"" Gedung Purba: Hiburan Dan Gaya Hidup
Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Selasa, 2 Ogos 2016

Hiburan Dan Gaya Hidup


Perkahwinan
Bentuk hubungan Lebih Harmoni
Wanita matang sentiasa usaha kukuhkan kasih sayang
Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar
BH/aura/Khamis, 22 Disember 2016
Individu akan dikaitkan dengan kematangan sejurus memasuki usia 28 tahun dan lazimnya, wanita dikatakan lebih cepat mencapai kemata­ngan berbanding lelaki.
Namun, usia bukanlah sebenarnya penentu kepada kematangan diri, sebaliknya cara pemikiran dan usaha untuk mem- perbaiki kelemahan diri adalah tunjang kepada kriteria positif itu.
Dalam soal perhubungan, wanita yang matang akan sentiasa berusaha untuk memastikan hubungan cinta terjalin antara diri dengan pasangan bukan berdasarkan kehendak peribadi.
Sikap kematangan yang ditonjolkan wanita juga dapat membentuk per­hubungan lebih harmoni dan selesa bukan sekadar untuk diri sendiri tetapi pasangan dan keluarganya.
Berikut 10 perkara menjadi amalan wanita matang dalam menjalani perhubungan cinta mereka.
Tidak mengetepikan hubungan
Wanita matang tidak menolak perhubungan sedia ada antara keluarga dan teman, mes- kipun sudah menemui pasangan hidup.
Mereka akan cuba untuk mengimbangi kepentingan, perhatian dan pembahagian masa antara keluarga, pasangan dan teman karib.
Sentiasa Mengingati Pasangan
Lazimnya, kerinduan dalam hubungan akan mula hambar selepas tempoh panjang dalam jalinan percintaan, sama ada lelaki mahupun wanita bersikap mudah lupa.
Menghindari hal itu, wanita akan tanamkan sikap menghargai setiap tindakan positif dari pasangan dan sering ucapkan penghargaan atas bantuan diberikan mereka.
Wanita matang tidak akan membiarkan pasangan mereka menguruskan dan merancang perihal kewangan termasuk simpanan serta perbelanjaan diri sendiri.
Oleh itu pasangannya perlu buktikan, mampu menguruskan dan mengawal perbe- lanjaan sendiri tanpa bantuan sepenuhnya dari pasangan.
Kekal Perancangan Kewangan
dak akan membiarkan pasangan mereka menguruskan dan merancang perihal kewangan termasuk simpanan serta perbelanjaan diri sendiri.
Oleh itu pasangannya perlu buktikan, mampu menguruskan dan mengawal perbelanjaan sendiri tanpa bantuan sepenuhnya dari pasangan.
Ungkapan Cinta
Wanita matang akan memahami pengertian ungkapan cinta diluahkan pasangan mereka dan menjadikannya sebagai perkara yang cukup bermakna.
Pun begitu, perkataan indah seperti ‘Aku cinta padamu’ hanya diluahkan pada detik istimewa untuk menunjukkan penghargaan kepada pasangan mereka.
Hubungan matang tidak memerlukan pasangan sentiasa bersama untuk segala aktiviti dijalankan sebaliknya perlu ada ruang untuk diri masing-masing.
Wanita matang dalam perhubungan juga perlu mempunyai rutin kehidupan sendiri dan mempercayai pasangan apabila tidak bersama.
Wanita matang mema­hami nilai hubungan dan cuba untuk menjadikan­nya istimewa antara diri dan pasangan saja. Anda tidak perlu berkongsi atau meluahkan suka dan duka perhubungan terjalin antara anda dan pasangan anda kepada dunia mene- rusi laman sosial seperti Instagram dan Facebook.
Tidak Menyekat Kebahagiaan
Individu matang sanggup berkorban untuk melihat pasangannya gembira dan selesa dengan perhubungan terjalin.
Oleh itu, wanita matang akan menjadi tulang belakang kepada pasangan me­reka dan sentiasa menyokong serta membantu pasangan untuk mengeeapi kejayaan dan kebaha­giaan bersama-sama.
Tidak Putus Asa
Hubungan cinta yang baik menjadikan pasangan lebih cemerlang dan gembira dalam menjalani rutin kehidupan harian mereka.
Wanita matang lebih bijak untuk menilai perkara baik dan buruk. Jangan sesekali membiarkan impak negatif merosakkan perhubungan baik dan mencemarkan impian anda dan pasangan.
Menghormati Diri Sendiri
Apabila anda menjalinkan hubungan, normal sekiranya anda terpaksa melakukan sedikit perubahan untuk menyesuaikan diri.
Namun, wanita matang tidak akan membenarkan hubungan mereka mengambil rasa hormat pada diri sendiri dan membi­arkan pasangan mereka mengawal segala gerak laku dan perancangan hidup.
Elakkan dari sikap suka menghakimi, menuduh dan sangsi terhadap pasangan kerana ia akan mengeruhkan hubungan terjalin.
Fokus sikap positif dimiliki pasangan dan tekankan kebaikan yang ada pada diri mereka.

Selena Gomez Tampil Sopan di Malaysia
FMT Reporters/July 26, 2016
PETALING JAYA: Dengan protes terhadap imej seksinya dan doa supaya persembahannya dibatalkan menjelang konsert Jelajah Revival Malaysia, Selena Gomez dan penganjur konsert mengambil langkah berhati-hati bagi mengekalkan keamanan dan artis seksi itu dipastikan berpakaian sopan.
Tweet Selena Gomez di News@SelenaHQ di Twitter berkata:”Pakaian baharu bagi menghormati budaya dan agama di Malaysia!”
Bersama tweet itu ialah gambar Selena dikelilingi kumpulan penarinya, dengan setiap daripada mereka berpakaian sopan berwarna hitam. Selena sendiri memakai baju lengan panjang warna hitam dan seluar berpotongan longgar, juga berona hitam.
Satu lagi tweet menulis: “VIDEO: Selena mengeluarkan visualnya yang ‘terlalu seksual’ menunjukkan dirinya berpakaian terlalu terdedah, bagi pertunjukan malam ini!”
Bersyukur kerana Selena menunjukkan rasa hormatnya terhadap rakyat Malaysia, seorang pengguna Twitter, Fizzy menulis:”Seorang permaisuri yang menghormati budaya dan negara seperti apa mereka mahukan. Seorang legenda.”
Description: http://avn.innity.com/rt/?cb=1469174815&a=2379&e=8760Selain baju dan seluar hitam itu, pakaian Selena yang lain juga lebih sederhana dan menutup aurat, berbanding apa yang pernah dipakai penyanyi itu sebelum ini. Satu tweet berkata:”Pakaian baharu untuk tunjuk hormat”, Selena dilihat mengenakan baju hitam tanpa lengan dengan seluar ketat serta kemeja T berkotak-kotak merah hitam diikat di pinggangnya.
Dalam persembahan untuk lagu “Kill Em With Kindness”, Selena berpakaian hitam sekali lagi dengan jaket besar berwarna perak.
Dua tweet terakhir selepas konsert itu menulis: Selena patuh kepada majlis perbandaran dan menutup dirinya! Tidak perlu protes.”
“Kami harap semua orang selamat selepas selesai persembahan! Ada ramai polis di luar dan kami harap semua peserta protes kekal bertenang/pergi.”
Seminggu sebelum konsert Selena, Pemuda PAS menyuarakan bantahan mereka terhadap artis itu membuat persembahan di Malaysia kerana bimbang imej seksi dan persembahannya akan mencemarkan kemuliaan bulan Syawal.
Exco Hal Ehwal Islam Selangor Ahmad Yunus Hairi, daripada PAS sementara itu mengarahkan semua masjid di Selangor menganjurkan solat hajat supaya konsert Selena dibatalkan.
Pada Ahad, Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata tidak elok orang Islam menghadiri konsert Selena kerana ia akan menyebabkan mereka mengabaikan tanggungjawab sebagai Islam.
Bagaimanapun, Ketua Polis Shah Alam ACP Shafien Mamat mengesahkan pada 20 Julai, Majlis Bandar raya Shah Alam meluluskan permohonan penganjur untuk mengadakan konser itu dan ia akan berlangsung seperti dirancang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan