Jenama
terkenal dunia seperti Coca-Cola, IBM, Miscrosoft, Google, McDonald, Oracle dan Nike diasaskan
oleh orang biasa yang mempunyai semangat dan kelebihan luar biasa. Kedudukan
dan nilai jenama-jenama tersebut ditentukan oleh satu organisasi antarabangsa
yang unggul dikenali sebagai Interbrand.
Cerita kejayaan syarikat-syarikat terkenal ini bukan sahaja menarik untuk
dibaca malah mempunyai maklumat yang penting untuk kita pelajari. Bagaimana
syarikat-syarikat terkenal ini berjaya mengekalkan kedudukan yang dicapai saban
tahun melambangkan amalan cara kerja yang baik dan patut kita contohi.
Coca-Cola
Produk yang telah memberikan dunia rasa yang
paling terkenal telah dilahirkan di Atlanta, Georgia, pada 8hb Mei 1886.
Siapakah pengasas syarikat jenama tersohor ini? Ramai tidak akan menyangka
bahawa Dr. John Stith Pemberton, seorang ahli farmasi sebenarnya tidak
dilahirkan dalam golongan yang kaya raya. Selepas pengalaman dan kecederaan
beliau di medan perang sekitar tahun 1860-an, Dr. Pemberton bertekad
mengaplikasi pengetahuannya dalam bidang farmasi dan melaburkan semua wangnya
untuk penyelidikan dan mencipta sejenis minuman tonik. Pada waktu tersebut
permintaan terhadap ubatan dan tonik sedang meningkat diseluruh Amerika
Syarikat. Berbekalkan semangat yang kental, beliau memulakan penjualan minuman
sirap bercampur air berkarbonat yang diberi nama Coca-Cola di kaunter sebuah farmasi. Campuran
yang amat serasi ditambah pula dengan tema yang sesuai iaitu “Yang Lazat Dan
Menyegarkan” menarik perhatian orang ramai untuk membelinya. Apatah lagi,
segelas Coca-Cola pada waktu itu hanya dijual pada harga
lima sen sahaja! Dr. Pemberton juga tidak menyedari bahawa minuman ciptaannya
berpotensi untuk berjaya dan terkenal di seluruh dunia seperti hari ini. Hari
ini bernilai AS70.5 bilion.
IBM
Akronim syarikat ini sangat mudah untuk
diingati dan sekilas pandang rata-rata akan terus teringatkan sistem komputer
di pejabat. Bagaimana pula kisah permulaan IBM yang telah disenaraikan sebagai jenama
yang ke dua terkenal antarabangsa pada tahun 2010? Sejarah penubuhan IBM bermula lebih awal sebelum komputer
dicipta. Sekitar 1890-an Herman Hollerith telah mencipta peranti elektrik untuk
ringkasan maklumat yang kemudiannya diguna pakai untuk ringkasan data-data
perakaunan. Pada hari ini contoh peranti elektrik yang masih diguna pakai ialah
mesin punch card.Hollerith
sebenarnya bekerja keras untuk mencipta peranti elektrik yang hendak diguna
pakai untuk proses banci di Amerika Syarikat pada tahun 1890. Kejayaan yang
dicatat semasa bancian itu menjadi titik tolak kejayaan peranti elektrik
ciptaan Hollerith. Penggabungan tiga syarikat berlaku pada tahun 1911. Individu
yang bertanggungjawab keatas kejayaan penggabungan dan seterusnya penubuhan IBM bernama Thomas J. Watson Sr.
Microsoft
Microsoft menduduki
tempat ketiga untuk jenama terkenal antarabangsa 2010. Bill Gates dan
sahabatnya Paul Allen menzahirkan Microsoft pada tahun 1975. Bill Gates hanya
berumur 13 tahun sewaktu diberi akses kepada komputer. Walaupun pada awalnya
Bill Gates dan Paul Allen diberhentikan setelah menggodam komputer syarikat,
mereka dipanggil untuk berkhidmat kembali khusus untuk menyelesaikan masalah
virus komputer. Mereka tidak dibayar dengan wang tetapi diberi akses kepada
komputer tanpa had masa sebagai pampasan. Bill Gates melanjutkan pelajaran di
universiti tersohor di Amerika Syarikat iaitu Havard
University. Pada tahun 1974 Paul Allen berjaya memujuk Bill Gates
untuk keluar daripada universiti dan memulakan perniagaan perisian komputer
dengannya. Bill Gates dan Paul Allen terpaksa mengatasi banyak rintangan untuk
memajukan perniagaan mereka. Akhirnya mereka memberi lesen sistem operasi MS DOS kepada IBM. Bertitik tolak dari waktu
itu, kedua-dua jenama Microsoft dan IBM kekal bersaing secara positif dan
menyandang kedudukan yang tinggi sebagai jenama ternama antarabangsa. Microsoft bernilai AS60.9 bilion pada hari ini!
Google
Stanford University menjadi saksi bagaimana kisah
dua pelajar Sergey Brin dan Larry Page bertemu pada asalnya hanya untuk sesi
suai kenal berlanjutan hingga penubuhan perniagaan yang mencecah nilai AS43.6
bilion. Kedua sahabat yang merupakan pelajar jurusan sains komputer berkolaborasi
untuk mencipta sistem enjin pencarian yang mereka gelarkanBackRub. Seterusnya
nama sistem tersebut ditukar kepada Google iaitu nama yang diadaptasi daripada Googol yang bermaksud nombor 1 diikuti 100
kali nombor 0 dibelakangnya. Pada awalnya Google beroperasi menggunakan kemudahan
universiti. Selepas setahun beroperasi, Brin dan Page terus berusaha memajukan Google walaupun merasa tertekan dan
mengganggu pelajaran dan pencapaian di universiti. Pada tahun 1998 mereka
mendapat bayaran untuk bekerja memajukan Google di bahagian garaj kereta rumah seorang
rakan mereka. Untuk mendapat dana, mereka membuat tawaran untuk menjual Google kepada syarikat yang lebih dikenali
pada waktu itu. Akhirnya sekitar tahun 1999,Google mendapat tawaran dana tambahan sebanyak
AS25 juta.
GE (General Electric
Company)
Pada tahun 1876, Thomas Edison membuka makmal
di Menlo Park, New Jersey untuk mencipta mentol lampu. Banyak lagi produk
elektrik yang dicipta beliau dibawah jenama Edison
General Electric Company. Kini GE bernilai AS42.8 bilion.
McDonald
Pada tahun 1940, dua beradik Richard dan
Maurice McDonald memulakan perniagaan McDonald’s
Bar-B-Que yang merupakan kafe pandu lalu. Ketika itu kafe
tersebut menyediakan terlalu banyak menu. Selepas lapan tahun beroperasi,
mereka mengurangkan menu kepada hanya sembilan iaitu pelbagai jenis burger,
minuman ringan, kopi, kentang goreng dan pai supaya mereka boleh memberi servis
yang cepat kepada pelanggan. Dalam tahun 1954, mereka bertemu dengan Ray Kroc
yang datang ke kafe untuk menjual mesin campuran. Setahun kemudian Kroc membeli
keseluruhan McDonaldkafe dan
mengembangkan perniagaan secara agresif dan membuka 500 buah kafe McDonald dalam
masa lapan tahun sahaja. Hari ini McDonald mempunyai 32,000 rangakaian restoran.
Satu fakta yang agak menarik tentang Kroc dan Walt Disney (pengasas taman tema Disney) yang berkawan sekitar
tahun 1920-an. Kroc ingin membuka restoran McDonald di dalam taman tema Disney tetapi Walt mengenakan syarat supaya
harga kentang goreng dinaikkan sebanyak 5% untuk diberikan kepadanya sebagai
balasan. Kroc mempunyai etika perniagaan yang amat konsisten dan tidak mahu
menipu pelanggan setianya. Oleh kerana itu, sehingga hari ini restoran McDonald tidak
dibuka di taman tema Disney.
Intel
Pengasas Intel ialah Gordon E. Moore dan
Robert Noyce. Jenama ini sekarang dinilaikan sebanyak AS32.0 bilion. Pada tahun
1968, Moore dan Noyce meninggalkan syarikat kejuruteraan elektrikal untuk
memulakan syarikat mengeluarkan cip memori dan pemprosesan mikro. Moore Noyce adalah nama yang pertama digunakan.
Kemudiannya menukar nama tersebut kepada Integrated
Electronics atau Intel. Walaupun mengetahui
penggunaan silikon adalah mahal, mereka masih meneruskan penggunaan silikon
untuk menghasilkan produk yang berlainan. IBM menggunakan
cip Intel untuk komputer pada tahun 1981.
Nokia
Nokia bermula dengan perniagaan
kertas yang juga merupakan alat untuk berkomunikasi. Fredrik Idestam seorang
anak jati Finland telah membina kilang kayu pulpa di sepanjang tebing Sungai
Tammerkoski dalam tahun 1865. Beliau ialah seorang jurutera dan telah
mengaplikasi pengetahuan dan kepakarannya dalam bidang kejuruteraan untuk
memproses kayu dan menghasilkan kertas dengan harga yang murah. Proses ini
merupakan suatu revolusi kepada industri pembuatan kertas pada waktu itu.
Fredrik memenangi pingat gangsa di Ekspo Dunia di Paris pada tahun 1867.
Selepas satu abad proses penggabungan dan pengambil alihan beberapa syarikat, Nokia mula melibatkan perniagaannya dalam
bidang komunikasi mudah alih sekitar awal tahun 1980-an. Kini Nokia bernilai kira-kira AS29.5 bilion.
Disney
Pada tahun 1923, Walt Disney pada waktu
berusia 23 tahun berhijrah ke California untuk menjual sebuah cerita kartunAlice
in the Wonderland. Dalam masa beberapa bulan, dia berjaya mendapat
pengedar yang bersetuju untuk mengeluarkan siri “Alice Comedies”. Setelah
berjaya dengan siri tersebut, Walt terus berkarya dan mewujudkan banyak lagi
karaktor kartun yang lain. Karaktor Mickey
Mouse yang melonjak
dan mendapat perhatian seluruh dunia kerana ia adalah siri kartun pertama yang
bersuara. Kini Disney mempunyai taman tema di banyak negara
seluruh dunia dan bernilai AS28.7 bilion.
Hewlett Packard
Bill Hewlett dan David Packard adalah pengasas
Hewlett Packard. David memulakan kerjaya di General
Electric Company(GE) manakala Bill meneruskan
pengajian di universiti. Pada tahun 1937, David melawat Bill dan berjaya
meyakinkan David untuk bercuti daripada syarikat GE untuk bekerja bersamanya menubuhkan HP. Dalam tahun 1939, produk HPpertama dihasilkan. Salah satu
pelanggan pertama HP ialah Walt Disney yang membeli produk HP untuk membangunkan sistem bunyi yang
canggih untuk tayangan popularnya Fantasia!
Kini HP bernilai AS26.9 bilion.
Toyota
Kiichiro Toyoda adalah pengasas Toyota. Dalam
tahun 1924, Sakichi Toyoda mencipta satu model mesin Toyoda G Automatik untuk
menghasilkan tekstail. Kerajaan Jepun telah memberi semangat kepada Sakichi
untuk membangunkan kereta beberapa tahun kemudian. Kiichiro merupakan anak
lelaki Sakichi telah menjelajah Eropah dan Amerika Syarikat untuk menyelidik
selok belok pembuatan kereta. Setelah pulang ke Jepun, Toyota menghasilkan
kereta pertama mereka iaitu Model A1 untuk kereta penumpang pada tahun1935.
Kini nilai Toyota adalah AS26.2 bilion.
Mercedes Benz
Dilahirkan di Jerman, Karl Benz dan Gottlieb
Daimler merupakan pengasas Mercedes Benz. Ia bermula pada tahun 1886 apabila
Karl mencipta automobil pertama yang merupakan sebuah basikal beroda tiga yang
bermotor. Beberapa bulan kemudian, Daimler yang berada di kawasan yang
berlainan menghasilkan jentera empat roda yang bermotorkan enjin Daimler.
Mereka tidak menyedari tentang hasil masing-masing. Hanya 40 tahun kemudian Mercedes-Daimler dilahirkan apabila mereka bergabung.
Kini nilai Mercedes-Benz mencecah AS25.2 bilion.
Gillette
King Camp Gillette memerhatikan penutup botol
dibuang begitu sahaja selepas botol dibuka. Kemudian syarikat botol tersebut
perlu membeli penutup yang lain. Bagi King, suatu peluang perniagaan yang baik
untuk produk yang sebegini. King juga menyedari bahawa setiap lelaki memerlukan
pisau cukur hampir setiap hari. Bermula daripada saat itu, King telah berusaha
untuk mencipta pisau cukur yang boleh ditukar ganti manakala pemegangnya hanya
perlu dibeli sekali sahaja. Sejak tahun 1901, penjualan pisau cukur Gillette meningkat hingga jenama tersebut kini
bernilai AS23.3 bilion.
CISCO
Leonard Bosack dan isterinya Sandra Lerner
mencipta teknologi untuk berkomukasi pada asalnya untuk tujuan kemudahan berkomunikasi
antara satu sama lain. Sekitar tahun 1984, mereka tekad dan membuat pelaburan
untuk memulakan syarikat yang menjual teknologi “internetworking”. Cisco adalah singkatan kepada San Francisco.
Kini nilaiCisco mencecah AS23.2 bilion.
BMW
Di Jerman pada tahun 1916, jenama BMW yang
kini bernilai AS22.3 bilion dizahirkan oleh Franz Josef Popp. Ianya adalah
hasil daripada beberapa penggabungan syarikat yang pada awalnya merupakan
pengeluar enjin kapal terbang. LogoBMW adalah
lambang kipas kapal terbang. Selepas perang dunia pertama, BMW terpaksa
menghentikan pengeluaran enjin kapal terbang. Mereka mengalihkan produksi
kepada motosikal pada tahun 1923 dan kereta pada tahun 1928.
Louis Vuitton
Pada usia 14 tahun, Louis Vuitton membuat
keputusan berhijrah ke Paris dari kampung halamannya di Jura, Perancis. Beliau
hanya berjalan kaki ke Paris dan membuat kerja sambilan di sepanjang
perjalanannya. Napolean III pernah melantik Louis sebagai pembuat kotak
menyimpan barang (“trunk”).
Reputasi beliau semakin berkembang dan pada tahun 1854, Louis membuka kedai beg
pertamanya di Paris. Kini Louis
Vuitton bernilai
AS21.9 bilion.
Apple
Steve Jobs, Steve Wozniak dan Ronald Wayne
merupakan pengasas Apple. Sekarang Apple bernilai AS21.1 bilion. Mereka bertiga
bermula membina komputer daripada pelbagai bahagian yang berasingan dengan
hasil tangan sendiri. Mereka bekerja siang dan malam untuk menyiapkan setiap
pesanan. Selepas pesanan yang ke 50, Ronald Wayne membuat pelaburan di dalam Apple.
Marlboro
Pada tahun 1902, Phillip Morris berhijrah ke
New York untuk menjual rokok yang dihasilkannya. Untuk kelainan, Phillip
menjual rokok untuk wanita dengan cogan kata yang menarik. Penapis pada hujung
batang rokok berwarna merah bertujuan untuk menyembunyikan warna gincu wanita
apabila merokok. Kini Marlboro bernilai AS20.0 bilion.
Samsung
Samsung mula beroperasi sebagai kedai
runcit yang dibuka oleh Lee Byung-chul pada tahun 1938.Perniagaannya bertambah
maju dan ibu pejabat Samsung dipindahkan ke Seoul pada tahun 1947.
Tetapi Lee terpaksa meninggalkan perniagaannya apabila perang Korea bermula.
Lee tidak pernah berputus asa dan memulakan kilang penapisan gula serta kilang
bulu pula. Nasib Lee agak baik apabila Presiden Korea telah melaksanakan polisi
untuk melindungi perniagaan seperti Samsung pada tahun 1960-an. Syarikat asing
tidak dibenarkan menjual barang-barang elektronik di Korea. Langkah ini telah
memberi Samsung kelebihan
dalam perniagaan barang-barang elektronik kerana tidak ada pesaing selama 18
tahun semasa pemerintahan Presiden Park Chung-hee.
Honda
Sejak usia muda Soichiro Honda sangat berminat
tentang dunia automobil. Beliau pernah bekerja sebagai mekanik kereta dan
membuat reka bentuk baru untuk omboh kereta. Reka bentuk pertamanya ditolak
oleh syarikat Toyota. Sekitar tahun 1930-an, Soichiro terpaksa menjual barang
kemas isterinya untuk menanggung pengajiannya. Beliau terus berusaha dan
akhirnya Toyota menerima reka bentuk yang diciptanya. Kilang omboh dibuka
tetapi tidak berapa lama selepas beroperasi, gempa bumi memusnahkan usaha
Soichiro. Akibat perang dunia ke II, bekalan petrol bekurangan dan ini memberi
ide kepada Soichiro untuk menggunakan dua omboh pada motosikalnya pula.
Kemudiannya Soichiro mengumpul dana daripada pengusaha kedai basikal seluruh
Jepun dan membina motosikal Honda
Cub. Bermula tahun 1964 Honda merupakan pengeluar terbesar motosikal
dan kini ianya bernilai AS18.5 bilion.
Hennes & Mauritz
(H&M)
H&M diasaskan oleh Erling Perrson pada
tahun 1947 di Sweden. Ide untuk menghasilkan H&M semasa perjalanan beliau
ke Amerika Syarikat selepas perang dunia ke II. Di Sweden beliau merupakan
pelopor untuk hasil pakaian wanita. 21 tahun kemudian Erling membeli Mauritz
Widforss yang menghasilkan pakaian untuk lelaki. H&M adalah hasil selepas penggabungan
tersebut. Kini H&M bernilai
AS16.1 bilion.
Oracle
Larry Ellison membaca laporan mengenai
pengkalan data pada tahun 1970 yang ditulis oleh Edward F. Codd. Ia telah
menjentik minda beliau bahawa ada satu peluang besar menanti dalam sistem
pengurusan pengakalan data. Bertitik tolak daripada saat itu, Ellison berusaha
untuk membangunkan Software
Development Laboratories (“SDL”)
dengan Bob MMiner dan Ed Oates. Selepas menukar nama syarikat selama tiga kali, Oracle adalah pembekal terbesar perisian
untuk dunia perniagaan yang kini bernilai AS14.9 bilion.
Pepsi
Pada tahun 1898, Caleb Bradham seorang ahli
farmasi dan mempunyai kedai ubat mencipta resipi baru untuk minuman yang
dinamakan “Brad’s Drink”.
Campuran ekstrak biji kola, vanila dan minyak yang jarang diperolehi dikatakan
boleh menyegarkan badan, membantu penghadaman serta meningkatkan tenaga si
peminum. Pada tahun 1903, Bradham menukar nama minuman kepada Pepsi-Cola dan memulakan kerja pembotolan di
gudang sewaan. Tahun 1909 merupakan satu tahun keramat yang melonjak naik nama
Pepsi apabila perintis pelumba automobil mengesahkan Pepsi-Cola adalah minuman yang menyegarkan dan
sesuatu yang harus di ambil sebelum beliau memulakan perlumbaan. Namun begitu
Bradham mengalami kegagalan dalam perniagaannya sekitar 1920-an hingga 1930-an
sehingga beliau diistihar bankrup. Bradham tetap cekal dan berjaya menaikkan
kembali nama Pepsi setelah memperkenalkan saiz botol
minuman yang baru. Sehingga kini Pepsi diberi nilai AS14.1 bilion.
American
Express (AMEX)
Henry Wells, William Fargo dan John Warren
Butterfield adalah pengasas kad AMEX.
Masing-masing mempunyai latar belakang yang lebih kurang sama iaitu dalam
bidang pengangkutan wang pada awalnya dan kemudiannya mengaplikasi teknologi
untuk menghasilkan AMEX.
Nilai AMEX kini mencecah AS13.9 bilion.
Nike
Selepas tamat pengajian di universiti, Philip
Knight mengambil keputusan untuk menjelajah sekitar negara Jepun. Di Jepun
Knight bertemu pembuat kasut Onitsuka Tiger. Sebagai ahli olahraga universiti,
Knight bersetuju untuk membeli kasut-kasut Tiger untuk dijual di Amerika
Syarikat. Untuk memenuhi syarat syarikat Jepun itu, Knight mendaftarkan
syarikat yang diberi nama Blue
Ribbon Sports (“BRS”). Pada akhir
tahun 1963 pesanan kasut sudah mencecah 200 pasang kasut. Dengan hati yang
cekal Knight memulakan perniagaannya secara jualan daripada kereta sahaja. Stok
pula disimpan di bilik bawah tanah rumah bapanya. Perniagaan terus berkembang apabila
Knight bersama rakan kongsi Bill Bowerman bekerjasama bermula tahun 1964.
Mereka mula menyewa premis perniagaan pada tahun 1966 yang membolehkan pekerja
menjual kasut di kedai pula. Hubungan perniagaan antara BRS dan Tiger berakhir
sekitar tahun 1971 dan bertititik tolak dari waktu itu Knight dan Bowerman
memulakan jenama kasut mereka sendiri iaitu Nike sempena dewi kemenangan Greek yang
kini bernilai AS13.7 bilion.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan