"" Gedung Purba: Keusahawanan, Keyakinan dan Wanita
Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Selasa, 19 April 2016

Keusahawanan, Keyakinan dan Wanita

“Masih ramai wanita apabila membabitkan soal kerjaya mereka gagal atau tidak tahu cara sebenar untuk mengawal emosi jika berhadapan dengan hubungan di antara lelaki tidak kira suami atau mungkin teman sekerja.”
“Sentiasa positif, yakin, dan berusaha resipi golongan Hawa cemerlang dalam pelbagai bidang”
"Sejajar dengan objektifnya untuk memperkasakan wanita, pelbagai aktiviti dan program seperti kursus, seminar dan bengkel latihan keusahawanan dianjurkan sebagai panduan bagi mempertingkatkan kemahiran keusahawanan dan kecekapan pengurusan perniagaan dalam kalangan usahawan wanita."
“Sikap tidak cepat mengalah dan enggan berputus asa mampu menguatkan wanita untuk membawa mereka melangkah lebih jauh dalam semua bidang yang diceburi."

Dengan adanya sokongan padu yang diberikan sesama sendiri dalam kalangan wanita mampu membantu golongan berkenaan untuk mencapai kecemerlangan unggul, sekaligus memperkasa kedudukan mereka di peringkat yang lebih tinggi.
Perunding imej, Datin Sharifah Shawati Syed Mohd, berkata sikap percaya pada kemampuan sendiri dan sentiasa positif dalam pelbagai cabang lapangan diperlukan untuk melonjakkan peranan wanita dalam apa juga bidang yang diceburi. Sehubungan itu, katanya wanita juga perlu bijak dan mahir mengendalikan emosi sendiri untuk memastikan kejayaan masing-masing.
“Masih ramai wanita apabila membabitkan soal kerjaya mereka gagal atau tidak tahu cara sebenar untuk mengawal emosi jika berhadapan dengan hubungan di antara lelaki tidak kira suami atau mungkin teman sekerja.
“Sedangkan pengendalian emosi amat diperlukan dalam menentukan kejayaan mereka,” katanya ketika sesi perkongsian pengalaman dan perjalanan perniagaan dalam satu majlis minum petang bersama ahli Persatuan Wanita di Dalam Pemiagaan dan Profesyen (Peniagawati), yang diadakan di ibu negara, baru-baru ini.
Majlis yang diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-36 Penia­gawati itu turut disertai tiga lagi ahli Peniagawati iaitu pereka fesyen, Datuk Tom Abang Saufi; bekas model, Che Puan Datin Mimi Wahedah dan penulis buku masakan, I Am Not A Chef, Puan Seri Nisa Bakri.
Rebut peluang
Dalam sesi berkenaan juga, Sharifah Shawati berkata, selain perlu menjaga penampilan dan imej diri untuk berjaya, setiap wanita juga perlu mempunyai keyakinan diri serta sentiasa percaya mereka memiliki kecantikan tersendiri.
Sementara itu, Nisa Bakri mendedahkan, sikap tidak cepat mengalah dan enggan berputus asa mampu menguatkan wanita untuk membawa mereka melangkah lebih jauh dalam setiap bidang yang diceburi.
Menceritakan pengalamannya membina perniagaan hingga ke peringkat antarabangsa, Nisa berka­ta, hanya kecekalan dan ketabahan yang mampu mendorong wanita untuk merebut peluang dalam dunia yang semakin banyak persaingan masa kini.
“Saya sendiri terpaksa berkampung di hadapan Harrods di London selama lebih dua minggu sebelum diberi kepercayaan oleh mereka untuk memasarkan produk di sana,” katanya yang mempunyai rangkaian produk penjagaan barangan kulit, Leather Love yang dipasarkan di Harrods, London selain pasaran luar negara lain.
Jaga hubungan baik
Mimi Wahedah pula mendedahkan kepentingan menjaga hubungan baik dengan sesiapa saja dalam memastikan kita mampu mengintai peluang demi kejayaan pada masa hadapan.
“Sikap peramah dan suka berkenalan dengan ramai orang memudahkan saya apabila terbabit dalam dunia perniagaan,” katanya.
Tom Abang Saufi pula menyifatkan sifat kreatif dan berani mencuba yang ada dalam dirinya mendorong kejayaan mengukir nama dalam bidang fesyen tempatan, malah juga di luar negara.
Sementara itu, Presiden Peniaga­wati, Datuk Azlin Ahmad Shaharbi ketika berucap dalam majlis minum petang berkenaan berkata, majlis ulang tahun berkenaan bertujuan meraikan pencapaian persatuan itu dalam pembangunan usahawan wanita Bumiputera dan mengeratkan hubungan antara ahli lama dengan yang baharu.
Sumber: Berita Harian / Famili / 12 April 2016

TAHUKAH ANDA?
Di ZALORA terdapat banyak koleksi fesyen terkini untuk wanita bertudung seperti fesyen terkini baju kurung moden, fesyen terkini baju kurung, fesyen jubah terkini di Malaysia dan juga pelbagai variasi pilihan fesyen tudung terkini online.
Tudung2u merupakan online shop (untuk produk tudung) yang terbesar di Malaysia dengan jenama-jenama yang terkenal. Ianya menpunyai lebih daripada 4400 jenis tudung dan shawl dengan jenama terkenal. Di sini, anda boleh dapat tudung bawal, tudung instant, shawl ...
POPLOOK.com is the leading online shopping destination in Malaysia. Offering you the widest choice in baju kurung, muslimah dresses, maxi Dresses, jubah, ..

1 ulasan:

  1. Saya ingin berkongsi kesaksian mengenai bagaimana perkhidmatan pendanaan Le_Meridian membantu saya dengan pinjaman sebanyak 2,000,000.00 USD untuk membiayai projek ladang ganja saya, saya sangat berterima kasih dan saya berjanji untuk berkongsi syarikat pembiayaan ini kepada sesiapa yang mencari jalan untuk mengembangkan perniagaannya project.the syarikat adalah syarikat pembiayaan. Sesiapa yang mencari sokongan kewangan perlu menghubungi mereka di lfdsloans@outlook.com Atau lfdsloans@lemeridianfds.com Encik Benjamin juga pada WhatsApp 1-989-394-3740 untuk membuat perkara mudah bagi mana-mana pemohon.

    BalasPadam