"" Gedung Purba: Panduan Membuat Penilaian Dan Keputusan
Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Selasa, 2 Ogos 2016

Panduan Membuat Penilaian Dan Keputusan

Membentuk Pemikiran Sihat Dalam Masyarakat
Ideologi puak ekstremis boleh dimusnahkan menerusi pendedahan maklumat bahawa pembohongan mereka semata-mata untuk memanipulasi fikiran masyarakat.
Mohd Muzammil Ismail - Felo Akademik Pusat Pengajian Kerajaan, Jabatan Perancangan dan Pembangunan Hartanah, Universiti Utara Malaysia.
Kosmo/Sabtu, 13 Ogos 2016 
Masyarakat kita tidak suka berfikir secara mendalam
dan berterusan. Akhirnya bu­daya eksterisme itu berlaku
 kesan daripada mengikut tanpa penelitian yang kritis.
MUTAKHIR ini, kita digemparkan dengan insiden-insiden keganasan yang melibatkan ratusan kematian dan kecederaan orang awam. Mangsa-mangsa adalah terdiri daripada kanak-kanak, orang tua dan wanita malah ter- hadap warga muslim sendiri dan ia berlaku hampir setiap hari. Kegilaan apakah yang sedang berlaku pada dunia kini?
Masyarakat dunia pula de­ngan mudahnya menuding jari dengan mengatakan Islam adalah agama pengganas, pembunuh dan perosak seperti yang sering diberitakan media.
Faktanya ada suatu masalah dalam pemikiran khususnya mereka yang eksterimis ini iaitu pendoktrinan pe­mikiran binari yang menjurus kepada perlakuan taksub iaitu sukar menerima pandangan pihak lain. Bermula dengan budaya seperti sarkastik dan sindir-menyindir, ia akhirnya sampai ke tahap mengkafirkan orang lain.
Individu atau kelompok masyarakat yang mempunyai pemikiran sebegini akan terjerumus kepada minda yang diklasifikasikan sebagai dogmatik.
Minda dogmatik hanya melihat kepada satu kecenderungan sahaja contohnya, memilih untuk menyokong parti A atau digelar kafir; memilih sistem khalifah atau perlu dibunuh; menyokong hak kebebasan atau dianggap menentang Islam dan sebagainya.
Biarpun wujud pecahan-pecahan mazhab dan fahaman di dalam Islam sendiri tetapi ia sepatutnya dilihat dari sudut keharmonian dan suatu budaya pemikiran yang sihat. Suasana mempergunakan agama sebagai retorik untuk melarikan masyarakat dari isu sebenar itu adalah kebinasaan yang paling ketara. Kita dapat melihat ada pihak yang oportunis. dalam mengekalkan pengaruh mereka dengan membangkitkan isu berkaitan sentimen agama.
Maka  wujudlah masyarakat yang tidak konsisten dan mudah terpengaruh dalam berpendapat berkenaan sesuatu isu. Lihat sahaja viral tentang sesuatu isu. Belum sahaja panas ia diperkatakan, timbul lagi isu baharu. Masyarakat kita tidak suka berfikir secara mendalam dan berterusan. Akhirnya bu­daya eksterisme itu berlaku kesan daripada mengikut tanpa penelitian yang kritis.
Ideologi puak ekstremis boleh dimusnahkan menerusi pendedahan maklumat bahawa pembohongan mereka semata-mata untuk memanipulasi fikiran masyarakat. Bagaimana untuk kita mengetahui apa yang baik dan apa yang buruk? Di mana dan bagaimana untuk kita ambil sumber-sumber idea bagi mengetahui perihal kebaikan dan masyarakat keburukan? Apa yang menjadi permasalahan dalam kalangan masyarakat kita khususnya orang Melayu adalah secara umumnya lebih cenderung mahukan sesuatu penyelesaian dengan cara pintas dan mudah.
Apa yang jelas, masalah ekstremisme hari ini tidak mampu ditumpaskan dengan kekuatan fizikal sahaja. Ideologi puak ekstremis ini boleh dimusnahkan menerusi pendedahan maklumat bahawa pembohongan mereka semata-mata untuk memampulasi fikiran masyarakat.
Dalam hal ini, institusi kemasyarakatan perlu memainkan peranan penting sebagai agen penyebar kepada konsep kesederhanaan atau wasatiyyah yang merupakan maqasid utama dalam Islam. Institusi ini meru­pakan pendekatan yang strategik dalam menyelesaikan konflik keganasan ini.
Contoh utama adalah insti­tusi keagamaan seperti masjid atau madrasah di kawasan komuniti kejiranan. Masjid meru­pakan pusat aktiviti sosial umat Islam yang perlu berperanan dan multi fungsi bukan sekadar menjadi tempat ibadah tetapi turut menjadi platform utama penyebaran risalah ideologi keamanan, keharmonian dan bebas ketaksuban melalui ilmu pengetahuan.
Dari sudut mekanisme pentadbiran dan pengurusan mas­jid pula perlu lebih strategik, di mana bercirikan profesionalisme. Ironinya institusi ini seharusnya tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana ideologi politik dan fahaman bagi mengelakkan berlaku perpecahan dalam masyarakat. Ini sekali gus menolak budaya pemikiran binari, dogmatik dan taksub sesetengah pihak yang menjurus kepada penolakan institusi keagamaan sebagai tempat penyatuan ummah.
Tradisi keilmuan Islam perlu disyumulkan melalui program-program halaqah ilmu yang berdasarkan perbincangan isu semasa bagi menarik minat golongan muda. Jangan terlalu berbangga dengan jumlah kutipan derma yang menjangkau puluhan ribu tetapi lokek untuk berbelaiya dalam program pembangunan ummah dan aktiviti kemasyarakatan.


Gerakan Radikal
Kurang Faham Punca Sertai Gerakan Radikal
Oleh:
PROF. MADYA DR. SAODAH ABD. RAHMAN
Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Utusan Malaysia/Rencana/26 Ogos 2016
PERGERAKAN radikal sering dikaitkan dengan permasalahan dalaman politik negara-negara Islam masa kini. Ketidakstabilan ekonomi, politik dan sosial dalam sesebuah negara adalah punca utama wujudnya pergerakan radikal terutamanya di negara-negara Arab dan negara miskin. Kegelisahan, kemiskinan dan kekejaman rejim terhadap rakyat adalah fenomena bagi negara-negara tersebut. Apabila sistem pemerintahan dan pentadbiran ne­gara tidak stabil maka negara tidak dapat membangun dan berkem­bang dalam aspek ekonomi dan pembangunan.
Rakyat di negara-negara terse­but akan terpinggir dari arus pembangunan terutama dalam aspek pendidikan dan seumpamanya. Pendidikan adalah aspek terpenting bagi pembangunan negara dan kestabilan ekonomi sosial dan politik. Rakyat yang tidak terdedah dengan sistem pendidikan secara komprehensif dalam aspek konvensional dan keagamaan amat mudah terpengaruh dengan pel­bagai ideologi sama ada berbentuk liberal, fanatik atau radikal.
Gabungan pembelajaran konvensional dan keagamaan secara komprehensif amat penting bagi membentuk masyarakat Islam yang mempunyai daya pemikiran yang rasional dan bemas. Guru memainkan peranan penting bagi menerapkan pelbagai ilmu pengetahuan berkaitan sains kemanusiaan dan ilmu wahyu kepada pelajar. Pemisahan pembelajaran berkaitan ilmu kemanusiaan, ilmu wahyu dan ilmu sains dan teknologi adalah satu kesilapan yang besar dalam sistem pendidikan mengi­kut ajaran Islam.
Setiap pelajar Islam sepatutnya didedahkan dengan ilmu-ilmu wahyu dan sains kemanusiaan walaupun mereka dari aliran sains dan teknologi. Pengabaian dalam aspek ilmu wahyu dan sains kema­nusiaan boleh menyebabkan pela­jar dari aliran sains dan teknologi kurang berkemampuan untuk menilai sesuatu ideologi yang dide­dahkan kepada mereka bertepatan dengan konteks ajaran Islam atau realiti yang wujud masa kini.
Kajian berkaitan pergerakan radikal dalam negara Islam menunjukkan bahawa majoriti ketua dan ahli pergerakan radikal ada­lah terdiri daripada mereka yang berkelulusan dalam aliran sains dan teknologi seperti bidang kejuruteraan. Pelajar dalam aliran itu tidak didedahkan dengan ilmu berkaitan sains kemanusiaan dan pengajaran ilmu wahyu secara komprehensif. Mereka mudah dipengaruhi oleh idea-idea radikal yang melaungkan slogan jihad dan syahid tanpa memahami konteks ajaran Islam dan sosio-budaya, ekonomi dan politik negara Islam yang bergolak.
Kemajuan telekomunikasi memudahkan golongan radikal menyebarkan ideologi mereka merentasi sempadan geografi. Ideologi yang disebarkan itu mampu membangkitkan semangat perjuangan untuk menubuhkan negara Islam secara radikal tanpa berlandaskan kepada realiti dalam negara Islam lain. Bagi mereka, setiap umat Is­lam perlu bangkit dan beijuang un­tuk menubuhkan negara Islam di bawah satu naungan pemerintah yang dipimpin oleh sistem khalifah sepertimana wujud pada zaman Rasulullah SAW dan para sahabat baginda.
Remaja dan pelajar dari negara- negara Islam yang miskin mudah dipengaruhi oleh ideologi radikal begini kerana kemiskinan dan kege­lisahan dalam kehidupan meruntuh hati nurani mereka. Oleh itu, mereka yakin bahawa penubuhan negara Is­lam adalah satu pilihan yang terbaik bagi menghapuskan kemiskinan, kesengsaraan dan korupsi.
Apabila remaja dan pelajar kolej dan universiti sudah dipengaruhi oleh ideologi radikal maka amat sukar untuk memulihkan pe­mikiran dan hati mereka supaya menghayati ajaran Islam secara moderat dan komprehensif kerana ideologi radikal sudah menjadi doktrin dalam kehidupan mereka. Mati syahid dan berjihad sudah sebati dalam jiwa mereka sehingga mereka hilang pertimbangan akal mengenai haram dan halal mengi­kut konteks ajaran Islam berkaitan hubungan sesama manusia.
Mereka ini akan menjadikan institusi pengajian tinggi tempat yang paling strategik bagi pergera­kan radikal menambahkan bilangan ahli dan pengaruh mereka. Ini adalah satu fenomena kebanyakan institusi pengajian tinggi di negara Arab. Kajian sarjana sosiologi menunjukkan di Mesir ahli pergerakan radikal ramai terdiri daripada lelaki dan wanita yang berpendidikan daripada universiti dan kolej yang terkenal dalam negara itu teru­tamanya dalam bidang perubatan, farmasi dan kejuruteraan.
Mereka menguasai kebanyakan daripada persatuan pelajar univer­siti. Pengaruh mereka juga tersebar dalam kalangan profesional, ju- ruteknik, petugas (functionaries), guru-guru dan pegawai-pegawai yang muda.
Malaysia sudah menjadi satu destinasi baru bagi pergerakan radikal untuk bergerak lantaran kemajuan teknologi telekomuni­kasi. Pelajar universiti dan kolej lebih berminat menambahkan ilmu agama mereka melalui in­ternet, blog serta YouTube dari­pada menghadiri ceramah agama yang hanya membicarakan isu-isu berkaitan hal ehwal peribadi dan perkahwinan di mana kadang-kadang isu-isu yang dibicarakan itu tidak bertepatan dengan kon­teks dan realiti yang wujud dalam masyarakat masa kini.
Penyampaian ilmu wahyu jika hanya ditumpukan kepada persekitaran permasalahan peri­badi tanpa melihat kepada realiti yang wujud dalam masyarakat bukan sahaja boleh menyebabkan pengajaran agama Islam tidak da­pat direalisasikan dalam kehidu­pan masyarakat Islam seharian berdasarkan kepada konteks masa kini malah boleh menyebabkan pelajar universiti dan kolej beranggapan pendakwah Islam dalam negara ini kurang memiliki kemahiran dalam ilmu wahyu dan tidak sehebat dengan ketua-ketua pergerakan radikal yang sering membicarakan permasala­han ekonomi, sosial dan pergolakan politik dalam dunia Islam. Ini adalah satu perkara yang sepa­tutnya dikaji dan direnung oleh cendekiawan dan pendakwah Is­lam dalam negara ini.
Kemudahan mendapat ilmu melalui internet memberi peluang yang paling baik untuk mereka melihat pergolakan politik yang lebih mencabar dalam dunia Islam lain jika dibandingkan dengan isu- isu politik yang dibicarakan oleh parti-parti politik Islam dalam negara ini. Oleh itu, mereka lebih berminat dan komited menden­gar dan mengikuti ideologi yang disebarkan oleh ketua-ketua per­gerakan radikal dari negara luar yang bertarung bersama ahli-ahli dalam pertempuran berdarah. Suasana begini boleh membangkitkan semangat jihad mereka dan melibatkan diri dalam pergerakan tersebut.
Berdasarkan kepada penjelasan di atas maka amat perlu cara penyampaian ilmu wahyu kepada masyarakat dan remaja Islam perlu dikaji secara mendalam sebelum disampaikan kepada masyarakat.
Individu yang ingin membi­carakan ilmu wahyu semestinya orang yang mendapat pendidikan Islam secara komprehensif supaya ajaran ilmu tersebut tidak disalah tafsirkan.

Rujukan berkaitan
AstroAwani - Laman Utama
Berita dan Liputan Keganasan di Malaysia dan lain-lain negara seperti di Turki, Arab Saudi, Perancis, Thailand dan sebagainya...Kerajaan Malaysia akan terus lindungi rakyat dari ancaman keganasan...
Puluhan terbunuh dalam letupan bom di hospital Quetta, Pakistan
QUETTA: Sekurang-kurangnya 45 orang terbunuh dalam satu kejadian letupan bom di sebuah hospital di Quetta, barat daya Pakistan pada Isnin, menurut pihak berkuasa di wilayah tersebut.
Angka korban ini lebih tinggi berbanding laporan awal.
Lebih 50 yang lain turut dilaporkan cedera.
"Ramai yang tercedera, angka korban mungkin meningkat," kata Rehmat Saleh Baloch, Menteri Kesihatan di wilayah Baluchistan…
PUTRAJAYA - Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang berlaku di Universiti Bacha Khan, Peshawar yang meragut sekurang-kurangnya 21 nyawa.  
Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada Kerajaan Republik Islam Pakistan dan keluarga mangsa yang terlibat dalam serangan tersebut. Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, Malaysia juga berdiri bersatu dengan komuniti antarabangsa dalam usaha memerangi keganasan.


Decisions Making
Making good decisions
In psychology, decision-making is regarded as the cognitive process resulting in the selection of a belief or a course of action among several alternative possibilities. Every decision-making process produces a final choice that may or may not prompt action. Decision-making is the process of identifying and choosing alternatives based on the values and preferences of the decision-maker...
Make a list of the pros and cons of possible solutions so that you can make a more informed decision.
WHEN you’re tired or worried, it’s not easy to make good decisions.
Emotions can get in the way and the need for a quick fix can be very tempting, even if you know it’s not the best solution.
Here are some ideas to help you get a better view of the decision-making field.

Useful links:
Decision Making - Skills You Need
Improve Your Decision Making Skills
How to Make Decision

List not just what you want to do but also what other people might do
This simple step helps you see all possible solutions, not just the ones you turn t o because they are familiar or suit your style. If you cannot think of other ways, ask friends how they would handle it.
surprise, imagine how you would work through each step leading to your goal.
List pros and cons for all possible solutions
It may be annoying but sometimes our favourite methods do not pay off as well as other approaches. By listing them, you can at least compare them more dispassionately.
Visualise your plan through all the steps
Sometimes you may have a plan that looks excellent on paper and then you realise it all hinges on one event that may not work out as you expected.
Rather than be caught by
Don’t equate the plan with yourself
It is great to be enthusiastic and everyone knows you will work harder if you have some skin in the project, but if you identify too much with the plan, you will not be objective.
Plan for failure
As Peter Drucker, the famous management consultant, observed about complex plans: “If one thing goes wrong, everything else will and at the same time.” Have a back-up system in case of disaster.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan