburan meneru­si profil risiko boleh diuruskan.
“Satu langkah penting bagi kami adalah perlindungan aset, iaitu jumlah aset dimiliki ber­banding liabiliti. Ini satu nisbah pengurusan risiko yang penting dan menunjukkan kami berupaya meningkatkan sehingga tiga kali ganda nilai portfolio, sambil mengekalkan perlin­dungan aset pada nisbah lebih tiga kah ganda.
“Mandat Khazanah melangkaui sasaran kewangan semata-mata dan dalam hal itu, terdapat kemajuan dari segi hasil pembangunan antara penubuhan kluster industri baharu,”  katanya.
Kluster berkenaan meliputi industri kreatif, sains hayat, perhotelan dan pelancongan, perkhidmatan pendidikan, pe- nubuhan zon ekonomi baharu seperti Iskandar Malaysia, membina kedudukan global dan serantau, menstruktur semula syarikat utama negara, menyo- kong dan memacu program pembaharuan utama nasional, merangka dasar serta projek infrastruktur menerusi syarikat teras Khazanah.
Pada 2004, Khazanah diberikan tugas mengawasi bukan hanya syarikat Khazanah, malah sekumpulan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) lebih meluas me­nerusi Program Transformasi GLC 10 tahun.
Organisasi terkemuka itu turut sinonim dengan tanggungjawab sosial korporat (CSR) me­nerusi Yayasan Hasanah yang menumpukan lima bidang uta­ma iaitu pendidikan, pemba­ngunan komuniti, alam sekitar, seni dan warisan serta pemba­ngunan pengetahuan.

Lebih RM575 juta dibelanjakan sejak 2006 dengan lebih 50 peratus diberikan kepada sektor pendidikan, termasuk biasiswa Yayasan Khazanah manakala bagi pembangunan pengetahu­an, sumbangan besar meneru­si penubuhan Institut Penyelidikan Khazanah pada 2014.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan