"" Gedung Purba: Kemahiran Digital
Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Rabu, 27 April 2016

Kemahiran Digital


5 wanita pertama dalam sejarah komputer.
Kemahiran digital bantu capai ketaksamaan gender.
Wanita perlu bijak menguasai kemahiran digital.
Wanita perlu dapatkan pendidikan teknologi digital lebih baik kerana pada masa kini penggunaan internet penting buat mereka, sekali gus memberikan kelebihan dalam kitaran kerjaya mereka'' Chan Chin Ching, Ketua Bahagian Kemasukan dan Kepelbagaian, Accenture Malaysia





Seandainya wanita mahir menggunakan teknologi, Malay­sia boleh mencapai kesaksamaan gender di tempat kerja seawal tahun 2060.
Jangkaan itu dibuat oleh firma perunding, Accenture, hasil satu laporan penyelidikan baharu berkaitan; Pencapaian kesetaraan gender lebih mudah: Bagaimana digital membantu merapatkan jurang jantina di tempat kerja yang dikeluarkan, bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa diraikan, baru-baru ini.
Menurut Accenture, negara membangun perlu menggandakan kadar penggunaan teknologi lebih cepat dan canggih untuk melahirkan lebih ramai wanita mahir digital untuk memendekkan masa yang diperlukan, seterusnya mencapai kesaksamaan jantina di tempat kerja.
Sejajar dengan itu, tidak hairanlah keputusan kajian menunjukkan, bahawa semakin tinggi kemahiran digital, semakin tinggi kesaksamaan jantina di tempat kerja.
Laporan itu turut menunjukkan, kemahiran digital juga mempunyai kesan lebih positif terhadap pendidikan wanita di negara membangun berbanding baru dibangunkan.
Lebih daripada dua pertiga atau 68 peratus daripada wanita di negara membangun, berbanding kurang daripada separuh (44%) wanita di negara maju, mendakwa bahawa penggunaan internet adalah penting untuk pendidikan mereka.
Kajian dijalankan itu turut menunjukkan, 61 peratus wanita dalam pasaran baharu muncul lebih dua kali ganda, berbanding wanita di negara maju (29%) untuk memulakan pemiagaan baharu dalam tempoh lima tahun akan datang.
Lenyapkan kekangan
Ketua Bahagian Kemasukan dan Kepelbagaian, Accenture Malaysia, Chan Chin Ching, berkata antara 31 negara dikaji menerusi Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara, kawasan serantau Asia secara purata mempunyai catatan paling rendah, wanita mahir menggimakan teknologi.
Katanya, penyelidikan pertama dijalankan secara aktif itu turut menunjukkan, umum menerima dan menggunakan teknologi digital untuk menjadi lebih berpengetahuan dan berhubung. Justeru, ia perlu diterapkan secara mendalam kepada wanita.
“Hampir separuh daripada wanita bekerja mendapati mereka menggunakan teknologi digital untuk bekerja dari rumah dan untuk mendapatkan peluang pekerjaan.
Kemahiran digital melenyapkan kekangan yang menyekat peluang pekerjaan dalam kalangan wanita.
Jadi, adalah penting terutamanya Malaysia untuk melahirkan ramai wanita berpendidikan dapat meneruskan perjalanan karier mereka hingga ke puncak.
“Hakikatnya, wanita sering tercicir di pertengahan jalan bukan atas faktor kehidupan lain seperti berkeluarga,” katanya pada taklimat media, di ibu negara, baru-baru ini.
Katanya, hampir 60 peratus daripada wanita yang tidak bekerja berkata, bekerja dari rumali atan mempunyai waktu lebih fleksibel akan membantu mereka mencari keija.
“Wanita perlu dapatkan pendidikan teknologi digital lebih baik kerana pada masa kini penggunaan internet penting buat mereka, sekali gus memberikan kelebihan dalam kitaran keijaya mereka. Pendek kata, wanita seolah-olah memanfaatkan digital melalui pendidikan mereka untuk kesan yang lebih besar daripada lelaki,” katanya.
Setanding lelaki
Sementara itu, Pengarah Urusan, Accenture Malaysia, Janet Yap berkata, 40.7 peratus daripada 601 pekeqa wanita Accenture Malaysia adalah berjawatan eksekutif.
Katanya, laporan dikongsikan firma perhubungan awam Weber Shandwick, Gender Indeks Pioneer Forward (GFP); mendapati hanya 10.9 peratus daripada eksekutif kanan bagi 500 syarikat terbesar di dunia adalah wanita. Di Asia Pasifik hanya empat peratus.
“Saban hari kecanggihan teknologi semakin dikendalikan dengan bagus dalam kalangan wanita. Ini membolehkan
mereka mendominasi dan lebih menyerlah dalam bidang digital serta teknologi maklumat. Pun begitu, porkombnngnn toknoloni itu lidak bcrlaku secara seimbang akibat perbezaan jantina bagi jurang digital. Ini mengakibatkan wanita sukar untuk saling her hubung,” katanya.
Behau berkata, pendekatan mudah memperlihatkan kemajuan yang kukuh dalam digital tempatan, sekali gus membawa kesan positif kepada industri teknologi maklumat (IT) dan komunikasi (ICT) Malaysia.
Ketengahkan potensi wanita
Beliau berkata, berdasarkan perkembangan itu, Asia kini memerlukan lebih ramai wanita bagi mengetengahkan potensi dan peranan mereka, sekali gus meletakkan keupayaan setanding lelaki.
“Perubahan positif itu, sekali gus membuktikan biarpun persada industri IT dianggap rumit masih dapat dikawal wanita menerusi pendekatan progresif selain mula menduduki jawatan tinggi dalam pelbagai bidang ekonomi.
“Teknologi turut membawa perubahan arus kemodenan yang lebih efektif dan manfaat kepada segenap lapisan masyarakat, bahkan mengubah kehidupan manusia menerusi perkongsian ilmu sejagat,” katanya. 
Tahu seimbangkan kerjaya dan kehidupan
Kemajuan dicapai dalam kalangan wanita juga berpunca dari sikap mereka sebagai pendengar baik, di samping mampu memikul pelbagai tanggungjawab dalam masa yang sama.
Apatah lagi, kebanyakan organisasi hari ini mengoptimumkan penggunaan teknologi di tempat kerja bagi menggalakkan potensi kakitangan, mcmperluaskan kerjasama dan inovasi.
Yap berkata, keupayaan wanita untuk memberikan fokus, menjadi pendengar baik dan mencari jalan penyelesaian tepat, amat diperlukan sekiranya terbabit dalam dunia digital sama ada di negara ini mahupun negara global lain.
“Komunikasi efektif menjadi kcperluan penting kepada individu kerana menajamkan kemahiran diri, komunikasi, peranan tugas dan teknologi. Selain itu, kebijaksanaan wanita untuk menguruskan keseimbangan pelbagai sudut kehidupan termasuk keluarga, karier dan menerusi kepesatan teknologi dunia juga antara elemen kejayaan mereka.
“Ini menunjukkan, wanita tahu seimbangkan kerjaya dan kehidupan, memilih waktu bekerja fleksibel serta memahami budaya kerja pejabat, sekali gus mengoptimumkan kepakaran yang dimiliki. Ia turut meletakkan kepentingan berkerja dari rumah, boleh dihubungi, mencapai sasaran dan komited dengan bidang tugas yang diberikan,” katanya.
Hakis pemikiran skeptikal
Justeru, kata Yap bagi melahirkan masyarakat celik digital dalam kalangan wanita, penggunaan kompuler pcrlu didedahkan dalam kalangan kanak-kanak sejak awal usia.
Katanya, usaha itu membuka minda bagi pelbagai kemungkinan dan bagaimana teknologi dapat memberi kesan besar kepada masyarakat, termasuk manfaat teknologi kepada surirumah.
“Teknologi mempunyai banyak manfaat, termasuk memberi kesan langsung kepada dunia pemiagaan, memudahkan sesuatu perkara dan menjana pendapatan sampingan. 
“Kita perlu hakis pemikiran skeptikal yang membezakan antara anak lelaki dan perempuan serta tanggapan perlu ada jurang dan sering mempersoalkan keputusan diberikan anak mahupun rakan,” katanya.
Sumber: Berita Harian/Famili/Isnin/18 April 2016

Bisnes Online
3 Cara Menjana Pendapatan Melalui Bisnes Online
KOS sara diri yang semakin meningkat menyebabkan kebanyakan daripada kita mencari pelbagai peluang untuk menambah pendapatan. Walau bagaimanapun, banyakjuga orang yang terlalu ghairah untuk menjana pendapatan secara online sehingga menyebabkan ada yang tertipu dan terpedaya dengan penipuan dalam talian. Di dalam artikel ini, kami telah menyenaraikan beberapa jenis bisnes online yang anda boleh kendalikan sendiri untuk mengurangkan risiko ditipu, di samping menjana pendapatan tambahan yang anda perlukan..
BHarian/1klassifieds/Khamis, 12 Januari 2017
Fenomena blog telah melahirkan penulis-penulis blog yang terkenal seperti Hanis Zalikha, Saiful Nang dan BeautifulNara yang mempunyai jutaan pembaca dan pengikut. Namun, mesti anda tertanya-tanya:
Bagaimanakah penulisan blog boleh menghasilkan pendapatan lumayan?
Salah satu caranya adalah dengan memasukkan pautan iklan ke dalam blog anda.
Melalui pautan ini, anda boleh memperolehi komisen setiap kali pengunjung blog anda mengklik pautan berkenaan.
Sekiranya blog anda mempunyai kadar lawatan yang tinggi, setentunya anda akan mendapat komisen yang,lumayan.
Jangan terkejut sekiranya ada penulis blog yang dapat menjana pendapatan sehingga lima angka hanya dengan cara ini.
Antara penyedia perkhidmatan pengiklanan blog ialah Nuffnang.
Apa yang anda patut tahu?
Walau bagaimanapun, anda mungkin memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan pendapatan lumayan daripada pengiklanan blog. Pendapatan ini juga tidak tetap. Hal ini kerana kadar pendapatan anda bergantung pada jumlah pengunjung ke blog anda dan sama ada pengunjung tersebut mengklik pautan iklan anda.
Sehubungan dengan itu, terdapat pelbagai aspek yang anda perlu pertimbangkan. Pertama, isi kandungan blog anda perlu menarik dan berkaitan dengan pengunjung. Kedua, anda hendaklah mengemaskini isi blog tersebut dengan kerap, mengikuti informasi terkini.
Seterusnya, anda perlu mempromosikan blog anda bagi menarik pengunjung yang ramai. Salah satu cara yang boleh anda cuba adalah dengan berkongsi pautan blog anda di laman sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter. Selain itu, blog and isi kandungan blog anda hendaklah senang diakses melalui komputer dan peranti mudah alih yang lain agar pengunjung blog anda dapat membaca dan melihat isi blog anda dan mengklik pautan iklan-iklan yang terkandung di dalamnya dengan mudah.
Menjual barangan secara online
Barangan terpakai
Satu lagi cara untuk menjana pendapatan adalah dengan menjual barangan terpakai secara dalam talian. Cara ini sesuai bagi orang yang mempunyai banyak barangan terpakai yang tidak digunakan lagi.
Di Malaysia, anda boleh menggunakan portal online seperti Mudah.my dan  Lelong.com.my, laman sosial Facebook dan Instagram, dan aplikasi seperti Carousel untuk menjual barangan terpakai anda.
Anda hanya perlu memuat naik gambar barang berkenaan dan memberikan keterangan pendek mengenai barangan tersebut di dalam laman web atau aplikasi yang anda gunakan.
Namun, pastikan barangan yang dijual berada dalam keadaan yang baik dan masih boleh digunakan. Seeloknya, anda gunakan gambar terbaharu barangan berkenaan bagi menunjukkan keadaan sebenar barangan tersebut.
Produk atau barangan baru Pernah anda dengar tentang Bella Ammara? Minaz? De' Xandra? Jenama-jenama tersebut adalah contoh jenama yang bermula dengan perniagaan dalam talian. Mungkin anda belum mempunyai modal untuk mempunyai perniagaan sendiri. Namun, anda boleh bermula dengan menjadi ejen jualan tanpa modal atau stokis dengan modal yang minimum.
Setelah mendapatkan produk yang ingin anda jual, anda boleh membangunkan satu portal online bagi memasarkan produk-produk tersebut. Pada masa ini, terdapat pelbagai kemudahan di Internet yang memudahkan anda memasarkan produk-produk sebegini.
Anda boleh membuka laman sesawang sendiri, atau menggunakan perkhidmatan laman sesawang sepertiLelong, Lazada, atau Mudah, aplikasi mudah alih, serta laman sosial seperti Facebook dan Instagram untuk memasarkan produk yang anda jual. Apa yang anda patut tahu? Seperti perniagaan biasa yang lain, bisnes online juga mempunyai risiko-risiko tertentu. Salah satu risiko yang anda perlu sedari ialah risiko penipuan atau scam.
Hal ini boleh terjadi ketika anda ingin membeli atau menjual produk anda. Sebagai contoh, penipu mungkin akan menyamar sebagai pembeli daripada negara asing dan menawarkan harga tinggi bagi produk yang anda jual. Dia mungkin mengarahkan bahawa anda membuat bayaran deposit untuk mengesahkan pembelian, atau membuka akaun sebagai pembekal produk tersebut.
Jadi, anda mestilah sentiasa berwaspada, dan sahkan kesahihan pembeli dan penjual produk anda.
Perniagaan dalam talian juga memerlukan pengiklanan dan promosi yang kerap bagi menarik minat pelanggan. Selain itu, terdapat persaingan yang sangat tinggi dalam penjualan sebegini terutamanya apabila anda menjual produk- produk yang sedang hangat dalam pasaran. Oleh itu, sebagai peniaga dalam talian, anda perlulah mempunyai ilmu dalam pemasaran, inventori, dan kewangan bagi memastikan perniagaan anda berjalan lancar.
Menawarkan perkhidmatan secara sambilan
Satu lagi cara bagi anda menjana pendapatan secara dalam talian adalah dengan menawarkan perkhidmatan secara sambilan. Cara Ini sangat sesuai bagi orang yang mempunyai bakat dan kebolehan dalam bidang penyuntingan, fotografi, penulisan, pengkodean dan banyak lagi.
Dengan menggunakan bakat yang anda sedia ada, tidak mustahil bagi anda memperoleh pendapatan lumayan. Malah, anda mungkin dapat membuka peluang bagi menawarkan perkhidmatan ini secara sepenuh masa juga. Bagi sesiapa yang berminat, anda boleh mengunjungi laman sesawang seperti Fiverr.Upwork dan PartTime, selain menggunakan laman sosial bagi mengiklankan perkhidmatan anda.
Apa yang anda patut tahu?
Banyak pelanggan yang menggunakan perkhidmatan sambilan beranggapan bahawa kadar bayaran pemberi perkhidmatan sambilan adalah lebih rendah daripada orang yang menawarkan perkhidmatan ini secara sepenuh masa. Oleh itu, anda hendaklah bijak dalam menawarkan kadar harga yang bersesuaian kepada pelanggan.
Selain itu, reputasi anda adalah perkara pertama yang dilihat oleh pelanggan. Oleh itu, testimonial dan maklum balas pelanggan adalah penting. Anda juga perlu memastikan anda mempunyai kelayakan dan profesionalisme yang setimpal dengan pemberi perkhidmatan sepenuh masa. Pada masa yang sama, anda juga perlu sentiasa mengikuti kursus yang boleh menambahkan ilmu mengenai bidang yang anda ceburi.
Kepesatan teknologi Internet memberikan banyak peluang kepada anda untuk menjana pendapatan tambahan secara online. Namun, anda hendaklah bijak agar dapat menjana pendapatan maksimum dan mengelakkan diri daripada menjadi- mangsa penipuan. Kecekalan dan pengetahuan yang tinggi juga perlu bagi memastikan perniagaan berjalan lancar dan memberikan manfaat kepada diri sendiri dan orang di sekeliling anda.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web www. imoney.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan