"" Gedung Purba: Kecantikan dan Penampilan
Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Khamis, 21 April 2016

Kecantikan dan Penampilan

memakai kaca mata hitam...
“I don’t feel any pressure when she’s there – none at all. I feel even more pumped and happy 
that she’s there for me. That counts more than anything.” Dimitrov insisted afterwards.


KACA MATA HITAM
Serlah Personaliti
Produk - Kaca Mata Hitam/Sunglasses
ANDAI perhatian yang diinginkan dan suka pada glamor, sepasang kaca mata hitam besar yang sering digayakan barisan selebriti dunia sudah cukup untuk melengkapkan penampilan anda.
Sememangnya fungsi kaca mata hitam era ini tidak lagi sekadar melindungi mata daripada panahanmentari. Kaca mata hitam kini menjadi keperluan dalam berfesyen malah sebahagian daripada kehidupan kita, meskipun kadangkala digayakan tidak kena pada tempatnya.
Berdasarkan sejarah, pemakaian kaca mata gelap ini mula dijadikan aksesori fesyen sekitar 1940-an, terutama di pantai dan ia kemudian dipopuiarkan selebriti serta pelakon di Hollywood sebagai salah satu cara untuk melindungi identiti mereka daripada gangguan paparazi.
Bagaimanapun, seiring dengan peredaran masa, pemakaian kaca mata hitam dalam era ini ibarat mewakili personaliti diri, gaya serta mampu mengubah sebarang busana untuk suntikan lebih anggun.
Dengan pelbagai bentuk direka untuk lelaki, wanita atau kedua-duanya, sepasang kaca mata hitam sudah memadai untuk ,tampil lebih bergaya tanpa perlu berbelanja besar.
Kaca mata hitam jenis aviator misalnya, menjadi antara pilihan menarik kerana gaya klasik yang ditampilkan terutama pada bentuk seperti titisan air mata dengan rangka logam nipis.
Colongan lelaki khususnya, lebih menggemari kaca mata jenis ini kerana gayanya yang tampak maskulin dan ringkas.
Asalnya, kaca mata aviator ini diperkenalkan untuk kegunaan juruterbang tentera Amerika Syarikat pada 1936. Bagaimanapun, ia mula mendapat sambutan di kalangan masyarakat umum pada lewat 1960-an apabila ramai remaja meminatinya.
Populariti itu makin hebat pada lewat 1980-an selepas sering digayakan bintang terkenal seperti Michael Jackson dan Tom Cruise dalam filem Top Gun.
Namun, ramai antara kita yang hanya mementingkan bentuk rekaan satu-satu rekaan kaca mata itu berbanding keselesaan, keselamatan serta kesesuaiannya dengan bentuk wajah.
Anda mungkin peminat kaca mata hitam aviator dan bangga menggayakannya sedangkan wajah anda berbentuk bulat atau bersegi. Wajah anda berbentuk hati tetapi sering memilih kaca mata hitam kecil yang membuatkan rahang kelihatan lebih panjang dan terlalu menonjol.
Pilih Berdasarkan Aspek Keseimbangan
RAMAI di kalangan kita sering berdepan kesukaran memilih kaca mata hitam yang bukan saja menarik digayakan tetapi sesuai dengan bentuk wajah.
Kunci utama dalam mendapatkan kaca mata hitam yang sesuai jadi pilih kaca mata yang sama sekali bertentangan dengan bentuk wajah.
Contohnyajika berwajah bulat, pilih kaca mata hitam berbentuk segi empat dan kaca mata bulat atau bujur untuk wajah jenis bersegi.
Selain itu, cuba padankan saiz kaca mata hitam mengikut bentuk muka, misalnya jika berwajah kecil, sebaiknya pilih kaca mata yang sederhana kecil serta tidak keterlaluan agar tidak menenggelamkan wajah.
Berikut beberapa tip yang boleh dijadikan panduan kala membeli kaca mata hitam.
Wajah Bersegi
Wajah bentuk ini menampilkan garis rahang yang ketara, dahi luas dan tulang pipi yang agak tinggi. Justeru, kurangkan sisi petak itu dengan kaca mata hitam yang boleh 'melembutkannya' seperti jenis bulat, bujur klasik dan mata kucing.
Elakkan memakai kaca mata hitam jenis aviator kerana ia boleh membuatkan dagu dan pipi tampak lebar.
Contoh selebriti: Sandra Bullock, Demi Moore.
Wajah Bujur
la dikatakan wajah ideal kerana hampir semua rekaan kaca mata hitam sesuai dengan wajah jenis ini. Jangan takut untuk mencuba rekaan kaca mata terkini kerana ia tidak akan menjejaskan bentuk wajah.
Cuma sebaiknya elakkan memakai kaca mata hitam yang terlalu bujur kerana ia boleh membuatkan wajah kelihatan kurangseimbang.
Contoh selebriti: Charlize Theron, Beyonce Knowles.
Wajah Bulat
Untuk membuatkan wajah ini tampak lebih kecil, cuba gayakan kaca mata hitam rekaan segi empat dengan bingkai cermin yang tidak terlalu tebal. Pilih rekaan yang sederhana besar, sekurang-kurangnya sehingga ke bulu kening dan elakkan kaca mata bulat kerana wajah akan lebih kelihatan berisi.
Contoh selebriti: Cameron Diaz, Vanessa Williams.
Wajah Bentuk Hati
Wajah jenis ini mempunyai rahang yang panjang dengan keadaan dahi yang agak luas. Elakkan tumpuan pada bahagian rahang dengan memberi perhatian kepada kawasan mata. Kaca mata hitam rekaan aviator saiz besar, juga bentuk mata kucing sesuai untuk memberi keseimbangan kepada dua aspek itu.
Elakkan memakai kaca mata hitam kecil dan nipis.


PENAMPILAN DIRI
Hilang Lemak Di Perut
Amal kaedah disarankan bagi atasi masalah buncit.
Penampilan kamu mungkin menarik perhatian si gadis. Namun jika tak tahu menjaga pemakanan mungkin akan mencacatkan imej kamu di khalayak apabila mempunyai perut buncit.
Tapi jangan risau, terdapat beberapa cara dan petua hilangkan masalah perut buncit. Lakukan  dengan konsisten dan bertindaklah sekarang untuk mengambalikan keunikan imej kamu. Jika bukan sekarang, bila lagi?
Air Lemon Panas
Bagi yang tidak tahu, antara kebaikan air lemon ialah melancarkan system pencernaan, membakar kalori di perut dan meningkatkan metabolism tubuh.
Elak Atau Kurangkan Makanan Masin
Percaya atau tidak, terlalu banyak garam dalam tubuh akan menyebabkan lemak makanan masin tersekat dan berkumpul di perut keranan air terhalang untuk melancarkan proses pencernaan.
Elak Makan Pada Lewat Malam
Kebiasaannya, selapas makan malam kita akan terus tidur. Ini sebenarnya akan menyebabkan lebihan gula dari makanan terutama nasi yang diambil ditukarkan kepada lemak. Semasa tidur, badan tidak akan membakar lemak di perut.
Makan Dengan Kadar Sedikit
Ramai yang tahu tapi belum mampu menahan tabiat ini. Mengambil makanan berlebihan mampu menjadikan kamu mudah naik berat badan lebih-lebih lagi jika kadar metabolism tubuh sangat rendah.
Lebih kronik, tabiat kamu yang tidak suka melakukan senaman kardio seperti jogging, berjalan atau menaiki tangga akan menyebabkan masalah ini tidak selesai.
Ambil Susu Rendah Lemak
Pengambilan susu memang bagus untuk kesihatan tubuh tapi perlu ingat, ia juga kaya dengan lemak. Justeru, elak mengambil susu yang tinggi lemak dan makanan seperti keju atau yogurt.
Sumber: Hmetro/Gen.Y/Sabtu, 13 Ogos 2016

INGIN CANTIK?
PENAMPILKAN kecantikan diri dari hujung rambut ke hujung kaki menjadi elemen penting dalam kehidupan masyarakat hari ini. Malah, tidak lengkap kehidupan seorang wanita jika tidak merawat diri, sama ada secara tradisional ataupun menggunakan kaedah moden.
Perubahan zaman menjadikan agenda cantik, menarik dan bergaya tidak hanya menjadi tumpuan wanita saja, sebaliknya kini lelaki juga tidak kurang hebat. Lelaki hari ini mahu kelihatan tampan dan segak selain sentiasa nampak segar dan sihat.
Lantaran itu, tidak hairanlah semakin banyak salun kecantikan dan spa tumbuh bagai cendawan, tidak sekadar di ibu kota tetapi seluruh pelusuk negara.
Pemilik salun kecantikan dan spa pula berlumba-lumba menawarkan pakej perkhidmatan menarik sama ada berkonsepkan tradisional, moden atau berasaskan corak penjagaan kecantikan dari negara tertentu.
Di samping perkembangan pesat perniagaan salun dan spa, kewujudan produk kecantikan juga tidak dinafikan.
Setiap hari, ada saja pelbagai iklan mengenai produk baru di pasaran dengan kebanyakan pemilik mengakui produk berkenaan hasil formulasi, kajian dan penyelidikan yang mereka lakukan.
Selain produk menjaga kecantikan luaran, tidak kurang juga produk yang membantu menjaga tubuh secara dalaman dengan memberi tubuh kekal sihat dan bertenaga dengan menggunakan sumber herba tradisional asli.
Dalam memperkenalkan salun, spa, produk kecantikan dan kesihatan, ada pemilik atau pengeluar produk menggunakan personaliti atau artis terkenal sebagai duta bertujuan menarik perhatian pembeli untuk membeli produk atau menggunakan perkhidmatan yang ditawar.
Mereka juga menjadikan media sebagai medium untuk mempromosikan perkhidmatan dan barangan mereka. Oleh itu, terpulang kepada pengguna untuk bijak memilih produk dan perkhidmatan yang berkesan dan benar-benar selamat penggunaannya.
Apapun dalam keghairahan untuk tampil menarik dan cantik, pengguna harus bijak dan tidak terperangkap dengan promosi yang ditawarkan.
Gunakanlah kebijaksanaan dan rasional dalam memilih salun, spa dan produk yang digunakan dan janganlah terpengaruh dengan iklan dan promosi.
Sejak akhir-akhir ini juga, banyak produk yang mengiklankan keberkesanan dalam menghasilkan kulit yang cantik, mampu membuatkan pengguna awet muda dan ada pula yang dapat menguruskan badan dalam masa singkat.
Namun, anda jangan mudah terpengaruh dengan tawaran yang mendakwa boleh memberikan seseorang kulit yang cantik dan tubuh menarik dalam masa singkat.
Teliti dulu produk yang ditawarkan dan sebaik-baiknya dapatkan nasihat orang yang lebih pakar atau mereka yang, sudah biasa menggunakan produk berkenaan.
Dalam memilih produk kecantikan, lihatlah kandungan bahan yang digunakan, di samping selidiki latar belakang pengeluar dalam memastikan ia selamat dipakai. Pastikan produk berkenaan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan, manakaia produk yang membabitkan makanan dan minuman mesti mendapatkan status halal, terutama yang diimport.
Cara Jagaan Dan Rawatan Kulit Yang Betul
Bersihkan muka anda dua kali sehari dengan airsuam dan sabun lembut, kemudian keringkan.
Lindungi kulit anda daripada sinaran matahari dengan pakaian yang sesuai atau menggunakan losyen perlindungan matahari. Terlalu banyak sinaran ultra ungu matahari boleh menyebabkan kansei kulit.
Jangan sekali-kali mencucuk, memicit atau mengorek jerawat. Ini akan menyebabkan radangnya merebak dan akan merosakkan tisu halus di bawah kulit anda.
Jangan merokok. la akan menyebabkan kulit anda menjadi pucat, berkedut-kedut dan akan melambatkan keupayaan kulit untuk sembuh.
Sumber: Berita Harian / 1Klassifieds / 4 November 2015 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan