-Tawaran Rumah Mampu Milik Perlu Mesra Golongan
Pertengahan
-Tekanan untuk memiliki aset sendiri
menyebabkan rakyat begitu terdesak mencuba pelbagai skim perumahan ditawarkan.
Setelah meneliti rungutan berapa pemenang
undian unit Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PRlMA) baru-baru ini, didapati ramai
yang kecewa atas faktor kekangan kewangan terutama membabitkan komitmen bayaran
bulanan tinggi yang bakal ditanggung dan harga unit dikatakan agak tinggi
berbanding bilangan bilik ditawarkan.
Syarat minimum pendapatan isi rumah bagi
pemohon PRlMA adalah dari RM2,500 sehingga RM10,000 sebulan. Begitupun, ia
tidak bermakna setiap pemohon yang layak akan mampu menanggung komitmen bulanan
ditetapkan. Mereka yang berpendapatan isi rumah RM2,500 sebulan, walaupun layak
memohon tetapi hampir pasti tidak mampu memenuhi komitmen bayaran bulanan
sebanyak RMi,700.
Skim Rent to Own
(RTO) diperkenalkan PRlMA pula mungkin sesuai buat mereka yang memiliki
pendapatan bulanan tinggi, namun tidak
mampu menyediakan deposit 10 peratus dalam masa dikehendaki atas sebab
tertentu. Justeru, pemohon perlu melakukan penilaian sendiri berhubung
kemampuan kewangan mereka berdasarkan jenis unit diperoleh.
Pada asasnya, objektif kewujudan PR1MA
adalah untuk menyediakan perumahan berkualiti berkonsep gaya hidup moden kepada
golongan pertengahan. Begitupun, ramai silap faham dengan menyangka ia adalah
projek perumahan kos rendah atau sederhana yang biasa.
Konsep perumahan moden
Justeru, ada pemohon mengharapkan harga
rumah ditawarkan adalah di bawah RM200,000 untuk lokasi sekitar pusat bandar
mahupun Lembah Klang. Bahkan ada juga pihak cuba membandingkan
PR1MA dengan skim perumahan kos rendah di
bawah kerajaan negeri yang berharga RM42,000. Ia sudah tentu bukan satu
penilaian yang adil.
Selain memahami konsep perumahan moden
ditawarkan, pemohon PRlMA juga sewajarnya memahami syarat pendapatan
ditetapkan itu adalah sebagai syarat umum, dan ia bergantung juga kepada jenis
dan harga rumah ditawarkan. Dengan pendapatan minimum isi rumah RM2,500 sebulan, mungkin mustahil
memiliki unit berharga RM350,000 dan ke atas.
Justeru, kelompok pendapatan itu mungkin
lebih sesuai dengan kediaman jenis studio yang har- ganya bermula dari
RM240,000.
Dengan harga itu, ia tidak sahaja dinilai
lebih rendah berbanding harga pasaran bagi unit seumpama itu di kawasan sama,
bahkan komitmen bulanan juga mungkin sekitar RMl,l00 sahaja. Ia boleh dikira
sebagai harga mampu milik dengan kombinasi pendapatan suami dan isteri yang
berjumlah RM3.500 sebulan.
Rungutan pemohon ini sewajarnya
menyedarkan banyak pihak terutama
kerajaan betapa ukuran mampu milik itu sebenarnya memberi makna dan realiti
berbeza di antara rakyat dan juga kerajaan. Sungguhpun statistik memberikan
gambaran kelompok pendapatan pertengahan meliputi 40 peratus (M40) rakyat
negara ini, ia tidak bermakna mereka memiliki kemampuan setara dinikmati
kelompok kelas pertengahan juga.
Keadaan mendesak
Hal ini berlaku kesan daripada perbezaan
definisi istilah pendapatan pertengahan (M40) dan kelas pertengahan yang
diguna pakai kini. Syarat pendapatan minimum isi rumah pemohon PRlMA yang
bermula RM2,500 sebulan sebenarnya meluaskan lagi jurang perbezaan kelompok
pertengahan itu di mana jumlah berkenaan adalah jauh lebih rendah jika dibandingkan
dengan kategori kelas pertengahan (RM5,001- RM8,135)
mahupun M40 (RM3,860-RM8,319).
Tekanan untuk memiliki aset sendiri
menyebabkan rakyat bemtn terdesak mencuba pelbagai
Tekanan untuk memiliki aset sendiri
menyebabkan rakyat begitu terdesak mencuba
pelbagai skim perumahan ditawarkan dalam pasaran tanpa menilai tahap kemampuan mereka
serta objektif penawaran perumahan itu. Mereka yang kecewa sudah pasti dengan
mudah menuding jari kepada kerajaan walau pada hakikatnya projek dipohon itu
tidak menepati objektif penubuhan atau syarat tertentu bagi pembiayaan.
Sebagai kerajaan yang responsif terhadap
keperluan rakyat, beberapa tindakan pembetulan wajar diperkenalkan. Langkah awal
mungkin perlu bermula dengan mengenal pasti keperluan dan kemampuan kelompok
ini.
Hakikatnya, kebanyakan pemohon daripada
kelompok ini hanya ingin memiliki satu unit kediaman yang selesa, dengan makna
selesa itu adalah memiliki tiga bilik tidur dan dua bilik air, walau ia mungkin
hanya berkeluasan sekitar 750 kaki persegi, berbanding memiliki unit
studio satu bilik dengan keluasan 850 kaki persegi. Oleh: Wan Mohd Aidil Mukhtar, Pantai Dalam
Sumber: Berita Harian / Nasional / 2 Januari
2016
Panduan Rancang Kediaman Selesa
Setiap
kediaman perlu dirancang dengan teliti supaya seisi keluarga mampu menjalani
kehidupan yang selesa mampu memberikan kesempurnaan dari segi fizikal, mental,
emosi dan semangat.
Ketika
ini, pelbagai rujukan disediakan oleh perundingan kediaman yang mudah
diperolehi daripada pelbagai majalah hiasan dalaman yang dijual di pasaran.
Namun bagi yang memiliki masa terhad boleh mempertimbangkan panduan merancang
kediaman selesa yang dilampirkan di bawah.
LIHAT KEPERLUAN
Jika baru berpindah, jangan terburu-buru
menukar hiasan lama. Lihat perubahan di kawasan sekitar untuk disesuaikan bagi
mengelakkan pembaziran.
FUNGSI GAYA
Reka bentukyang baikterhasil daripada
perancangan teliti dan melihat keseluruhan keperluan serta kos. Kediaman selesa
tidak memerlukan bahan mahal, tetapi kesempurnaan cita rasa dan gaya serta
pilihan tepat.
PENGGUNAAN WARNA
Warna yang
dipilih berperanan menimbulkan dan membangkitkan emosi. Warna cerah membuatkan
ruang ceria dan tenang. Elemen sampingan seperti perabot dan langsir membantu
menambah keceriaan ruang.
KESAN CAHAYA DAN TARIKAN ALAM SEMULAJADI
Kediaman yang mempunyai pengaliran cahaya
dan udara semula jadi amat baik bagi mengurangkan kos elektrik. Suasana
kehijauan dapat melahirkan ketenangan terutama bau wangi dan deruan air dari
kolam buatan.
KENAL PASTI KEPENTINGAN
Ada pelbagai gaya boleh dipilih untuk
kediaman. Pemilihan perlu melambangkan personaliti sendiri. Usia dan kehidupan
memberi kesan pada gaya reka bentuk. Colongan 20-an atau 30-an memilih gaya
ringkas dan mudah diselenggarakan. Colongan pertengahan yang mempunyai keluarga
besar, memerlukan lebih daripada tiga
bilik bagi aktiviti tertentu.
Mengenal pasti kepentingan cara hidup
sangat penting supaya tidak memaksa anda melakukan perubahan pada kediaman
kerana kos tinggi selain tekanan kepada pemiliknya.
Selidiki 5 Perkara Sebelum Membeli Rumah
(1) Lokasi (2) Kemudahan di kawasan persekitaran (3) Kemudahan akses (4) Status tanah dan (5) Bilangan unit
Membeli kediaman mungkin akan menjadi satu
pelaburan terbesar yang pernah dilakukan dalam hidup kita, sama ada ia menjadi
yang pertama atau terakhir.
Justeru, sama ada mahu merancang untuk
menjadi pelabur hartanah atau pembeli biasa, anda perlu meluangkan masa bagi
membuat penyelidikan mengenai pasaran hartanah atau sekurang-kurangnya
mengikuti perkembangan hartanah semasa.
Oleh itu, PropertyGuru menyenaraikan
beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh pembeli sebelum mengambil
keputusan untuk membeli mana- mana hartanah yang diinginkan.
Lokasi. Lokasi adalah faktor paling penting yang perlu diberi perhatian oleh
pembeli. Pertama sekali, anda perlu memastikan ‘keserasian’ kawasan dengan
diri.
Contoh, sekurang-kurangnya anda tahu di
mana terdapat pasar raya besar terdekat dengan rumah anda. Selain itu, faktor
jarak perjalanan juga perlu diambil kira sama ada ia munasabah dengan tempat
kerja dan rumah keluarga anda.
Kemudahan di kawasan persekitaran. Ada sebab mengapa perban- daran bersepadu diwujudkan.
Ini kerana ia menjadi keperluan untuk
mendapatkan pelbagai kemudahan antaranya tempat menonton wayang, mendapatkan
secawan kopi atau menghantar binatang peliharaan ke pusat penjagaan haiwan
paling terdekat.
Jadi, jika anda tidak bercadang untuk
membeli kediaman dalam kawasan perbandaran
bersepadu, menjadi satu kemestian untuk
meninjau persekitaran atau kawasan yang mempunyai semua kemudahan yang anda
perlukan.
Antara kemudahan yang perlu diambil kira
seperti sekolah; tempat beribadat; pasar raya besar; restoran; kedai runcit dan
pasar basah.
Kemudahan akses. Kediaman
baharu anda akan menjadi sangat tidak menarik jika perlu menghadapi kese- sakan
lalu lintas atau terpaksa menempuh jarak perjalanan jauh hanya disebabkan tiada
kemudahan akses perhubungan.
Oleh itu, sebelum membuat keputusan
pembelian sebarang hartanah yang diinginkan, anda perlu memastikan lokasi itu
mempunyai kemudahan akses perhubungan.
Jadi, sila pastikan akses perhubungan itu
mendapat perhatian utama, atau ia menimbulkan rasa tidak puas hati dan kecewa
secara berterusan.
Status tanah. Sejauh mana anda mengetahui status kediaman atau hartanah komersial akan
memainkan peranan besar dalam bil utiliti anda pada masa depan?
Ini kerana jika hartanah berke- naan di
bawah status komersial, bil anda akan menjadi dua kali ganda dan harta anda
tidak akan dilindungi di bawah Akta Pemajuan Perumahan (HDA).
Bilangan unit. Pembangunan kepadatan rendah sering dilihat lebih eksklu- sif dan mahal.
Kebiasaannya pemaju akan mengenakan bayaran penyelenggaraan lebih tinggi jika
anda memilih kediaman bertingkat. Dan memang secara logiknya, kos menjadi
lebih tinggi kerana jika dibaha- gikan kepadatan penghuni yang kurang, kos
penyelenggaraan juga meningkat sesuai dengan persekitaran yang eksklusif.
PropertyGuru - PropertyGuru
sentiasa sudi berkongsi pelbagai tip, trend terkini dan pandangan tentang
pasaran hartanah tempatan. Sebagai portal hartanah nombor satu di Singapura,
Malaysia, Indonesia dan Thailand, PropertyGuru membantu lebih 16 juta individu
di rantau ini mencari hartanah yang ingin dimiliki. Layari www.
propertyguru.com.my untuk mencari rumah impian anda sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan