Di sini kita dapat mengetahui dan mempelajari tentang sejarah hebat bagaimana bemulanya peniagaan jenma-jenama terkenal antarabangsa yang menjadi pilihan masyarakat dunia.
Seterusnya juga dipaparkan khas buat anda beberapa sejarah jenama ‘gergasi’ di dalam dunia peniagaan terkini. Semoga ia menjadi inspirasi dan
contoh yang baik untuk usahawan-usahawan di mana-mana Negara terutamanya di
rantau ini untuk lebih berdaya saing dan maju di dalam setiap bidang yang
diceburi. Jenama terkenal dunia seperti Disney,
Toyota, Gillette, Coca-Cola, McDonald's, Google, Miscrosoft, dan Samsung sebenarnya diasaskan oleh orang-orang
yang mempunyai kelebihan, kepakaran dan semangat yang Inar biasa. Kedudukan dan
nilai jenama-jenama tersebut ditentukan
oleh satu organisasi antarabangsa yang unggul dikenali sebagai Interbrand.
Cerita kejayaan syarikat-syarikat terkenal ini bukan sahaja menarik
untuk dibaca malah mempunyai maklumat yang penting untuk kita pelajari.
Bagaimana syarikat-syarikat terkenal ini berjaya mengekalkan kedudukan yang
dicapai saban tahun melambangkan amalan cara kerja yang baik dan patut
dicontohi oleh usahawan dan peniaga di negara kita. Jenama-jenama yang
berkaitan dengan pakaian dan aksessori yang menjadi pilihan diketahui ialah seperti Louis Vuitton, H&M dan Nike.
Disney
Pada tahun 1923 di usia 23 tahun, Walt
Disney berhijrah ke California untuk menjual sebuah cerita kartun Alice in the
Wonderland. Dalam masa beberapa bulan, dia berjaya mendapat pengedar yang
bersetuju untuk mengeluarkan siri “Alice Comedies”. Setelah berjaya dengan siri
tersebut, Walt terus berkarya dan mewujudkan banyak lagi karakter kartun yang
lain. Karakter Mickey Mouse yang melonjak dan mendapat perhatian seluruh dunia
kerana ia adalah siri kartun pertama yang bersuara. Kini Disney mempunyai taman
tema di banyak negara seluruh dunia dan bernilai AS28.7 bilion.
Toyota
Kiichiro Toyoda adalah pengasas Toyota.
Dalam tahun 1924, Sakichi Toyoda mencipta satu model mesin Toyota G Automatik
untuk menghasilkan tekstil. Kerajaan Jepun telah memberi semangat kepada
Sakichi untuk membangunkan kereta beberapa tahun kemudian. Kiichiro merupakan
anak lelaki Sakichi telah menjelajah Eropah dan Amerika Syarikat untuk
menyelidik selok belok pembuatan kereta. Setelah pulang ke Jepun, Toyota
menghasilkan kereta pertama mereka iaitu Model A1 untuk kereta penumpang pada
tahun 1935. Kini nilai Toyota adalah AS26.2 bilion.
Gillette
King Camp Gillette memerhatikan penutup
botol dibuang begitu sahaja selepas botol dibuka. Kemudian syarikat botol
tersebut perlu membeli penutup yang lain. Bagi King, suatu peluang perniagaan
yang baik untuk produk yang sebegini. King juga menyedari bahawa setiap lelaki
memerlukan pisau cukur hampir setiap hari. Bermula daripada saat itu. King
telah berusaha untuk mencipta pisau cukur yang boleh ditukar ganti manakala
pemegangnya hanya perlu dibeli sekali sahaja. Sejak tahun 1901, penjualan pisau
cukur Gillette meningkat hingga jenama tersebut kini bernilai AS23.3 bilion.
Coca-Cola
Produk yang telah memberikan dunia rasa
yang paling terkenal telah dilahirkan di Atlanta, Georgia, pada 8hb Mei 1886.
Ramai tidak akan menyangka bahawa Dr. John Stith Pemberton, seorang ahli
farmasi sebenarnya tidak dilahirkan dalam golongan yang kaya raya. Selepas
pengalaman dan kecederaan beliau di medan perang sekitar tahun 1860- an, Dr.
Pemberton bertekad mengaplikasi pengetahuannya dalam bidang farmasi dan
melaburkan semua wangnya untuk penyelidikan dan mencipta sejenis minuman tonik.
Pada waktu tersebut permintaan terhadap ubatan dan tonik sedang meningkat di
seluruh Amerika Syarikat. Berbekalkan semangat yang kental, beliau memulakan
penjualan minuman sirap bercampur air berkarbonat yang diberi nama Coca-Cola di
kaunter sebuah farmasi. Campuran yang amat serasi ditambah pula dengan tema
yang sesuai iaitu “Yang Lazat Dan Menyegarkan” menarik perhatian orang ramai
untuk membelinya. Apatah lagi, segelas Coca-Cola pada waktu itu hanya dijual
pada harga lima sen sahaja! Dr. Pemberton juga tidak menyedari bahawa minuman
ciptaannya berpotensi untuk berjaya dan terkenal di seluruh dunia seperti hari
ini.
McDonald's
Pada tahun 1940, dua beradik Richard dan
Maurice McDonald memulakan perniagaan McDonald’s Bar-B-Que yang merupakan kafe
pandu lalu. Ketika itu kafe tersebut menyediakan terlalu banyak menu. Selepas
lapan tahun beroperasi, mereka mengurangkan menu kepada sembilan sahaja di mana
lebih kepada jenis burger, minuman ringan, kopi, kentang goreng dan pai supaya
mereka boleh memberi servis yang cepat kepada pelanggan. Dalam tahun 1954,
mereka bertemu dengan Ray Kroc yang datang ke kafe untuk menjual mesin
campuran. Setahun kemudian Kroc membeli keseluruhan kafe McDonald's dan
mengembangkan perniagaan secara agresif dan membuka 500 buah kafe McDonald
dalam masa lapan tahun sahaja. Hari ini McDonald mempunyai lebih 35,000
rangkaian restoran di seluruh dunia.
Microsoft
Microsoft menduduki tempat ketiga untuk
jenama terkenal antarabangsa 2010. Bill Gates dan sahabatnya Paul Allen
memulakan Microsoft pada tahun 1975. Bill Gates hanya berumur 13 tahun sewaktu
diberi akses kepada komputer. Walaupun pada awalnya Bill Gates dan Paul Allen
diberhentikan setelah menggodam komputer syarikat, mereka dipanggil untuk
berkhidmat kembali khusus untuk menyelesaikan masalah virus komputer. Mereka
tidak dibayar dengan wang tetapi diberi akses kepada komputer tanpa had masa
sebagai pampasan. Bill Gates melanjutkan pelajaran di universiti tersohor di
Amerika Syarikat iaitu Havard University. Pada tahun 1974 Paul Allen berjaya
memujuk Bill Gates untuk keluar daripada universiti dan memulakan perniagaan
perisian komputer dengannya. Bill Gates dan Paul Allen terpaksa mengatasi
banyak rintangan untuk memajukan perniagaan mereka. Akhirnya mereka memberi
lesen sistem operasi MS DOS kepada IBM. Bertitik tolak dari waktu itu,
kedua-dua jenama Microsoft dan IBM kekal bersaing secara positif dan menyandang
kedudukan yang tinggi sebagai jenama ternama antarabangsa.
Samsung
Samsung mula beroperasi sebagai kedai runcit
yang dibuka oleh Lee Byung-chul pada tahun 1938. Perniagaannya bertambah maju
dan ibu pejabat Samsung dipindahkan ke Seoul pada tahun 1947. Tetapi Lee
terpaksa meninggalkan perniagaannya apabila perang Korea bermula. Lee tidak
pernah berputus asa dan memulakan kilang penapisan gula serta kilang bulu pula.
Nasib Lee agak baik apabila Presiden Korea telah melaksanakan polisi untuk
melindungi perniagaan seperti Samsung pada tahun 1960-an. Syarikat asing tidak
dibenarkan menjual barang-barang elektronik di Korea. Langkah ini telah memberi
Samsung kelebihan dalam perniagaan barang-barang elektronik kerana tidak ada
pesaing selama 18 tahun semasa pemerintahan Presiden Park Chung-Hee.
Jenama-Jenama berkaitan pakaian dan aksessori
Louis Vuitton
Ketika ramai kanak-kanak masih seronok
bermain dan berkejaran, Louis Vuitton membuat keputusan berhijrah ke Paris dari
kampung halamannya di Jura, Perancis pada usia 14 tahun. Beliau hanya berjalan
kaki ke Paris dan membuat kerja sambilan di sepanjang perjalanannya. Napolean
III pernah melantik Louis sebagai pembuat kotak menyimpan barang (“trunk”).
Reputasi beliau semakin berkembang dan pada tahun 1854, Louis . membuka kedai
beg pertamanya di Paris.
Hennes & Mauritz
(H&M)
H&M ialah singkatan kepada Hennes
& Mauritz, diasaskan oleh Erling Perrson pada tahun 1947 di Sweden. Ide
untuk menghasilkan H&M semasa perjalanan beliau ke Amerika Syarikat selepas
perang dunia ke II. Di Sweden beliau merupakan pelopor untuk hasil pakaian
wanita. 21 tahun kemudian Erling membeli Mauritz Widforss yang menghasilkan
pakaian untuk lelaki. H&M adalah hasil selepas penggabungan tersebut. Kini
H&M bernilai AS 16.1 bilion.
Nike
Selepas tamat pengajian di universiti,
Philip Knight mengambil keputusan untuk menjelajah sekitar negara Jepun. Di
Jepun Knight bertemu pembuat kasut Onitsuka Tiger. Sebagai ahli olahraga
universiti, Knight bersetuju untuk membeli kasut-kasut Tiger untuk dijual di
Amerika Syarikat. Untuk memenuhi syarat syarikat Jepun itu, Knight mendaftarkan
syarikat yang diberi nama Blue Ribbon Sports (“BRS”). Pada akhir tahun 1963
pesanan kasut sudah mencecah 200 pasang kasut. Dengan hati yang cekal Knight
memulakan perniagaannya secara jualan daripada kereta sahaja. Stok pula
disimpan di bilik bawah tanah rumah bapanya. Perniagaan terus berkembang
apabila Knight bersama rakan kongsi Bill Bowerman bekerjasama bermula tahun
1964. Mereka mula menyewa premis perniagaan pada tahun 1966 yang membolehkan
pekerja menjual kasut di kedai pula. Hubungan perniagaan antara BRS dan Tiger
berakhir sekitar tahun 1971 dan bertitik tolak dari waktu itu Knight dan
Bowerman memulakan jenama kasut mereka sendiri iaitu Nike sempena dewi
kemenangan Greek yang kini bernilai AS13.7 bilion.
Artikel yang baik, Pernahkah anda mendengar tentang LFDS (Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian, E-mel: lfdsloans@outlook.com --WhatsApp Hubungi: +1-9893943740--lfdsloans@lemeridianfds.com) adalah sebagai perkhidmatan pendanaan Amerika Syarikat / UK yang mereka memberikan saya pinjaman $ 95,000.00 untuk melancarkan perniagaan saya dan saya telah membayarnya setiap tahun selama dua tahun sekarang dan saya masih mempunyai 2 tahun lagi walaupun saya senang bekerja dengan mereka kerana mereka adalah pemberi pinjaman Pinjaman tulen yang boleh memberi pinjaman kepada anda.
BalasPadam