FashionValet
FashionValet Pikat Pelabur Antarabangsa
Portal fesyen
e-perdagangan jana dana jutaan dolarAS daripada Start Today
Kami teruja menerima
Start Today sebagai pelabur. Pengalaman mereka dalam membangunkan ZOZOTOWN
menjadi portal e-perdagangan fesyen utama di Jepun amat bernilai kepada
FahionValet dalam usaha kami mencarta pertumbuhan berikutnya di rantau
ini" Fadzarudin Anuar, Ketua Pegawai Eksekutif, FashionValet
FashionValet, portal fesyen e-perdagangan
diasaskan anak tempatan, berjaya menjana dana Series B bernilai jutaan dolar AS
daripada Start, Today Co Ltd, pemilik dan pengendali pasar raya fesyen dalam
talian terbesar Jepun, ZOZO- TOWN.
Perlaburan itu diperolehi genap setahun
selepas kejayaan FashionValet meraih pelaburan Series A diterajui Elixir
Capital yang berpangkalan di Lembah Silikon, Amerika Syarikat.
Ketua Pegawai Eksekutif FashionValet,
Fadzarudin Anuar, berkata dana pemula pusingan kedua itu akan menyediakan
FashionValet modal bagi tujuan pelaburan dalam operasi pe- ngembangan
strategik, selain membolehkannya memanfaatkan kepakaran e-perdagangan fesyen
rakan pelaburan dari Jepun itu.
Beliau berkata, 12 bulan sejak dana Series A diperoleh, FashionValet menggandakan pendapatannya, memulakan operasi di Singapura dan Jakarta dan
membuka kedai fizikal pertama di Kuala Lumpur.
Kami teruja menerima Start Today sebagai
pelabur. Pengalaman mereka dalam membangunkan ZOZO-TOWN menjadi portal e-perdagangan
fesyen utama di Jepun amat bernilai kepada FahionValet dalam usaha kami mencarta
pertumbuhan berikutnya di rantau ini,” katanya sambil menambah kedai fizikal
kedua FashionValet akan dibuka di Singapura pertengahan 2016 di Orchard Road.
Beliau berkata demikian dalam satu
kenyataan baru-baru ini.
Destinasi dalam talian utama di Asia
Tenggara
FashionValet adalah destinasi dalam
talian utama Asia Tenggara bagi jenama fesyen Asia yang menjual pakaian, kasut,
dan aksesori, bertujuan membawa aliran fesyen terkini ke pintu pelanggan.
Ditubuhkan pada 2010 oleh blogger popular,
Vivy Yusof dan suami, Fadzarudin Anuar, FashionValet menawarkan pilihan meluas
pakaian sedia dipakai, daripada pakaian muslimah hingga pakaian dalam wanita
dan pakaian mandi, menawarkan khidmat peng hantaran pantas, serta pengalaman
pengguna terbaik dalam kelasnya.
FashionValet memperagakan jenama tempatan
dan pereka fesyen merentas Asia Tenggara, bertindak sebagai platform utama bagi
pereka baharu di rantau ini.
Pada 2012,
MYEG, satu daripada syarikat internet senaraian awam terkemuka Asia Tenggara,
melabur dalam FashionValet selepas pengasasnya mengatasi 40 pesaing untuk
memenangi pertandingan kalah mati ‘Make The Pitch’ anjuran MYEG.Sumber: Berita Harian / 11 April 2016 / Bisnes
Fesyen
Rekaan
Eksklusif Royale Aida
Gabungan
tradisional dan moden lengkapkan penampilan pemakai
Royale Aida Malaysia, salah satu daripada
nama baharu yang muncul dalam industri fesyen melancarkan koleksi Raya Couture ‘Exklusiv’
2016 melalui kerjasama dengan pereka baharu iaitu Eliza Razman.
Koleksi R.A 'Exklusiv' X Eliza
Razman boleh didapati dalam lapan rekaan yang diberi nama Seroja, Melur, Mawar,
Cempaka, Suria, Seri pagi, Cenderawasih dan Melati. Semua koleksi ini boleh
dibuat tempahan mulai sekarang hingga akhir bulan ini.
Selain itu, R.A 'Exklusiv' X Eliza Razman
ini juga telah memasuki pasaran Brunei bermula awal April lalu. Koleksi ini
ditempatkan di sebuah butik fesyen Islamik yang terkenal di negara itu, iaitu
Qaisara Dreams.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif
Royale Adia Malaysia, Emi Mat Rozekhi berkata, idea untuk membentuk R.A
’Exklusiv’ sebagai satu hadiah istimewa kepada peminat fesyen yang sukakan
kepada ciri-ciri eksklusif dan terhad.
"Walaupun baru pertama kali
bekerjasama dengan Eliza Razman, saya cukup puas hati kerana setiap rekaannya
memberi sentuhan yang moden dan ringkas. Dia mahir dalam semua bidang dan
memberi inspirasi kepada saya setiap kali untuk kelihatan cantik dan kemas pada
setiap masa. Cita rasa fesyennya adalah berbeza, unik dan ia sejajar dengan
misi jenama kami.
"Bagi memastikan peminat fesyen tidak
lupa dengan koleksi Royale Adia, kita juga turut mempromosikan jenama ini
melalui media sosial," katanya.
Sementara itu, Eliza yang cukup teruja
diberi peluang berkongsi ideanya dalam rekaan koleksi kali ini tidak menyangka
impiannya tercapai untuk mengolah idea baharu melalui pakaian tradisional yang
menjadi kesukaannya sejak dari kecil.
"Saya sentiasa menggabungkan sentuhan
lama dengan moden, dalam setiap tatacara pemakaian saya. R.A Exklusiv X Eliza
Razman pastinya platform bagi saya sebagai seorang pereka baru, bagi berkongsi
minat saya bersama peminat fesyen,” ujarnya.
Diilhamkan oleh malar hijau tradisional,
koleksi oleh R.A 'Exklusiv' X Eliza Razman, adalah gabungan daripada konsep
tradisional dan moden selain mengekalkan ciri keanggunan yang tersendiri.
Koleksi ini mencerminkan komitmen Royale Adia Malaysia untuk mempamerkan yang
terbaik di dalam rekaan bercirikan tradisional-Melayu kontemporari.
Berpegang teguh kepada potongan
tradisional klasik yang serba ringkas,
Royale Adia yakin setiap rekaan dapat
memenuhi cita rasa pelanggan dengan menggabungkan ciri-ciri vintaj yang terbaik
selain dapat memenuhi keperluan wanita daripada pelbagai kaum dan peringkat
umur.
Menjadikan motif Melayu asli seperti
songket dan batik sebagai motif utama koleksi ini, ia menjadikan rekaan itu
lebih eksklusif.
Warna-warna pilihan adalah gabungan warna
terang dan pastel yang menambahkan lagi ciri-ciri keistimewaan daripada koleksi
The Duchesse’ ini selaras dengan identiti dan imej gabungan dua jiwa iaitu
Eliza Razman dan Emi Mat Rozekhi.
Sumber: SinarHarian /Fesyen/17 April 2016
Pengasas
FashionValet Kongsi Pengalaman
Pelanggan
mengetahui FashionValet dari skrin komputer saja untuk urusan beli-belah, namun
saya mahu mendekati mereka melalui rancangan ini supaya rasa lebih dekat"
Vivy Yusof, Pengasa FashionValet.
Oleh Muhamad Shaifullah Tayep /
Berita harian / Famili
Di laman sesawang beli-belah dalam
talian, FashionValet menandakan satu lagi kejayaan dengan melancarkan sebuah
rancangan realiti lapan episod memaparkan kisah pengasasnya, Vivy Yusof
bertajuk Love, Vivy, di AstroRia.
Rancangan Love, Vivy berkisar mengenai kehidupan usahawan
fesyen terkemuka Malaysia yang menggalas tanggungjawab sebagai pengasas
FashionValet dan jenama selendangnya, dUck serta rutin harian sebagai anak,
isteri dan ibu kepada dua anak, Daniel dan Mariam.
Ia memberi gambaran sebenar kehidupan
Vivy kepada penonton, walaupun kelihatan sarat dengan jadual kerja. dan rutin
harian yang padat, beliau tetap menjalani kehidupan penuh kepuasan.
Paling menarik, telatah Vivy cuba
menyediakan makanan buat keluarganya turut dipaparkan yang pastinya membuatkan
anda tidak kering gusi.
Papar kejayaan
Perkongsian bersama suami, Fadza
Anuar, menunjukkan kesinambungan terbaik, justeru, Vivy mahu pengusaha lain
mencontohi keijasama erat yang dilakukannya selama ini.
Menerusi program itu, Vivy turut
memaparkan bagaimana mereka berdua memberi keseim- bangan kepada kehidupan yang
akhirnya melahirkan kejayaan dalam perniagaan dan mewujudkan sebuah keluarga
bahagia.
Setiap episod membawa penonton ke
dunia fesyen FashionValet yang menyeronokkan.
Daripada 10 jenama dan tiga tenaga
kerja, kini ia meningkat sebanyak 500 jenama dan 100 pekerja selepas lapan
tahun berada dalam industri fesyen.
Perkembangan positif ini datang
daripada titik peluh usaha mereka sendiri, selain mengharungi pelbagai cabaran
seperti peletakan jawatan ramai kakitangan dan masalah pada laman sesawang.
Dekati pelanggan
Vivy berkata, beliau mahu lebih
dekat di hati pelanggan dan tidak mahu urusan jual beli terhenti di laman
sesawang itu saja.
“Ini adalah kali pertama syarikat
itu membuka pintunya untuk menjadi tontonan ramai, justeru, mereka dapat
melihat bagaimana kami bekerja setiap hari bagi memenuhi kehendak pelanggan.
“Pelanggan mengetahui FashionValet
dari skrin komputer saja untuk urusan beli-belah, namun saya mahu mendekati
mereka melalui rancangan ini supaya rasa lebih dekat.
“Kini peminat dapat mengenali
FashionValet dan pengasasnya secara lebih mendalam, dari cara kami bekerja,
kesukaran dan kepayahan yang kami hadapi serta cara kami mengharunginya,”
katanya.
Vivy berkata, pembahagian masa terhadap
banyak perkara sememangnya sukar, justeru, beliau mahu orang di luar menjadikan
dirinya inspirasi dalam mengecapi kejayaan.
“Dalam memaparkan kejayaan dan
kehidupan, Love, Vivy juga mendedahkan bagaimana saya
membahagikan masa menjadi ibu, menguruskan kerjaya dan sebagai tokoh
perniagaan,” katanya.
Hasil rancangan
berkualiti
Sementara itu, Pengurus Saluran
Astro Ria, Raqim Ahmad, berkata pihaknya akan terus menghasilkan rancangan
berkualiti walaupun saingan amat sengit dalam dunia teknologi moden masa kini.
Astro Ria gembira untuk menjalinkan
kerjasama dengan Fashion. Valet dalam menghasilkan siri televisyen terbaik ini.
Menerusi program ini, kami mahu membawakan
tahan fesven terbaik.
Sumber: Berita Harian / Famili / 14
April 2016
Serlah Ekpresi Diri
Koleksi terkini Esprit bantu
individu tampilkan gaya menawan
Kini terdapat buah tangan terbaharu
Esprit yang ternyata mengagumkan kerana cetusan fesyen terkini musim bunga dan
koleksi musim panas yang akan datang, memenuhi semua keperluan peribadi.
Penggemar fesyen pasti rambang mata
untuk memilih kerana semuanva tamnak untuk gaya kasual, ke pejabat dan
bersantai di hujung minggu.
Cetusan fesyen baharu itu
bertemakan, Dream it, live it,
love it. Be all you want to be with Esprit, menjadi pelengkap gaya. Bukan saja
memberikan keselesaan dengan pilihan fabrik berkualiti, jenama itu turut
mengetengahkan cita rasa diri sendiri, sekali gus mengetengahkan identiti diri.
Apa yang pasti, inspirasi fesyen itu
menyerlahkan kemahuan peribadi, tanpa mempedulikan orang lain. Kehadiran
koleksi itu menghangatkan duo musim ini, dengan rekaan segar, menafsirkan gaya
dan keseronokan.
Penampilan
mempesonakan
Sama ada digayakan di rumah, keluar
bercanda dengan teman, Esprit ternyata memberikan penampilan yang mempesonakan.
Ternyata, jenama itu mahu individu menjadi diri sendiri, bukan meniru fesyen
orang lain yang menggunakan personaliti berbeza.
Bagi koleksi bermusim, Esprit
menawarkan pelbagai pilihan pakaian untuk dipadankan mengikut cita rasa terkini.
Setiap rekaan diberikan sentuhan romantis dan perincian kecil untuk menaikkan
semangat ketika bergaya serta membantu menyerlahkan ekspresi diri yang sebenar.
Ia menampilkan pelbagai rekaan
iaitu kasual chic, boho, dan canggih untuk dipadankan
dengan semua jenis gaya yang diinginkan.
Dengan inspirasi fesyen semula jadi
yang hebat dan penuh keseronokan, ia secara tidak langsung berupaya menaikkan
semangat serta menyegarkan peribadi anda.
Menawarkan pelbagai rekaan tepat
pada masanya semua kelihatan menarik. Esprit membantu anda untuk menyatakan
diri dan gaya anda.
Pembukaan
semula butik
Sementara itu, lebih mengujakan,
butik terkenal itu melakar sejarah menerusi pembukaan semula butiknya di pusat
beli-belah, MidValley Megamall.
Keluasan butik itu kira-kira 8,888
meter persegi yang berkonsepkan butik inspirasi dengan mengetengahkan tema less is more, iaitu sedikit tetapi lebih
daripada cukup.
Konsep baharu ini menyerlahkan
ruang dalaman lebih luas, pencahayaan terang dengan rak kayu daripada oak.
Dengan biasaan rona bata dan wama semula jadi mempamerkan cita rasa moden dan
tarikan tersendiri.
Pembukaan semula kedai Esprit di Mid
Valley Megamall adalah sebahagian daripada program transformasi yang bertujuan
untuk mengukuhkan jenama dalam jangka masa panjang.
Sumber: Berita Harian / Famili / 18 April 2016
Sumber: Berita Harian / Famili / 18 April 2016
Inspirasi Era Retro, Pop Yeh Yeh
Dua pereka muda, Hafizi Radzi dan Izree kai beri sentuhan moden kepada
pakaian tradisional.
Potongan gaya tahun 70-an dan 60-an yang sendat
serta potongan kain kembang, diangkat menjadi tema pereka muda, Hafizi Radzi
Woo dan Izree Kai Haffiz atau FiziWoo untuk koleksi hari raya tahun ini, hasil
kerjasama dengan portal beli-belah dalam talian Zalora.
Izree berkata, kenangan baju raya ibu bapa
mereka tahun 70-an lalu turut menjadi inspirasi buat mereka berdua dalam mence- tuskan
idea lama yang diolah bersama sentuhan moden. Iham cipta diketengahkan itu
menjadikan koleksi persalinan ditampilkan menarik perhatian hadirin.
Kami banyak menampilkan baju kurung moden
yang disesuai digayakan bagi menghadiri rumah terbuka. Bagi kami, kurung moden
menjadi pilihan ramai sebab ia sangat fleksibel untuk digayakan.
Sesuatu persalinan lebih berbaloi
sekiranya ia boleh dipakai untuk banyak acara, termasuk ketika hari raya
mahupun sele- pas musim perayaan. Misalnya, anda masih boleh menggayakan
FiziWoo ke acara minum petang atau makan,” katanya.
Kedua-dua pereka ini ditemui pada
Rayalution: Zalora Raya Fashion Festival 2016 di ibu negara, baru-baru ini.
Gaya ropol beralun
Paling ketara dalam koleksi ini apabila
pereka dengan latar pendidikan seni bina ini mengetengahkan penggunaan motif
haiwan dan jalur yang menonjolkan gaya berbeza, namun anggun.
Bagi wanita yang ingin mencipta penampilan
luar biasa, barangkali koleksi ini memenuhi keinginan. Gaya ropol dan beralun
pada bahagian empayar wanita serta lengan menyuntik elemen Inggeris ke dalam
persalinan tradisional ini.
Hafizi berkata, bersaing dengan banyak pereka
memerlukan mereka kerap membuat rujukan apa yang terkini dalam pasaran.
Menerusi kajian dilakukan, kebanyakan
wanita kota masih mahukan pakaian tradisional kurung namun inginkan suntikan
elemen moden menerusi pemilihan fabrik dan penggunaan warnanya.
“Kami mengambil masa lebih duabulan untuk tampil bersama koleksi ini. Saya
j yakin ramai wanita menggemari idea yang cuba di I tampilkan dalam kira-kira 20
persalinan yang kami hasilkan,” katanya.
Koleksi sedia pakai khusus untuk wanita ini
boleh didapati pada harga RM490 hingga RM690.
Sumber: Berita Harian / Famili / 16 April 2016
Indah menghiasi leher
Alangkah indahnya, andai leher jinjang dihiasi seutas rantai yang mengabadikan
bentuk cinta atau hati, sebagai buah rantainya. Bagi yang menginginkan aksesori
seperti itu, jenama Guess menawarkan rantai indah ini dalam himpunan musim
bunga dan panas 2016. Potongannya sangat ringkas dan tidak serabut. Buah rantai berbentuk
hati ini menjadi titik tumpu paling cantik dalam koleksi yang turut dilengkapi
dengan gelang dan subang. Hadir dalam tiga pilihan warna iaitu rhodium,
emas kuning dan emas mawar. Aksesori ini manis digayakan untuk bersantai bersama
teman atau ketika anda mengenakan persalinan denim.
Sumber: Berita Harian / Famili / 16 April 2016
Tudung Wanita
Tudung Fareeda
“Sebagai ahli
perniagaan, kami Cuma ingin berkongsi kejayaan dan kegembiraan melihat sokongan
ramai peminat
Fareeda, malah langsung tiada niat bersikap riak atau sengaja
‘viralkan’ video berkenaan kerana situasi berlaku adalah di luar
jangkaan” Fizo Omar, Pengurus Pemasaran Fareeda.
Kerana enggan membiarkan isu
kekecohan tudung
Fareeda berpanjangan, Fizo Omar yang juga Pengurus
Pemasaran Fareeda Global Resources Sdn Bhd (Fareeda) bersama isterinya, Mawar
Abdul Karim merungkai segala persoalan serta komen ramai, Isnin lalu.
Menyangkal dakwaan mengupah orang
untuk menampakkan keluaran baharu edisi terhad menjadi rebutan, pada sidang
media khas itu juga pasangan suami isteri terbabit menafikan video pada hari
kejadian minggu lalu sengaja dikongsi untuk menunjuk nunjuk.
Akui Fizo atau nama sebenar, Wan
Hafizol Wan Omar lagi, walaupun komen lebih cenderung kepada menghentam,
Fareeda tetap mengambil kira pandangan umum dengan memilih stadium sebagai
lokasi pelancaran produk baharu akan datang supaya insiden berasak- asak
mendapatkan nombor giliran tidak berulang.
Kehadiran melebihi ramalan
Katanya, pihak pengurusan sudah
membuat persediaan rapi dengan menyediakan petugas keselamatan dibantu anggota
Rela tetapi kehadiran pengunjung lebih dua kali ganda berbanding jangkaan
awal, iaitu mencecah 2,000 orang menjadikan keadaan sukar dikawal.
Sedari awal Fareeda mengasingkan
barisan lelaki dan wanita, namun situasi menjadi tegang dua jam sebelum
penyerahan nombor yang sepatutnya bermula jam 5 petang, sekali gus membuatkan
friasing-masing berasak-asak tanpa mempedulikan peraturan ditetapkan.
“Sebagai ahli perniagaan kami cuma
ingin berkongsi kejayaan dan kegembiraan melihat sokongan ramai peminat
Fareeda, malah langsung tiada niat bersikap riak atau sengaja ‘viralkan’ video
berkenaan kerana situasi berlaku adalah di luar jangkaan.
“Berdasarkan sambutan setiap kali
keluar produk baharu, kami juga melakukan pelbagai persediaan awal, terutama
dari segi kawalan keselamatan termasuk menempatkan 30 petugas Fareeda serta 20 anggota Rela.
Ada laporan cermin bank retak
“Pada mulanya semua terkawal, cuma
mungkin ada yang menunggu dari tengah hari bertindak agresif hingga mencetuskan
insiden tolak-menolak. Kami sendiri menerima laporan cermin pintu sebuah bank
berhampiran retak kerana orang berasak-asak.
“Ketika itu, pihak Fareeda cuba
meredakan situasi dengan mengedarkan nombor giliran pada jam 3 petang untuk
mengelakkan keadaan semakin tegang,” katanya pada sidang media yang
berlangsung, di Putrajaya.
Pihaknya turut membelanjakan ribuan
ringgit membangunkan aplikasi tempahan menerusi talian atau serahan pintu ke
pintu tetapi. pelanggan serta ejen masih mahu sistem konvensional iaitu beratur
mengambil nombor.
Kongsi video strategi pemasaran
Beliau juga tidak menafikan Fareeda
menganjurkan pertandingan mengirimkan video hari pelancaran se- hari sebelum
koleksi baharu diperkenalkan yang menawarkan hadiah wang tunai.
“Seperti dimaklumkan, perkongsian
video yang diumumkan menerusi Facebook rasmi Fareeda adalah antara strategi
pemasaran dan pengiklanan. Kami sendiri tidak menyangka impak sebegitu berlaku
pada hari kejadian.
“Bagi kami, mereka yang sedia
beratur menjadikan jualan tudung Fareeda sebagai punca pendapatan. Koleksi
dikeluarkan pula pada kuantiti terhad membuatkan ramai ejen sanggup mengupah
orang lain beratur bagi pihak mereka demi memenuhi permintaan.
“Bukan tidak mahu mengeluarkan
helaian baharu itu lebih banyak, cuma tudung kami menggu- nakan jahitan tangan
yang memerlukan kekemasan dan ketelitian. Kita tidak mahu mengejar kuantiti
hingga mutu produk tidak teijaga.
“Syarikat ini dalam perancangan
membina kilang lebih besar di Bandar Baru Bangi, sekali gus berkemampuan
menampung permintaan lebih besar selepas ini,” katanya yang turut menyentuh
mengenai rekaan dan paten.
Nafi bayar pelanggan
Mengenai persamaan seperti diluahkan
pengguna di laman sosial bagi rekaan baharu itu, Fizo menegaskan pihaknya hanya
mempatenkan rekaan tudung meliputi cara sam- bungan, jahitan serta bentuk siap
bukannya corak.
“Perlu dijelaskan, tudung keluaran
Fareeda didaftarkan untuk Reka Bentuk Perindustrian (ID) mengikut syarat
tertentu. Soal corak, wujud persamaan kerana kami tidak boleh menghalang
pengilang menjual tekstil motif serupa kepada pembeli lain.
“Malah sebenamya corak Sweet Love
Fareeda yang menjadi fenomena kini pemah kami keluarkan sekitar tahun 2012 dan
kali ini, patennya diberi nafas baharu bersandarkan permintaan penggemar,”
ulasnya lagi.
Beliau turut menyangkal dakwaan
membayar orang untuk ber- sesak-sesak ketika pelancaran koleksi berkenaan
minggu lalu sebagai satu daripada strategi pemasaran, seba- liknya mengakui
mereka diupah ejen bagi mendapatkan lebih banyak nombor giliran.
“Berkonsepkan kongsi rezeki, kami
membuka peluang kepada ejen menjual mengikut harga permintaan dan bagi kami
tidak salah jika mereka mengupah orang untuk beratur mendapatkan stok edisi
terhad itu dengan kuantiti lebih banyak,” katanya.
Mengulas tindakan admin laman
Facebook rasmi syarikat ter- babit, beliau juga tidak menafikan komen
pengendalinya agak kasar berhubung isu berkenaan tetapi memaklumkan akan
melakukan pemantauan supaya mereka lebih berhemah.
Sumber:
Berita Harian/ 14 April 2016 / BH2 (m/s 22)
Beg Tangan
Jenama Oroton
Jenama Oroton sekali lagi tampil
penuhi citarasa mewah wanita
Corak timbol tampil kelainan.
Oleh Norhafzan Jaafar
Selepas kejayaan koleksi mewah Alpine Chain yang memaparkan penggunaan kulit buaya
sebenar, jenama terkemuka Oroton sekali lagi tampil bagi memenuhi cita rasa
mewah untuk wanita.
Koleksi musim bunga/panas 2016
Oroton kali ini membawakan beg corak timbul dari kulit ular dan buaya terutama
untuk mereka yang bukan saja mahu kelihatan bergaya, tetapi sentiasa berani
menampilkan kelainan.
Warna menarik
Daripada pilihan warna menarik
seperti rich choclate, hitam, kelabu, hijau zaitun dan merah cayenne ia pasti menyerlahkan penampilan
pemakai.
Turut menarik perhatian dalam
koleksi ini adalah cetakan kulit ular sebenar yang menambahkan ciri mewah,
selain memberikan kepuasan estetik tulen.
Corak kulit ular
dan buaya ini sebenarnya daripada kulit lembu
yang digabungkan dengan pemegang rantai emas untuk menambahkan
gaya penampilan koleksi
terhebat ini.
Sumber: Berita Harian / BH2 /Famili
/ 30 March 2016
Pesona Koleksi Eskotik
Oleh Muhamad Shaifullah Tayep
Dengan gabungan landskap eksotik dan
gaya kon- temporari, ditambah sentuhan seni bina moden adalah antara corak yang
dipersembahkan jenama Pedro untuk koleksi musim bunga dan panas kali ini.
Koleksi Pedro untuk lelaki
membawakan helaian mem- pesona dengan pilihan warna cerah seperti kuning cair,
coklat dan merah.
Tumpuan utamanya terletak pada
perincian dengan kasut kasual menyerlahkan pemakai dengan sentuhan halus dan
kilauan warna emas serta teks- tur kayu yang menawan.
Perhatian diberikan pada kepingan ‘espadrilles’ yang
menonjol, direka dengan corak cetakan bunga sesuai untuk musim kali ini.
Pilihan denim juga ada untuk
menyesuaikan gaya men- gikut ragam diri yang menjadi tarikan lelaki moden masa
kini.
Gaya unik untuk wanita
Koleksi Pedro untuk wanita pula,
menghimpunkan helaian yang menyerlahkan gaya bersama pilihan palet warna
menonjol seperti hitam dan biru lalu diserikan bayangan warna neutral seperti
putih bagi memberi keyakinan.
Jika anda menjangkakan gabungan
rekaan yang unik dan warna menonjol pada kasut tumit tinggi, kali ini Pedro
menampilkan corak cetakan ular yang memberikan penampilan berbeza.
Musim ini, kasut sarung direka
dengan gaya berani bagi melengkapkan gaya. Dengan pilihan warna nada retro,
koleksi sandal juga tidak ketinggalan memberikan gaya yang menonjol.
Pilihan aksesori
Melengkapkan busana harian ketika
musim bunga dan panas, aksesori yang ditawarkan Pedro boleh dijadikan pilihan.
Pelbagai rekaan untuk lelaki dan wanita boleh didapati yang terdiri daripada
fabrik kulit dan denim.
Beg bimbit berstruktur berwarna biru
dan coklat untuk lelaki, memberi penampilan sempurna bagi mengharungi yang
sibuk. Sementara, beg bimbit dan silang yang direka penuh feminin untuk wanita
dalam warna menarik seperti biru serta hijau cair menampilkan sisi berbeza.
Sumber:
Berita Harian / BH2 /Famili / 30 march, 2016
Profesi Model di Indonesia
Kebanyakan wanita di Indonesia pasti
banyak yang bercita-cita jadi model, alasannya mungkin karena bayaran yang
tinggi, bisa terkenal, bahkan bisa jadi artis. Tapi tidak banyak model di
indonesia yang bisa terus eksis. Karena profesi sebagai model yang selalu
lenggak-lenggok di panggung runway, dilihat ratusan bahkan ribuan penonton,
tentunya membutuhkan kepercayaan diri lebih agar bisa tampil secara sempurna.
Untuk menggeluti profesi ini juga dituntut memiliki tubuh proporsional, dengan
tinggi badan minimal 170 cm, dan juga memiliki wajah yang menarik.
Dikutip dari Wolipop.com, berikut ini 10 top model Indonesia, siapa sajakah
mereka? Yuk, ada di bawah ini:
Model Cantik Indonesia:
1. Kimmy Jayanti - Model berkulit hitam yang eksotis ini sejak tahun 2010
terpilih menjadi icon Fashion TV Indonesia. Kimmy juga terlihat sangat
menikmati profesinya yang sebagai model. Di setiap panggung catwalk, gadis
keturunan India dan Cina ini pun selalu terlihat percaya diri untuk menunjukkan
keahliannya di bidangmodelling.
2. Paula Verhoeven - Wanita berdarah
Belanda, Cina, dan Jawa ini memiliki karir yang melesat cukup cepat. Tak sampai
lima tahun, namanya pun sudah dikenal orang banyak. Paula pernah menjadi
pemenang Elite Model Look Indonesia pada 2003 silam. Wanita lulusan London
School of Public Relations itu pun pernah memenangkan Next Face of Asia 2012
yang diadakan di Singapura. Kini ia tak hanya disibukkan dengan kegiatan
pemotretan dan fashion show di dalam negeri saja, melainkan juga sering eksis
di panggung catwalk di luar negeri.
3. Kelly Tandiono - Namanya sudah tak
asing lagi di dunia model Indonesia. Wajahnya sering terlihat di panggung runway
dengan mengenakan busana dari beberapa desainer papan atas seperti Biyan dan
Denny Wirawan. Raut wajahnya yang terbilang unik, dengan mata kucingnya yang
khas, serta bibir yang sensual, membuat karakternya sangat kuat.
4. Laura Muljadi - Beliau juga merupakan
salah satu top model Indonesia berkulit hitam eksotis yang khas. Wanita
kelahiran 21 Januari 1985 itu memiliki paras wajah yang manis, serta tinggi
tubuh semampai, yaitu 180 cm. Ia memulai karirnya di dunia modelling saat masih
berusia 17 tahun. Laura pun pernah mengikuti fashion show yang diselenggarakan
di luar negeri, salah satunya Houte Couture Spring 2011 yang diselenggarakan di
Paris.
5. Dominique Agisca Diyose – Dia adalah wanita
keturunan Tionghoa dan Jepang ini selalu konsisten tampil dengan rambut
panjang, namun kini memotong pendek mahkotanya itu. Domi begitu sapaan
akrabnya-- sudah sejak kelas 2 SD berkarir dalam dunia modelling. Ia juga
pernah masuk sekolah model. Akan tetapi, keseriusannya dalam menekuni dunia
modelling dimulai sejak Domi duduk di bangku SMP. Tak heran bila kini ia
menjadi salah satu top model di Indonesia.
6. Whulandary – Di tahun 2007, Whulandary
memutuskan untuk hijrah ke Jakarta dan memulai karirnya dalam bidang modelling.
Ia pun pernah meraih gelar Asian Top Model of the Year 2010 pada Fashion Asia
Award yang diadakan di Hangzhou, Cina. Wanita kelahiran 26 Juni 1989 itu kini
meraih gelar Puteri Indonesia 2013 yang merupakan perwakilan dari Sumatera
Barat.
7. Jenny Chang Awalnya - Jenny Chang hanya
mencoba-coba terjun ke dunia modelling di kota asalnya, Medan. Ia pun mulai
mengembangkan karirnya pada tahun 2006 dengan merantau ke Jakarta. Belum ada
setahun menetap di Ibu Kota, model berdarah Tionghoa dan Banten ini sudah
membintangi iklan Pepsodent yang ditayangkan di Vietnam dan China. Karirnya pun
semakin melonjak naik saat Jenny mendapatkan tawaran bermain film yang berjudul
May, film berlatar belakang kebudayaan Tionghoa yang diedarkan pada 2008.
8. Renata Kusmanto – Adalah wanita yang
memiliki tinggi 175 cm itu tergabung dalam agency JIM Models. Ia sudah terbiasa
berpose di panggung catwalk ataupun pemotretan majalah. Renata juga pernah
berpartisipasi sebagai model dalam ajang Singapore Fashion Week 2007-2008.
Bahkan, wanita kelahiran 1982 itu pernah bermain di film 'Nazar' pada 2009, dan
'Sampai Ujung Dunia' pada 2012 dengan lawan main Gading Marten dan Dwi Sasono.
Agama Renata Kusmanto adalah Islam.
9. Fahrani Empel - Wanita yang memiliki nama lengkap Fahrani Pawaka Empel ini
merupakan seorang model Indonesia yang juga sukses berkarir di dunia film layar
lebar. Wanita kelahiran 27 September 1984 itu memulai debutnya sebagai pemeran
utama di film Radit dan Jani dan meraih Piala Citra untuk Aktris Terbaik FFI
2008.
10. Reti Ragil –
Beliau dikenal sebagai salah satu fun fearless majalah Cosmpolitan. Dia
mengawali karirnya sebagai model dengan bergabung bersama agensi Look Models
Inc setelah lulus SMA. Dengan tinggi 179 cm, wanita berambut panjang itu
langsung mampu mencuri perhatian. Dia sudah banyak tampil di fashion show
desainer dan brand lokal maupun internasional. Deretan nama desainer yang kerap
menggunakannya sebagai model di antaranya Priyo Oktavianno, Biyan, Eddy Betty,
Sebastian Gunawan, dan Tex Saverio.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan