Bentuk hubungan Lebih Harmoni
Wanita matang sentiasa
usaha kukuhkan kasih sayang
Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar
BH/aura/Khamis, 22 Disember 2016
Individu akan dikaitkan dengan kematangan
sejurus memasuki usia 28 tahun dan lazimnya, wanita dikatakan lebih cepat
mencapai kematangan berbanding lelaki.
Namun, usia bukanlah sebenarnya penentu
kepada kematangan diri, sebaliknya cara pemikiran dan usaha untuk mem- perbaiki
kelemahan diri adalah tunjang kepada kriteria positif itu.
Dalam soal perhubungan, wanita yang matang
akan sentiasa berusaha untuk memastikan hubungan cinta terjalin antara diri
dengan pasangan bukan berdasarkan kehendak peribadi.
Sikap kematangan yang ditonjolkan wanita
juga dapat membentuk perhubungan lebih harmoni dan selesa bukan sekadar untuk
diri sendiri tetapi pasangan dan keluarganya.
Berikut 10 perkara menjadi amalan wanita
matang dalam menjalani perhubungan cinta mereka.
Tidak mengetepikan hubungan
Wanita matang tidak menolak perhubungan
sedia ada antara keluarga dan teman, mes- kipun sudah menemui pasangan hidup.
Mereka akan cuba untuk mengimbangi
kepentingan, perhatian dan pembahagian masa antara keluarga, pasangan dan teman
karib.
Sentiasa Mengingati Pasangan
Lazimnya, kerinduan dalam hubungan akan
mula hambar selepas tempoh panjang dalam jalinan percintaan, sama ada lelaki
mahupun wanita bersikap mudah lupa.
Menghindari hal itu, wanita akan tanamkan
sikap menghargai setiap tindakan positif dari pasangan dan sering ucapkan
penghargaan atas bantuan diberikan mereka.
Wanita matang tidak akan membiarkan
pasangan mereka menguruskan dan merancang perihal kewangan termasuk simpanan serta
perbelanjaan diri sendiri.
Oleh itu pasangannya perlu buktikan, mampu
menguruskan dan mengawal perbe- lanjaan sendiri tanpa bantuan sepenuhnya dari
pasangan.
Kekal Perancangan Kewangan
dak akan membiarkan pasangan mereka
menguruskan dan merancang perihal kewangan termasuk simpanan serta perbelanjaan
diri sendiri.
Oleh itu pasangannya perlu buktikan, mampu
menguruskan dan mengawal perbelanjaan sendiri tanpa bantuan sepenuhnya dari
pasangan.
Ungkapan Cinta
Wanita matang akan memahami pengertian
ungkapan cinta diluahkan pasangan mereka dan menjadikannya sebagai perkara yang
cukup bermakna.
Pun begitu, perkataan indah seperti ‘Aku
cinta padamu’ hanya diluahkan pada detik istimewa untuk menunjukkan penghargaan
kepada pasangan mereka.
Hubungan matang tidak memerlukan pasangan
sentiasa bersama untuk segala aktiviti dijalankan sebaliknya perlu ada ruang
untuk diri masing-masing.
Wanita matang dalam perhubungan juga perlu
mempunyai rutin kehidupan sendiri dan mempercayai pasangan apabila tidak
bersama.
Wanita matang memahami nilai hubungan dan
cuba untuk menjadikannya istimewa antara diri dan pasangan saja. Anda tidak
perlu berkongsi atau meluahkan suka dan duka perhubungan terjalin antara anda
dan pasangan anda kepada dunia mene- rusi laman sosial seperti Instagram dan
Facebook.
Tidak Menyekat Kebahagiaan
Individu matang sanggup berkorban untuk
melihat pasangannya gembira dan selesa dengan perhubungan terjalin.
Oleh itu, wanita matang akan menjadi
tulang belakang kepada pasangan mereka dan sentiasa menyokong serta membantu
pasangan untuk mengeeapi kejayaan dan kebahagiaan bersama-sama.
Tidak Putus Asa
Hubungan cinta yang baik menjadikan
pasangan lebih cemerlang dan gembira dalam menjalani rutin kehidupan harian
mereka.
Wanita matang lebih bijak untuk menilai
perkara baik dan buruk. Jangan sesekali membiarkan impak negatif merosakkan
perhubungan baik dan mencemarkan impian anda dan pasangan.
Menghormati Diri Sendiri
Apabila anda menjalinkan hubungan, normal
sekiranya anda terpaksa melakukan sedikit perubahan untuk menyesuaikan diri.
Namun, wanita matang tidak akan membenarkan
hubungan mereka mengambil rasa hormat pada diri sendiri dan membiarkan
pasangan mereka mengawal segala gerak laku dan perancangan hidup.
Elakkan dari sikap suka menghakimi,
menuduh dan sangsi terhadap pasangan kerana ia akan mengeruhkan hubungan
terjalin.
Fokus sikap positif dimiliki pasangan dan
tekankan kebaikan yang ada pada diri mereka.
Selena Gomez Tampil Sopan di Malaysia
FMT Reporters/July 26, 2016
PETALING JAYA: Dengan protes terhadap
imej seksinya dan doa supaya persembahannya dibatalkan menjelang konsert
Jelajah Revival Malaysia, Selena Gomez dan penganjur konsert mengambil langkah
berhati-hati bagi mengekalkan keamanan dan artis seksi itu dipastikan
berpakaian sopan.
Tweet Selena Gomez di News@SelenaHQ
di Twitter berkata:”Pakaian baharu bagi menghormati budaya dan agama di
Malaysia!”
Bersama tweet itu ialah gambar Selena
dikelilingi kumpulan penarinya, dengan setiap daripada mereka berpakaian sopan
berwarna hitam. Selena sendiri memakai baju lengan panjang warna hitam dan
seluar berpotongan longgar, juga berona hitam.
Satu lagi tweet menulis: “VIDEO: Selena
mengeluarkan visualnya yang ‘terlalu seksual’ menunjukkan dirinya berpakaian
terlalu terdedah, bagi pertunjukan malam ini!”
Bersyukur kerana Selena menunjukkan
rasa hormatnya terhadap rakyat Malaysia, seorang pengguna Twitter, Fizzy
menulis:”Seorang permaisuri yang menghormati budaya dan negara seperti apa
mereka mahukan. Seorang legenda.”
Selain baju
dan seluar hitam itu, pakaian Selena yang lain juga lebih sederhana dan menutup
aurat, berbanding apa yang pernah dipakai penyanyi itu sebelum ini. Satu tweet
berkata:”Pakaian baharu untuk tunjuk hormat”, Selena dilihat mengenakan baju
hitam tanpa lengan dengan seluar ketat serta kemeja T berkotak-kotak merah
hitam diikat di pinggangnya.
Dalam persembahan untuk lagu “Kill Em
With Kindness”, Selena berpakaian hitam sekali lagi dengan jaket besar berwarna
perak.
Dua tweet terakhir selepas konsert itu
menulis: Selena patuh kepada majlis perbandaran dan menutup dirinya! Tidak
perlu protes.”
“Kami harap semua orang selamat selepas
selesai persembahan! Ada ramai polis di luar dan kami harap semua peserta
protes kekal bertenang/pergi.”
Seminggu sebelum konsert Selena, Pemuda
PAS menyuarakan bantahan mereka terhadap artis itu membuat persembahan di
Malaysia kerana bimbang imej seksi dan persembahannya akan mencemarkan
kemuliaan bulan Syawal.
Exco Hal Ehwal Islam Selangor Ahmad
Yunus Hairi, daripada PAS sementara itu mengarahkan semua masjid di Selangor
menganjurkan solat hajat supaya konsert Selena dibatalkan.
Pada Ahad, Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad
Abduh Nik Abdul Aziz berkata tidak elok orang Islam menghadiri konsert Selena
kerana ia akan menyebabkan mereka mengabaikan tanggungjawab sebagai Islam.
Bagaimanapun, Ketua Polis Shah Alam ACP Shafien Mamat mengesahkan pada
20 Julai, Majlis Bandar raya Shah Alam meluluskan permohonan penganjur untuk
mengadakan konser itu dan ia akan berlangsung seperti dirancang.