Kemahiran digital bantu capai ketaksamaan gender.
Wanita perlu bijak menguasai kemahiran digital.
Wanita perlu bijak menguasai kemahiran digital.
Wanita perlu dapatkan pendidikan teknologi digital lebih baik kerana pada masa kini penggunaan internet penting buat mereka, sekali gus memberikan kelebihan dalam kitaran kerjaya mereka'' Chan Chin Ching, Ketua Bahagian Kemasukan dan Kepelbagaian, Accenture Malaysia
Happy Mother's Day - Receive 15% off when you spend $100 or more at Boscovs.com!
Sale Time! Shop all sale at MichaelKors.com
Top Products - Carole Hochman midnight kiss Pajama
Sale Time! Shop all sale at MichaelKors.com
Top Products - Carole Hochman midnight kiss Pajama
Seandainya wanita mahir menggunakan
teknologi, Malaysia boleh mencapai kesaksamaan gender di tempat kerja seawal
tahun 2060.
Jangkaan itu dibuat oleh firma perunding,
Accenture, hasil satu laporan penyelidikan baharu berkaitan; Pencapaian
kesetaraan gender lebih mudah: Bagaimana digital membantu merapatkan jurang
jantina di tempat kerja yang dikeluarkan, bersempena dengan Hari Wanita
Antarabangsa diraikan, baru-baru ini.
Menurut Accenture, negara membangun perlu
menggandakan kadar penggunaan teknologi lebih cepat dan canggih untuk
melahirkan lebih ramai wanita mahir digital untuk memendekkan masa yang diperlukan,
seterusnya mencapai kesaksamaan jantina di tempat kerja.
Sejajar dengan itu, tidak hairanlah
keputusan kajian menunjukkan, bahawa semakin tinggi kemahiran digital, semakin
tinggi kesaksamaan jantina di tempat kerja.
Laporan itu turut menunjukkan, kemahiran
digital juga mempunyai kesan lebih positif terhadap pendidikan wanita di negara
membangun berbanding baru dibangunkan.
Lebih daripada dua pertiga atau 68 peratus
daripada wanita di negara membangun, berbanding kurang daripada separuh (44%)
wanita di negara maju, mendakwa bahawa penggunaan internet adalah penting untuk
pendidikan mereka.
Kajian dijalankan itu turut menunjukkan,
61 peratus wanita dalam pasaran baharu muncul lebih dua kali ganda, berbanding
wanita di negara maju (29%) untuk memulakan pemiagaan baharu dalam tempoh lima
tahun akan datang.
Lenyapkan kekangan
Ketua Bahagian Kemasukan dan Kepelbagaian,
Accenture Malaysia, Chan Chin Ching, berkata antara 31 negara dikaji menerusi
Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara, kawasan serantau Asia secara purata
mempunyai catatan paling rendah, wanita mahir menggimakan teknologi.
Katanya, penyelidikan pertama dijalankan
secara aktif itu turut menunjukkan, umum menerima dan menggunakan teknologi
digital untuk menjadi lebih berpengetahuan dan berhubung. Justeru, ia perlu
diterapkan secara mendalam kepada wanita.
“Hampir separuh daripada wanita bekerja
mendapati mereka menggunakan teknologi digital untuk bekerja dari rumah dan
untuk mendapatkan peluang pekerjaan.
Kemahiran digital melenyapkan kekangan
yang menyekat peluang pekerjaan dalam kalangan wanita.
Jadi, adalah penting terutamanya Malaysia
untuk melahirkan ramai wanita berpendidikan dapat meneruskan perjalanan karier
mereka hingga ke puncak.
“Hakikatnya, wanita sering tercicir di pertengahan
jalan bukan atas faktor kehidupan lain seperti berkeluarga,” katanya pada
taklimat media, di ibu negara, baru-baru ini.
Katanya, hampir 60 peratus daripada wanita
yang tidak bekerja berkata, bekerja dari rumali atan mempunyai waktu lebih
fleksibel akan membantu mereka mencari keija.
“Wanita perlu dapatkan pendidikan
teknologi digital lebih baik kerana pada masa kini penggunaan internet penting
buat mereka, sekali gus memberikan kelebihan dalam kitaran keijaya mereka. Pendek
kata, wanita seolah-olah memanfaatkan digital melalui pendidikan mereka untuk
kesan yang lebih besar daripada lelaki,” katanya.
Setanding lelaki
Sementara itu, Pengarah Urusan, Accenture
Malaysia, Janet Yap berkata, 40.7 peratus daripada 601 pekeqa wanita Accenture
Malaysia adalah berjawatan eksekutif.
Katanya, laporan dikongsikan firma
perhubungan awam Weber Shandwick, Gender Indeks Pioneer Forward (GFP);
mendapati hanya 10.9 peratus daripada eksekutif kanan bagi 500 syarikat
terbesar di dunia adalah wanita. Di Asia Pasifik hanya empat peratus.
“Saban hari kecanggihan teknologi semakin
dikendalikan dengan bagus dalam kalangan wanita. Ini membolehkan
mereka mendominasi dan lebih menyerlah
dalam bidang digital serta teknologi maklumat. Pun begitu, porkombnngnn
toknoloni itu lidak bcrlaku secara seimbang akibat perbezaan jantina bagi
jurang digital. Ini mengakibatkan wanita sukar untuk saling her hubung,”
katanya.
Behau berkata, pendekatan mudah
memperlihatkan kemajuan yang kukuh dalam digital tempatan, sekali gus membawa
kesan positif kepada industri teknologi maklumat (IT) dan komunikasi (ICT)
Malaysia.
Ketengahkan potensi wanita
Beliau berkata, berdasarkan perkembangan
itu, Asia kini memerlukan lebih ramai wanita bagi mengetengahkan potensi dan
peranan mereka, sekali gus meletakkan keupayaan setanding lelaki.
“Perubahan positif itu, sekali gus
membuktikan biarpun persada industri IT dianggap rumit masih dapat dikawal wanita
menerusi pendekatan progresif selain mula menduduki jawatan tinggi dalam
pelbagai bidang ekonomi.
“Teknologi turut membawa perubahan arus
kemodenan yang lebih efektif dan manfaat kepada segenap lapisan masyarakat,
bahkan mengubah kehidupan manusia menerusi perkongsian ilmu sejagat,” katanya.
Tahu seimbangkan kerjaya dan kehidupan
Tahu seimbangkan kerjaya dan kehidupan
Kemajuan dicapai dalam kalangan wanita juga berpunca dari sikap mereka sebagai
pendengar baik, di samping mampu memikul pelbagai tanggungjawab dalam masa yang
sama.
Apatah lagi, kebanyakan organisasi hari
ini mengoptimumkan penggunaan teknologi di tempat kerja bagi menggalakkan potensi
kakitangan, mcmperluaskan kerjasama dan inovasi.
Yap berkata, keupayaan wanita untuk
memberikan fokus, menjadi pendengar baik dan mencari jalan penyelesaian tepat,
amat diperlukan sekiranya terbabit dalam dunia digital sama ada di negara ini
mahupun negara global lain.
“Komunikasi efektif menjadi kcperluan
penting kepada individu kerana menajamkan kemahiran diri, komunikasi, peranan
tugas dan teknologi. Selain itu, kebijaksanaan wanita untuk menguruskan keseimbangan
pelbagai sudut kehidupan termasuk keluarga, karier dan menerusi kepesatan
teknologi dunia juga antara elemen kejayaan mereka.
“Ini menunjukkan, wanita tahu seimbangkan
kerjaya dan kehidupan, memilih waktu bekerja fleksibel serta memahami budaya
kerja pejabat, sekali gus mengoptimumkan kepakaran yang dimiliki. Ia turut meletakkan
kepentingan berkerja dari rumah, boleh dihubungi, mencapai sasaran dan komited
dengan bidang tugas yang diberikan,” katanya.
Hakis pemikiran skeptikal
Justeru, kata Yap bagi melahirkan masyarakat
celik digital dalam kalangan wanita, penggunaan kompuler pcrlu didedahkan dalam
kalangan kanak-kanak sejak awal usia.
Katanya, usaha itu membuka minda bagi pelbagai
kemungkinan dan bagaimana teknologi dapat memberi kesan besar kepada
masyarakat, termasuk manfaat teknologi kepada surirumah.
“Teknologi mempunyai banyak manfaat,
termasuk memberi kesan langsung kepada dunia pemiagaan, memudahkan sesuatu
perkara dan menjana pendapatan sampingan.
“Kita perlu hakis pemikiran skeptikal yang membezakan antara anak lelaki dan perempuan serta tanggapan perlu ada jurang dan sering mempersoalkan keputusan diberikan anak mahupun rakan,” katanya.
“Kita perlu hakis pemikiran skeptikal yang membezakan antara anak lelaki dan perempuan serta tanggapan perlu ada jurang dan sering mempersoalkan keputusan diberikan anak mahupun rakan,” katanya.
Sumber: Berita Harian/Famili/Isnin/18 April 2016
Bisnes Online
3 Cara Menjana Pendapatan Melalui Bisnes Online
KOS sara diri yang semakin meningkat menyebabkan kebanyakan daripada kita
mencari pelbagai peluang untuk menambah pendapatan. Walau bagaimanapun,
banyakjuga orang yang terlalu ghairah untuk menjana pendapatan secara online
sehingga menyebabkan ada yang tertipu dan terpedaya dengan penipuan dalam
talian. Di dalam artikel ini, kami telah menyenaraikan beberapa jenis bisnes
online yang anda boleh kendalikan sendiri untuk mengurangkan risiko ditipu, di
samping menjana pendapatan tambahan yang anda perlukan..
BHarian/1klassifieds/Khamis, 12 Januari 2017
Fenomena blog telah melahirkan penulis-penulis blog yang terkenal
seperti Hanis Zalikha, Saiful Nang dan BeautifulNara yang mempunyai jutaan
pembaca dan pengikut. Namun, mesti anda tertanya-tanya:
Bagaimanakah penulisan blog boleh
menghasilkan pendapatan lumayan?
Salah satu caranya adalah dengan memasukkan
pautan iklan ke dalam blog anda.
Melalui pautan ini, anda boleh memperolehi
komisen setiap kali pengunjung blog anda mengklik pautan berkenaan.
Sekiranya blog anda mempunyai kadar
lawatan yang tinggi, setentunya anda akan mendapat komisen yang,lumayan.
Jangan terkejut sekiranya ada penulis blog
yang dapat menjana pendapatan sehingga lima angka hanya dengan cara ini.
Antara penyedia perkhidmatan pengiklanan
blog ialah Nuffnang.
Apa yang anda patut tahu?
Walau bagaimanapun, anda mungkin
memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan pendapatan lumayan daripada
pengiklanan blog. Pendapatan ini juga tidak tetap. Hal ini kerana kadar
pendapatan anda bergantung pada jumlah pengunjung ke blog anda dan sama ada
pengunjung tersebut mengklik pautan iklan anda.
Sehubungan dengan itu, terdapat pelbagai
aspek yang anda perlu pertimbangkan. Pertama, isi kandungan blog anda perlu
menarik dan berkaitan dengan pengunjung. Kedua, anda hendaklah mengemaskini isi
blog tersebut dengan kerap, mengikuti informasi terkini.
Seterusnya, anda perlu mempromosikan blog
anda bagi menarik pengunjung yang ramai. Salah satu cara yang boleh anda cuba
adalah dengan berkongsi pautan blog anda di laman sosial seperti Facebook,
Instagram dan Twitter. Selain itu, blog and isi kandungan blog anda hendaklah
senang diakses melalui komputer dan peranti mudah alih yang lain agar
pengunjung blog anda dapat membaca dan melihat isi blog anda dan mengklik
pautan iklan-iklan yang terkandung di dalamnya dengan mudah.
Menjual barangan secara online
Barangan terpakai
Satu lagi cara untuk menjana pendapatan
adalah dengan menjual barangan terpakai secara dalam talian. Cara ini sesuai
bagi orang yang mempunyai banyak barangan terpakai yang tidak digunakan lagi.
Di Malaysia, anda boleh menggunakan portal
online seperti Mudah.my dan Lelong.com.my, laman sosial Facebook dan Instagram,
dan aplikasi seperti Carousel untuk menjual barangan terpakai anda.
Anda hanya perlu memuat naik gambar barang
berkenaan dan memberikan keterangan pendek mengenai barangan tersebut di dalam
laman web atau aplikasi yang anda gunakan.
Namun, pastikan barangan yang dijual
berada dalam keadaan yang baik dan masih boleh digunakan. Seeloknya, anda
gunakan gambar terbaharu barangan berkenaan bagi menunjukkan keadaan sebenar
barangan tersebut.
Produk atau barangan baru Pernah anda
dengar tentang Bella Ammara? Minaz? De' Xandra? Jenama-jenama tersebut adalah
contoh jenama yang bermula dengan perniagaan dalam talian. Mungkin anda belum
mempunyai modal untuk mempunyai perniagaan sendiri. Namun, anda boleh bermula
dengan menjadi ejen jualan tanpa modal atau stokis dengan modal yang minimum.
Setelah mendapatkan produk yang ingin anda
jual, anda boleh membangunkan satu portal online bagi memasarkan produk-produk
tersebut. Pada masa ini, terdapat pelbagai kemudahan di Internet yang
memudahkan anda memasarkan produk-produk sebegini.
Anda boleh membuka laman sesawang sendiri,
atau menggunakan perkhidmatan laman sesawang sepertiLelong, Lazada, atau Mudah,
aplikasi mudah alih, serta laman sosial seperti Facebook dan Instagram untuk
memasarkan produk yang anda jual. Apa yang anda patut tahu? Seperti perniagaan
biasa yang lain, bisnes online juga mempunyai risiko-risiko tertentu. Salah
satu risiko yang anda perlu sedari ialah risiko penipuan atau scam.
Hal ini boleh terjadi ketika anda ingin
membeli atau menjual produk anda. Sebagai contoh, penipu mungkin akan menyamar
sebagai pembeli daripada negara asing dan menawarkan harga tinggi bagi produk
yang anda jual. Dia mungkin mengarahkan bahawa anda membuat bayaran deposit
untuk mengesahkan pembelian, atau membuka akaun sebagai pembekal produk
tersebut.
Jadi, anda mestilah sentiasa berwaspada,
dan sahkan kesahihan pembeli dan penjual produk anda.
Perniagaan dalam talian juga memerlukan
pengiklanan dan promosi yang kerap bagi menarik minat pelanggan. Selain itu,
terdapat persaingan yang sangat tinggi dalam penjualan sebegini terutamanya
apabila anda menjual produk- produk yang sedang hangat dalam pasaran. Oleh itu,
sebagai peniaga dalam talian, anda perlulah mempunyai ilmu dalam pemasaran,
inventori, dan kewangan bagi memastikan perniagaan anda berjalan lancar.
Menawarkan perkhidmatan secara sambilan
Satu lagi cara bagi anda menjana
pendapatan secara dalam talian adalah dengan menawarkan perkhidmatan secara
sambilan. Cara Ini sangat sesuai bagi orang yang mempunyai bakat dan kebolehan
dalam bidang penyuntingan, fotografi, penulisan, pengkodean dan banyak lagi.
Dengan menggunakan bakat yang anda sedia
ada, tidak mustahil bagi anda memperoleh pendapatan lumayan. Malah, anda
mungkin dapat membuka peluang bagi menawarkan perkhidmatan ini secara sepenuh
masa juga. Bagi sesiapa yang berminat, anda boleh mengunjungi laman sesawang
seperti Fiverr.Upwork dan PartTime, selain menggunakan laman sosial bagi
mengiklankan perkhidmatan anda.
Apa yang anda patut tahu?
Banyak pelanggan yang menggunakan
perkhidmatan sambilan beranggapan bahawa kadar bayaran pemberi perkhidmatan
sambilan adalah lebih rendah daripada orang yang menawarkan perkhidmatan ini
secara sepenuh masa. Oleh itu, anda hendaklah bijak dalam menawarkan kadar
harga yang bersesuaian kepada pelanggan.
Selain itu, reputasi anda adalah perkara
pertama yang dilihat oleh pelanggan. Oleh itu, testimonial dan maklum balas
pelanggan adalah penting. Anda juga perlu memastikan anda mempunyai kelayakan
dan profesionalisme yang setimpal dengan pemberi perkhidmatan sepenuh masa.
Pada masa yang sama, anda juga perlu sentiasa mengikuti kursus yang boleh
menambahkan ilmu mengenai bidang yang anda ceburi.
Kepesatan teknologi Internet memberikan
banyak peluang kepada anda untuk menjana pendapatan tambahan secara online.
Namun, anda hendaklah bijak agar dapat menjana pendapatan maksimum dan
mengelakkan diri daripada menjadi- mangsa penipuan. Kecekalan dan pengetahuan
yang tinggi juga perlu bagi memastikan perniagaan berjalan lancar dan
memberikan manfaat kepada diri sendiri dan orang di sekeliling anda.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web
www. imoney.my