Sumber: SinarHarian/Global/Ahad, 22 januari 2016
Peralihan kuasa daripada pentadbiran
Barack Obama itu dilihat sebagai paling huru-hara dalam sejarah moden yang
menetapkan tempoh perubahan dramatik, partisan acrimony dan keputusan tidak
dijangka.
Donald Trump, 70, mengambil alih kuasa
dengan sokongan jauh lebih rendah berbanding pendahulunya dengan majoriti rakyat
AS ragu-ragu dengan keupayaannya untuk memegang jawatan tertinggi itu.
Sebelum ini, beliau tumt dilanda krisis dengan
agensi risikan negara, hubungan dingin dengan media selepas jutawan hartanah
itu dikatakan terlalu ‘selesa’ dengan Rusia dan tindakannya mengabaikan
standard etika kon- vensional bagi seorang presiden.
China tumt beri amaran keras kepada beliau
tentang pembahan dasar berkaitan Taiwan dan Mexico juga mengancam tindakbalas jika
Trump mengenakan cukai sempadan.
John Lewis menjadi salah seorang anggota
Demokrat yang paling menonjol mempersoalkan legitimasi Trump sebagai presiden.
Bagi mana-mana presiden baharu, timbunan
kontroversi dan krisis seakan bencana awal politik untuk Rumah Putih.
Namun, Trump dengan lantang menepis tuduhan
dan kontroversi yang biasanya mampu melemahkan semangat ahli politik biasa.
Beliau nampaknya telah dipilih untuk
menggoncang konvensyen yang telah membina seluruh jawatan presiden selama lebih
dua abad selain memberi tamparan hebat kepada mana-mana pihak yang berpendapat
Trump tidak mempunyai ciri sebagai presiden.
Menghasut kekacauan telah menjadi kunci
kepada karier politiknya malah ia membantu kemenangannya, namun Trump dilihat
seperti tiada sebarang rancangan untuk menukar taktik di Rumah Putih.
"Trump mencipta semula jawatan presiden
moden. Hanya masa akan tentukan sama ada beliau berjaya atau tidak.
“Kita tahu ukuran kejayaan seorang pemimpin
itu tidak pernah berubah kerana ia masih melibatkan pendapat umum, ekonomi
kukuh dan sokongan rakyat serta dunia," kata ahli sejarah presiden CNN,
Timothy Naftali.
Seminggu sebelum pelantikan rasmi beliau,
sokongan ke atasnya sebanyak44 peratus manakala Obama memperoleh 83 peratus,
GeoigeWBush61 peratus dan Bill Clinton 68 peratus dalam tempoh yang sama.
Tinjauan Pew Research mendapati 39 peratus
rakyat AS yakin dengan cara jutawan hartanah itu menggariskan dasar beliau.
Minggu lalu, kaji selidik dilakukan
Quinnipiac juga menunjukkan sokongan ke atas Trump hanya 37 peratus.
“Sokongan rendah seperti itu bakal menjadi
krisis yang besar bagi mana-mana presiden. Keputusan Quinnipiac itu
menunjukkan penurunan keyakinan terhadap Trump.
"Terdapat penurunan yang sama dalam
pandangan terhadap kejujurannya, kemahiran kepimpinan dan keupayaan untuk
satukan negara," menurut The Washington Post Kegagalannya meraih sokongan
mengambil dimensi yang berbeza dan tiada tempoh 'bulan madu’ untuk pemimpin
tersebut Menurut tinjauan Gallup pula, 50 peratus ragu-ragu sama ada beliau
mampu mengendalikan kuasa tentera dengan bijak, krisis antarabangsa dan kebolehannya
untukmengelakkan skandal di bawah pentadbirannya.
Beliau dilihat mampu untuk menangani isu
ekonomi dan mempertahankan kepentingan AS diluar negara, namun sokongan ke atasnya
masih jauh ketinggalan berbandingbeberapa pendahulunya.
Naib Presiden, Mike Pence pula berpendapat
Trump mempunyai mandat walaupun Demokrat mendakwa beliau kehilangan undi
popular selain mempersoalkan legitimasi kemenangan mengejut beliau yang menewaskan
pesaingnya, Hillary Clinton.
Pada masa ini, penduduk di seluruh dunia
masih tertanya-tanyaapaperubahan yang akan beliau lakukan dan kesannya.
Ketika kempen pilihan raya, Trump sebenamya
gagal untuk meraih undi popular.
Clinton mendahului kira-kira tiga juta undi
popular berbanding pesaingnya.
Walaupun undi popular tidak menentukan
keputusan pilihan raya, ‘kekalahan’ itu masih Uabiliti yang serius.
Tempoh awal penggal pertama pemerintahan
adalah peluang terbaik kepada Trump untuk meraih keyakinan semua pihak seperti
dilakukan Obama menerusi pakej rangsangan ekonomi pada 2009.
Dalam keadaan politik semasa, presiden perlukan
sokongan lebih 55 peratus dan sedikit tuah dalam sembilan bulan pertama.
Walaupun Republikan menguasai Kongres ia
tidak bermaksud kerajaan bersatu itu akan berjalan lancar memandangkan terdapat
perbezaan pendapat di dalam Kabinet yang dipilih oleh beliau sendiri.
Namun, Prof George Edwards di Texas
A&M University berpendapat sokongan rendah itu bukan satu mandat.
"Dengan ketiadaan majoriti besar
dalam Kongres, menggubal perubahan besar dasar awam biasanya perlukan sokongan
awam.
"Trump bermula dengan kedudukan yang
lemah dan peluang kecil untuk mengubah situasi itu kerana sifat dan pandangan
awam. Ronald Reagan, Bill Clinton, Geroge W Bush dan Barack Obama gagal berbuat
demikian. Trump juga tidak terkecuali,” katanya.
Kongres, menggubal perubahan besar dasar
awam biasanya perlukan sokongan awam.
"Trump bermula dengan kedudukan yang
lemah dan peluang kecil untuk mengubah situasi itu kerana sifat dari pandangan
awam. Ronald Reagan, Bill Clinton, Geroge W Bush dan Barack Obama gagal berbuat
demikian. Trump juga tidak terkecuali,” katanya.
Berisiko dipecat
Seorang pakar dalam politik AS percaya
Trump tidak akan dapat menamatkan penggal pertama pemerintahannya.
Menerusi wawancara bersama The
Independent, Prof Angelia Wilson diUniversiti Manchester mendakwa pelbagai skandal
yang menghimpit pemimpin itu sejak kempennya bermula telah menjadikannya
‘liabiliti’ dan ‘memalukan’ Republikan, sekaligus menyebabkan Trump terdedah
untuk dipecat dalam tempoh dua tahun.
"Saya percaya beliau akan dipecat
dalam 12 hingga 18 bulan pertama. Ia mungkin ber- punca dari dasar atau
'hubungan eramya’ dengan Rusia. Pemimpin tentera pasti persoalkan usahaTrump
mahu wujudkan ‘hubungan istimewa’ dengan Putin,” katanya.
Seorang Prof Sains Politik, Terrence Casey
berkata, pemecatan tak mungkin berlaku kerana Republikan akan beri peluang
kepada Trump.
"Trump akan menjadi presiden selama
empat tahun melainkan jika beliau memutuskan untuk berundur atau dipecat.
Sementara itu, penggodam dan akdvis
kolektif, Anonymous memberi amaran kepada Trump bahawa beliau akan 'menyesal'
untuk tempoh empat tahun akan datang.
Kumpulan terbabit membuat ancaman itu
sebagai respons terhadap tweet Trump mempersendakan Pengarah Agensi Perisikan
Pusat (CIA), John Brennan kerana mengeluarkan berita palsu berhubung pendedahan
bekas perisik Britain yang mendakwa Rusia mempunyai maklumatyang mungkin boleh
digunakan untuk memeras ugutnya.
Anonymous berikrar akan mendedahkan bukti
tersebut yang ada kaitan dengan Moscow.
Ketika kempen pilihan raya lalu, Anonymous
mengancam untuk mendedahkan pendirian Trump adalah semata-mata 'ketamakan
peribadi dan kuasa', namun penggodam Rusia didakwa
bertindak pantas mendedahkan emel
Jawatankuasa Demokrat Kebangsaan (DNC) hingga membawa kepada kekalahan Clinton.
Nasib orang Islam
Kira-kira 90 pertubuhan termasuk agama,
sokongan dan hak awam menggesa Kongres untuk menyokong prinsip teras Pindaan
Pertama dan kebebasan beragama di AS dengan mengecam retorik anti-Islam serta
cadangan dasamya.
Menerusi surat terbuka dihantar pada awal
minggu lalu, kumpulan terbabit mendakwa retorik anti-Islam digunakan secara
meluas ketika kempen pilihan raya lalu hingga menyebabkan jenayah kebencian ke
atas orang Islam meningkat.
"Mewujudkan dasar anti-Islam seperti
memaksa golongan itu mendaftar pada skala kebangsaan adalah melangkaui prinsip
kebebasan beragama dan bersuara. Perbincangan tentang pendaftaran berdasarkan
agama sememangnya amat memalukan.
"Kebebasan agama bermakna orang Islam
ada hak yang sama termasuk memberi pandangan mereka di khalayak umum seperti
agama lain," jelas kandungan surat itu.
Nasib orang Islam AS apabila berada di
bawah pentadbiran Trump kembali menjadi tanda tanya selepas beliau sebelum ini
sering menggunakan retorik anti-Islam dalam kempennya.
Ketika berkempen, Trump dengan angkuh
berkata orang Mam perlu mendaftar di dalam sistem pangkalan data selain
menggesa larangan sementara dikenakan ke atas orang lslam dari Negara luar yang
mahu memasuki Washington.
Selepas berdepan kecaman banyak pihak,
jutawan hartanah itu cuba meredakan ketegangan dengan mencadangkan larangan dikenakan
ke atas mereka yang berasal dari negara ada kaitan keganasan.
Namun, Duta AS ke PBB, Nikki Haley menolak
sebarang cadangan berkaitan pendaftaran imigran atau orang Islam di Washington.
9 dasar luar yang
perlu dihadapi pentadbiran Trump
Daesh
Trump telah berjanji kempen lebih berkesan
untuk memerangi kumpulan militan Daesh, namun masih tidak jelas langkah baharu
yang akan diambil oleh beliau tanpa menyebabkan kesan berbahaya atau jumlah
korban orang avvani lebih tinggi.
Perang di Afghanistan
Pendekatan berdiam diri Trump terhadap isu
Kabul mencetuskan persoalan tentang bagaimana AS akan meneruskan misinya bagi
menghalang keganasan yang didalangi pejuang Taliban di negara itu.
Senjata nuklear Korea Utara
Akhir tahu lalu, AS mengenakan sekatan
antarabangsa ke atas Pyongyang atas tindakannya melakukan siri ujian nuklear.
Adakah Korea Utara akan meningkatkan lagi provokasinya selepas Trump mengambil
alih Rumah Putih?
Konflik Ukraine
Kiev bimbang hubungan erat Trump dengan
Rusia yang menyokong puak pemisah di wilayah timur akan memburukkan lagi krisis
di negara itu.
China dan perdagangan
Trump bakal menghadapi peningkatan kuasa
serantau yang akan mencabar kuasa ketenteraan dan ekonomi AS di rantau Pasifik.
Trump pemah membangkitkan kemarahan Beijing apabila beliau mempersoalkan Dasar
Sam China.
Pakatan Eropah
Kenyataan lantang Trump terhadap pelbagai
isu termasuk perubahan iklim, kebebasan akhbar dan kedaulatan undang-undang
mengundang rasa tidak senang banyak pihak. Keputusan tinjauan menunjukkan hanya
15 perams yakin dengan kepimpinannya berbanding 85 peratus yang diperoleh
Obama.
Perjanjian nuklear Iran
Pentadbiran Trump mungkin lebih
konfrontasi dengan Teheran berbanding Obama. Trump dilihat bakal mengguna pakai
dasar toleransi sifar. Kongres juga mungkin akan meluluskan sekatan baharu
terhadap isu bukan nuklear seperti pencabulan hak asasi manusia, ujian peluru
berpandu dan menyokong keganasan.
Israel dan Palestin
Trump berjanji untuk melakukan perubahan
besar dalam dasar AS teihadap Israel dan Palestin. Ia turut berikrar untuk
memindahkan Kedutaan AS di Tel Aviv ke Baitulmaqdis hingga mencetuskan
kemarahan banyak pihak kerana mengancam penyelesaian dua negara yang merupakan
satu-satunya jalan perdamaian di wilavah terbabit
Hubungan diplomatik dengan Mexico
Kelantangannya ketika beixempen telah menyinggung
perasaan migran dari Mexico terutamanya apabila mereka sewenang-wenangnya
digelar sebagai perogol dan penjenayah. Trump turut mengumumkan rancangan
kontroversi untuk membina tembok di sempadan, menghantar pulang jutaan
pendatang dan menghukum pengeksport AS yang melabur di negara terbabit Pemimpin
terbabit perlu mengambil langkah segera untuk menjemihkan semula.
Bacaan
Tambahan
“SAYA
sentiasa sokong Donald Trump kerana saya tahu apa yang akan dan boleh beliau
lakukan untuk AS. Beliau sayangkan rakyat negara ini dan akan menolong mereka.”
– Melania Trump.
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Seorang wanita rakyat Malaysia
boleh dianggap bertuah kerana berpeluang menjadi tetamu pada majlis angkat
sumpah Donald Trump sebagai presiden ke-45 Amerika Syarikat di Capitol Hill,
Washington DC pada Jumaat.
“SAYA sentiasa
sokong Donald Trump kerana saya tahu apa yang akan dan boleh beliau lakukan
untuk AS. Beliau sayangkan rakyat negara ini dan akan menolong mereka.” –
Melania Trump.
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Ucapan perasmian Presiden, Donald
J Trump didakwa diadaptasi daripada filem blockbuster terkenal, 'The Dark
Knight Rises', lapor Huffington Post.
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Sebaik sahaja mengambil alih
jawatan hari ini, Presiden baharu Amerika Syarikat (AS), Donald J. Trump
menetapkan perang terhadap pengganas sebagai dasar luar utama beliau sebagai
pemimpin baharu negara itu.
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Donald J. Trump mengangkat sumpah
sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-45 semalam, bermulanya era baru di
dalam arena pemerintahan politik bagi membentuk semula negara itu lapor NYPost.
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Ratusan penunjuk perasaan
anti-Trump mengadakan perhimpunan di Washington DC untuk menyelar dasar
kontroversi presiden baharu Amerika Syarikat (AS) ke-45 dan berikrar mengganggu
majlis pelantikan hari ini.