"" Gedung Purba: Januari 2017
Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Ahad, 22 Januari 2017

Donald Trump - Presiden Amerika


Donald Trump - Presiden Kontroversi
Sumber: SinarHarian/Global/Ahad, 22 januari 2016

Peralihan kuasa daripada pentadbiran Barack Obama itu dilihat sebagai paling huru-hara dalam sejarah moden yang menetapkan tempoh perubahan dramatik, partisan acrimony dan keputusan tidak dijangka.
Donald Trump, 70, mengambil alih kua­sa dengan sokongan jauh lebih rendah berbanding pendahulunya dengan majoriti rakyat AS ragu-ragu dengan keupayaannya untuk memegang jawatan tertinggi itu.
Sebelum ini, beliau tumt dilanda krisis de­ngan agensi risikan negara, hubungan dingin dengan media selepas jutawan hartanah itu dikatakan terlalu ‘selesa’ dengan Rusia dan tindakannya mengabaikan standard etika kon- vensional bagi seorang presiden.
China tumt beri amaran keras kepada be­liau tentang pembahan dasar berkaitan Taiwan dan Mexico juga mengancam tindakbalas jika Trump mengenakan cukai sempadan.
John Lewis menjadi salah seorang anggota Demokrat yang paling menonjol mempersoalkan legitimasi Trump sebagai presiden.
Bagi mana-mana presiden baharu, timbunan kontroversi dan krisis seakan bencana awal politik untuk Rumah Putih.
Namun, Trump dengan lantang menepis tuduhan dan kontroversi yang biasanya mampu melemahkan semangat ahli politik biasa.
Beliau nampaknya telah dipilih un­tuk menggoncang konvensyen yang telah membina seluruh jawatan presiden selama lebih dua abad selain memberi tamparan hebat kepada mana-mana pihak yang berpendapat Trump tidak mempunyai ciri se­bagai presiden.
Menghasut kekacauan telah menjadi kunci kepada karier politiknya malah ia membantu kemenangannya, namun Trump di­lihat seperti tiada sebarang rancangan untuk menukar taktik di Rumah Putih.
"Trump mencipta semula jawatan presi­den moden. Hanya masa akan tentukan sama ada beliau berjaya atau tidak.
“Kita tahu ukuran kejayaan seorang pemimpin itu tidak pernah berubah kerana ia masih melibatkan pendapat umum, ekonomi kukuh dan sokongan rakyat serta dunia," kata ahli sejarah presiden CNN, Timothy Naftali.

Ramai masih ragu-ragu
Seminggu sebelum pelantikan rasmi be­liau, sokongan ke atasnya sebanyak44 peratus manakala Obama memperoleh 83 peratus, GeoigeWBush61 peratus dan Bill Clinton 68 peratus dalam tempoh yang sama.
Tinjauan Pew Research mendapati 39 pe­ratus rakyat AS yakin dengan cara jutawan hartanah itu menggariskan dasar beliau.
Minggu lalu, kaji selidik dilakukan Quinnipiac juga menunjukkan sokongan ke atas Trump hanya 37 peratus.
“Sokongan rendah seperti itu bakal menjadi krisis yang besar bagi mana-mana presi­den. Keputusan Quinnipiac itu menunjukkan penurunan keyakinan terhadap Trump.
"Terdapat penurunan yang sama dalam pandangan terhadap kejujurannya, kemahiran kepimpinan dan keupayaan untuk satukan negara," menurut The Washington Post Kegagalannya meraih sokongan mengambil dimensi yang berbeza dan tiada tempoh 'bulan madu’ untuk pemimpin tersebut Menurut tinjauan Gallup pula, 50 pe­ratus ragu-ragu sama ada beliau mampu mengendalikan kuasa tentera dengan bijak, krisis antarabangsa dan kebolehannya untukmengelakkan skandal di bawah pentadbirannya.
Beliau dilihat mampu untuk menangani isu ekonomi dan mempertahankan kepentingan AS diluar negara, namun sokongan ke atasnya masih jauh ketinggalan berbandingbeberapa pendahulunya.
Naib Presiden, Mike Pence pula berpendapat Trump mempunyai mandat walaupun Demokrat mendakwa beliau kehilangan undi popular selain mempersoalkan legitimasi kemenangan mengejut beliau yang menewaskan pesaingnya, Hillary Clinton.
Pada masa ini, penduduk di seluruh dunia masih tertanya-tanyaapaperubahan yang akan beliau lakukan dan kesannya.
Ketika kempen pilihan raya, Trump sebenamya gagal untuk meraih undi popular.
Clinton mendahului kira-kira tiga juta undi popular berbanding pesaingnya.
Walaupun undi popular tidak menentukan keputusan pilihan raya, ‘kekalahan’ itu masih Uabiliti yang serius.
Tempoh awal penggal pertama pemerintahan adalah peluang terbaik kepada Trump untuk meraih keyakinan semua pihak seperti dilakukan Obama menerusi pakej rangsangan ekonomi pada 2009.
Dalam keadaan politik semasa, presiden perlukan sokongan lebih 55 peratus dan sedikit tuah dalam sembilan bulan pertama.
Walaupun Republikan menguasai Kongres ia tidak bermaksud kerajaan bersatu itu akan berjalan lancar memandangkan terdapat perbezaan pendapat di dalam Kabinet yang dipilih oleh beliau sendiri.
Namun, Prof George Edwards di Texas A&M University berpendapat sokongan ren­dah itu bukan satu mandat.
"Dengan ketiadaan majoriti besar dalam Kongres, menggubal perubahan besar dasar awam biasanya perlukan sokongan awam.
"Trump bermula dengan kedudukan yang lemah dan peluang kecil untuk mengubah situasi itu kerana sifat dan pandangan awam. Ronald Reagan, Bill Clinton, Geroge W Bush dan Barack Obama gagal berbuat demikian. Trump juga tidak terkecuali,” katanya.
Kongres, menggubal perubahan besar dasar awam biasanya perlukan sokongan awam.
"Trump bermula dengan kedudukan yang lemah dan peluang kecil untuk mengubah situasi itu kerana sifat dari pandangan awam. Ronald Reagan, Bill Clinton, Geroge W Bush dan Barack Obama gagal berbuat demikian. Trump juga tidak terkecuali,” katanya.
Berisiko dipecat
Seorang pakar dalam politik AS percaya Trump tidak akan dapat menamatkan penggal pertama pemerintahannya.
Menerusi wawancara bersama The Independent, Prof Angelia Wilson diUniversiti Manchester mendakwa pelbagai skandal yang menghimpit pemimpin itu sejak kempennya bermula telah menjadikannya ‘liabiliti’ dan ‘memalukan’ Republikan, sekaligus menyebabkan Trump terdedah untuk dipecat dalam tempoh dua tahun.
"Saya percaya beliau akan dipecat dalam 12 hingga 18 bulan pertama. Ia mungkin ber- punca dari dasar atau 'hubungan eramya’ de­ngan Rusia. Pemimpin tentera pasti persoalkan usahaTrump mahu wujudkan ‘hubungan istimewa’ dengan Putin,” katanya.
Seorang Prof Sains Politik, Terrence Casey berkata, pemecatan tak mungkin berlaku ke­rana Republikan akan beri peluang kepada Trump.
"Trump akan menjadi presiden selama empat tahun melainkan jika beliau memutuskan untuk berundur atau dipecat.
Sementara itu, penggodam dan akdvis kolektif, Anonymous memberi amaran kepada Trump bahawa beliau akan 'menyesal' untuk tempoh empat tahun akan datang.
Kumpulan terbabit membuat ancaman itu sebagai respons terhadap tweet Trump mempersendakan Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), John Brennan kerana mengeluarkan berita palsu berhubung pendedahan bekas perisik Britain yang mendakwa Rusia mempunyai maklumatyang mungkin boleh digunakan untuk memeras ugutnya.
Anonymous berikrar akan mendedahkan bukti tersebut yang ada kaitan dengan Moscow.
Ketika kempen pilihan raya lalu, Anonymous mengancam untuk mendedahkan pendirian Trump adalah semata-mata 'ketamakan peribadi dan kuasa', namun penggodam Rusia didakwa
bertindak pantas mendedahkan emel Jawatankuasa Demokrat Kebangsaan (DNC) hingga membawa kepada kekalahan Clinton.
Nasib orang Islam
Kira-kira 90 pertubuhan termasuk agama, sokongan dan hak awam menggesa Kongres untuk menyokong prinsip teras Pindaan Pertama dan kebebasan beragama di AS dengan mengecam retorik anti-Islam serta cadangan dasamya.
Menerusi surat terbuka dihantar pada awal minggu lalu, kumpulan terbabit mendakwa retorik anti-Islam digunakan secara meluas ke­tika kempen pilihan raya lalu hingga menyebabkan jenayah kebencian ke atas orang Islam meningkat.
"Mewujudkan dasar anti-Islam seperti memaksa golongan itu mendaftar pada skala kebangsa­an adalah melangkaui prinsip ke­bebasan beragama dan bersuara. Perbincangan tentang pendaftaran berdasarkan agama sememangnya amat memalukan.
"Kebebasan agama bermakna orang Islam ada hak yang sama termasuk memberi pandangan mereka di khalayak umum seperti agama lain," jelas kandungan surat itu.
Nasib orang Islam AS apabila berada di bawah pentadbiran Trump kembali menjadi tanda tanya selepas beliau sebelum ini sering menggunakan retorik anti-Islam dalam kempennya.
Ketika berkempen, Trump de­ngan angkuh berkata orang Mam perlu mendaftar di dalam sistem pangkalan data selain menggesa larangan sementara dikenakan ke atas orang lslam dari Negara luar yang mahu memasuki Washington.
Selepas berdepan kecaman banyak pihak, jutawan hartanah itu cuba meredakan ketegangan de­ngan mencadangkan larangan di­kenakan ke atas mereka yang berasal dari negara ada kaitan keganasan.
Namun, Duta AS ke PBB, Nikki Haley menolak sebarang cadangan berkaitan pendaftaran imigran atau orang Islam di Washington.

9 dasar luar yang perlu dihadapi pentadbiran Trump
Daesh
Trump telah berjanji kempen lebih berkesan untuk memerangi kumpulan militan Daesh, namun masih tidak jelas langkah baharu yang akan diambil oleh beliau tanpa menyebabkan kesan berbahaya atau jumlah korban orang avvani lebih tinggi.
Perang di Afghanistan
Pendekatan berdiam diri Trump terhadap isu Kabul mencetuskan persoalan tentang bagaimana AS akan meneruskan misinya bagi menghalang keganasan yang didalangi pejuang Taliban di negara itu.
Senjata nuklear Korea Utara
Akhir tahu lalu, AS mengenakan sekatan antarabangsa ke atas Pyongyang atas tindakannya melakukan siri ujian nuklear. Adakah Korea Utara akan meningkatkan lagi provokasinya selepas Trump mengambil alih Rumah Putih?
Konflik Ukraine
Kiev bimbang hubungan erat Trump dengan Rusia yang menyokong puak pemisah di wilayah timur akan memburukkan lagi krisis di negara itu.
China dan perdagangan
Trump bakal menghadapi peningkatan kuasa serantau yang akan mencabar kuasa ketenteraan dan ekonomi AS di rantau Pasifik. Trump pemah membangkitkan kemarahan Beijing apabila beliau mempersoalkan Dasar Sam China.
Pakatan Eropah
Kenyataan lantang Trump terhadap pelbagai isu termasuk perubahan iklim, kebebasan akhbar dan kedaulatan undang-undang mengundang rasa tidak senang banyak pihak. Keputusan tinjauan menunjukkan hanya 15 perams yakin dengan kepimpinannya berbanding 85 peratus yang diperoleh Obama.
Perjanjian nuklear Iran
Pentadbiran Trump mungkin lebih konfrontasi dengan Teheran berbanding Obama. Trump dilihat bakal mengguna pakai dasar toleransi sifar. Kongres juga mungkin akan meluluskan sekatan baharu terhadap isu bukan nuklear seperti pencabulan hak asasi manusia, ujian peluru berpandu dan menyokong keganasan.
Israel dan Palestin
Trump berjanji untuk melakukan perubahan besar dalam dasar AS teihadap Israel dan Palestin. Ia turut berikrar untuk memindahkan Kedutaan AS di Tel Aviv ke Baitulmaqdis hingga mencetuskan kemarahan banyak pihak kerana mengancam penyelesaian dua negara yang merupakan satu-satunya jalan perdamaian di wilavah terbabit
Hubungan diplomatik dengan Mexico
Kelantangannya ketika beixempen telah menyinggung perasaan migran dari Mexico terutamanya apabila mereka sewenang-wenangnya digelar sebagai perogol dan penjenayah. Trump turut mengumumkan rancangan kontroversi untuk membina tembok di sempadan, menghantar pulang jutaan pendatang dan menghukum pengeksport AS yang melabur di negara terbabit Pemimpin terbabit perlu mengambil langkah segera untuk menjemihkan semula.

Bacaan Tambahan
 “SAYA sentiasa sokong Donald Trump kerana saya tahu apa yang akan dan boleh beliau lakukan untuk AS. Beliau sayangkan rakyat negara ini dan akan menolong mereka.” – Melania Trump.
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Seorang wanita rakyat Malaysia boleh dianggap bertuah kerana berpeluang menjadi tetamu pada majlis angkat sumpah Donald Trump sebagai presiden ke-45 Amerika Syarikat di Capitol Hill, Washington DC pada Jumaat.
 “SAYA sentiasa sokong Donald Trump kerana saya tahu apa yang akan dan boleh beliau lakukan untuk AS. Beliau sayangkan rakyat negara ini dan akan menolong mereka.” – Melania Trump.
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Ucapan perasmian Presiden, Donald J Trump didakwa diadaptasi daripada filem blockbuster terkenal, 'The Dark Knight Rises', lapor Huffington Post.
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Sebaik sahaja mengambil alih jawatan hari ini, Presiden baharu Amerika Syarikat (AS), Donald J. Trump menetapkan perang terhadap pengganas sebagai dasar luar utama beliau sebagai pemimpin baharu negara itu.
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Donald J. Trump mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-45 semalam, bermulanya era baru di dalam arena pemerintahan politik bagi membentuk semula negara itu lapor NYPost.
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Ratusan penunjuk perasaan anti-Trump mengadakan perhimpunan di Washington DC untuk menyelar dasar kontroversi presiden baharu Amerika Syarikat (AS) ke-45 dan berikrar mengganggu majlis pelantikan hari ini.