"" Gedung Purba: September 2016
Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Isnin, 19 September 2016

Bicara Ekonomi



Malaysia
Bajet 2017
21 Oktober 2016/Dewan Parlimen 
Apakah Sebenarnya Bajet Negara?
Bajet adalah rancangan perbelanjaan kerajaan yang melibatkan penerimaan wang, cukai serta duti lain dan wang tersebut digunakan dalam projek dan program pembangunan rakyat. Setiap tahun bajet dibuat satu kali dan merangkumi satu tahun fiskal yang bermula pada 15 Jan sehingga 15 Jan tahun berikutnya.
Bajet akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan bagi pihak Yang di-Pertuan Agong di Parlimen pada Jumaat terakhir bulan September atau Jumaat kedua, ketiga atau terakhir bulan Oktober.

government budget is a government document presenting the government's proposed revenues and spending for a financial year that is often passed by the legislature, approved by the chief executive or president and presented by the Finance Minister to the nation…
Tax is a compulsory contribution to state revenue, levied by the government on workers' income and business profits or added to the cost of some goods, services, and transactions…
Industry leaders' views on 2017 Budget
Business News: The Star/Sunday, 23 October 2016 | MYT 6:54 AM/Datuk Mohd Najib Abdullah, Group Managing Director, Malaysian Industrial Development Finance Bhd - Budget 2017 offers an optimal mix of stimulus, incentives and safeguards required to navigate what is expected to be another challenging year ahead.
It is a well constructed budget, taking cognizant of the need to balance between the country’s aspirations to achieve a high-income nation status, and the 11th Malaysia Plan’s commitment towards economic growth which is anchored on the principle of inclusivity, equity, wellbeing and sustainability…read more>>
2009 Post Budget Discussion - Uploaded on Oct 28, 2009/Stock Watch post-budget discussion on the effects of the budget 2010 on the stock market. Andrew Lee, Head of Research and Suhaimi Illias, Chief Economist; both from Maybank Investment Bank are the guests...
NTV7 Live Budget 2011 Show Uploaded on May 10, 2011/Budget 2010 review and Budget 2011 expectations - Pre-budget discussion will focus on 2010 budget and how that translated into reality plus expectations for this year's announcement... 
Impact of Budget 2014 Published on Nov 27, 2013/A live interview on Bernama today with leading independent financial advisor, Yap Ming Hui, on the Budget, specifically the impact on middle class. Discussion points include the soon to be introduced GST, and the increase in RPGT and its effect on property…
Post Budget Discussion 2013 – Innovating the Arts of Leaderships 

Apakah yang dimaksudkan dengan bajet defisit?
Bajet defisit bermaksud negara berbelanja lebih daripada apa yang dikutip. Maknanya kita kutip cukai sedikit tetapi kita berbelanja banyak dalam mengurus dan pembangunan negara.
Apakah maksud istilah fiskal dan defisit?
Kita jarang guna istilah tersebut. Dalam bajet ada dua istilah iaitu fiskal dan monetori. Yang selalu disebut adalah fiskal. Monetori disebut secara tidak langsung kerana ia dijalankan oleh Bank Negara secara bebas dan melibatkan kadar kaedah pasaran, kuantiti wang, syarat pinjaman bank dan sebagainya.
Teks Ucapan Bajet 2017 boleh dimuat turun melalui Laman Rasmi Bajet 2017 www.treasury.gov.my pada 21 Oktober 2016 sejurus selepas YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan membentangkan ucapan. Teks ini juga boleh dimuat turun melalui laman web agensi-agensi Kementerian Kewangan seperti berikut: Ringkasan Teks Ucapan (Touchpoints Bajet 2017)
Ringkasan Intiparti kandungan Bajet 2016

Kerajaan Komited Jaga Kesejahteraan Rakyat
Sumber: BH/Soal Jawab/Ahad, 23 Oktober 2016
Bajet 2017 yang dibentangkan oleh Perdana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat kelmarin, mencakupi setiap aspek yang menyentuh semua lapisan masyarakat. Iku ti kupasan lanjut bersama Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani yang ditemubual oleh wartawan BH Ahad, HAZWAN FAISAL MOHAMAD, mengenai bajet 2017.
 S: Apakah intipati Bajet 2017 yang dibentangkan Perdana Menteri di Dewan Rakyat kel­marin?
Bajet kali ini menyeluruh, meliputi pelbagai lapisan masyara­kat iaitu masyarakat kampung, luar bandar, petani, nelayan, peneroka, penduduk bandar, ahli perniagaan, usahawan, ekonomi digital dan juga yang membabitkan bantuan dari segi keagamaan termasuk imam dan sebagainya.
Jadi bajet ini sebenamya kalau kita lihat dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu di peringkat dunia, begitu juga dengan ekono­mi Malaysia apabila kita kehilangan hampir RM30 bilion pendapatan negara daripada hasil minyak akibat penurunan harga minyak dunia, sudah tentu, apabila kita membuat bajet ini, banyak kekangan yang kita hadapi.
Tetapi oleh kerana kita mempunyai strategi-strategi tertentu, maka bajet ini biarpun dalam keadaan terbatas, kita cuba untuk sentuh semua golongan masyara­kat. Kalau kita tengok secara me­nyeluruh, bajet ini menyentuh dari peringkat bandar, masyara­kat kampung, luar bandar, petani, nelayan dan juga peneroka.
Kemudian dari segi golongan usahawan di mana banyak penekanan diberi kepada keusahawanan, di peringkat perusahaan kecil dan sederhana (PKS), ada juga diberi insentif dari segi percukaian dan banyak lagi faktor me­nyentuh rakyat dalam bajet tahun depan ini.
S: Ada pihak mendakwa bahawa kerajaan tidak mempunyai duit untuk dibelanjakan, sedangkan peruntukan yang diumumkan adalah sebanyak RM260.8 bilion, meningkat 3.4 peratus daripada pengubah- suaian Bajet 2016.
Sebenarnya memang setiap ka­li kerajaan membentangkan ba­jet, tidak semua dapat diberi, ke­kangan itu tetap ada. Namun apa yang perlu, kita kena pastikan setiap ringgit yang dibelanjakan oleh kerajaan mestilah beri manfaat kepada rakyat atau ekonomi, sebaik-baiknya kedua-duanya.
Tetapi ada juga perbelanjaan ki­ta buat hanya untuk rakyat tetapi tidak beri kesan kepada ekonomi, tetapi ada kadang-kadang kita bagi beri kesan kepada ekonomi te­tapi tidak kepada rakyat. Tapi se­cara keseluruhannya mesti ada kesan kepada ekonomi dan rak­yat. Salah satu.
Tetapi jika perbelanjaan dibuat kerajaan itu tidak beri kesan ke­pada rakyat dan juga ekonomi, bermakna itu adalah perbelanja­an pembaziran. Itu yang kita mahu elakkan.
Sebab itu bila kita berdepan da­lam keadaan ekonomi tidak me­nentu, kita masih boleh mentadbir kerajaan tanpa perlu sampai ke peringkat terpaksa potong gaji kakitangan kerajaan, tidak dapat lakukan pembangunan, tak dapat bantu masyarakat luar bandar. Maknanya kita masih boleh laku­kan, selagi kita masih boleh la­kukan semua ini, saya rasa kita kena teruskanlah, Kalau kita su­dah sampai peringkat tidak boleh membayar gaji, membantu peta­ni, pesawah, peneroka, nelayan, membina jalan di kampung, makna itu dah sampai ke peringkat serius dan Malaysia setakat ini belum sampai ke tahap itu.
Namun kita kena pastikan kita tidak berada dalam keadaan yang digambarkan sesetengah pihak itu pada masa akan datang. Un­tuk itu kita kena berhati-hati dari segi cara kita mentadbir kerajaan dan menggunakan segala kekayaan negara yang ada dengan betul.
S: Ada yang berkata sebelum pembentangan Bajet 2017, ia adalah bajet Pilihan Raya Umum Ke-14. Adakah benar dakwaan mereka itu?
J: Saya tidak ada pendirian me­ngenai perkara ini. Tapi apa yang saya tengok sebagai Menteri Ke­wangan II, bajet ini lebih kepada bajet yang menunjukkan komitmen kerajaan kepada rakyat.
S: Isu kos sara hidup terns jadi tumpuan utama kerajaan dan antara bantuan diberi adalah meningkatkan pemberian Bantuan Rakyat lMalaysia (BRIM).
Sebenamya kerajaan bukan saja-saja suka mahu beri rakyat duit menerusi BRIM ini. BRIM adalah pemberian subsidi bersasar, bukan subsidi pukal kerana jika subsidi pukal, orang kaya pun akan dapat. Jadi kita dah tukar sistem tidak mahu lagi memberi subsidi pukal, sebaliknya memberi subsidi bersasar ke­pada individu yang berpendapatan kurang RM4,000.
Jika beri subsidi pukal, ia boleh menyebabkan ketirisan, sebagai contoh kita beri subsidi minyak diesel kepada nelayan tetapi ada yang menjual subsidi diesel ini kepada nelayan asing. Kemudian apabila kita memberi subidi mi­nyak masak, ada pula yang mengeksport ke luar negara. Jadi susah nak buat penguatkuasaan dan kalau kita boleh buat pun penguatkuasaan, kos penguat­kuasaan itu lebih besar daripada kos subsidi.
BRIM bukan dedak atau gula-gula kepada rakyat tetapi lebih kepada subsidi bersasar kepada golongan berpendapatan rendah dan mungkin ada yang terkesan dengan pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) lebih setahun lalu, jadi BRIM ini boleh mengurangkan tekanan kepada mereka.
S: Menyentuh mengenai GST, apa kepentingannya kepada negara. Ada yang mengatakan mereka tidak nampak kesan GST kepada rakyat.
GST telah membantu secara langsung kepada kerajaan dan rakyat. Contoh apabila setiap ringgit yang kerajaan kutip daripada GST dimasukkan ke dalam pendapatan kerajaan, daripada situ pendapatan ini kita pakai untuk beri BRIM, membina sekolah, hospital, membayar gaji guru sekolah, ini semua untuk rakyat. Jadi bukan kita ambil duit itu untuk membuat benda-benda yang tidak betul.
Tetapi apa yang saya nak tekankan, GST yang kita kutip menggunakan sistem yang lebih cekap dan efisien daripada sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Sistem baharu ini dapat mengatasi masalah syarikat atau pemiagaan yang lari dan terlepas da­ripada membayar cukai. Sebab itu banyak pendapatan kerajaan kini datang daripada syarikat yang satu ketika dulu kita tidak boleh kutip cukai daripada mereka. Dengan sistem baharu ini, kita berjaya mengesan mereka yang tidak bayar cukai selama ini.
S: Datuk ada bercakap sebelum ini bahawa kadar efektlf GST kita sebenamya bukan enam peratus tetapi 3.6 peratus. Apa maksudnya itu?
J: Maksud saya ialah hari ini ka­dar GST kita 6 peratus, negara- negara dalam ASEAN ada yang 10, 12 dan 7 peratus. Kita saja dalam ASEAN yang enam pera­tus. Tetapi di samping kita enam peratus, kita juga beri pengecualian GST kepada hampir 15,000 barang barang asas. Ubat-ubatan saja 9,000, tidak termasuk beras, tepung, gula, minyak, pendidikan, pengangkutan awam dan macam-macam lagi. Kalau kita kumpul semua barang-barang yang kita beri pengecualian ini dan dipuratakan jumlahnya, ke­rajaan telah kecualikan melebihi 2.4 peratus jumlah kutipan GST ini. Ini bermakna kalau kita kenakan GST terhadap barang-barang keperluan asas ini kerajaan boleh mengurangkan kadar GST kepada 3.6 peratus untuk men- dapat hasil yang sama seperti yang kita dapatkan RM38 bilion kutipan GST untuk setahun jika semua barang-barang ini, dikenakan GST. Dalam erti lain kadar efektif GST yang dikenakan jika diambil secara purata barang-barang yang dikecualikan dan yang tidak dikecualikan kadar efektifnya pada kerajaan adalah 3.6 pe­ratus.
Di awal pelaksanaan GST dulu kita tidak boleh gunakan contoh ini kerana kita tidak tahu berapa banyak kutipan yang kita akan dapat daripada GST, tetapi selepas lebih setahun dan sudah ada anggaran berapa hasil kutipan sebenar GST, maka baru contoh ini boleh digunakan.
S: Golongan M40 (pertengahan 40 peratus) berpendapat bajet kali ini masih tidak memberi manfaat kepada mereka berbanding golongan B40 (kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah).
Golongan M40 ini sebenamya lebih memerlukan perkara-perkara berbentuk fizikal contohnya rumah. Rumah yang dibina oleh pemaju swasta kebanyakan harganya adalah tinggi menyebabkan golongan M40 yang gaji sebanyak RM6,000, RM8,000 kadang-kadang tidak mampu membeli rumah yang dijual pada harga RMl juta, RM2 juta. Kalau ada jual pun di bawah har­ga RMl juta, lokasinyajauh dan bukan terletak di dalam bandar.
Jadi dengan inisiatif kerajaan menekankan pembinaan rumah mampu milik oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Perbadanan PRiMA Malaysia (PRlMA), terutama PRlMA, menunjukkan komitmen kerajaan untuk membekalkan bekalan ke­pada pasaran.
PRlMA kini sudah membina hampir 100,000 buah rumah. Namun, saya melihat setakat mem­bina rumah saja tidak mencukupi untuk membantu golongan M40. Kita perlu bantu mereka untuk mendapatkan pinjaman yang menjadi masalah juga kepada mereka untuk mendapatkan pin­jaman perumahan. Jadi dengan skim dipanggil skim pembayaran akhir untuk program PRlMA ini secara tidak langsung memudahkan golongan M40 mendapatkan pinjaman perumahan PRlMA berharga RM300,000 ini.
Sebab harga rumah RM300,000 golongan bawahan tidak boleh atau mampu untuk beli. Mereka boleh membeli rumah Projek Pe­rumahan Rakyat (PPR) berharga RM35,000, tetapi golongan M40 pu­la tidak layak untuk membelinya atau rumah seperti rumah mesra rakyat yang dibina SPNB di kam- pung berharga kurang RM65,000.
Untuk golongan M40, kategori rumah yang mereka mahu beli berharga sekitar RM300,000 tetapi tidak berjaya mendapatkan pinjaman. Jadi PRiMA boleh sediakan dan dengan bantuan bank tempatan kita beijaya keluarkan satu skim yang mana mereka bo­leh mendapatkan pinjaman 90 peratus hingga 100 peratus.
S: Bagaimana dengan perancangan kerajaan mahu menubuhkan Zon Bebas Digital yang pertama di dunia.
Saya difahamkan ini adalah idea untuk mewujudkan satu komuniti di mana mereka mempunyai semuanya dalam satu tempat. Maksudnya seperti pelanggan, bakat, kelajuan internet yang laju di kawasan berkenaan dan juga peserta ekonomi digital duduk di kawasan sama. Mereka ada komuniti mereka. Itu yang dipanggil sebagai Zon Bebas Digital. Kita cuba untuk mewujudkan idea ini, tetapi untuk tahu lebih lanjut perlu merujuk kepada Perbadanan Ekonomi Digital Malay­sia (MDEC). Ini satu idea yang me­reka baru terokai.
S: Berapa sumbangan ekonomi digital kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara?
Saya tidak ada angkanya, tetapi saya tahu ia sentiasa berkembang dalam kadar dua angka.
S: Mengenai subsidi minyak masak yang sedang hangat diperkatakan kini.
J: Rakyat Malaysia menggunakan minyak masak sebulan kira-kira 40,000 metrik tan. Tetapi hari ini kerajaan membayar subsidi miniyak masak beijumlah 85,000 metrik tan sebulan. Bermakna ada ketirisan beijumlah 45,000 metrik tan sebulan.
Jumlah subsidi minyak masak yang dibayar oleh kerajaan membabitkan 85,000 metrik tan sebu­lan ini ialah lebih daripada RM700 juta setahun.
Penggunaan minyak masak un­tuk satu keluarga dalam lima ki­logram (kg) sahaja, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainuddin mencadangkan mahu menaikkan harga minyak masak dari RM13 kepada RM15, kenaikan RM2 ka- lau dibahagikan sebulan, berapa sen sahaja.
Tetapi masalahnya kita dah ke­luarkan subsidi untuk 85,000 met­rik tan sebulan sedangkan kegunaan rakyat Malaysia hanya 40,000 tan sahaja, jadi banyak ketirisan oleh mereka yang tidak bertang- gungjawab dengan mengeksport. Begitu juga ada yang menjual mi­nyak masak kita di sempadan ne­gara seperti di Thailand, banyak membazir, kerajaan bayar untuk orang lain buat apa?
Sebab itu Hamzah cakap, dia akan beri subsidi, tetapi cuma un­tuk kegunaan rumah saja iaitu sekilogram. Malah yang 5kg pun kita perlu berhati-hati takut ada yang menyalahgunakan. Perlu lakukan pemantauan tetapi bukan mudah.

Ketirisan Punca Rugi RM500 juta Setahun
45,000 tan minyak masak diberi subsidi ‘hilang’ sebulan
85,000 tan kerajaan bayar sebulan
Oleh Hazwan Faisal Mohamad
Sumber: BH/Soal Jawab/Ahad, 23 Oktober 2016
Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Gharri mendedahkan berlaku ketiri­san dalam pemberian subsidi mi­nyak masak sehingga mengakibatkan kerajaan rugi hampir RM500 juta setahun.
Ia, katanya, berdasarkan kajian dilakukan yang mendapati rakyat Ma­laysia secara purata hanya menggunakan kira-kira 40,000 tan minyak masak sebulan, sedangkan kerajaan hari ini membayar subsidi untuk 85,000 tan sebulan.
Beliau berkata, kerajaan sepatutnya hanya perlu membayar kira-kira RM300 juta setahun untuk subsidi bahan asas terbabit, namun disebabkan ketirisan dan lebihan minyak masak berbanding keperluan, jumlah itu meningkat kepada lebih RM800 juta setahun.
“Ini bermakna terdapat ketirisan sebanyak 45,000 tan sebulan atau 540,000 tan setahun dengan subsidi hampir RM500juta setahun,” katanya dalam pertemuan eksklusif dengan BH, semalam.
Jual di sempadan
Johari berkata, lebihan minyak ma­sak bersubsidi berkenaan dipercayai dijual oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan cara mengeksport bahan asas terbabit ke luar negara.
Selain itu, katanya, ada juga yang menjual minyak masak bersubsidi di sempadan negara seperti di Thailand bagi mengaut keuntungan dengan cara mudah.
“Perbuatan sedemikian banyak membazirkan duit kerajaan. Buat apa kerajaan perlu bayar (subsidi) untuk orang lain?
“Disebabkan itu, kerajaan terpaksa menarik balik subsidi minyak masak berikutan ketirisan yang serius da­lam pemberian subsidi bahan asas berkenaan. Ia bukan sahaja merugikan kerajaan, malah rakyat,” ka­tanya.
Difahamkan, subsidi minyak ma­sak akan ditarik balik secara berperingkat mulai bulan depan dan hanya subsidi bagi minyak masak kuantiti 1 kilogram (kg) dan 5kg dijangka kekal.

Bajet Perkukuh Strategi Tangani Cabaran Ekonomi
Sumber: BH/Dari Kaca Mata/Ahad, 23 Oktober 2016
Bajet 2017 dilihat sebagai pendekatan strategik dan pragmatik oleh kerajaan dalam mengemudi hala tuju negara pada iklim ekonomi semasa yang mencabar"
Projek ini dilihat sebagai pendekatan serampang dua mata kerajaan menyelesaikan masa la h asas dan keperluan rakyat di samping memangkinkan aktiviti ekonomi setempat"
Bantuan dan insentif kepada penanam padi, penoreh getah serta nelayan sedikit sebanyak membantu golongan ini meneruskan kelangsungan hidup selain menikmati hasil kemakmuran negara"
Dari kaca mata Kamaruddin Mohd Nor, Ketua Ekonomi MIDF (Amanah Investment Bank Berhad)

Bajet 2017 yang dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membawa pendekatan menyeluruh merangkumi pelbagai program, insentif dan pendekatan yang menekankan aspek memperkukuhkan sosioekonomi dan kesamarataan dalam kalangan rakyat pelbagai lapisan.
Bajet ini juga dilihat sebagai pendekatan strategik dan pragmatik oleh kerajaan dalam menge- mudi hala tuju negara pada iklim ekonomi semasa yang mencabar.
Ia juga disifatkan sebagai pen­dekatan seimbang dalam mencapai aspirasi negara maju di samping memastikan seluruh lapisan masyarakat tidak ketinggalan.
Justeru, kita dapat melihat sebanyak 173 program dan inisiatif yang dirangka untuk memastikan keseimbangan dalam mencapai aspirasi ekonomi dan sosial masyarakat.
Bajet ini pada dasamya menjangkakan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia berada pada kadar lebih kukuh tahun hadapan dengan unjuran ekonomi domestik akan berkembang pada kadar empat hingga lima peratus.
Pertumbuhan mapan ini didorong iklim ekonomi global yang dijangka stabil dan pengukuhan harga komoditi pada 2017. Keadaan ini melonjakkan perolehan negara ke- pada RM219 bilion berbanding RM212 bilion pada 2016.
Dengan peruntukan sebanyak RM262.8 bilion untuk Bajet 2017, kerajaan menjangkakan defisit fiskal 3-0 peratus untuk 2017. Perkembangan ini adalah positif sejajar hasrat kerajaan menuju ba­jet seimbang menjelang 2020.
Projek mesra rakyat
Sebahagian besar peruntukan Ba­jet 2017 diperuntukkan kepada projek infrastruktur dan keperluan asas rakyat merangkumi pembinaan jalan raya di luar bandar, menyediakan bekalan air bersih dan elektrik, pembinaan rumah untuk golongan sasar serta projek bersifat mesra rakyat yang lain.
Projek ini dilihat sebagai pen­dekatan serampang dua mata ke­rajaan dalam menyelesaikan masalah asas dan keperluan rakyat di samping memangkinkan akti- viti ekonomi setempat.
Di samping itu, beberapa pen­dekatan kreatif dan sistematik diketengahkan kerajaan dalam merealisasikan impian pemilikan kediaman dalam kalangan golongan
sasar.
My Beautiful New Home dan cadangan pembiayaan akhir peru- mahan yang dibentangkan memberi lonjakan baharu dalam usaha kerajaan menangani masalah perumahan.
Program meningkatkan pendapatan isi rumah juga menggarapkan pendekatan dinamik sejajar dengan perkembangan semasa contohnya memberi golongan B40 galakan menceburi Uber.
BRIM masih relevan
Pendekatan begini dalam memanfaatkan teknologi dan model per- niagaan semasa dalam memban- tu golongan sasar harus diberi sokongan. Pendekatan secara bantuan terus seperti BRIM ma­sih relevan, namun bantuan dari segi jangka panjang seperti keusahawan perlu lebih diberi perhatian.
Dalam pada itu, peruntukan subsidi secara terus kepada golo­ngan sasar adalah langkah tepat. Bantuan dan insentif kepada penanam padi, penoreh getah serta nelayan sedikit sebanyak membantu golongan ini meneruskan kelangsungan hidup selain menikmati hasil kemakmuran negara.
Penekanan kepada aspek pembangunan modal insan melalui program TVET adalah usaha jang­ka panjang dalam menyedia dan mempelbagaikan kebolehan tena- ga keija tempatan pada masa ha­dapan. Peruntukan yang disediakan untuk latihan ini bakal memberikan pulangan hasil jangka panjang dalam melahirkan tenaga keija mahir tempatan dalam pel­bagai bidang.
Tumpuan juga diberikan kepa­da sektor kesihatan dengan lapan inisiatif yang diharapkan dalam memberi lonjakan kepada tahap penyampaian perkhidmatan kesi­hatan kepada rakyat.
Dengan mutu perkhidmatan ke­sihatan sedia ada yang mantap serta pertambahan jangka hayat purata penduduk, tentunya permintaan perkhidmatan kesihatan juga akan melonjak.
Menerusi peruntukan dan prog­ram dibentangkan diharap dapat meningkatkan mutu perkhidma­tan terutama kepada golongan kurang berkemampuan.
Pelbagai langkah dalam memantapkan mutu dan keberkesanan perkhidmatan kerajaan. Antaranya, mewujudkan ‘Collection Intelligence Arrangement’ (CIA) dalam meningkatkan kutipan cukai dengan lebih berkesan. Lang­kah ini adalah perlu bagi memas­tikan hasil kutipan cukai kerajaan dapat ditingkatkan.
Penekanan juga diberikan kepa­da sektor pendidikan tinggi, prasekolah, wanita, Orang Asli, Bumiputera, kaum Cina dan India serta kakitangan kerajaan. Pende­katan menyeluruh untuk semua lapisan masyarakat memberi gambaran positif Bajet 2017 ini menitikberatkan peluang untuk semua.
Diharap bajet yang pragmatik ini dapat diteqemahkan kepada tindakan langsung efektif yang pastinya memberikan impak me­nyeluruh dari segi kemajuan so­sial dan ekonomi kepada negara. Tambahan lagi, dunia global masa kini memperlihatkan cabaran getir dengan perkembangan geopolitik semasa yang tidak menentu serta arus perubahan pantas.
Justeru, setiap individu harus memainkan peranan sejajar de­ngan peranan masing-masing da­lam menjayakan aspirasi dan objektif seperti yang digariskan dalam Bajet 2017 ini. Kejayaan ne­gara adalah hasil usaha bersama.

Pengurusan Kewangan Berhemat Kembalikan Keyakinan Rakyat
Sumber BH/Khamis, 20 Oktober 2016
Pengumuman Bajet 2017 semakin hampir. Persekitaran ekonomi global pu­la dilihat kian mencabar, lantaran semakan semula unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) oleh Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) baru-baru ini. Paling ketara adalah penurunan di dalam unjuran per­tumbuhan negara Amerika Syarikat (AS) sebanyak 0.8 peratus kepada 3.1 peratus bagi 2016, ekoran pelaburan swasta yang dilihat meneruskan tren penguncupan bagi tempoh tiga suku berturut-turut.
Tahun 2017 pula, unjuran per­tumbuhan ekonomi terbesar dunia diturunkan 0.3 peratus kepa­da 2.2 peratus. Di samping itu, pihak kerajaan kekal komited untuk menurunkan defisit fiskal ke­pada 3.1 peratus daripada nilai KDNK bagi 2016 dan seterusnya mencapai bajet berimbang pada 2020.
Bagi tempoh lapan bulan pertama, defisit fiskal mencecah ke­pada RM30.4 bilion atau 3.7 pe­ratus daripada nilai KDNK. Sebelum ini, wujud sedikit kebimbangan mengenai sasaran defisit apabila kerajaan mencatat defisit fiskal RM32.8 billion atau 5.6 peratus daripada nilai KDNK pada tempoh separuh tahun pertama 2016.
Namun, peningkatan kutipan hasil yang tinggi pada Ogos dilihat banyak membantu dalam mengurangkan defisit fiskal kepada RM30.4 bilion. Hakikatnya, pelabur masih lagi selesa dengan tahap risiko kredit kerajaan yang mana pegangan asing di dalam i Sekuriti Kerajaan Malaysia (SKM) berada pada paras 51.3 peratus setakat bulan lalu,
Justeru, pengumuman Bajet 2017 pada kali ini berdepan cabaran ketidaktentuan ekonomi global dan pada masa sama, terus mengekalkan proses konsolidasi fiskal. Oleh itu, langkah yang tidak banyak menggunakan perbelanjaan kerajaan secara langsung dan berimpak tinggi dilihat sebagai suatu keutamaan yang perlu diberi perhatian.
Sebagai contoh, isu pemilikan rumah masih menjadi perkara teras dalam merangka dasar eko­nomi meskipun pelbagai langkah sudah pun diperkenalkan sebelum ini. Dalam konteks ini, cadangan untuk meningkatkan nisbah Akaun 2 di dalam simpanan pencarum Kumpulan Wang Sim­panan Pekeija (KWSP) daripada 30 peratus kepada 40 peratus ada­lah sesuatu yang boleh dipertimbangkan.
Pertambahan wang di dalam akaun 2 seharusnya boleh digunakan bagi penyediaan deposit pembelian rumah, pengurangan hutang rumah serta pembayaran ansuran bulanan pinjaman perumahan. Walaupun simpanan ini akan digunakan bagi tujuan pe­milikan rumah, namun harga ru­mah sentiasa meningkat dalam jangkamasa panjang, sekali gus menjamin nilai simpanan KWSP itu berbaloi.
Di samping itu, cadangan pemberian akses Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) yang disediakan oleh pihak Bank Negara juga boleh dilaksanakan. ini bertujuan memberi peluang kepada bakal peminjam atau peminjam sedia ada untuk memantau tahap keberhutangan di sam­ping memastikan peminjam sen­tiasa melunaskan hutang mereka, tepat pada masanya.
Perkara ini amat penting bagi memperoleh skor kredit yang tinggi apabila mereka membuat permohonan pinjaman, sekali gus akan meningkatkan peluang me­reka untuk memiliki rumah.
Insentif cukai
Insentif cukai juga perlu dipertimbangkan meskipun kerajaan berdepan kekangan kewangan.
Ini bagi memastikan transformasi ekonomi akan terus berlaku de­ngan licin dan mendapat sokongan pihak swasta.
Isu berkaitan penggunaan buruh asing dikatakan masih lagi membelenggu ekonomi kita, lan­taran kos buruh secara relatifnya murah. Namun, penyelesaian per­lu berlaku secara perlahan agar tidak menyebabkan suasana kejutan kepada sektor ekonomi seperti pertanian, pembinaan, perkilangan dan perkhidmatan.
Justeru, pemanjangan tempoh Elaun Pelaburan Semula Khas melebihi tahun taksiran 2018 di­lihat mampu untuk menggalakkan peniaga, beralih kepada peng­gunaan mesin dalam operasi perniagaan mereka. Setakat suku kedua 2016, pelaburan di dalam mesin dan alatan mencatat per­tumbuhan 8.1 peratus berbanding penguncupan 7.1 peratus pada tempoh sama sebelumnya.
Tren sebegini adalah sesuatu yang baik dan mampu untuk me­ningkatkan penggunaan buruh mahir jika insentif bersesuaian te­rus diberikan. Bagi meningkatkan lagi peranan kewangan Islam, in­sentif cukai bagi menggalakkan industri wakaf adalah sesuatu penting untuk dilaksanakan.
Peranan wakaf mempunyai potensi besar untuk dijadikan seba­gai instrumen dasar ekonomi yang juga boleh menjadi pemangkin kepada proses konsolidasi fis­kal. Bayangkan, wakaf ini mampu menyelesaikan masalah kemiskinan bandar melalui campur tangan dalam industri hartanah kediaman di bandar.
Begitulah antara harapan dan realiti yang perlu dicema dan dihadapi dalam merangka Bajet 2017. Rakyat Malaysia perlu meletakkan pengharapan realistik agar tidak terlalu bergantung ke­pada insentif kerajaan untuk me­ningkatkan produktiviti masing-masing.

Kekangan kewangan kerajaan menuntut pengurusan kewangan berhemat supaya tidak mengundang musibah akibat kehilangan keyakinan.

Memperkasakan Sektor Pertanian Negara
Sektor pertanian pernah menjadi penyumbang terbesar pekerjaan kepada penduduk, malah penyumbang terbesar kepada pendapatan negara.
“Untuk merealisasikan hasrat ini, suatu pendekatan yang mana pertanian sebagai pekerjaan pilihan perlu diterapkan dalam kalangan masyarakat, bukan sekadar pilihan terakhir kerana tiada pekerjaan lain.
Ini bermakna, aktiviti pertanian dijalankan dengan lebih serius berdasarkan ilmu bersesuaian. Pendekatan ini memberi erti pembabitan pekerja mahir di dalam sektor pertanian"
Dr Zulkiply Omar
Fello Penyelidik Kanan, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER)
Berita Harian/Isnin, 19 September 2016

Pada suatu ketika pertanian adalah satu sektor terpenting di dalam ekonomi negara. Ia bukan sahaja penyumbang terbesar pekerjaan kepada penduduk, malah turut menjadi penyum­bang terbesar kepada pendapatan negara.
Malaysia mempunyai tanah subur sesuai untuk kebanyakan tanaman tropika. Justeru, Malaysia turut menjadi mangsa kepada dasar mercantalisme penjajah di dalam usaha merebut kekayaan sumber negara, selepas dijajah berabad-abad dan hasil kekayaan dikaut.
Namun, tidak dinafikan kehadiran penjajah turut menyumbang kepada pembangunan sektor pertanian. Tanaman baharu seperti getah dan kelapa sawit diperkenalkan.
Kaedah pertanian moden diperkenalkan. Banyak ladang dibuka selepas hasil hutan dieksploitasi.
Pembukaan ladang oleh penjajah pada peringkat awal menggalakkan migrasi buruh dari luar negara. Pada masa sama, kewujudan ladang komersial terbabit turut membantu membangunkan sektor pertanian tradisi secara kecil-kecilan, secara langsung atau tidak langsung.
Amalan pertanian baik dengan teknik moden turut diterapkan ke dalam sektor pekebun kecil. Tidak ketinggalan banyak ladang asing dibeli oleh syarikat tempatan, terutama syarikat milik kerajaan.
Banyak ladang baharu dibuka oleh agensi pembangunan wilayah di dalam usaha kerajaan untuk mencipta peluang pekerjaan kepada rakyat, sekali gus mem­bantu membasmi kemiskinan.
Institusi pendidikan pertanian
Selari dengan pertumbuhan sektor pengeluaran komoditi pertanian, banyak agensi berkaitan pembangunan perta­nian tumbuh dengan pesat. Ini termasuk agensi yang berkaitan penyelidikan dan pendidikan.
Penubuhan kolej pertanian dan institut pertanian bukan sahaja berjaya mendidik pekerja mahir dan separa mahir dalam sektor pertanian, malah turut melahirkan pemimpin berkaliber. Kepentingan institusi pendidikan pertanian ini turut melihat kolej pertanian dinaik taraf kepada sebuah universiti, iaitu Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia).
Kini, kepentingan sektor pertanian dari segi sumbangan kepada pendapatan negara sudah menurun, diambil alih oleh sektor perkhidmatan dan pembuatan.
Pada 2015, sektor perkhid­matan menyumbangkan 53.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Diikuti sektor pembuatan dengan sum­bangan 23 peratus dan sektor pertanian hanya menyumbang 8.8 peratus. Perkembangan ini adalah selari dengan arah aliran negara maju di dunia.
Namun, sektor pertanian masih menjadi penyumbang kepada punca pendapatan yang penting, terutama untuk golongan Bumiputera di luar bandar. Pertanian tradisi secara kecil-kecilan masih menjadi aktiviti utama di luar bandar. Mungkin sesetengah daripada mereka adalah petani sambilan untuk menampung pendapatan isi rumah yang juga kebanyakannya berada di bawah purata nasional.
Memaksimumkan nilai tambah
Keadaan seperti ini juga baik untuk melangsungkan kewujudan sektor pertanian. Jika tidak, akan berlaku ketidakseimbangan di dalam kegunaan tanah. Mungkin banyak tanah pertanian akan ditinggalkan tanpa diusahakan. Ini bermakna sumber negara tidak dioptimumkan.
Maka, wujud suatu dilema yang mana pertanian masih penting dari segi menyerap guna tenaga negara dan membantu mengoptimumkan kegunaan sumber, namun kebanyakan petani terbabit masih menjadi golongan yang miskin.
Dua isu penting perlu ditangani di dalam konteks ini untuk mengoptimumkan kegunaan sumber negara. Pertama, kegunaan tanah pertanian adalah di bawah potensi sebenar berdasarkan amalan pertanian secara tradisi yang kurang mengambil berat mengenai amalan pertanian yang baik.
Kedua, pekerja di dalam sektor ini tidak membabitkan pekerja mahir yang bersesuaian, cuma semata-mata terdiri daripada petani secara terpaksa kerana tiada pekerjaan lain. Jika kedua-dua isu ini dapat ditangani, sudah tentu sumbangan sektor pertanian kepada pendapatan negara mampu ditingkatkan.
Secara ringkas, nilai tambah sektor pertanian dapat dimak- simumkan dengan cara men­goptimumkan kegunaan tanah pertanian dan pembabitan yang bererti di dalam industri hiliran sektor pertanian. Kesan lang­sung yang dapat dilihat adalah pengurangan tanah pertanian yang terbiar dan pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berasaskan pertanian.
Untuk merealisasikan hasrat ini, suatu pendekatan yang mana pertanian sebagai pekerjaan pilihan perlu diterapkan dalam kalangan masyarakat, bukan sekadar pilihan terakhir kerana tiada pekerjaan lain. Ini bermak­na, aktiviti pertanian dijalankan dengan lebih serius berdasarkan ilmu bersesuaian. Pendekatan ini memberi erti pembabitan pekerja mahir di dalam sektor pertanian.
Pekerja mahir, profesional
Dari sudut pengeluaran, petani perlu mengamalkan kaedah pertanian dan pengurusan per­tanian yang baik untuk memaksimumkan keuntungan. Dengan ini, aktiviti pertanian dijalankan sebagai suatu perniagaan.
Segala aspek teknikal seperti agronomi, pengurusan dan perni­agaan tani perlu dititikberatkan. Dengan ini aktiviti pertanian akan berpindah dari status pertanian tradisi kepada satu pekerjaan yang lebih sistematik.
Kesinambungan daripada aktiviti pengeluaran pertanian ini adalah pembabitan di dalam industri hiliran, terutama dalam kalangan PKS, yang mampu menjana nilai tambah yang tinggi. Pertumbuhan industri hiliran, seterusnya menjamin permintaan yang berterusan untuk komoditi pertanian.
Pertumbuhan sektor pertanian secara komprehensif begini memerlukan pembabitan pekerja mahir dan profesional yang dikeluarkan oleh institusi pendidikan tinggi pertanian, dari peringkat institut hinggalah ke peringkat universiti.
Graduan pertanian ini perlu digalakkan untuk bekerja sendiri menjalankan usaha pertanian sebagai suatu perniagaan. Sebagai perintis, dasar yang sesuai perlu diwujudkan untuk menggalakkan graduan berkaitan pengajian pertanian bekerja sendiri. Ini adalah jalan ke hadapan ke arah pencapaian taraf sebagai sebuah negara maju.