"" Gedung Purba: Fakulti Farmasi Lincoln College
Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Rabu, 27 April 2016

Fakulti Farmasi Lincoln College


Fakulti Farmasi, Lincoln University College memberi tumpuan penuh kepada kecemerlangan dalam pengajaran, pembelajaran, dan penyelidikan, di samping melahirkan pemimpin dalam pelbagai bidang Farmasi yang mampu membawa perubahan global. Fakulti ini menawarkan program pengajian farmasi yang menyeluruh, bermula dari program diploma, ijazah, dan lepasan ijazah hingga Ph.D. Ia disokong oleh tenaga pengajar dengan pengetahuan serta pengalaman tempatan dan antarabangsa yang seimbang.
Mereka mempunyai latar belakang kerja yang kukuh dalam pengajaran, penyelidikan dan juga industri Farmaseutikal, yang membolehkan mereka membimbing pelajar secara berkesan untuk memilih kerjaya profesional masing-masing. Di sini, kami komited untuk menjamin kecemerlangan akademik dengan menyediakan pelbagai pengkhususan menerusi kurikulum yang berkaitan, kerjasama dengan universiti antarabangsa di seluruh dunia, dan penekanan kepada Penyelidikan dan Pembangunan. Kami sentiasa berusaha untuk memastikan pelajar kami mempunyai daya saingan global dan boleh bersaing di peringkat antarabangsa.
Prof Dr. Mohd Shahimi Mustapha ialah seorang pakar pendidikan profesional yang berdedikasi, gigih dan berwawasan, dengan komitmen kuat kepada pertumbuhan dan pembangunan sosial dan akademik setiap pelajar. Pengalaman luas dan rekod kejayaannya dalam pengajaran, perancangan kurikulum, aktiviti penyelidikan dan perkhidmatan perundingan membolehkan beliau memainkan peranan yang penting untuk menguruskan kurikulum yang berpacukan pelajar. Beliau menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) pada 1972 dan terus diambil bekerja oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai tutor di (abatan Farmakologi, Fakulti Perubatan.
Pada tahun yang sama, beliau dianugerahkan biasiswa untuk melanjutkan pengajian di University of Wales Institute of Science and Technology (UWIST). Pada 1974 beliau menerima Ijazah Sarjana Sains (Sains Farmaseutikal) dan pada 1976 beliau berjaya menyiapkan tesis PhD dalam Farmakologi. Pada tahun yang sama, beliau dinaikkan pangkat ke jawatan Pensyarah dan seterusnya diberi kepercayaan untuk mengetuai Jabatan Farmakologi dari tahun 1981 ke 1983. Pada 1982, beliau memegang jawatan Profesor Madya Farmakologi.
Selepas lebih 20 tahun mengajar dan menjalankan penyelidikan, beliau mengambil keputusan untuk memohon bersara awal pada 1998 dan menumpukan sepenuh masa kepada perkhidmatan perundingan untuk sektor swasta. Selepas 10 tahun, minatnya terhadap bidang pendidikan masih terlalu kuat untuk diabaikan. Lantaran itu, beliau menyertai Lincoln University College pada mulanya sebagai Ketua Jabatan Farmasi dan pada 2012 sebagai Profesor dan Dekan Fakulti Farmasi. Pengalamannya dalam sektor swasta bukan sahaja melayakkannya untuk mengajar tetapi juga menyediakan pelajarnya untuk menghadapi realiti hidup. Beliau juga adalah seorang penyelidik tegar dalam bidang farmakologi dengan pengkhususan dalam produk semula jadi.
Sebagai Dekan, beliau telah menetapkan sasaran prestasi kelulusan 100% tanpa menjejaskan kualiti dan kadar keciciran 0%.
Untuk mencapai matlamat ini, setiap pelajar akan diperuntukkan seoran; mentor. Untuk memastikan semua pelajar berjaya, Fakulti mewujudkan persekitaran bilik darjah yang merangsang pembelajaran dan menepati keperluan setiap individu. Kakitangan akademik diwajibkan | sentiasa meningkatkan kemahiran dan meluaskan pengetahuan mereka dan mengikuti perkembangan saintifik dalam bidang pengkhususan masing-masing.
Kombinasi pengalaman, teknologi, dan pensyarah yang berbakat dan berdedikasi, serta kepimpinan yang boleh dicontohi telah memastikan Fakulti ini dan Lincoln University College mencapai matlamat dan wawasan, yang menjamin kejayaan.
Apakah kelebihan memilih program Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) di Lincoln University College?
Kurikulum seimbang untuk industri Farmaseutikal & hospital.
Hubungan dengan pelbagai industri Farmaseutikal & Hospital/ Industri Klinikal.
Program berdasarkan trend semasa dan kemajuan dalam bidang farmasi.
Kurikulum meliputi 6 latihan perindustrian dan hospital untuk mendapatkan pengetahuan tentang trend semasa dalam bidang masing-masing dengan pendedahan kepada latihan amali.
Selepas menamatkan program, talian & sistem e-perpustakaan.
Bilik-bilik darjah yang serba lengkap.
Program latihan yang disusun oleh pakar perindustrian dan farmasi klinikal dari pelbagai industri farmaseutikal dan hospital.
Pendedahan kepada lutlhan perindustrian dan hospital.
Program latihan pembangunan peribadi dan profesional.
Sokongan penempatan kerja.
Sumber: sinarharian.com/Rabu/13 April 2016

TAHUKAH ANDA?
Di ZALORA terdapat banyak koleksi fesyen terkini untuk wanita bertudung seperti fesyen terkini baju kurung moden, fesyen terkini baju kurung, fesyen jubah terkini di Malaysia dan juga pelbagai variasi pilihan fesyen tudung terkini online.
Tudung2u merupakan online shop (untuk produk tudung) yang terbesar di Malaysia dengan jenama-jenama yang terkenal. Ianya menpunyai lebih daripada 4400 jenis tudung dan shawl dengan jenama terkenal. Di sini, anda boleh dapat tudung bawal, tudung instant, shawl ...
POPLOOK.com is the leading online shopping destination in Malaysia. Offering you the widest choice in baju kurung, muslimah dresses, maxi Dresses, jubah, ..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan