"" Gedung Purba: Butik Pakaian Lelaki dan Wanita
Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Khamis, 21 April 2016

Butik Pakaian Lelaki dan Wanita


Konsep Butik Vendor
Gandingan usahawa baharu dalam talian pasarkan pelbagai produk busana di bawah satu bumbung
Ternyata kini, konsep butik vendor semakin popular dilihat sebagai gandingan positif.
Ia memberikan peluang promosi produk dan membantu usahawan baharu serta sedia ada terutamanya yang berniaga secara dalam talian memasarkan produk diketengahkan mereka tanpa mengeluarkan modal tinggi untuk menyewa lokasi strategik.
Dalam usaha meningkatkan lagi kedudukan peniaga dalam talian, pengusaha butik vendor memberikan komitmen daripada pelbagai aspek termasuk membuat pemasaran menggunakan medium sosial, membuat laporan jualan pada setiap hujung bulan dan sebagainya bagi melonjak kedudukan jenama bertapak di bawah bumbung miliknya.
Menariknya mengenai perniagaan butik seperti itu mempunyai kelebihan tersendiri yang membolehkan pelanggan melihat sendiri produk yang dijual, selain menikmati harga yang murah dan berpatutan.
Sehubungan itu, pencinta fesyen di sekitar Ipoh, Perak bakal menikmati pembelian lebih 50 produk tempatan dengan cara mudah dan menjimatkan masa di butik vendor Gondola31 yang cukup selesa untuk kunjungan umum.
Konsep jualan efektif
Pengasas butik itu, Mohd Nor Nizam Baharudin, berkata butik sehenti tampil sebagai vendor terbesar di Perak juga bakal memenuhi kehendak penggemar fesyen yang sentiasa mencari kelainan dalam soal penggayaan tanpa perlu membuang banyak masa.
Beliau yang turut dibantu oleh isteri Norazura Md Posdzi, berka­ta Gondola3l bukan saja membekalkan transaksi pembelian cukup memberangsangkan tetapi menawarkan kelainan konsep hiasan dalaman bagi memberikan kepuasan dan keselesaan kepada pelanggan.
“Menyedari permintaan pasaran fesyen semakin pantas, kami ingin bergerak seiringan bagi membekalkan perkhidmatan pembelian dan konsep jualan lebih efektif”.
Tawar koleksi terkini
“Di sini, ia memberi peluang kepada penggemar butik dalam talian untuk mencuba koleksi terki­ni yang ingin dibeli mereka tanpa sebarang keraguan.
“Menariknya, butik vendor yang pertama dibuka di kawasan ini juga bakal memenuhi kehendak peng­gemar fesyen yang selama ini hanya dapat berurusan dan membeli secara dalam talian,” katanya.
Mohd Nor Nizam berkata, butik vendor diketengahkan itu menyasarkan pelbagai keperluan fesyen sama ada tudung, blaus, jubah, gaun hingga aksesori untuk wanita dan pakaian seperti jubah untuk lelaki.
Katanya, antara butik dalam talian terkenal yang menempatkan koleksi jenama mereka di sini adalah Minaz, ZetaenRawdah, Gorgeousbyrcw, Jubahsouq, Sugar- scarf, BMO, Modest Culture, Pudore, Dokoh, ZAZA by Raja Noora, Osra, Pudore, By Bainy, Cattleya dan Absolute.
“Selain menghimpunkan je­nama fesyen dalam talian, butik itu turut berikan penekanan terhadap konsep rekaan dalamannya bagi memberikan sjiasana membeli- belah santai dan selesa.
“Butik dua tingkat ini turut menerapkan konsep rekaan dalaman studio untuk membentuk suasana eksklusif setanding butik jenama antarabangsa. Penampilannya dilihat sebagai landasan terbaik untuk pelanggan memiliki pel­bagai koleksi fesyen terkini yang dijual butik dalam talian dengan mudah,” katanya.
Beri sagu hati
Mohd Nor Nizam berkata, pada perasmian butik yang dibuka pada jam 10 pagi hingga 8 malam itu turut menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk pem- berian barangan sagu hati bernilai RM200 untuk 100 tetamu pertama.
“Selain itu, kami juga menyediakan buah tangan daripada selebriti popular seperti Faezah Elai, Yana Samsudin dan pakar motivasi, Prof Dr Muhaya Muhamad.
“Kebanyakan jenama perniagaan fesyen dalam talian ini cukup popular dan diberikan kepada tetamu bertuah, sekali gus mem­bolehkan mereka mencuba untuk lebih berpuas hati,” katanya.
Sumber: Berita Harian / Famili / 4 November 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan