Adakah
Kita Sihat?
Tekanan darah, Saringan Diabetes, Tahap Kolesterol, Fungsi Paru-paru danUjian EKG
Berikut adalah panduan mengenai beberapa
ujian lazim bagi semua peringkat usia yang dilakukan ketika saringan kesihatan
dilakukan.
Saringan kesihatan menyeluruh akan menghasilkan keputusan yang baik sekiranya
siri ujian itu dilakukan oleh mereka yang protesional dalam penjagaan
kesihatan.
Tekanan darah
Tekanan darah tinggi (hipertensi) memaksa
jantung mengepam darah lebih kuat dan lama kelamaan menjejaskan pembuluh darah
di seluruh tubuh. Biarpun tubuh manusia boleh menerima kenaikan tekanan darah selama
berbulan-bulan malah bertahun, tetapi lama-kelamaan ia boleh merosakkan
jantung, buah pinggang, otak dan mata.
Bacaan tekanan darah kita diukur oleh
tekanan sistolik (bacaan atas) dan diastolik (bacaan bawah).
Sebagai contoh, bacaan 120/80 adalah normal
tetapi 140/90 dan lebih tinggi daripada itu menunjukkan mungkin kita menghadapi
masalah tekanan darah tinggi. Sebaik-baiknya, setiap individu perlu memeriksa
tekanan darah sekurang-kurangnya dua tahun sekali.
Bagi mereka yang disahkan menghidap
kencing manis, penyakit jantung, masalah buah pinggang atau masalah kesihatan
lain perlu kerap dipantau menerusi pemeriksaan kesihatan.
Saringan Diabetes
Diabetes atau kencing manis bukan asing di
kalangan masyarakat Malaysia. Penyakit ini terjadi apabila tahap glukos (gula)
terlalu tinggi. Glukos diperoleh daripada makanan yang diambil yang akhirnya
menghasilkan hormon insulin.
Insulin memberikan tenaga kepada sel dalam
tubuh. Pesakit diabetes jenis 1 tidak mampu menghasilkan insulin, manakala
pesakit diabetes jenis 2, sama ada tidak dapat menghasilkan atau memanfaatkan
insulin sepenuhnya. Dalam kebanyakan kes, apabila tubuh tidak menghasilkan
insulin, glukos kekal dalam darah dan ini boleh menyebabkan kerosakan serius
kepada organ utama dan saraf.
Ujian glukos dalam darah dilakukan untuk
memastikan diabetes di mana individu perlu berpuasa selama minimum lapan jam.
Glukos dalam darah normal orang yang berpuasa ialah antara 4.4 dan 6.1mmol/L
(mereka yang tidak menghidap diabetes).
Piawaian pemeriksaan atau diagnosis
standard dilakukan apabila dua ujian darah berbeza, ujian toleransi glukos
menunjukkan bacaan glukos dalam darah tidak lebih atau bersamaan dengan 7.8
mmol/L.
Tahap Kolesterol
Kolesterol adalah bahan yang lekit
seakan-akan lemak yang terdapat di dalam darah dan setiap sel dalam tubuh
manusia.
Pembentukan berganda kolesterol dan lemak
lain dikenali sebagai lipid. Tubuh manusia hanya memerlukan sejumlah kecil
kolesterol bagi menjalankan fungsi tubuh.
Lebihan kolesterol dalam saluran darah
akan menyempitkan pembuluh darah. Ini menyebabkan sekatan juga dikenali sebagai
plak. Plak meningkatkan peluang seseorang untuk mendapat penyakit jantung.
Lazimnya, tiada gejala jelas yang menunjukkan kemungkinan kolesterol tinggi
dalam darah kecuali menerusi ujian darah. Kolesterol tinggi juga boleh berlaku
akibat genetik, obesiti dan diet yang tidak sihat.
Paras kolesterol diukur dalam mmol/L.
Kolesterol tinggi boleh didiagnosa dengan ujian darah mudah, atau juga dikenali
sebagai profil lipid, la biasanya dijalankan selepas individu berpuasa selama
10 hingga 12 jam bagi mengasingkan kemungkinan pengaruh lemak yang baru saja
dimakan. Keputusan ujian biasanya dinyatakan mengikut jenis berikut;
-LDL (kolesterol jahat) kolesterol jahat yang boleh menyebabkan penyakit
kardiovaskular. Paras optimal harus berada di bawah 2.6 mmol/L
-HDL (kolesterol baik) - kolesterol baik yang membantu memanfaatkan
kolesterol dalam tubuh. Paras yang baik seharusnya lebih dari 1.6 mmol/L.
-Trigliserida - lemak yang lazim ditemui dalam darah dan lebihannya
boleh menyebabkan penyakit arteri koronari. Paras sederhana biasanya di bawah
1.7 mmol/L.
-Jumlah kolesterol - kompilasi semua bentuk komponen lipid dalam darah.
Paras yang disarankan seharusnya berada di bawah 5.2 mmol/L.
Fungsi Paru-paru
Ujian fungsi paru-paru juga dikenali
sebagai ujian fungsi pulmonari. Ujian yang standard menentukan keupayaan fungsi
paru-paru seperti berapa banyak udara boleh disedut. la kemudian direkodkan dan
dibandingkan dengan yang lain di dalam kumpulan yang sama, ketinggian dan
jantina.
Ujian ini membolehkan pengamal perubatan
menentukan kapasiti paru-paru untuk menyalurkan oksigen kepada sistem darah
begitu juga kekuatan otot pernafasan. Ujian fungsi paru-paru juga merangkumi
pelbagai ujian pernafasan dan ujian bagi mengukur paras oksigen dalam darah.
Ujian pernafasan yang biasa digunakan termasuk:
-Spirometri - mengukur jumlah udara yang disedut dan dihembus serta
berapa pantas udara dihembuskan.
-Pletimosgrafi tubuh - mengukur jumlah udara yang hadir dalam paru-paru
ketika menyedut dan jumlah yang kekal selepas menghembus.
-Kapasiti difusi paru-paru - mengukur keberkesanan oksigen dipindahkan
dari paru-paru ke saluran darah.
-Ujian latihan tekanan - mengukur kebolehan paru-paru dan fungsi jantung
ketika berada di bawah tekanan. Lazimnya ia diukur ketika pesakit menggunakan
mesin treadmill atau basikal.
Ujian EKG
Elektrokardiogram (EKG) bertujuan mengesan
degupan jantung yang tidak normal.
EKG bersenam dilakukan untuk mengesan jika
ada berlaku kekurangan bekalan darah ke jantung atau aliran darah tersekat pada
arteri koronari (iaitu saluran darah yang membawa darah ke jantung). Ujian EKG
standard memerlukan cakera logam (electrod) yang diletakkan di sekitar lengan,
kaki dan dad a.
Naikturun bacaan EKG dibahagikan kepada
beberapa seksyen yang menunjukkan bagaimana jantung berfungsi. Degupan jantung
yang biasa adalah di antara 60 hingga 100 degupan seminit. Bacaan yang kurang
daripada 60 degupan seminit menunjukkan degupan jantung yang perlahan dan
lebihan 100 degupan jantung seminit dianggap sebagai tidak normal.
Keputusan EKG mestilah diterjemah oleh
pengamal perubatan terlatih kerana keputusan sering memerlukan interpretasi
berdasarkan gejala lalu, rekod kesihatan, pemeriksaan fizikal dan keputusan
ujian lain.
Pasca Saringan
Biarpun keputusan ujian normal, seseorang
itu tidak seharusnya berhenti mengambil langkah berjaga-jaga. Saringan
kesihatan yang kerap perlu dijalankan, bagi mengesan keadaan kesihatan yang
mungkin terjejas selepas pemeriksaan kesihatan dijalankan. Tidak kurang penting
untuk anda terus mengekalkan gaya hidup sihat sementara dalam masa sama
menjalani pemeriksaan kesihatan rutin pada masa yang sesuai.
Sebaliknya, jika keputusan menunjukkan
kemungkinan komplikasi, pesakit dinasihatkan membuat rawatan susulan dengan
pengamal kesihatan dengan segera. Menangguhkan rundingan tidak digalakkan
kerana rawatan awal dan pengurusan penyakit di peringkat awal yang baik
menghasilkan keputusan yang baik sekali gus mencegah komplikasi serius.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan