Akta Hasutan
Mungkinkah Akta Hasutan Disemak Semula
Setiap individu
semestinya kuat, amanah, jujur dan profesional dalam pekerjaan. Pekerjaan
adalah platform mencapai kesejahteraan hidup di dunia mahupun akhirat.
Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Abdullah Muhammad Zin.
Akta Hasutan 1948 (Akta 15) adalah bertentangan dengan Perkara 10
Perlembagaan Persekutuan"
Apa yang ditekankan oleh Mahkamah Rayuan, pendapat yang mengatakan satu
kesalahan hasutan itu tidak memerlukan pembuktian mens reo"
Landskap undang-undang common low ini akhirnya berubah dengan munculnya
kesalahan statutori"
Datuk Saleh Buang
BH/Dari Kaca Mata/Khamis, 12 Disember 2016
Laman web rasmi Ketua Pendaftar Mahkamah
Perseku-tuan Malaysia baru-baru ini menyiarkan sepenuhnya teks keputusan panel
hakim Mahkamah Rayuan dalam kes Mat Shuhaimi bin Shafiei lwn Kerajaan Malaysia
(http://www.kehakiman.gov.my/?q=en/node/628).
Keputusan setebal 24 halaman itu, yang
ditulis oleh Varghese a/1 George Varughese HMR, meluluskan rayuan perayu (Mat
Shuhaimi) dan mengetepikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi. Seterusnya
mahkamah mengisytiharkan (dalam perenggan 45 penghakiman itu) bahawa “Section
3(3) of the Sedition Act 1948 (Act 15) contravenes Article 10 of the Federal
Constitution and therefore is invalid and of no effect in law” (Seksyen 3(3)
Akta Hasutan 1948 (Akta 15) adalah bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan
Persekutuan dan dengan itu adalah tidak sah dan tidak berkesan di sisi
undang-undang).
Seksyen 3(3) akta itu menyebutkan “Bagi
maksud membuktikan berlakunya mana-mana kesalahan di bawah akta ini, niat orang
yang dituduh pada masa... dia melafaz- kan kata-kata yang menghasut itu...
hendaklah dianggap sebagai tidak relevan... jika pada hakikatnya... kata-kata
itu… mengandungi kecenderungan menghasut.”
Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa seksyen 3(3) itu, setakat
mana ia tidak mengkhendaki bukti mengenai niat melakukan kesalahan menghasut,
adalah tidak boleh dipertahankan sama sekali. Mengikut mahkamah itu lagi, seksyen
3(3) itu adalah satu sekatan atau langkah tidak padan kepada matlamat yang sah
seperti disebutkan dalam Perkara 10(2) Perlembagaan Persekutuan.
Dalam bahasa mudah, apa yang ditekankan
oleh Mahkamah Rayuan, pendapat yang mengatakan satu kesalahan hasutan itu
tidak memerlukan pembuktian mens rea adalah ‘tidak boleh dipertahankan sama sekali’.
Mengikut fakta kes ini, perayu (Mat Shuhaimi) dituduh melakukan kesalahan
menghasut kerana memuatnaik bahan yang menghasut dalam blognya di Pusat Khidmat
Rakyat, Jalan Anggerik Vanilla, Kota Kemuning, Shah Alam pada 30 Disember 2010.
Kira-kira empat tahun kemudian, pada
September 2014 usaha awalnya untuk mendapatkan perintah mahkamah mengisytiharkan
Seksyen 3 dan 4 Akta Hasutan sebagai tidak sah, gagal. Terkilan dengan
keputusan Mahkamah Tinggi itu, dia kemudian merayu ke Mahkamah Rayuan. Pada 25
November 2016, Mahkamah Rayuan meluluskan rayuannya.
Ramai juga dalam kalangan pengamal undang-undang di negara
ini, tersentak dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang baru ini. Mereka terkejut
kerana selama ini, berdasarkan keputusan hakim bicara N H Chan dalam kes PP v Par am Cumaraswamy [1986]
CU (Rep) 606, mens rea bukan satu elemen penting dalam kesalahan menghasut.
Apa yang perlu dibuktikan oleh pasukan pendakwaan di mahkamah adalah ucapan
tertuduh itu mengandung satu ‘kecenderungan menghasut’.
Bukti menghasut
Soalnya bagaimanakah pasukan pendakwaan
boleh membuktikan kecenderungan menghasut? Jawapannya terkandung dalam satu kes
lama, R v Aldred (1909) 22 Cox CC1. Kata mahkamah dalam kes lama itu, kita
mesti lihat latar belakang orang yang mendengar suatu ucapan yang dikatakan
menghasut. Apakah mereka orang yang cerdik pandai dan berpengalaman atau orang
biasa yang masih mentah dan kurang berilrnu?
Pendirian mahkamah di beberapa common law
(selain Malaysia) tidak sama dengan pendirian mahkamah negara kita. Di Kanada,
Mahkamah Agung negara itu me- mutuskan (keputusan majoriti 5:4) dalam kes
Boucher lwn The King [1951] SCR 265, bahawa sebelum mahkamah boleh mensabitkan
kesalahan seorang itu kerana menghasut, elemen niat untuk menim- bulkan
keganasan terhadap kera- jaan mesti dibuktikan.
Di India, mahkamah negara itu mengambil
pendekatan sama dengan mahkamah di Kanada. Dalam kes Kedar Nath Singh v State
of Bihar (1962 AIR 955) Mahkamah Agung India memutuskan, jika tidak ada bukti
suatu tindakan itu dilakukan dengan niat menggugat kerajaan menerusi cara yang
ganas, tertuduh tidak boleh disabit- kan sebagai menghasut.
Seperti dinyatakan di atas„. mahkamah di
negara kita sudah sekian lama memutuskan kesalahan menghasut di bawah Akta
Hasutan ini tidak memerlukan mens rea. Ia menjadi kecualian kepada kaedah am bahawa suatu
kesalahan itu mesti mengandungi elemen actus reus
dan mens rea) sebelum seorang tertuduh itu bolrh disabitkan.
Dalam kes yang masyhur, P.P. lwn. Ooi Kee Saik & Ors
[1971] 2 MU 108, Hakim Raja Azlan Shah J memutuskan bahawa sebaik sahaja pasukan pendakwaan dapat membuktikan tertuduh melafazkan
kata-kata menghasut itu, ia boleh disabitkan dan tidak perlu ada bukti sama
ada kata-kata yang dilafazkan oleh tertuduh itu, benar atau dusta.
Pendekatan sama diambil mahkamah kita
dalam kes P.P. v. Mark Koding [1983] l MU ill. Dalam kes itu, mahkamah
memutuskan bahawa sekali pun tertuduh ada niat yang baik melafazkan kata-kata
yang menjadi asas pertuduhan itu, ia bukan satu pembelaan.
Mengikut amalan tradisi di banyak negara common law,
suatu jenayah itu dikatakan berlaku hanya jika satu perbuatan yang salah (actus reus)
wujud bersama satu niat yang salah (mens rea).
Konsep mens rea mula dikembangkan pada kurun ke-17 di England apabila hakim bicara sepakat
menyatakan satu tindakan itu tidak boleh dikatakan salah kecuali ia dituruti
dengan atau didorong oleh satu niat yang salah.
Bagaimanapun, landskap undang-undang common law
ini akhimya berubah dengan munculnya kesalahan statutori, yang banyak daripadanya
sekarang adalah kesalahan ‘strict liability’ dan elemen mens rea tidak lagi penting
atau relevan. Keputusan Mahkamah Rayuan akhir November lalu dalam kes Shuhaimi
bukan sesuatu yang mudah difahami kerana banyak isu undang-undang yang rumit
cuba dihuraikan olehnya. Sama ada keputusan ini akan bertahan lama atau satu
hari nanti akan diketepikan pula oleh Mahkamah Persekutuan (yang lebih tinggi
darinya), hanya masa dapat menentukannya.
Sementara itu, kita berdepan dengan
teka-teki apakah Akta Hasutan akan disemak semula dalam masa terdekat? Apakah
langkah akan diambil untuk memindanya agar persoalan perlu atau tidaknya
pembuktian mens rea dalam seksyen 3(3) Akta dimuktamadkan.
Peningkatan Senjata Api, Bunuh, Nahas Jalan Raya Membimbangkan
Pasukan polis
forensik menjalankan siasatan di lokasi kejadian tembak yang mengakibatkan dua
orang maut di tempat kejadian di Jalan Kolam,
Luyang, Kota Kinabalu pada 15 April lalu.
Amukan seorang
pengawal peribadi bukan sahaja membunuh majikannya, malah dua orang awam lain
dalam tembakan rambang di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, Pulau Pinang pada 1
Disember lalu, antara kes jenayah menggemparkan negara sepanjang 2016.
|
Kejadian pada
jam 7.30 malam itu turut menyebabkan lima lagi cedera akibat terkena tembakan dilepaskan
suspek berusia 35 tahun yang dipercayai mengalami masalah mental. Antara yang cedera
termasuk jurukamera sambilan RTM Pulau Pinang, Mohamad Amirul Amin Amir, 27,
yang terkena satu das tembakan pada bahu kiri serta seorang kakitangan wanita
Tenaga Nasional Berhad (TNB) Bayan Baru, dikenali sebagai Nurul Huda.
Berdasarkan
maklumat awal, suspek dikatakan menembak majikannya yang berstatus Datuk itu
ketika di dalam kereta, sebelum seorang lagi yang berada di dalam kenderaan
sama melarikan diri menyebabkan suspek mengejar lelaki terbabit sambil
melepaskan beberapa das tembakan lagi yang terkena pada orang awam.
Selain kes
pengawal peribadi mengamuk, kes penggunaan senjata api yang menggemparkan sepanjang
2016 ialah pembunuhan empat sekeluarga di kilang memproses ayam di Batu
Maung, Pulau Pinang oleh ahli keluarga sendiri pada 13 Julai lalu, gara-gara ketagihan
syabu.
Dalam kejadian
pada jam 2.55 pagi itu, suspek, Chung Chun Wah, 32, dikatakan bertengkar dengan
ibunya, Tan Saw Sim, 55, dan pasangan ibunya yang juga pemilik kilang, Toh Hock
Choon, 50, selepas mereka enggan memberinya wang bagi membeli dadah.
Miliki rekod jenayah lampau
Suspek yang mempunyai
beberapa rekod jenayah lampau kemudian bertindak melepaskan 11 das tembakan
dengan enam peluru mengenai ibunya dan Hock Choon; serta adiknya, Chung Wah
Thong, 27, dan anak Wah Thong yang berusia dua tahun dikenali sebagai Ah Bee.
Kes lain
membabitkan penggunaan senjata api ialah kematian seorang pemberi pinjaman
wang yang ditembak di persimpangan lampu isyarat Jalan Danau Kota, Setapak pada
27 Julai lalu, dipercayai berpunca daripada perang kongsi gelap. Dalam
kejadian jam 3.35 petang itu, dua lelaki membonceng dua motosikal dan memakai topi keledar penutup muka melepaskan 16 das tembakan ke arah mangsa
ketika kereta Honda Accord dipandunya berhenti di lampu isyarat persimpangan Danau
Kota-Jalan Genting Klang.
Lebih menggemparkan,
rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu turut tersebar di laman
sosial sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang awam.
Negara turut
digemparkan insiden serangan bom tangan di sebuah pusat hiburan di Bandar Puchong
Jaya, Puchong, pada 28 Jun lalu yang mencederakan lapan pengunjung, dilakukan
anggota kumpulan militan Daesh. Serangan pada jam 2.15 pagi dipercayai
didalangi empat lelaki tempatan itu dilakukan atas arahan seorang anggota Daesh
warga Malaysia yang kini berada di Syria, dikenali sebagai Muhammad Wanndy
Mohamed Jedi.
Susulan serangan
itu, Bahagian Antikeganasan Cawangan Khas Bukit Aman (E8) menerusi ope- rasi
khas selama tiga hari di Kedah, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Pulau
Pinang, berhasil menahan 15 individu termasuk dua anggota polis, selain memburu
dua lagi suspek yang sudah dikenal pasti.
Kes menyayat hati
Tahun 2016 juga
menyaksikan kes jenayah menyayat hati membabitkan bayi lelaki berusia tujuh
bulan dan kakaknya dipercayai menjadi mangsa bunuh yang ma- yat mereka ditemui
hampir reput dalam dua bekas plastik di sebuah unit pangsapuri di Taman Sri
Sinar, Segambut pada 26 September lalu.
Mayat Cheah Kai
Wen dan Cheah Kai Sze, 3, ditemui bersama mayat bapa mereka, Cheah Hing Soon,
34, pada jam 12 tengah hari.
Kedua-dua mayat
itu, masing-masing disumbat dalam bekas plastik yang ditutup kain dalam sebuah
bilik, manakala mayat Hing Soon ditemui terbaring dalam bilik tidur utama
dengan semua mangsa dipercayai meninggal dunia kira-kira tiga hari sebelum
ditemui.
Berikutan
penemuan mayat tiga beranak itu, polis menahan isteri mangsa berusia 35 tahun
yang juga ibu kanak-kanak berkenaan bagi membantu siasatan.
Selain kes
jenayah, tahun 2016 mencatatkan tragedi kepada sebuah keluarga yang bercuti di
Terengganu selepas enam maut, manakala empat lagi parah dalam nahas ngeri di
Kilometer 288.6 Lebuh Raya Pantai Timur 2, berhampiran susur keluar Plaza Tol
Chukai, Kemaman pada 11 Disember lalu.
Kejadian pada jam 6.10 petang itu dipercayai berlaku apabila kereta Hyundai Starex dinaiki 10 mangsa ke arah Kuala Terengganu hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar tiang pembahagi jalan di situ. Mangsa yang meninggal dunia ialah pasangan suami isteri yang juga penumpang kereta, Pauziyah Awang, 56; suaminya, Ahmad Razi Abdul Rahman, 63; dan cucu mereka, Sofea Adrianna Shahruddin,7, da- ri Seksyen 17, Shah Alam, Selangor. Tiga lagi mangsa ialah Mahani Ngah, 42, dari Kampung Guar, Kodiang, Kedah dan dua anaknya, Quratulnisa Ahmad Nasal, 11, dan Ahmad Nijat, 9.
Kejadian pada jam 6.10 petang itu dipercayai berlaku apabila kereta Hyundai Starex dinaiki 10 mangsa ke arah Kuala Terengganu hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar tiang pembahagi jalan di situ. Mangsa yang meninggal dunia ialah pasangan suami isteri yang juga penumpang kereta, Pauziyah Awang, 56; suaminya, Ahmad Razi Abdul Rahman, 63; dan cucu mereka, Sofea Adrianna Shahruddin,7, da- ri Seksyen 17, Shah Alam, Selangor. Tiga lagi mangsa ialah Mahani Ngah, 42, dari Kampung Guar, Kodiang, Kedah dan dua anaknya, Quratulnisa Ahmad Nasal, 11, dan Ahmad Nijat, 9.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan