Silver: Badminton and Divers
Lee Chong Wei (men’s
singles)
Goh V Shem/Tan
Wee Kiong (men's
doubles),
ChanPeng
Soon/Goh Liu Ying (mixed doubles)
Pandelela Rinong/Cheong Jun Hoong (10m synchronised platform)
KARANGAN BERTEMAKAN SUKAN
PT3/Latihan/Bahasa Melayu (Ujian
Bertulis)
BeritaHarian/Minda/Selasa/23 Ogos
2016
Pilih satu daripada soalan di
bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 180 patah
perkataan
Tajuk 1: Sukan mampu melonjakkan imej
sesebuah negara dan menyemai semangat perpaduan dalam kalangan rakyat di
samping sukan juga boleh memberikan pulangan yang lumayan untuk negara.
Bincangkan langkah-langkah yang harus
dilakukan bagi memajukan mutu sukan negara.
Tajuk 2: Kemerosotan pencapaian atlet-atlet negara ketika bertanding sama ada pada peringkat serantau mahupun
antarabangsa telah menimbulkan pelbagai tanggapan negatif dalam kalangan
peminat sukan di negara ini.
Huraikan usaha-usaha yang perlu dilakukan
agar mutu sukan negara dapat ditingkatkan.
Tajuk 3: Anda akan mewakili sekolah anda
dalam pertandingan syarahan peringkat negeri.Tajuk syarahan yang telah anda
pilih ialah 'Kerjasama daripada Pelbagai Pihak Amat Penting untuk Meningkatkan Mutu Sukan Negara’.
Sediakan teks syarahan anda selengkapnya.
Tajuk Pilihan
Kemerosotan pencapaian
atlet-atlet negara ketika bertanding sama ada pada peringkat serantau mahupun
antarabangsa telah menimbulkan pelbagai tanggapan negatif dalam kalangan
peminat sukan di negara ini.
Huraikan usaha-usaha yang perlu
dilakukan agar mutu sukan negara dapat ditingkatkan.
Pendahuluan
Pencapaian atlet dalam apa-apa jenis sukan di Malaysia belum mencapai tahap yang membanggakan.
Semua pihak perlu mengkaji punca-punca
berlakunya keadaan tersebut.
Idea-idea Penting
Isi Pertama - Menghantar atlet negara
menjalani latihan di luar negara.
Memberikan pendedahan cara-cara latihan
kepada atlet
Persediaan untuk menghadapi kejohanan di
peringkat antarabangsa.
Membina semangat daya saing dalam kalangan
atlet.
Isi Kedua - Memastikan prasarana sukan
mencukupi
Prasarana diselenggara dengan baik.
Membolehkan atlet negara menjalani
latihan.
Peralatan sukan moden sesuai dengan
peredaran zaman.
Isi Ketiga - Menghantar jurulatih negara
berkursus ke luar negara
Teknik dan kepakaran dari luar boleh
dipraktikkan di dalam negara.
Memberikan pendedahan kepada jurulatih
tempatan
Membentuk atlet yang berkualiti dan mampu
menjulang nama negara.
Isi Keempat - Memberikan insentif kepada
atlet cemerlang
Satu motivasi kepada atlet negara.
Penghargaan kepada atlet yang mengharumkan
nama negara.
Menggalakkan remaja/belia menceburi bidang
sukan
Isi Kelima - Membina sekolah sukan di
seluruh negara.
Mengadakan pelbagai program sukan di
peringkat sekolah.
Mengasah bakat sukan sejak dari kecil.
Melatih atlet muda dalam bidang kebitaraan
sukan.
Penutup: Sukan sangat penting dalam
pembangunan insan.
Kerjasama antara semua pihak
Cemerlang sukan cemerlang atlet
mengharumkan negara
Saranan/cadangan yang mampu
menambahbaikkan mutu sukan.
Karangan Contoh:
Sejak kebelakangan ini, kita berasa bimbang apabila mutu sukan di
negara kita semakin merosot. Pelbagai tanggapan negatif dalam kalangan peminat
sukan di negara ini tentang kemerosotan pencapaian atlet-atlet negara ketika
bertanding sama ada pada peringkat serantau mahupun antarabangsa. Misalnya,
dalam sukan badminton. Dahulu, Malaysia ialah sebuah negara yang dikagumi kerana
memiliki kebitaraan dalam bidang sukan badminton. Namun, sukan badminton tidak
sehebat pada zaman anak-anak Sidek menjadi pemainnya. Adakah kita kembali dikatakan
sebagai jaguh kampung, ataupun atlet kita dalam apa-apa jua bidang kurang
bermotivasi apabila bersaing pada peringkat antarabangsa? Rumusannya, pelbagai
langkah konkrit dan menyeluruh perlu diberikan perhatian untuk meningkatkan
mutu sukan negara, agar kita dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi
dengan negara-negara lain dalam bidang sukan.
Dalam usaha memajukan mutu sukan di negara
kita, pihak kerajaan perlulah menghantar atlet negara menjalani latihan di luar
negara. Hal ini penting kerana apabila atlet negara dilatih oleh jurulatih di
luar negara, mereka akan diberi pendedahan tentang teknik dan kemahiran sukan
secara profesional. Selain itu, latihan yang diterima merupakan pembelajaran
sepenuh masa.Contohnya, pemain badminton negara iaitu Dato' Lee Chong Wei.
Beliau juga pernah menjalani latihan di luar negara. Hal ini kerana dengan cara
ini mereka juga berpeluang menjalani latihan sukan dengan peserta sukan yang
memang sudah terkenal dan terkemuka. Apabila mereka sudah menguasai teknik dan
kemahiran sukan yang diceburi secara tidak langsung atlet negara kita akan
mampu membina semangat daya saing dalam kalangan mereka. Oleh hal demikian,
atlet di negara kita bersedia untuk menghadapi kejohanan di peringkat antarabangsa.
Penyertaan secara berterusan amat penting dalam usaha memantapkan persembahan
serta menyesuaikan diri dalam situasi pertandingan yang sebenarnya.
Di samping itu, kerajaan perlulah
memastikan prasarana sukan di negara kita mencukupi. Kementerian Belia dan Sukan telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan peruntukan prasarana
sukan yang mencukupi untuk menggalas tanggungjawab tersebut. Prasarana sukan
seperti peralatan sukan yang sesuai dengan zamannya dan juga gelanggang yang
lengkap dan canggih serta mencukupi akan membolehkan atlet negara menjalani
latihan. Latihan yang mencukupi amat penting dalam membantu atlet bersedia
untuk berhadapan pihak lawan dalam sesuatu pertandingan.Oleh sebab itu,
kerajaan mengalu-alukan penyertaan pihak swasta untuk menyokong program-program
pembangunan sukan di negara ini seperti penubuhan Majlis Sukan Negara (MSN) dan
Institut Sukan Negara (ISN). Penubuhan organisasi seperti ini akan membantu
program pembangunan sukan yang meliputi aspek-aspek yang mendatangkan beban
semua pihak seperti masalah kewangan,. kejuru latihan, pemakanan, psikologi,dan
sebagainya.
Selain itu, kerajaan juga boleh menghantar
jurulatih negara berkursus ke luar negara. Hal ini akan membantu para
jurulatih di negara ini mempelajari teknik dan kepakaran dari jurulatih negara
lain dalam apa-apa bidang sukan yang boleh membantu menaikkan dan mengharumkan
nama negara. Pendedahan dan pembelajaran secara berterusan amat penting dalam
usaha memantapkan persembahan atlet negara serta menyesuaikan diri dalam
situasi pertandingan yang sebenarnya. Misalnya, jurulatih pasukan bola
sepak,sudah tentu tidak mampu untuk membentuk satu pasukan yang memiliki
persefahaman yang mantap jika digabungkan menjelangsaatakhir pada sesebuah
kejohanan sahaja. Melalui latihan yangditerima oleh mereka di luar negara telah
membuktikan bahawa memiliki kemahiran sahaja belum tentu dapat membantu
negara mewujudkan satu pasukan bola sepak negara yang mantap Mereka perlu
mendapatkan dan menggabungkan kemahiran, teknik dan kepakaran dengan jurulatih
dari negara lain agar berjaya menghasil- kan pasukan yang mantap dan berkaliber
bukan sahaja di gelanggang sendiri bahkan di peringkat antarabangsa.
Oleh hal yang demikian, antara usaha lain
yang boleh memajukan mutu sukan ialah memberikan insentif kepada atlet
cemerlang. Kerajaan telah memberi pengiktirafan kepada jaguh badminton negara
Dato' Lee Chong Wei dan ratu squasy negara, Datuk Nicole Ann David untuk
pencapaian mereka berada pada kedudukan teratas senarai pemain terbaik dunia.
Hal ini menjadi satu motivasi kepada atlet negara yang lain agar sentiasa
berusaha membaiki kejayaan diri agar membantu negara menjadi terkenal dalam
bidang sukan. Penghargaan seperti ini akan menggalakkan remaja atau belia di
negara ini untuk menceburi bidang sukan dan memilihnya sebagai satu kerjaya
yang mempunyai masa hadapan yang cerah. Kejayaan demi kejayaan yang dicapai
oleh jaguh negara yang dinyatakan di atas tidak boleh dijelmakan sekiranya
usaha para atlet negara hanya secara ala kadar, bagai melepaskan batuk di
tangga. Sebaliknya, mereka harus mempunyai iltizam dan bekerja keras. Di
samping itu, semua pihak sama ada dalam kalangan atlet, pihak-pihak berwajib,
malahan peminat sukan tanah air harus menyokong usaha murni ini.
Di samping itu, membina sekolah sukan di
seluruh negara merupakan satu cara memajukan mutu sukan di negara kita.
Penubuhan sekolah-sekolah sukan seperti Sekolah Sukan Bukit Jalil di Kuala
Lumpur dan Sekolah Sukan Seksyen 11, di Shah Alam, Selangor dan lain-lain
sekolah sukan merupakan satu langkah bijak akan datang agar kita tidak
ketandusan pelapis dalam bidang sukan negara pada masa akan datang. Kita sedia
maklum bahawa ramai murid di seluruh negara yang mempunyai bakat yang terpendam
dalam bidang sukan. Buktinya, apabila sesuatu kejohanan sukan dilaksanakan
sama ada di peringi<at sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan, secara tidak
langsung kita mendapati ramai murid yang berbakat dan berpotensi dalam
pelbagai bidang boleh dikenal pasti. Sebagai langkah persediaan awal,
Kementerian Pelajaran Malaysia perlu berkerjasama dengan Kementerian Belia dan
Sukan serta badan-badan sukan yang lain untuk menggilap bakat-bakat muda dalam
kalangan murid ini hingga mereka mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
Kesimpulannya, sebagai rumusan daripada isi-isi yangdikemukakan di atas, jelaslah bahawa kemerosotan mutu sukan negara seharusnya ditangani segera kerana hal ini berkaitan dengan maruah bangsa dan negara kita pada peringkat antarabangsa. Sejajar dengan usia kemerdekaan negara yang sudah menjangkau angka lima puluhtahun, seharusnya ia telah mematangkan pencapaian kita dalam bidang sukan. Semua pihak di negara ini perlu bekerjasama agar misi untuk melihat kelibat anak-anak muda Malaysia beraksi pada pusingan akhir Pertandingan Piala Thomas dan Piala Uber dalam sukan badminton akan menjadi kenyataan. Kegemilangan negara dalam bidang bola sepak misalnya, akan diperoleh kembali sebagaimana negara kita pada era 70-an dahulu. Peribahasa Melayu, pengayuh sudah ada di tangan, perahu sudah ada di air menyarankan agar para atlet negara perlulah berusaha memperbaiki mutu sukan di negara ini 'Majulah Sukan untuk Negara’
Kesimpulannya, sebagai rumusan daripada isi-isi yangdikemukakan di atas, jelaslah bahawa kemerosotan mutu sukan negara seharusnya ditangani segera kerana hal ini berkaitan dengan maruah bangsa dan negara kita pada peringkat antarabangsa. Sejajar dengan usia kemerdekaan negara yang sudah menjangkau angka lima puluhtahun, seharusnya ia telah mematangkan pencapaian kita dalam bidang sukan. Semua pihak di negara ini perlu bekerjasama agar misi untuk melihat kelibat anak-anak muda Malaysia beraksi pada pusingan akhir Pertandingan Piala Thomas dan Piala Uber dalam sukan badminton akan menjadi kenyataan. Kegemilangan negara dalam bidang bola sepak misalnya, akan diperoleh kembali sebagaimana negara kita pada era 70-an dahulu. Peribahasa Melayu, pengayuh sudah ada di tangan, perahu sudah ada di air menyarankan agar para atlet negara perlulah berusaha memperbaiki mutu sukan di negara ini 'Majulah Sukan untuk Negara’
Kecergasan Kardiovaskular
Dan Proses Pembakaran Lemak Berlebihan
Kita melakukan
banyak aktiviti aerobik untuk meningkatkan tahap kecergasan kardiovaskular
serta membakar lemak berlebihan untuk mendapat serta mengekalkan berat badan
sempurna.
Kita juga membuat latihan bebanan untuk
mengekalkan kemantapan tisu otot dan membina kekuatan otot.
Dua jenis senaman ini adalah elemen yang
penting dalam kecergasan.
Sebenarnya, ada elemen penting yang sering
diabaikan iaitu latihan kelenturan.
Mengabaikannya sangatlah mengecewakan
kerana latihan itu memberi beberapa kelebihan dan kebebasan kepada pergerakan.
Selain itu, ia dapat meningkatkan
ketenangan fizikal dan mental, melegakan ketegangan otot, memberi sedikit
kelegaan kepada kesakitan, kecederaan otot serta mengurangkan risiko kecederaan.
Sesetengah orang secara semulajadi
mempunyai badan lebih lembut daripada individu lain. Antara faktor utama yang
mempengaruhi kelenturan individu itu adalah genetik, jantina, umur dan tahap
aktiviti fizikal.
Disebabkan peningkatan usia, manusia
secara tidak langsung akan kehilangan kelenturan badan oleh kerana proses
penuaan yang dialami.
Semakin tidak aktif diri, semakin kurang
kelenturannya yang dirasai.
Seperti latihan ketahanan kardiovaskular
dan latihan bebanan, kelenturan juga akan meningkat jika kita melakukannya
secara kerap dan sistematik.
Sebelum melakukan regangan, ambil sedikit
masa untuk melakukan aktiviti memanas badan. Melakukan regangan ketika otot
sejuk boleh menyebabkan kecederaan. Mulakan dengan mudah dan berimpak rendah
seperti berjalan sambil menggerakkan tangan dalam bentuk pusingan di bahu.
Lakukan lima hingga 10 minit sebelum melakukan regangan.
Apabila anda melakukan apa juga jenis
regangan, sentiasa pastikan ia dimulakan dengan perlahan dan hembus nafas
ketika anda meregangkan otot secara lembut.
Cuba bertahan sekurang- kurangnya 10
hingga 30 saat untuk setiap regangan yang dilakukan.
Cuba elak kesalahan regangan seperti
menganjal ke depan dan belakang ketika melakukan regangan. Posisi pegun lebih
efektif dan mengurangkan risiko kecederaan.
Jangan paksa atau mendesak otot terlebih
jangkauan. Jika menyakitkan, cuba kendurkan sedikit regangan dan anda tidak
perlu menahan nafas ketika melakukan senaman, biarkan pernafasan seperti biasa.
Rutin ini bagi memastikan anda tidak
mengabaikan latihan regangan kerana masalah kesuntukan masa untuk bersenam dan
sesetengahnya mendakwa tidak mempunyai masa untuk melakukan regangan badan.
Secara praktikal, peruntukkan
sekurang-kurangnya senaman selama 30 minit dan lakukan tiga kali seminggu untuk
latihan kelenturan.
Hakikatnya, melakukan regangan selama lima
minit selepas habis sesuatu sesi latihan adalah lebih baik dari tidak melakukannya.
Ada beberapa tip untuk individu yang
mempunyai jadual padat.
Jika anda tidak mempunyai masa mencukupi,
cuba lakukan beberapa regangan sejurus selepas mandi.
Mandian panas dapat menaikkan suhu otot
untuk menjadikannya sedia dan boleh menerima aktiviti regangan.
Cuba lakukan regangan mudah sebelum anda
bangun daripada katil pada sebelah pagi.
Bangunkan diri anda dengan melakukan
regangan penuh seperti menaikkan tangan dan hujung jari kaki ke atas.
Ini dapat
melapangkan fikiran dan melonjakkan permulaan hari anda. Selain itu, sertailah kelas regangan
seperti yoga, pilates ataupun taichi. Buatkan jadual kelas untuk diri anda
supaya anda akan lebih kerap melakukan regangan.
Costs And Benefits Of Hosting The Olympics
Tejvan Pettinger / November 8, 2012
Major sports events such as the World Cup and the Olympics are often seen as a potential source of economic
regeneration. Yet, many are worried about the economic costs of hosting a major
sporting event that only lasts for three weeks. These are some of the economic
benefits and potential costs of the Olympics and other major sporting events.
Economic benefits of the Olympics
1. Encourages investment in transport
and infrastructure
2. Influx of foreign visitors
3. Job creation
4. Higher economic growth
Costs of events like the Olympics
1. Expense
2. Will the infrastructure be used in
the future?
3. Disruption during the event
The Telegraph/Sport/Olympics
Number
of Gold Medals:
EU = 81, US = 30, China = 19, Russia = 12, Japan =
10, Australia = 7
Olympics
Medals by Country:
1
United States (Gold = 46, Silver = 37, Bronze =38)
2
Great Britain (Gold = 27, Silver = 23, Bronze = 11)
3
China (Gold = 26, Silver = 18, Bronze = 26)
4
Russia (Gold = 19, Silver = 18, Bronze = 19)
5
Germany (Gold = 17, Silver = 18, Bronze = 19)
6
Japan (Gold = 12, Silver = 18, Bronze = 21)
7
France (Gold = 10, Silver = 18, Bronze = 14)
8
Korea (Gold = 9, Silver = 3, Bronze = 9)
9
Italy (Gold = 8, Silver = 12, Bronze = 8)
10
Australia (Gold = 2, Silver = 2, Bronze = 2)
35 Thailand (Gold = 2, Silver = 2, Bronze = 2)
46 Indonesia (Gold = 1, Silver = 1, Bronze = 0)
48 Vietnam (Gold = 1, Silver = 1, Bronze = 0)
54 Singapore (Gold = 0, Silver = 0, Bronze = 0)
60
Malaysia (Gold = 0, Silver = 4, Bronze = 1)
75 Tunisia(Gold = 0, Silver = 0, Bronze = 3)
77 Israel (Gold = 0, Silver = 0, Bronze = 2)
78 Austria, Dominican Republic, Estonia, Finland, Moldova,
Morocco, Nigeria, Portugal, Trinidad & Tobago UAE (Gold = 0, Silver = 0, Bronze = 1)
The European Union is at the top of an Olympic
medal tracker created by a German PR firm, leading to claims of Europeans
attempting to take credit for Britain's extraordinary Rio success.
The version of the medal table raised eyebrows
after amalgamating Britain's golds with the medals won by other European
countries to put it firmly on the top.
The EU medal tally was produced
by German company Euro Informationen, which lists the European Commission and
European Parliament as their most prominent clients, but was not commissioned
by an EU body...
Bentuk Jaguh Sukan Sejak Usia Muda
Edwin Moses |
TAHUKAH ANDA?
Sejarah Produk Nike - Selepas tamat pengajian di universiti, Philip Knight mengambil keputusan untuk menjelajah sekitar negara Jepun. Di Jepun
Knight bertemu pembuat kasut Onitsuka Tiger. Sebagai ahli olahraga universiti,
Knight bersetuju untuk membeli kasut-kasut Tiger untuk dijual di Amerika
Syarikat. Untuk memenuhi syarat syarikat Jepun itu, Knight mendaftarkan
syarikat yang diberi nama Blue Ribbon Sports (“BRS”). Pada akhir tahun 1963
pesanan kasut sudah mencecah 200 pasang kasut. Dengan hati yang cekal Knight
memulakan perniagaannya secara jualan daripada kereta sahaja. Stok pula
disimpan di bilik bawah tanah rumah bapanya. Perniagaan terus berkembang
apabila Knight bersama rakan kongsi Bill Bowerman bekerjasama bermula tahun
1964. Mereka mula menyewa premis perniagaan pada tahun 1966 yang membolehkan
pekerja menjual kasut di kedai pula. Hubungan perniagaan antara BRS dan Tiger
berakhir sekitar tahun 1971 dan bertitik tolak dari waktu itu Knight dan
Bowerman memulakan jenama kasut mereka sendiri iaitu Nike sempena dewi kemenangan
Greek yang kini bernilai AS13.7 bilion.
Harga/Nilai Yuran Perpindah
Pemain Bolasepak Termahal di Dunia
Sesungguhnya seseorang jaguh sukan tidak dilahirkan secara semula jadi. Sebaliknya usaha perlu
dilaksanakan pada usia seawal mungkin untuk mendidik seseorang menjadi jaguh
dalam bidang sukan.
Usaha memperkenalkan permainan di
peringkat usia muda bukan sesuatu yang asing sebaliknya ia terbukti menerusi
pencapaian cemerlang atlit bertaraf dunia.
Andai profil peribadi jaguh sukan dunia
dibuka - Edwin Moses, anda dapat melihat banyak fakta menarik bagaimana seseorang itu boleh
berjaya dalam bidang yang mereka ceburi.
Antara yang menarik untuk dijadikan
panduan adalah mengenai kejayaan pemain golf dunia, Tiger Woods yang mula
membuat pukulan swing daripada pemukul golf yang dipotong di garaj sewaktu
berusia 11 bulan dan menyertai latihan pada usia empat tahun.
Sementara pemain skuasy nombor satu dunia
yang menjadi atlit kebanggaan negara, Nicol Ann David bermula pada usia lima
tahun.
Bermula dengan mengikut kedua kakaknya
Cheryl dan Lianne yang terlebih dulu menjalani latihan, Nicol yang sebelum itu
asyik menjadi mangsa kekalahan ke atas mereka kemudian lebih menonjol dan mula
menyertai kejohanan pada usia 11 tahun.
Dua ikon itu adalah antara bukti bahawa
untuk melahirkan seorang jaguh, usaha perlu dilakukan pada usia muda kerana
ketika itu seorang kanak-kanak mudah dibentuk.
Usaha untuk melahirkan seorang jaguh kini
lebih mudah berbanding dulu yang hanya mengharapkan usaha pihak sekolah dalam
mencungkil bakat.
Ini kerana dalam persekitaran serba maju,
banyak pusat latihan sukan terutama oleh pihak swasta yang menyediakan pelbagai
kemudahan latihan untuk melahirkan seorang jaguh.
Tidak sukar untuk mencari pusat latihan
kerana banyak iklan mengenainya tersiar dan apa yang penting sebagai ibu bapa
anda cuma perlu bijak memilih jenis sukan yang sesuai diceburi oleh anak
mereka.
Malah ibu bapa juga mempunyai banyak
pilihan untuk memilih pusat latihan dan jenis sukan yang sesuai buat anak
mereka.
Kewujudan banyak pusat latihan sukan itu
juga membuatkan pengusahanya berlumba-lumba menyediakan kemudahan terbaik
termasuk menyediakan jurulatih kebangsaan untuk menarik ramai pelatih.
Jika dulu, sukan mula diperkenalkan ketika
kanak-kanak memasuki sekolah rendah, kini tidak lagi kerana kebanyakan sekolah
tadika turut menyediakan jurulatih untuk sukan-sukan tertentu.
Antara latihan awal sukan yang ada di
dalam negara adalah renang, badminton, taekwondo, karate, boling, golf,
gimnastik, skuasy dan bola sepak.
Apapun, di sebalik kebanjiran pusat
latihan sukan ini, peranan ibu bapa paling penting dalam melahirkan seorang
jaguh.
Ini kerana tanpa kerjasama serta bimbingan
dan komitruen padu daripada ibu bapa, usaha melahirkan seorang jaguh mungkin sukar dilaksanakan.
Sumber: Berita Harian / 1 Klassifieds / 18 April
2016
200 Kakitangan Kementerian Tidak Sihat
200 Warga Kementerian Ini Yang Dikenal Pasti Sebagai Berisiko Tinggi Mendapat Diabetes Dan Tekanan Darah Tinggi
Putrajaya: Kementerian Pendidikan Tinggi akan memperluaskan Program ‘Fit & Cool’ ke semua universiti awam (UA) dalam memperkasakan rakyat mengamalkan gaya hidup sihat termasuk pemakanan dan melakukan aktiviti fizikal secara berkala.
Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, program di bawah Skim @KSi MyKerja itu membabitkan kakitangan di kementerian berkenaan yang bermula Mei lalu menerusi sesi saringan awal kesihatan.
Menurutnya, seramai 1,000 warga kementerian disaring dan hasilnya, kira-kira 60 hingga 70 peratus daripada jumlah berkenaan mempunyai Indeks Jisim Tubuh (BMI) atau bacaan tekanan darah yang tinggi.
“Susulan itu, seramai 200 warga kementerian ini yang dikenal pasti sebagai berisiko tinggi mendapat diabetes, tekanan darah tinggi serta kolesterol mengikuti program berkenaan.
“Justeru, program sebegini boleh diteruskan ke UA dalam memastikan kakitangan ini mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas,” katanya pada pelancaran Program ‘Fit & Cool’, di sini, semalam.
Hadir sama, Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) Tan Sri Dr Mohd Nasir Mohd Ashraf dan Ketua Pegawai Eksekutif MySihat Dr K Manimaran.
Program berkenaan dianjurkan dengan kerjasama MySihat yang menyokong Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) serta menumpukan tiga faktor risiko seperti diet tidak sihat, fizikal tidak aktif dan penggunaan tembakau.
Kejayaan program dilihat pada pengukuran BMI menjadi lebih baik, tahap kecergasan bertambah baik, kandungan lemak badan berkurangan, pengetahuan menangani bahaya penyakit tidak berjangkit (NCD) serta perubahan amalan pemakanan dan melakukan aktiviti fizikal.
Dalam pada itu, Idris berkata, melihatkan kepada Kajian Morbiditi dan Mortaliti Kebangsaan 2015 oleh Kementerian Kesihatan antaranya seramai 3.5 juta rakyat mempunyai diabetes, 6.1 juta mengalami tekanan darah tinggi serta 9.6 juta mempunyai kolesterol berlebihan menunjukkan pentingnya amalan hidup sihat dalam kalangan rakyat.
Artikel ini disiarkan pada: Selasa, 2 Ogos 2016 @ 5:36 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan