Malaysia
Bajet 2017
21 Oktober 2016/Dewan Parlimen
Apakah Sebenarnya Bajet Negara?
Kerajaan Komited Jaga Kesejahteraan Rakyat
Bajet 2017
21 Oktober 2016/Dewan Parlimen
Apakah Sebenarnya Bajet Negara?
Bajet adalah rancangan perbelanjaan kerajaan
yang melibatkan penerimaan wang, cukai serta duti lain dan wang tersebut
digunakan dalam projek dan program pembangunan rakyat. Setiap tahun bajet
dibuat satu kali dan merangkumi satu tahun fiskal yang bermula pada 15 Jan
sehingga 15 Jan tahun berikutnya.
Bajet akan dibentangkan oleh Menteri
Kewangan bagi pihak Yang di-Pertuan Agong di Parlimen pada Jumaat terakhir
bulan September atau Jumaat kedua, ketiga atau terakhir bulan Oktober.
A government budget is
a government document presenting the government's proposed
revenues and spending for a financial year that is often passed by the
legislature, approved by the chief executive or president and presented by the
Finance Minister to the nation…
Tax is a compulsory contribution to state revenue, levied by the government on workers' income and business profits or added to the cost of some goods, services, and transactions…
Tax is a compulsory contribution to state revenue, levied by the government on workers' income and business profits or added to the cost of some goods, services, and transactions…
See
also economy
terms and definitions...
Industry leaders' views on
2017 Budget
Business News: The Star/Sunday, 23 October
2016 | MYT 6:54 AM/Datuk Mohd Najib Abdullah, Group Managing
Director, Malaysian Industrial Development Finance Bhd - Budget 2017 offers an
optimal mix of stimulus, incentives and safeguards required to navigate what is
expected to be another challenging year ahead.
It is a well constructed
budget, taking cognizant of the need to balance between the country’s
aspirations to achieve a high-income nation status, and the 11th Malaysia
Plan’s commitment towards economic growth which is anchored on the principle of
inclusivity, equity, wellbeing and sustainability…read
more>>
2009 Post Budget
Discussion - Uploaded on Oct 28, 2009/Stock Watch post-budget discussion on the
effects of the budget 2010 on the stock market. Andrew Lee, Head of Research
and Suhaimi Illias, Chief Economist; both from Maybank Investment Bank are the
guests...
NTV7 Live Budget 2011 Show - Uploaded on May 10, 2011/Budget 2010 review and Budget 2011
expectations - Pre-budget discussion will focus on 2010 budget and how that
translated into reality plus expectations for this year's announcement...
Impact of Budget 2014 - Published on Nov 27, 2013/A
live interview on Bernama today with leading independent financial advisor, Yap
Ming Hui, on the Budget, specifically the impact on middle class. Discussion
points include the soon to be introduced GST, and the increase in RPGT and its
effect on property…
Post Budget Discussion 2013 – Innovating the Arts of Leaderships
Post Budget Discussion 2013 – Innovating the Arts of Leaderships
Apakah yang
dimaksudkan dengan bajet defisit?
Bajet defisit bermaksud negara berbelanja lebih
daripada apa yang dikutip. Maknanya kita kutip cukai sedikit tetapi kita
berbelanja banyak dalam mengurus dan pembangunan negara.
Apakah maksud istilah fiskal dan defisit?
Kita jarang guna istilah tersebut. Dalam bajet ada dua istilah iaitu fiskal dan monetori. Yang selalu disebut adalah fiskal. Monetori disebut secara tidak langsung kerana ia dijalankan oleh Bank Negara secara bebas dan melibatkan kadar kaedah pasaran, kuantiti wang, syarat pinjaman bank dan sebagainya.
Kita jarang guna istilah tersebut. Dalam bajet ada dua istilah iaitu fiskal dan monetori. Yang selalu disebut adalah fiskal. Monetori disebut secara tidak langsung kerana ia dijalankan oleh Bank Negara secara bebas dan melibatkan kadar kaedah pasaran, kuantiti wang, syarat pinjaman bank dan sebagainya.
Teks Ucapan Bajet 2017 boleh dimuat turun melalui
Laman Rasmi Bajet 2017 www.treasury.gov.my pada 21 Oktober 2016 sejurus selepas
YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri dan Menteri
Kewangan membentangkan ucapan. Teks ini juga boleh dimuat turun melalui laman
web agensi-agensi Kementerian Kewangan seperti berikut: Ringkasan Teks Ucapan (Touchpoints Bajet 2017)
Ringkasan Intiparti kandungan Bajet 2016Kerajaan Komited Jaga Kesejahteraan Rakyat
Sumber: BH/Soal Jawab/Ahad, 23 Oktober
2016
Bajet 2017 yang dibentangkan oleh Perdana Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak di Dewan Rakyat kelmarin, mencakupi setiap aspek yang menyentuh
semua lapisan masyarakat. Iku ti kupasan lanjut bersama Menteri Kewangan II,
Datuk Johari Abdul Ghani yang ditemubual oleh wartawan BH Ahad, HAZWAN FAISAL MOHAMAD, mengenai bajet 2017.
Bajet kali ini menyeluruh, meliputi pelbagai lapisan
masyarakat iaitu masyarakat kampung, luar bandar, petani, nelayan, peneroka,
penduduk bandar, ahli perniagaan, usahawan, ekonomi digital dan juga yang
membabitkan bantuan dari segi keagamaan termasuk imam dan sebagainya.
Jadi bajet ini sebenamya kalau kita lihat
dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu di peringkat dunia, begitu juga dengan
ekonomi Malaysia apabila kita kehilangan hampir RM30 bilion pendapatan negara
daripada hasil minyak akibat penurunan harga minyak dunia, sudah tentu, apabila
kita membuat bajet ini, banyak kekangan yang kita hadapi.
Tetapi oleh kerana kita mempunyai
strategi-strategi tertentu, maka bajet ini biarpun dalam keadaan terbatas, kita
cuba untuk sentuh semua golongan masyarakat. Kalau kita tengok secara menyeluruh,
bajet ini menyentuh dari peringkat bandar, masyarakat
kampung, luar bandar, petani, nelayan dan juga peneroka.
Kemudian dari segi golongan usahawan di
mana banyak penekanan diberi kepada keusahawanan, di peringkat perusahaan kecil
dan sederhana (PKS), ada juga diberi insentif dari segi percukaian dan banyak
lagi faktor menyentuh rakyat dalam bajet tahun depan ini.
S: Ada pihak mendakwa bahawa kerajaan
tidak mempunyai duit untuk dibelanjakan, sedangkan peruntukan yang diumumkan
adalah sebanyak RM260.8 bilion, meningkat 3.4 peratus daripada pengubah- suaian
Bajet 2016.
Sebenarnya memang setiap kali kerajaan
membentangkan bajet, tidak semua dapat diberi, kekangan itu tetap ada. Namun
apa yang perlu, kita kena pastikan setiap ringgit yang dibelanjakan oleh
kerajaan mestilah beri manfaat kepada rakyat atau ekonomi, sebaik-baiknya
kedua-duanya.
Tetapi ada juga perbelanjaan kita buat
hanya untuk rakyat tetapi tidak beri kesan kepada ekonomi, tetapi ada
kadang-kadang kita bagi beri kesan kepada ekonomi tetapi tidak kepada rakyat.
Tapi secara keseluruhannya mesti ada kesan kepada ekonomi dan rakyat. Salah
satu.
Tetapi jika perbelanjaan dibuat kerajaan
itu tidak beri kesan kepada rakyat dan juga ekonomi, bermakna itu adalah
perbelanjaan pembaziran. Itu yang kita mahu elakkan.
Sebab itu bila kita berdepan dalam
keadaan ekonomi tidak menentu, kita masih boleh mentadbir kerajaan tanpa
perlu sampai ke peringkat terpaksa potong gaji kakitangan kerajaan, tidak dapat
lakukan pembangunan, tak dapat bantu masyarakat luar bandar. Maknanya kita
masih boleh lakukan, selagi kita masih boleh lakukan semua ini, saya rasa
kita kena teruskanlah, Kalau kita sudah sampai peringkat tidak boleh membayar
gaji, membantu petani, pesawah, peneroka, nelayan, membina jalan di kampung,
makna itu dah sampai ke peringkat serius dan Malaysia setakat ini belum sampai
ke tahap itu.
Namun kita kena pastikan kita tidak berada
dalam keadaan yang digambarkan sesetengah pihak itu pada masa akan datang. Untuk
itu kita kena berhati-hati dari segi cara kita mentadbir kerajaan dan
menggunakan segala kekayaan negara yang ada dengan betul.
S: Ada yang berkata sebelum pembentangan Bajet
2017, ia adalah bajet Pilihan Raya Umum Ke-14. Adakah benar dakwaan mereka itu?
J: Saya tidak ada pendirian mengenai perkara ini. Tapi
apa yang saya tengok sebagai Menteri Kewangan II, bajet ini lebih kepada bajet
yang menunjukkan komitmen kerajaan kepada rakyat.
S: Isu kos sara hidup terns jadi tumpuan
utama kerajaan dan antara bantuan diberi adalah meningkatkan pemberian Bantuan
Rakyat lMalaysia (BRIM).
Sebenamya kerajaan bukan saja-saja suka
mahu beri rakyat duit menerusi BRIM ini. BRIM adalah pemberian subsidi bersasar,
bukan subsidi pukal kerana jika subsidi pukal, orang kaya pun akan dapat. Jadi
kita dah tukar sistem tidak mahu lagi memberi subsidi pukal, sebaliknya memberi
subsidi bersasar kepada individu yang berpendapatan kurang RM4,000.
Jika beri subsidi pukal, ia boleh
menyebabkan ketirisan, sebagai contoh kita beri subsidi minyak diesel kepada
nelayan tetapi ada yang menjual subsidi diesel ini kepada nelayan asing.
Kemudian apabila kita memberi subidi minyak masak, ada pula yang mengeksport
ke luar negara. Jadi susah nak buat penguatkuasaan dan kalau kita boleh buat
pun penguatkuasaan, kos penguatkuasaan itu lebih besar
daripada kos subsidi.
BRIM bukan dedak atau gula-gula kepada
rakyat tetapi lebih kepada subsidi bersasar kepada golongan berpendapatan
rendah dan mungkin ada yang terkesan dengan pengenalan Cukai Barang dan
Perkhidmatan (GST) lebih setahun lalu, jadi BRIM ini boleh mengurangkan tekanan
kepada mereka.
S: Menyentuh mengenai GST, apa kepentingannya kepada negara. Ada yang mengatakan
mereka tidak nampak kesan GST kepada
rakyat.
GST telah membantu secara langsung kepada
kerajaan dan rakyat. Contoh apabila setiap ringgit yang kerajaan kutip daripada
GST dimasukkan ke dalam pendapatan kerajaan, daripada situ pendapatan ini kita
pakai untuk beri BRIM, membina sekolah, hospital, membayar gaji guru sekolah, ini
semua untuk rakyat. Jadi bukan kita ambil duit itu untuk membuat benda-benda
yang tidak betul.
Tetapi apa yang saya nak tekankan, GST
yang kita kutip menggunakan sistem yang lebih cekap dan efisien daripada sistem
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Sistem baharu ini dapat mengatasi masalah
syarikat atau pemiagaan yang lari dan terlepas daripada membayar cukai. Sebab
itu banyak pendapatan kerajaan kini datang daripada syarikat yang satu ketika
dulu kita tidak boleh kutip cukai daripada mereka. Dengan sistem baharu ini,
kita berjaya mengesan mereka yang tidak bayar cukai selama ini.
S: Datuk ada bercakap sebelum ini bahawa kadar efektlf
GST kita sebenamya bukan enam peratus tetapi 3.6 peratus. Apa maksudnya itu?
J: Maksud saya ialah hari ini kadar GST
kita 6 peratus, negara- negara dalam ASEAN ada yang 10, 12 dan 7 peratus. Kita
saja dalam ASEAN yang enam peratus. Tetapi di samping kita enam peratus, kita
juga beri pengecualian GST kepada hampir 15,000 barang barang asas. Ubat-ubatan
saja 9,000, tidak termasuk beras, tepung, gula, minyak, pendidikan,
pengangkutan awam dan macam-macam lagi. Kalau kita kumpul semua barang-barang
yang kita beri pengecualian ini dan dipuratakan jumlahnya, kerajaan telah
kecualikan melebihi 2.4 peratus jumlah kutipan GST ini. Ini bermakna kalau kita
kenakan GST terhadap barang-barang keperluan asas ini kerajaan boleh
mengurangkan kadar GST kepada 3.6 peratus untuk men- dapat hasil yang sama
seperti yang kita dapatkan RM38 bilion kutipan GST untuk setahun jika semua
barang-barang ini, dikenakan GST. Dalam erti lain kadar efektif GST yang
dikenakan jika diambil secara purata barang-barang yang dikecualikan dan yang
tidak dikecualikan kadar efektifnya pada kerajaan adalah 3.6 peratus.
Di awal pelaksanaan GST dulu kita tidak
boleh gunakan contoh ini kerana kita tidak tahu berapa banyak kutipan yang kita
akan dapat daripada GST, tetapi selepas lebih setahun dan sudah ada anggaran
berapa hasil kutipan sebenar GST, maka baru contoh ini boleh digunakan.
S: Golongan M40 (pertengahan 40 peratus) berpendapat
bajet kali ini masih tidak memberi manfaat kepada mereka berbanding golongan
B40 (kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah).
Golongan M40 ini sebenamya lebih
memerlukan perkara-perkara berbentuk fizikal contohnya rumah. Rumah yang dibina
oleh pemaju swasta kebanyakan harganya adalah tinggi menyebabkan golongan M40
yang gaji sebanyak RM6,000, RM8,000 kadang-kadang tidak mampu membeli rumah
yang dijual pada harga RMl juta, RM2 juta. Kalau ada jual pun di bawah harga
RMl juta, lokasinyajauh dan bukan terletak di dalam bandar.
Jadi dengan inisiatif kerajaan menekankan
pembinaan rumah mampu milik oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan
Perbadanan PRiMA Malaysia (PRlMA), terutama PRlMA, menunjukkan komitmen
kerajaan untuk membekalkan bekalan kepada pasaran.
PRlMA kini sudah membina hampir 100,000
buah rumah. Namun, saya melihat setakat membina rumah saja tidak mencukupi
untuk membantu golongan M40. Kita perlu bantu mereka untuk mendapatkan pinjaman
yang menjadi masalah juga kepada mereka untuk mendapatkan pinjaman perumahan.
Jadi dengan skim dipanggil skim pembayaran akhir untuk program PRlMA ini secara
tidak langsung memudahkan golongan M40 mendapatkan pinjaman perumahan PRlMA
berharga RM300,000 ini.
Sebab harga rumah RM300,000 golongan
bawahan tidak boleh atau mampu untuk beli. Mereka boleh membeli rumah Projek Perumahan
Rakyat (PPR) berharga RM35,000, tetapi golongan M40 pula tidak layak untuk
membelinya atau rumah seperti rumah mesra rakyat yang dibina SPNB di kam- pung
berharga kurang RM65,000.
Untuk golongan M40, kategori rumah yang
mereka mahu beli berharga sekitar RM300,000 tetapi tidak berjaya mendapatkan
pinjaman. Jadi PRiMA boleh sediakan dan dengan bantuan bank tempatan kita
beijaya keluarkan satu skim yang mana mereka boleh mendapatkan pinjaman 90
peratus hingga 100 peratus.
S: Bagaimana dengan perancangan kerajaan
mahu menubuhkan Zon Bebas Digital yang pertama di dunia.
Saya difahamkan ini adalah idea untuk
mewujudkan satu komuniti di mana mereka mempunyai semuanya dalam satu tempat.
Maksudnya seperti pelanggan, bakat, kelajuan internet yang laju di kawasan
berkenaan dan juga peserta ekonomi digital duduk di kawasan sama. Mereka ada
komuniti mereka. Itu yang dipanggil sebagai Zon Bebas Digital. Kita cuba untuk
mewujudkan idea ini, tetapi untuk tahu lebih lanjut perlu merujuk kepada Perbadanan
Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). Ini satu idea yang mereka baru terokai.
S: Berapa sumbangan ekonomi digital kepada
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara?
Saya tidak ada angkanya, tetapi saya tahu
ia sentiasa berkembang dalam kadar dua angka.
S: Mengenai subsidi minyak masak yang
sedang hangat diperkatakan kini.
J: Rakyat Malaysia menggunakan minyak masak sebulan
kira-kira 40,000 metrik tan. Tetapi hari ini kerajaan membayar subsidi miniyak
masak beijumlah 85,000 metrik tan sebulan. Bermakna ada ketirisan beijumlah
45,000 metrik tan sebulan.
Jumlah subsidi minyak masak yang dibayar
oleh kerajaan membabitkan 85,000 metrik tan sebulan ini ialah lebih daripada
RM700 juta setahun.
Penggunaan minyak masak untuk satu
keluarga dalam lima kilogram (kg) sahaja, Menteri Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainuddin mencadangkan
mahu menaikkan harga minyak masak dari RM13 kepada RM15, kenaikan RM2 ka- lau
dibahagikan sebulan, berapa sen sahaja.
Tetapi masalahnya kita dah keluarkan
subsidi untuk 85,000 metrik tan sebulan sedangkan kegunaan rakyat Malaysia
hanya 40,000 tan sahaja, jadi banyak ketirisan oleh mereka yang tidak bertang-
gungjawab dengan mengeksport. Begitu juga ada yang menjual minyak masak kita
di sempadan negara seperti di Thailand, banyak membazir, kerajaan bayar untuk
orang lain buat apa?
Sebab itu Hamzah cakap, dia akan beri
subsidi, tetapi cuma untuk kegunaan rumah saja iaitu sekilogram. Malah yang
5kg pun kita perlu berhati-hati takut ada yang menyalahgunakan. Perlu lakukan
pemantauan tetapi bukan mudah.
Ketirisan Punca Rugi RM500 juta Setahun
45,000 tan minyak masak diberi subsidi ‘hilang’
sebulan
85,000 tan kerajaan bayar sebulan
Oleh Hazwan Faisal Mohamad
Sumber: BH/Soal Jawab/Ahad, 23 Oktober
2016
Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul
Gharri mendedahkan berlaku ketirisan dalam pemberian subsidi minyak masak
sehingga mengakibatkan kerajaan rugi hampir RM500 juta setahun.
Ia, katanya, berdasarkan kajian dilakukan
yang mendapati rakyat Malaysia secara purata hanya menggunakan kira-kira 40,000
tan minyak masak sebulan, sedangkan kerajaan hari ini membayar subsidi untuk 85,000
tan sebulan.
Beliau berkata, kerajaan sepatutnya hanya
perlu membayar kira-kira RM300 juta setahun untuk subsidi bahan asas
terbabit, namun disebabkan ketirisan dan lebihan minyak masak berbanding
keperluan, jumlah itu meningkat kepada lebih RM800 juta setahun.
“Ini bermakna terdapat ketirisan sebanyak
45,000 tan sebulan atau 540,000 tan setahun dengan subsidi hampir RM500juta
setahun,” katanya dalam pertemuan eksklusif dengan BH, semalam.
Jual di sempadan
Johari berkata, lebihan minyak masak
bersubsidi berkenaan dipercayai dijual oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan
cara mengeksport bahan asas terbabit ke luar negara.
Selain itu, katanya, ada juga yang menjual
minyak masak bersubsidi di sempadan negara seperti di Thailand bagi mengaut
keuntungan dengan cara mudah.
“Perbuatan sedemikian banyak membazirkan
duit kerajaan. Buat apa kerajaan perlu bayar (subsidi) untuk orang lain?
“Disebabkan itu, kerajaan terpaksa menarik
balik subsidi minyak masak berikutan ketirisan yang serius dalam pemberian
subsidi bahan asas berkenaan. Ia bukan sahaja merugikan kerajaan, malah
rakyat,” katanya.
Difahamkan, subsidi minyak masak akan
ditarik balik secara berperingkat mulai bulan depan dan hanya subsidi bagi
minyak masak kuantiti 1 kilogram (kg) dan 5kg dijangka kekal.
Bajet Perkukuh Strategi Tangani Cabaran Ekonomi
Sumber: BH/Dari Kaca Mata/Ahad,
23 Oktober 2016
Bajet 2017 dilihat sebagai pendekatan strategik
dan pragmatik oleh kerajaan dalam mengemudi hala tuju negara pada iklim ekonomi
semasa yang mencabar"
Projek ini dilihat sebagai pendekatan serampang
dua mata kerajaan menyelesaikan masa la h asas dan keperluan rakyat di samping
memangkinkan aktiviti ekonomi setempat"
Bantuan dan insentif kepada penanam padi, penoreh getah serta nelayan sedikit sebanyak membantu golongan ini meneruskan
kelangsungan hidup selain menikmati hasil kemakmuran negara"
Dari kaca mata Kamaruddin Mohd Nor, Ketua Ekonomi MIDF (Amanah Investment Bank Berhad)
Dari kaca mata Kamaruddin Mohd Nor, Ketua Ekonomi MIDF (Amanah Investment Bank Berhad)
Bajet 2017 yang dibentang Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak membawa pendekatan menyeluruh merangkumi
pelbagai program, insentif dan pendekatan yang menekankan aspek memperkukuhkan
sosioekonomi dan kesamarataan dalam kalangan rakyat pelbagai lapisan.
Bajet ini juga dilihat sebagai pendekatan
strategik dan pragmatik oleh kerajaan dalam menge- mudi hala tuju negara pada
iklim ekonomi semasa yang mencabar.
Ia juga disifatkan sebagai pendekatan
seimbang dalam mencapai aspirasi negara maju di samping memastikan seluruh
lapisan masyarakat tidak ketinggalan.
Justeru, kita dapat melihat sebanyak 173 program
dan inisiatif yang dirangka untuk memastikan keseimbangan dalam mencapai
aspirasi ekonomi dan sosial masyarakat.
Bajet ini pada dasamya menjangkakan kadar
pertumbuhan ekonomi Malaysia berada pada kadar lebih kukuh tahun hadapan dengan
unjuran ekonomi domestik akan berkembang pada kadar empat hingga lima peratus.
Pertumbuhan mapan ini didorong iklim
ekonomi global yang dijangka stabil dan pengukuhan harga komoditi pada 2017. Keadaan
ini melonjakkan perolehan negara ke- pada RM219 bilion berbanding RM212 bilion
pada 2016.
Dengan peruntukan sebanyak RM262.8 bilion
untuk Bajet 2017, kerajaan menjangkakan defisit fiskal 3-0 peratus
untuk 2017. Perkembangan ini adalah positif sejajar hasrat kerajaan menuju bajet
seimbang menjelang 2020.
Projek mesra rakyat
Sebahagian besar peruntukan Bajet 2017
diperuntukkan kepada projek infrastruktur dan keperluan asas rakyat merangkumi
pembinaan jalan raya di luar bandar, menyediakan bekalan air bersih dan
elektrik, pembinaan rumah untuk golongan sasar serta projek bersifat mesra
rakyat yang lain.
Projek ini dilihat sebagai pendekatan
serampang dua mata kerajaan dalam menyelesaikan masalah asas dan keperluan
rakyat di samping memangkinkan akti- viti ekonomi setempat.
Di samping itu, beberapa pendekatan
kreatif dan sistematik diketengahkan kerajaan dalam merealisasikan impian
pemilikan kediaman dalam kalangan golongan
sasar.
My Beautiful New Home dan cadangan pembiayaan akhir peru- mahan yang dibentangkan memberi
lonjakan baharu dalam usaha kerajaan menangani masalah perumahan.
Program meningkatkan pendapatan isi rumah
juga menggarapkan pendekatan dinamik sejajar dengan perkembangan semasa
contohnya memberi golongan B40 galakan menceburi Uber.
BRIM masih relevan
Pendekatan begini dalam memanfaatkan
teknologi dan model per- niagaan semasa dalam memban- tu golongan sasar harus
diberi sokongan. Pendekatan secara bantuan terus seperti BRIM masih relevan,
namun bantuan dari segi jangka panjang seperti keusahawan perlu lebih diberi
perhatian.
Dalam pada itu, peruntukan subsidi secara
terus kepada golongan sasar adalah langkah tepat. Bantuan dan insentif kepada
penanam padi, penoreh getah serta nelayan sedikit sebanyak membantu golongan
ini meneruskan kelangsungan hidup selain menikmati hasil kemakmuran negara.
Penekanan kepada aspek pembangunan modal
insan melalui program TVET adalah usaha jangka panjang dalam menyedia dan
mempelbagaikan kebolehan tena- ga keija tempatan pada masa hadapan. Peruntukan
yang disediakan untuk latihan ini bakal memberikan pulangan hasil jangka
panjang dalam melahirkan tenaga keija mahir tempatan dalam pelbagai bidang.
Tumpuan juga diberikan kepada sektor
kesihatan dengan lapan inisiatif yang diharapkan dalam memberi lonjakan kepada
tahap penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.
Dengan mutu perkhidmatan kesihatan sedia
ada yang mantap serta pertambahan jangka hayat purata penduduk, tentunya permintaan
perkhidmatan kesihatan juga akan melonjak.
Menerusi peruntukan dan program
dibentangkan diharap dapat meningkatkan mutu perkhidmatan terutama kepada
golongan kurang berkemampuan.
Pelbagai langkah dalam memantapkan mutu
dan keberkesanan perkhidmatan kerajaan. Antaranya, mewujudkan ‘Collection
Intelligence Arrangement’ (CIA) dalam meningkatkan kutipan cukai dengan lebih
berkesan. Langkah ini adalah perlu bagi memastikan hasil kutipan cukai
kerajaan dapat ditingkatkan.
Penekanan juga diberikan kepada sektor
pendidikan tinggi, prasekolah, wanita, Orang Asli, Bumiputera, kaum Cina dan
India serta kakitangan kerajaan. Pendekatan menyeluruh untuk semua lapisan
masyarakat memberi gambaran positif Bajet 2017 ini
menitikberatkan peluang untuk semua.
Diharap bajet yang pragmatik ini dapat
diteqemahkan kepada tindakan langsung efektif yang pastinya memberikan impak menyeluruh
dari segi kemajuan sosial dan ekonomi kepada negara. Tambahan lagi, dunia
global masa kini memperlihatkan cabaran getir dengan perkembangan geopolitik
semasa yang tidak menentu serta arus perubahan pantas.
Justeru, setiap individu harus memainkan
peranan sejajar dengan peranan masing-masing dalam menjayakan aspirasi dan objektif
seperti yang digariskan dalam Bajet 2017 ini. Kejayaan negara adalah hasil
usaha bersama.
Pengurusan Kewangan Berhemat Kembalikan
Keyakinan Rakyat
Sumber BH/Khamis, 20
Oktober 2016
Pengumuman Bajet 2017 semakin hampir.
Persekitaran ekonomi global pula dilihat kian mencabar, lantaran semakan semula
unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) oleh Tabung Mata Wang
Antarabangsa (IMF) baru-baru ini. Paling ketara adalah penurunan di dalam
unjuran pertumbuhan negara Amerika Syarikat (AS) sebanyak 0.8 peratus kepada
3.1 peratus bagi 2016, ekoran pelaburan swasta yang dilihat meneruskan tren penguncupan
bagi tempoh tiga suku berturut-turut.
Tahun 2017 pula, unjuran pertumbuhan
ekonomi terbesar dunia diturunkan 0.3 peratus kepada 2.2 peratus. Di samping
itu, pihak kerajaan kekal komited untuk menurunkan defisit fiskal kepada 3.1
peratus daripada nilai KDNK bagi 2016 dan seterusnya mencapai bajet berimbang
pada 2020.
Bagi tempoh lapan bulan pertama, defisit
fiskal mencecah kepada RM30.4 bilion atau 3.7 peratus daripada nilai KDNK.
Sebelum ini, wujud sedikit kebimbangan mengenai sasaran defisit apabila
kerajaan mencatat defisit fiskal RM32.8 billion atau 5.6 peratus daripada nilai
KDNK pada tempoh separuh tahun pertama 2016.
Namun, peningkatan kutipan hasil yang
tinggi pada Ogos dilihat banyak membantu dalam mengurangkan defisit fiskal
kepada RM30.4 bilion. Hakikatnya, pelabur masih lagi selesa dengan tahap risiko
kredit kerajaan yang mana pegangan asing di dalam i Sekuriti Kerajaan Malaysia
(SKM) berada pada paras 51.3 peratus setakat bulan lalu,
Justeru, pengumuman Bajet 2017 pada kali
ini berdepan cabaran ketidaktentuan ekonomi global dan pada masa sama, terus
mengekalkan proses konsolidasi fiskal. Oleh itu, langkah yang tidak banyak
menggunakan perbelanjaan kerajaan secara langsung dan berimpak tinggi dilihat
sebagai suatu keutamaan yang perlu diberi perhatian.
Sebagai contoh, isu pemilikan rumah masih
menjadi perkara teras dalam merangka dasar ekonomi meskipun pelbagai langkah
sudah pun diperkenalkan sebelum ini. Dalam konteks ini, cadangan untuk
meningkatkan nisbah Akaun 2 di dalam simpanan pencarum Kumpulan Wang Simpanan
Pekeija (KWSP) daripada 30 peratus kepada 40 peratus adalah sesuatu yang boleh
dipertimbangkan.
Pertambahan wang di dalam akaun 2
seharusnya boleh digunakan bagi penyediaan deposit pembelian rumah, pengurangan
hutang rumah serta pembayaran ansuran bulanan pinjaman perumahan. Walaupun
simpanan ini akan digunakan bagi tujuan pemilikan rumah, namun harga rumah
sentiasa meningkat dalam jangkamasa panjang, sekali gus menjamin nilai simpanan
KWSP itu berbaloi.
Di samping itu, cadangan pemberian akses
Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) yang disediakan oleh pihak Bank
Negara juga boleh dilaksanakan. ini bertujuan memberi peluang kepada bakal
peminjam atau peminjam sedia ada untuk memantau tahap keberhutangan di samping
memastikan peminjam sentiasa melunaskan hutang mereka, tepat pada masanya.
Perkara ini amat penting bagi memperoleh
skor kredit yang tinggi apabila mereka membuat permohonan pinjaman, sekali gus
akan meningkatkan peluang mereka untuk memiliki rumah.
Insentif cukai
Insentif cukai juga perlu dipertimbangkan
meskipun kerajaan berdepan kekangan kewangan.
Ini bagi memastikan transformasi ekonomi
akan terus berlaku dengan licin dan mendapat sokongan pihak swasta.
Isu berkaitan penggunaan buruh asing
dikatakan masih lagi membelenggu ekonomi kita, lantaran kos buruh secara
relatifnya murah. Namun, penyelesaian perlu berlaku secara perlahan agar tidak
menyebabkan suasana kejutan kepada sektor ekonomi seperti pertanian, pembinaan, perkilangan
dan perkhidmatan.
Justeru, pemanjangan tempoh Elaun
Pelaburan Semula Khas melebihi tahun taksiran 2018 dilihat mampu untuk
menggalakkan peniaga, beralih kepada penggunaan mesin dalam operasi perniagaan
mereka. Setakat suku kedua 2016, pelaburan di dalam mesin dan alatan mencatat pertumbuhan
8.1 peratus berbanding penguncupan 7.1 peratus pada tempoh sama sebelumnya.
Tren sebegini adalah sesuatu yang baik dan
mampu untuk meningkatkan penggunaan buruh mahir jika insentif bersesuaian terus
diberikan. Bagi meningkatkan lagi peranan kewangan Islam, insentif cukai bagi
menggalakkan industri wakaf adalah sesuatu penting untuk dilaksanakan.
Peranan wakaf mempunyai potensi besar
untuk dijadikan sebagai instrumen dasar ekonomi yang juga boleh menjadi pemangkin
kepada proses konsolidasi fiskal. Bayangkan, wakaf ini mampu menyelesaikan
masalah kemiskinan bandar melalui campur tangan dalam industri hartanah kediaman
di bandar.
Begitulah antara harapan dan realiti yang
perlu dicema dan dihadapi dalam merangka Bajet 2017. Rakyat
Malaysia perlu meletakkan pengharapan realistik agar tidak terlalu bergantung
kepada insentif kerajaan untuk meningkatkan produktiviti masing-masing.
Kekangan kewangan kerajaan menuntut
pengurusan kewangan berhemat supaya tidak mengundang musibah akibat kehilangan
keyakinan.
Memperkasakan Sektor Pertanian Negara
Sektor pertanian pernah menjadi penyumbang terbesar pekerjaan kepada
penduduk, malah penyumbang terbesar kepada pendapatan negara.
“Untuk merealisasikan hasrat ini, suatu pendekatan yang mana pertanian
sebagai pekerjaan pilihan perlu diterapkan dalam kalangan masyarakat, bukan
sekadar pilihan terakhir kerana tiada pekerjaan lain.
Ini bermakna, aktiviti pertanian dijalankan dengan lebih serius
berdasarkan ilmu bersesuaian. Pendekatan ini memberi erti pembabitan pekerja
mahir di dalam sektor pertanian"
Dr Zulkiply Omar
Fello Penyelidik Kanan, Institut
Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER)
Berita Harian/Isnin, 19 September 2016
Pada suatu ketika pertanian adalah satu
sektor terpenting di dalam ekonomi negara. Ia bukan sahaja penyumbang terbesar
pekerjaan kepada penduduk, malah turut menjadi penyumbang terbesar kepada
pendapatan negara.
Malaysia mempunyai tanah subur sesuai
untuk kebanyakan tanaman tropika. Justeru, Malaysia turut menjadi mangsa kepada
dasar mercantalisme penjajah di
dalam usaha merebut kekayaan sumber negara, selepas dijajah berabad-abad dan
hasil kekayaan dikaut.
Namun, tidak dinafikan kehadiran penjajah
turut menyumbang kepada pembangunan sektor pertanian. Tanaman baharu seperti
getah dan kelapa sawit diperkenalkan.
Kaedah pertanian moden diperkenalkan.
Banyak ladang dibuka selepas hasil hutan dieksploitasi.
Pembukaan ladang oleh penjajah pada
peringkat awal menggalakkan migrasi buruh dari luar negara. Pada masa sama,
kewujudan ladang komersial terbabit turut membantu membangunkan sektor
pertanian tradisi secara kecil-kecilan, secara langsung atau tidak langsung.
Amalan pertanian baik dengan teknik moden
turut diterapkan ke dalam sektor pekebun kecil. Tidak ketinggalan banyak ladang
asing dibeli oleh syarikat tempatan, terutama syarikat milik kerajaan.
Banyak ladang baharu dibuka oleh agensi
pembangunan wilayah di dalam usaha kerajaan untuk mencipta peluang pekerjaan
kepada rakyat, sekali gus membantu membasmi kemiskinan.
Institusi pendidikan pertanian
Selari dengan pertumbuhan sektor
pengeluaran komoditi pertanian, banyak agensi berkaitan pembangunan pertanian
tumbuh dengan pesat. Ini termasuk agensi yang berkaitan penyelidikan dan
pendidikan.
Penubuhan kolej pertanian dan institut
pertanian bukan sahaja berjaya mendidik pekerja mahir dan separa mahir dalam
sektor pertanian, malah turut melahirkan pemimpin berkaliber. Kepentingan
institusi pendidikan pertanian ini turut melihat kolej pertanian dinaik taraf
kepada sebuah universiti, iaitu Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti
Putra Malaysia).
Kini, kepentingan sektor pertanian dari
segi sumbangan kepada pendapatan negara sudah menurun, diambil alih oleh sektor
perkhidmatan dan pembuatan.
Pada 2015, sektor perkhidmatan
menyumbangkan 53.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Diikuti
sektor pembuatan dengan sumbangan 23 peratus dan sektor pertanian hanya
menyumbang 8.8 peratus. Perkembangan ini adalah selari dengan arah aliran
negara maju di dunia.
Namun, sektor pertanian masih menjadi
penyumbang kepada punca pendapatan yang penting, terutama untuk golongan
Bumiputera di luar bandar. Pertanian tradisi secara kecil-kecilan masih
menjadi aktiviti utama di luar bandar. Mungkin sesetengah daripada mereka
adalah petani sambilan untuk menampung pendapatan isi rumah yang juga
kebanyakannya berada di bawah purata nasional.
Memaksimumkan
nilai tambah
Keadaan seperti ini juga baik untuk
melangsungkan kewujudan sektor pertanian. Jika tidak, akan berlaku
ketidakseimbangan di dalam kegunaan tanah. Mungkin banyak tanah pertanian akan
ditinggalkan tanpa diusahakan. Ini bermakna sumber negara tidak dioptimumkan.
Maka, wujud suatu dilema yang mana
pertanian masih penting dari segi menyerap guna tenaga negara dan membantu
mengoptimumkan kegunaan sumber, namun kebanyakan petani terbabit masih menjadi
golongan yang miskin.
Dua isu penting perlu ditangani di dalam
konteks ini untuk mengoptimumkan kegunaan sumber negara. Pertama, kegunaan
tanah pertanian adalah di bawah potensi sebenar berdasarkan amalan pertanian
secara tradisi yang kurang mengambil berat mengenai amalan pertanian yang baik.
Kedua, pekerja di dalam sektor ini tidak membabitkan
pekerja mahir yang bersesuaian, cuma semata-mata terdiri daripada petani secara
terpaksa kerana tiada pekerjaan lain. Jika kedua-dua isu ini dapat ditangani,
sudah tentu sumbangan sektor pertanian kepada pendapatan negara mampu
ditingkatkan.
Secara ringkas, nilai tambah sektor
pertanian dapat dimak- simumkan dengan cara mengoptimumkan kegunaan tanah
pertanian dan pembabitan yang bererti di dalam industri hiliran sektor
pertanian. Kesan langsung yang dapat dilihat adalah pengurangan tanah pertanian
yang terbiar dan pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang
berasaskan pertanian.
Untuk merealisasikan hasrat ini, suatu
pendekatan yang mana pertanian sebagai pekerjaan pilihan perlu diterapkan dalam
kalangan masyarakat, bukan sekadar pilihan terakhir kerana tiada pekerjaan
lain. Ini bermakna, aktiviti pertanian dijalankan dengan lebih serius
berdasarkan ilmu bersesuaian. Pendekatan ini memberi erti pembabitan pekerja
mahir di dalam sektor pertanian.
Pekerja mahir, profesional
Dari sudut pengeluaran, petani perlu
mengamalkan kaedah pertanian dan pengurusan pertanian yang baik untuk memaksimumkan
keuntungan. Dengan ini, aktiviti pertanian dijalankan sebagai suatu perniagaan.
Segala aspek teknikal seperti agronomi,
pengurusan dan perniagaan tani perlu dititikberatkan. Dengan ini aktiviti
pertanian akan berpindah dari status pertanian tradisi kepada satu pekerjaan
yang lebih sistematik.
Kesinambungan daripada aktiviti
pengeluaran pertanian ini adalah pembabitan di dalam industri hiliran, terutama
dalam kalangan PKS, yang mampu menjana nilai tambah yang tinggi. Pertumbuhan
industri hiliran, seterusnya menjamin permintaan yang berterusan untuk komoditi
pertanian.
Pertumbuhan sektor pertanian secara
komprehensif begini memerlukan pembabitan pekerja mahir dan profesional yang
dikeluarkan oleh institusi pendidikan tinggi pertanian, dari peringkat institut
hinggalah ke peringkat universiti.
Graduan pertanian ini perlu digalakkan
untuk bekerja sendiri menjalankan usaha pertanian sebagai suatu perniagaan.
Sebagai perintis, dasar yang sesuai perlu diwujudkan untuk menggalakkan graduan
berkaitan pengajian pertanian bekerja sendiri. Ini adalah jalan ke hadapan ke
arah pencapaian taraf sebagai sebuah negara maju.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan