"" Gedung Purba: Disember 2016
Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Khamis, 22 Disember 2016

Adakah Kita Sihat?

Adakah Kita Sihat?
Tekanan darah, Saringan Diabetes, Tahap Kolesterol, Fungsi Paru-paru danUjian EKG
Berikut adalah panduan mengenai beberapa ujian lazim bagi semua peringkat usia yang dilakukan ketika saringan kesihatan dilakukan.
Saringan kesihatan menyeluruh akan menghasilkan keputusan yang baik sekiranya siri ujian itu dilakukan oleh mereka yang protesional dalam penjagaan kesihatan.
Tekanan darah
Tekanan darah tinggi (hipertensi) memaksa jantung mengepam darah lebih kuat dan lama kelamaan menjejaskan pembuluh darah di seluruh tubuh. Biarpun tubuh manusia boleh menerima kenaikan tekanan darah selama berbulan-bulan malah bertahun, tetapi lama-kelamaan ia boleh merosakkan jantung, buah pinggang, otak dan mata.
Bacaan tekanan darah kita diukur oleh tekanan sistolik (bacaan atas) dan diastolik (bacaan bawah).
Sebagai contoh, bacaan 120/80 adalah normal tetapi 140/90 dan lebih tinggi daripada itu menunjukkan mungkin kita menghadapi masalah tekanan darah tinggi. Sebaik-baiknya, setiap individu perlu memeriksa tekanan darah sekurang-kurangnya dua tahun sekali.
Bagi mereka yang disahkan menghidap kencing manis, penyakit jantung, masalah buah pinggang atau masalah kesihatan lain perlu kerap dipantau menerusi pemeriksaan kesihatan.
Saringan Diabetes
Diabetes atau kencing manis bukan asing di kalangan masyarakat Malaysia. Penyakit ini terjadi apabila tahap glukos (gula) terlalu tinggi. Glukos diperoleh daripada makanan yang diambil yang akhirnya menghasilkan hormon insulin.
Insulin memberikan tenaga kepada sel dalam tubuh. Pesakit diabetes jenis 1 tidak mampu menghasilkan insulin, manakala pesakit diabetes jenis 2, sama ada tidak dapat menghasilkan atau memanfaatkan insulin sepenuhnya. Dalam kebanyakan kes, apabila tubuh tidak menghasilkan insulin, glukos kekal dalam darah dan ini boleh menyebabkan kerosakan serius kepada organ utama dan saraf.
Ujian glukos dalam darah dilakukan untuk memastikan diabetes di mana individu perlu berpuasa selama minimum lapan jam. Glukos dalam darah normal orang yang berpuasa ialah antara 4.4 dan 6.1mmol/L (mereka yang tidak menghidap diabetes).
Piawaian pemeriksaan atau diagnosis standard dilakukan apabila dua ujian darah berbeza, ujian toleransi glukos menunjukkan bacaan glukos dalam darah tidak lebih atau bersamaan dengan 7.8 mmol/L.
Tahap Kolesterol
Kolesterol adalah bahan yang lekit seakan-akan lemak yang terdapat di dalam darah dan setiap sel dalam tubuh manusia.
Pembentukan berganda kolesterol dan lemak lain dikenali sebagai lipid. Tubuh manusia hanya memerlukan sejumlah kecil kolesterol bagi menjalankan fungsi tubuh.
Lebihan kolesterol dalam saluran darah akan menyempitkan pembuluh darah. Ini menyebabkan sekatan juga dikenali sebagai plak. Plak meningkatkan peluang seseorang untuk mendapat penyakit jantung. Lazimnya, tiada gejala jelas yang menunjukkan kemungkinan kolesterol tinggi dalam darah kecuali menerusi ujian darah. Kolesterol tinggi juga boleh berlaku akibat genetik, obesiti dan diet yang tidak sihat.
Paras kolesterol diukur dalam mmol/L. Kolesterol tinggi boleh didiagnosa dengan ujian darah mudah, atau juga dikenali sebagai profil lipid, la biasanya dijalankan selepas individu berpuasa selama 10 hingga 12 jam bagi mengasingkan kemungkinan pengaruh lemak yang baru saja dimakan. Keputusan ujian biasanya dinyatakan mengikut jenis berikut;
-LDL (kolesterol jahat) kolesterol jahat yang boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular. Paras optimal harus berada di bawah 2.6 mmol/L
-HDL (kolesterol baik) - kolesterol baik yang membantu memanfaatkan kolesterol dalam tubuh. Paras yang baik seharusnya lebih dari 1.6 mmol/L.
-Trigliserida - lemak yang lazim ditemui dalam darah dan lebihannya boleh menyebabkan penyakit arteri koronari. Paras sederhana biasanya di bawah 1.7 mmol/L.
-Jumlah kolesterol - kompilasi semua bentuk komponen lipid dalam darah. Paras yang disarankan seharusnya berada di bawah 5.2 mmol/L.
Fungsi Paru-paru
Ujian fungsi paru-paru juga dikenali sebagai ujian fungsi pulmonari. Ujian yang standard menentukan keupayaan fungsi paru-paru seperti berapa banyak udara boleh disedut. la kemudian direkodkan dan dibandingkan dengan yang lain di dalam kumpulan yang sama, ketinggian dan jantina.
Ujian ini membolehkan pengamal perubatan menentukan kapasiti paru-paru untuk menyalurkan oksigen kepada sistem darah begitu juga kekuatan otot pernafasan. Ujian fungsi paru-paru juga merangkumi pelbagai ujian pernafasan dan ujian bagi mengukur paras oksigen dalam darah. Ujian pernafasan yang biasa digunakan termasuk:
-Spirometri - mengukur jumlah udara yang disedut dan dihembus serta berapa pantas udara dihembuskan.
-Pletimosgrafi tubuh - mengukur jumlah udara yang hadir dalam paru-paru ketika menyedut dan jumlah yang kekal selepas menghembus.
-Kapasiti difusi paru-paru - mengukur keberkesanan oksigen dipindahkan dari paru-paru ke saluran darah.
-Ujian latihan tekanan - mengukur kebolehan paru-paru dan fungsi jantung ketika berada di bawah tekanan. Lazimnya ia diukur ketika pesakit menggunakan mesin treadmill atau basikal.
Ujian EKG                
Elektrokardiogram (EKG) bertujuan mengesan degupan jantung yang tidak normal.
EKG bersenam dilakukan untuk mengesan jika ada berlaku kekurangan bekalan darah ke jantung atau aliran darah tersekat pada arteri koronari (iaitu saluran darah yang membawa darah ke jantung). Ujian EKG standard memerlukan cakera logam (electrod) yang diletakkan di sekitar lengan, kaki dan dad a.
Naikturun bacaan EKG dibahagikan kepada beberapa seksyen yang menunjukkan bagaimana jantung berfungsi. Degupan jantung yang biasa adalah di antara 60 hingga 100 degupan seminit. Bacaan yang kurang daripada 60 degupan seminit menunjukkan degupan jantung yang perlahan dan lebihan 100 degupan jantung seminit dianggap sebagai tidak normal.
Keputusan EKG mestilah diterjemah oleh pengamal perubatan terlatih kerana keputusan sering memerlukan interpretasi berdasarkan gejala lalu, rekod kesihatan, pemeriksaan fizikal dan keputusan ujian lain.
Pasca Saringan
Biarpun keputusan ujian normal, seseorang itu tidak seharusnya berhenti mengambil langkah berjaga-jaga. Saringan kesihatan yang kerap perlu dijalankan, bagi mengesan keadaan kesihatan yang mungkin terjejas selepas pemeriksaan kesihatan dijalankan. Tidak kurang penting untuk anda terus mengekalkan gaya hidup sihat sementara dalam masa sama menjalani pemeriksaan kesihatan rutin pada masa yang sesuai.

Sebaliknya, jika keputusan menunjukkan kemungkinan komplikasi, pesakit dinasihatkan membuat rawatan susulan dengan pengamal kesihatan dengan segera. Menangguhkan rundingan tidak digalakkan kerana rawatan awal dan pengurusan penyakit di peringkat awal yang baik menghasilkan keputusan yang baik sekali gus mencegah komplikasi serius.

Kes Penipuan Dan Jenayah

Akta Hasutan
Mungkinkah Akta Hasutan Disemak Semula
Setiap individu semestinya kuat, amanah, jujur dan profesional dalam pekerjaan. Pekerjaan adalah platform mencapai kesejahteraan hidup di dunia mahupun akhirat. Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Abdullah Muhammad Zin.
Akta Hasutan 1948 (Akta 15) adalah bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan"
Apa yang ditekankan oleh Mahkamah Rayuan, pendapat yang mengatakan satu kesalahan hasutan itu tidak memerlukan pembuktian mens reo"
Landskap undang-undang common low ini akhirnya berubah dengan munculnya kesalahan statutori"
Datuk Saleh Buang
BH/Dari Kaca Mata/Khamis, 12 Disember 2016
Laman web rasmi Ketua Pendaftar Mahkamah Perseku-tuan Malaysia baru-baru ini menyiarkan sepenuhnya teks keputusan panel ha­kim Mahkamah Rayuan dalam kes Mat Shuhaimi bin Shafiei lwn Kerajaan Malaysia (http://www.kehakiman.gov.my/?q=en/node/628).
Keputusan setebal 24 halaman itu, yang ditulis oleh Varghese a/1 George Varughese HMR, meluluskan rayuan perayu (Mat Shuhaimi) dan mengetepikan keputusan Ha­kim Mahkamah Tinggi. Seterusnya mahkamah mengisytiharkan (da­lam perenggan 45 penghakiman itu) bahawa “Section 3(3) of the Sedition Act 1948 (Act 15) contrave­nes Article 10 of the Federal Cons­titution and therefore is invalid and of no effect in law” (Seksyen 3(3) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) adalah bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dan de­ngan itu adalah tidak sah dan tidak berkesan di sisi undang-undang).
Seksyen 3(3) akta itu menyebutkan “Bagi maksud membuktikan berlakunya mana-mana kesalahan di bawah akta ini, niat orang yang dituduh pada masa... dia melafaz- kan kata-kata yang menghasut itu... hendaklah dianggap sebagai tidak relevan... jika pada hakikatnya... kata-kata itu… mengandungi kecenderungan menghasut.”
Mahkamah Rayuan  memutuskan bahawa seksyen 3(3) itu, setakat mana ia tidak mengkhendaki bukti mengenai niat melakukan kesalahan menghasut, adalah tidak boleh dipertahankan sama sekali. Mengikut mahkamah itu lagi, sek­syen 3(3) itu adalah satu sekatan atau langkah tidak padan kepada matlamat yang sah seperti disebutkan dalam Perkara 10(2) Per­lembagaan Persekutuan.
Dalam bahasa mudah, apa yang ditekankan oleh Mahkamah Rayu­an, pendapat yang mengatakan sa­tu kesalahan hasutan itu tidak memerlukan pembuktian mens rea adalah ‘tidak boleh dipertahankan sama sekali’. Mengikut fakta kes ini, perayu (Mat Shuhaimi) dituduh melakukan kesalahan menghasut kerana memuatnaik bahan yang menghasut dalam blognya di Pusat Khidmat Rakyat, Jalan Anggerik Vanilla, Kota Kemuning, Shah Alam pada 30 Disember 2010.
Kira-kira empat tahun kemudian, pada September 2014 usaha awalnya untuk mendapatkan perintah mahkamah mengisytihar­kan Seksyen 3 dan 4 Akta Hasutan sebagai tidak sah, gagal. Terkilan dengan keputusan Mahkamah Tinggi itu, dia kemudian merayu ke Mahkamah Rayuan. Pada 25 No­vember 2016, Mahkamah Rayuan meluluskan rayuannya.
Ramai juga dalam kalangan pengamal undang-undang di negara ini, tersentak dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang baru ini. Mereka terkejut kerana selama ini, berdasarkan keputusan hakim bicara N H Chan dalam kes PP v Par am Cumaraswamy [1986] CU (Rep) 606, mens rea bukan satu elemen penting dalam kesalahan menghasut. Apa yang perlu dibuktikan oleh pasukan pendakwaan di mahkamah adalah ucapan tertuduh itu mengandung satu ‘kecenderungan menghasut’.
Bukti menghasut
Soalnya bagaimanakah pasukan pendakwaan boleh membuktikan kecenderungan menghasut? Jawapannya terkandung dalam satu kes lama, R v Aldred (1909) 22 Cox CC1. Kata mahkamah dalam kes lama itu, kita mesti lihat latar belakang orang yang mendengar suatu uca­pan yang dikatakan menghasut. Apakah mereka orang yang cerdik pandai dan berpengalaman atau orang biasa yang masih mentah dan kurang berilrnu?
Pendirian mahkamah di beberapa common law (selain Malaysia) tidak sama dengan pendirian mah­kamah negara kita. Di Kanada, Mahkamah Agung negara itu me- mutuskan (keputusan majoriti 5:4) dalam kes Boucher lwn The King [1951] SCR 265, bahawa sebelum mahkamah boleh mensabitkan ke­salahan seorang itu kerana meng­hasut, elemen niat untuk menim- bulkan keganasan terhadap kera- jaan mesti dibuktikan.
Di India, mahkamah negara itu mengambil pendekatan sama de­ngan mahkamah di Kanada. Dalam kes Kedar Nath Singh v State of Bihar (1962 AIR 955) Mahkamah Agung India memutuskan, jika ti­dak ada bukti suatu tindakan itu dilakukan dengan niat menggugat kerajaan menerusi cara yang ganas, tertuduh tidak boleh disabit- kan sebagai menghasut.
Seperti dinyatakan di atas„. mah­kamah di negara kita sudah sekian lama memutuskan kesalahan menghasut di bawah Akta Hasutan ini tidak memerlukan mens rea. Ia menjadi kecualian kepada kaedah am bahawa suatu kesalahan itu mesti mengandungi elemen actus reus dan mens rea) sebelum seorang tertuduh itu bolrh disabitkan.
Dalam kes yang masyhur, P.P. lwn. Ooi Kee Saik & Ors [1971] 2 MU 108, Hakim Raja Azlan Shah J me­mutuskan bahawa sebaik sahaja pasukan pendakwaan dapat mem­buktikan tertuduh melafazkan kata-kata menghasut itu, ia boleh disabitkan dan tidak perlu ada buk­ti sama ada kata-kata yang dilafazkan oleh tertuduh itu, benar atau dusta.
Pendekatan sama diambil mah­kamah kita dalam kes P.P. v. Mark Koding [1983] l MU ill. Dalam kes itu, mahkamah memutuskan ba­hawa sekali pun tertuduh ada niat yang baik melafazkan kata-kata yang menjadi asas pertuduhan itu, ia bukan satu pembelaan.
Mengikut amalan tradisi di banyak negara common law, suatu jenayah itu dikatakan berlaku hanya jika satu perbuatan yang salah (actus reus) wujud bersama satu niat yang salah (mens rea). Konsep mens rea mula dikembangkan pada kurun ke-17 di England apabila hakim bicara sepakat menyatakan satu tindakan itu tidak boleh dikatakan salah kecuali ia dituruti dengan atau didorong oleh satu niat yang salah.
Bagaimanapun, landskap un­dang-undang common law ini akhimya berubah dengan munculnya kesalahan statutori, yang banyak daripadanya sekarang adalah kesala­han ‘strict liability’ dan elemen mens rea tidak lagi penting atau relevan. Keputusan Mahkamah Rayuan akhir November lalu dalam kes Shu­haimi bukan sesuatu yang mudah difahami kerana banyak isu undang-undang yang rumit cuba dihuraikan olehnya. Sama ada keputusan ini akan bertahan lama atau satu hari nanti akan diketepikan pula oleh Mahkamah Persekutuan (yang lebih tinggi darinya), hanya masa dapat menentukannya.

Sementara itu, kita berdepan de­ngan teka-teki apakah Akta Ha­sutan akan disemak semula dalam masa terdekat? Apakah langkah akan diambil untuk memindanya agar persoalan perlu atau tidaknya pembuktian mens rea dalam sek­syen 3(3) Akta dimuktamadkan.

Peningkatan Senjata Api, Bunuh, Nahas Jalan Raya Membimbangkan
Pasukan polis forensik menjalankan siasatan di lokasi kejadian tembak yang mengakibatkan dua orang maut di tempat kejadian di Jalan Kolam, Luyang, Kota Kinabalu pada 15 April lalu.
Amukan seorang pengawal peribadi bukan sahaja membunuh majikannya, malah dua orang awam lain dalam tembakan rambang di Lebuh Ra­ya Tun Dr Lim Chong Eu, Pulau Pinang pada 1 Disember lalu, antara kes jenayah menggemparkan negara sepanjang 2016.
Kejadian pada jam 7.30 malam itu turut menyebabkan lima lagi cedera akibat terkena tembakan dilepaskan suspek berusia 35 tahun yang dipercayai mengalami masalah mental. Antara yang ce­dera termasuk jurukamera sambilan RTM Pulau Pinang, Moha­mad Amirul Amin Amir, 27, yang terkena satu das tembakan pada bahu kiri serta seorang kakitangan wanita Tenaga Nasional Berhad (TNB) Bayan Baru, dikenali sebagai Nurul Huda.
Berdasarkan maklumat awal, suspek dikatakan menembak majikannya yang berstatus Datuk itu ketika di dalam kereta, sebelum seorang lagi yang berada di dalam kenderaan sama melarikan diri menyebabkan suspek mengejar lelaki terbabit sambil melepaskan beberapa das tembakan lagi yang terkena pada orang awam.
Selain kes pengawal peribadi mengamuk, kes penggunaan senjata api yang menggemparkan se­panjang 2016 ialah pembunuhan empat sekeluarga di kilang memproses ayam di Batu Maung, Pu­lau Pinang oleh ahli keluarga sendiri pada 13 Julai lalu, gara-gara ketagihan syabu.
Dalam kejadian pada jam 2.55 pagi itu, suspek, Chung Chun Wah, 32, dikatakan bertengkar dengan ibunya, Tan Saw Sim, 55, dan pasangan ibunya yang juga pemilik kilang, Toh Hock Choon, 50, selepas mereka enggan memberinya wang bagi membeli dadah.
Miliki rekod jenayah lampau
Suspek yang mempunyai bebera­pa rekod jenayah lampau kemudian bertindak melepaskan 11 das tembakan dengan enam peluru mengenai ibunya dan Hock Choon; serta adiknya, Chung Wah Thong, 27, dan anak Wah Thong yang berusia dua tahun dikenali sebagai Ah Bee.
Kes lain membabitkan penggu­naan senjata api ialah kematian seorang pemberi pinjaman wang yang ditembak di persimpangan lampu isyarat Jalan Danau Kota, Setapak pada 27 Julai lalu, diper­cayai berpunca daripada perang kongsi gelap. Dalam kejadian jam 3.35 petang itu, dua lelaki membonceng dua motosikal dan memakai topi keledar penutup muka melepaskan 16 das tembakan ke arah mangsa ketika kereta Honda Accord dipandunya berhenti di lampu isyarat persimpangan Da­nau Kota-Jalan Genting Klang.
Lebih menggemparkan, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu turut tersebar di laman sosial sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang awam.
Negara turut digemparkan insiden serangan bom tangan di sebuah pusat hiburan di Bandar Puchong Jaya, Puchong, pada 28 Jun lalu yang mencederakan lapan pengunjung, dilakukan anggota kumpulan militan Daesh. Sera­ngan pada jam 2.15 pagi diper­cayai didalangi empat lelaki tempatan itu dilakukan atas arahan seorang anggota Daesh warga Ma­laysia yang kini berada di Syria, dikenali sebagai Muhammad Wanndy Mohamed Jedi.
Susulan serangan itu, Bahagian Antikeganasan Cawangan Khas Bukit Aman (E8) menerusi ope- rasi khas selama tiga hari di Ke­dah, Selangor, Kuala Lumpur, Me­laka dan Pulau Pinang, berhasil menahan 15 individu termasuk dua anggota polis, selain memburu dua lagi suspek yang sudah dikenal pasti.
Kes menyayat hati
Tahun 2016 juga menyaksikan kes jenayah menyayat hati memba­bitkan bayi lelaki berusia tujuh bulan dan kakaknya dipercayai menjadi mangsa bunuh yang ma- yat mereka ditemui hampir reput dalam dua bekas plastik di sebuah unit pangsapuri di Taman Sri Sinar, Segambut pada 26 Sep­tember lalu.
Mayat Cheah Kai Wen dan Cheah Kai Sze, 3, ditemui bersama mayat bapa mereka, Cheah Hing Soon, 34, pada jam 12 tengah hari.
Kedua-dua mayat itu, masing-masing disumbat dalam bekas plastik yang ditutup kain dalam sebuah bilik, manakala mayat Hing Soon ditemui terbaring da­lam bilik tidur utama dengan semua mangsa dipercayai meninggal dunia kira-kira tiga hari se­belum ditemui.
Berikutan penemuan mayat tiga beranak itu, polis menahan isteri mangsa berusia 35 tahun yang juga ibu kanak-kanak berkenaan bagi membantu siasatan.
Selain kes jenayah, tahun 2016 mencatatkan tragedi kepada se­buah keluarga yang bercuti di Te­rengganu selepas enam maut, manakala empat lagi parah da­lam nahas ngeri di Kilometer 288.6 Lebuh Raya Pantai Timur 2, berhampiran susur keluar Plaza Tol Chukai, Kemaman pada 11 Di­sember lalu.
Kejadian pada jam 6.10 petang itu dipercayai berlaku apabila ke­reta Hyundai Starex dinaiki 10 mangsa ke arah Kuala Terengga­nu hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar tiang pembahagi jalan di situ. Mangsa yang meninggal dunia ialah pasangan suami isteri yang juga penumpang kereta, Pauziyah Awang, 56; suaminya, Ahmad Razi Abdul Rahman, 63; dan cucu mereka, Sofea Adrianna Shahruddin,7, da- ri Seksyen 17, Shah Alam, Sela­ngor. Tiga lagi mangsa ialah Mahani Ngah, 42, dari Kampung Guar, Kodiang, Kedah dan dua anaknya, Quratulnisa Ahmad Na­sal, 11, dan Ahmad Nijat, 9.