Tidak pernah sesekali alpa hal Keselamatan
(Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak)
PERDANA Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2016 sempena Ulang tahun Rasmi Yang Di-Pertuan
Agong. Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara. BERNAMA
SEDUTAN
ucapan sembah tahniah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong oleh Perdana Menteri Datuk Seri NajibTun Razak sempena Hari
Keputeraan rasmi SPBYDPA dan Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran
Persekutuan di Istana Negara pada 4 jun 2016.
“Pada hemat patik, kita mesti menolok
mana-mana individu atau kumpulan yang sering menabur fitnah, mentohmah dan menyebarkan
propaganda, termasuklah mengamalkan politik kebencian sehingga tergamak
memecah-belahkan masyarakat dan melanggar Perlembagaan.”
PADA pagi nan indah lagi saadah ini, dalam suasana majlis yang penuh penghormatan, dengan
segala takzimnya, patik mewakili pihak kerajaan, anggota pasukan keselamatan,
para penjawat awam dan seluruh rakyat Malaysia sekalian.memanjatkan rasa syukur
ke hadrat Allah Hu Ta’ala, seraya mengangkat setinggi-tinggi sembah tahniah
kepada Tuanku sempena Ulang Tahun Keputeraan rasmi ini.
Sesungguhnya, masa bergerak dengan begitu pantas,
ulang tahun Tuanku yang kita sambut dalam suasana penuh istiadat ini adalah
yang ke-5, dan merupakan tahun
terakhir bagi penggal pemerintahan kali yang kedua, selaku Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong.
Mengimbasi garis masa, ketika pertamanya dulu, Tuanku
telah menaiki takhta sebagai Ketua Negara pada tanggal 21 September 1970 hingga 20
September 1975 sebagai Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-4,
yang ketika itu Tuanku berusia 43
tahun. Segak dan tampan orangnya.
Kemudiannya, takdir menetapkan bahawa, Tuanku mencipta
sejarah dengan dilantik sekali lagi, menjadi Seri Paduka Baginda.Yang
di-Pertuan Agong ke-14, sesudah lebih empat dekad berlalu.berkuatkuasa pada
tarikh 13 Disember 2011 pada usia 84 tahun, dan ditabal
dengan penuh istiadat pada 11 April 2012.
Untuk pengetahuan sekalian, Malaysia merupakan antara 43 negara di dunia, yang mana sistem
monarkinya masih diiktiraf. Malah keunikan kita, adalah di mana, Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong dipilih secara bergilir daripada kalangan
sembilan Raja- Raja Melayu.
Inilah cerminan kebijaksanaan pentadbiran bapa-bapa
pengasas pertiwi tercinta, yang bertali arus lagi sambung menyambung semenjak
dahulu sampailah kini, dalam mengadun dan menenun fabrik warisan lampau serta
keperluan masa depan demi mencipta kestabilan nasional.
Hasilnya, lahirlah sistem Raja Berperlembagaan dan
Demokrasi Berparlimen yang berteraskan falsafah Persekutuan serta prinsip
ketertinggian Perlembagaan ini sendiri. Lalu, wujudlah sebuah ekosistem sebagai
pemangkin kepada transformasi Malaysia.
Untuk makluman ramai lagi, dalam proses ini, kita
berasa bertuah dan bersyukur kerana dikumiakan seorang Raja yang sangat
berpengalaman dan telah menyaksikan perjalanan Malaysia dalam pelbagai kapasiti
diri Baginda, terutamanya sebagai seorang anak Raja, Raja Muda,
Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah dan
tentunya dua kali di singgahsana sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong.
Apatah lagi, dalam perjalanan tawarikh semasa, kita
mensyukuri bahawa Tuanku adalah Raja kedua paling lama sedang bertakhta di
dunia yakni selama 58 tahun.
Jika dirujuk, di negara Thailand, Rajanya pula kini
mencecah pemerintahan yang ke-70 tahun.
Menyingkap sudut ini juga, bagi diri patik secara
peribadi dan di atas kapasiti rasmi sebagai seorang pemimpin, tiada kalimah
yang dapat menyatakan rasa bertuah dan berbangga kerana Tuanku telah menaungi
dua era pemerintahan, yakni di zaman bapa patik Allahyarham Tun Abdul Razak
serta kini dalam tempoh kepimpinan patik pula menjadi Perdana Menteri.
Sememangnyalah, tidak ada hal yang lebih mustahak
sebagai landasan pembikinan sesebuah negara melainkan terwujudnya keamanan
serta keselamatan.
Dalam perkara ini, bak titah Tuanku, marilah kita
sama-sama merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas pengorbanan para
perajurit dan anggota keselamatan.
Atas sebab itulah, kerajaan Tuanku yang ada pada hari
ini, tidak pernah sesekali alpa terhadap hal-hal keselamatan. Begitu juga
dengan tragedi-tragedi serangan, pencerobohan mahupun tuntutan yang boleh
mengganggu-gugat kedaulatan negara.
Bercakap tentang hal ini, baru-baru ini, pada lawatan
rasmi ke negeri Sabah, pihak Kerajaan Tuanku dengan tegasnya membuat kenyataan
berhubung tuntutan terhadap Sabah bahawa perkara ini, dari segi undang-undang
antarabangsa, adalah sangat jelas, dan tiada sesiapa pun boleh persoalkan lagi
bahawa Sabah adalah dalam Malaysia dan perkara ini dianggap sebagai non-issue.
Bahkan, melalui pungutan suara oleh Suruhanjaya
Cobbold dan diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu serta masyarakat
dunia, Sabah, Negeri di Bawah Bayu, telah merdeka pada 16 September 1963 di
dalam Malaysia.
Sebab itu, setelah berlakunya insiden pencerobohan di
Lahad Datu pada Februari 2013, Kerajaan Tuanku tidak berlengah-lengah lagi
untuk menubuhkan ESSCOM dan Zon Selamat Timur Sabah atj ESSZONE dengan
tujuan untuk meningkatkan lagi keselamatan daripada ancaman khususnya musuh
dari luar.
Pucuk pangkalnya, Kerajaan Tuanku berikrar akan terus
mempertahankan kedaulatan dai kemerdekaan serta setiap inci kawasan dan
perairan negara, bukan sahaja di bumi Sabah, bahkan di seluruh pelosok tanah
air, sampai bila-bila.
Perkara kedua yang Tuanku telah saksikan sendiri
selama hampir enam dekad, perpaduan yang erat antara rakyat Tuanku yang terdiri
daripada ratusan suk etnik, kaum dan bangsa, menjadi formula berazimat dalam menjar
kerukunan serta selama ini sebaj aset dalam melonjak kejayaan da kemajuan
negara.
Berhubung ehwal ini, sekalipi kerajaan berdepan dengan
pelbagai dugaan dan cabaran, ketidaktentuan ekonomi global dan juga asakan politik
dalaman, Kerajaan Tuanku memilih untuk berjiwa besar, berdiri tegak dan terus
mara melangkah memacu kejayaan.
Sebab itu, pada hemat patik, kita mesti menolak
mana-mana individu atau kumpulan yang sering menabur fitnah, mentohrr dan
menyebarkan propaganda, termasuklah mengamalkan politik kebencian sehingga
tergamak memecah-belahkan masyarakat dan melanggar Perlembagaan.
Dalam perkara ini hendaklah diingat, bahawa tidak ada
sesiapa yang berhak membuat sesuatu sesuka hati, kerana Malaysia adalah sebuah
negara yang merdeka, berdaulat dan mempunyai rule of law serta ketetapan
undang-undang seperti yang temaktub dalam Perlembagaan.
Kendati itu, Alhamdulillah, sekalipun terus cuba
dicabar dan difitnah melalui pelbagai penjuru oleh segelintir pihak yang tidak
bertanggungjawab, atas kehendak Allah jua, Kerajaan Barisan Nasional telah
menempa a momentous win pabila pada 7 Mei 2016 yang lalu, telah berjaya memperolehi kemenangan besar
yang sangat signifikan dalam Pitthan Raya Negeri Sarawak Ke-ll.
Kerajaan Barisan Nasional telah memperolehi sebanyak
72 kerusi, sekali gus mengekalkan 2/3 majoriti,
daripada 82 kerusi yang
dipertandingkan.
Sesungguhnya, mandat kejayaan ini mencerminkan
keyakinan dan kepercayaan rakyat Sarawak terhadap kepimpinan Kerajaan Barisan
Nasional di bawah pemerintahan Tuanku.
Dalam pada itu, tidak dilupakan rakaman ucapan takziah
dan belasungkawa khususnya kepada mangsa dan keluarga mangsa nahas helikopter
yang terhempas di Batang Lupar, Sarawak pada 5 Mei 2016 bersamaan hari Khamis lalu, yang melibatkan
Allahyarham-Allahyarham, YB Datuk Noriah
Kasnon bersama suaminya Asmuni Abdullah, Datuk Wan
Mohammad Khair-il, Encik Ahmad Sobri dan mendiang-mendiang Datuk Dr. Sundaran
Annamalai serta Kapten Rudolf Rex Regas.
Seterusnya, merujuk kepada perjalanan negara dari
sudut ekonomi, bertarikh 26 April 20l6 yang lalu, patik bagi pihak Kerajaan
Tuanku telah mempersembahkankepada rakyat Malaysia, Laporan Tahunan Program
Transformasi Kerajaan atau GTP dan Program Transformasi Ekonomi atau ETP, yang
kini dikenali sebagai Program Transformasi Negara atau NTP, bernaung di bawah
Dasar Transformasi Nasional, demi mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah
negara maju, High Income Advanced Economy.
Patik telah melaporkan antaranya lima petunjuk utama
pencapaian GTP dan ETP sepanjang enam tahun lalu bermula dari tahun 2009 iaitu,
Pertama,
Keluaran Dalam Negeri Kasar atau KDNK, Kedua, Disiplin
Fiskal, Ketiga, Pendapatan Negara Kasar Per Kapita, Keempat, Lebihan Dagangan
dan Kelima, hakikatnya, segala apa yang telah dicapai oleh Malaysia melalui
usaha tanpa jemu oleh Kerajaan Tuanku, bukanlah sesuatu yang secara wenangnya
dapat dinafikan oleh sesiapa kerana, semuanya telah mendapat pengiktirafan oleh
pihak-pihak pemiawai yang berwibawa di peringkat antarabangsa, sekali gus
diabsahkan oleh juruaudit-juruaudit yang bertauliah.
Contohnya.KDNK mencatat pertumbuhan purata 5.6 peratus
sejak 2010.
Selanjutnya, negara kini berada di tangga ke-9, sebagai satu-satunya negara emerging
market yang tersenarai dalam top-10,
bagi Financial Market Development oleh World Economic Forum Global
Competitiveness Ranking 2015-2016.
Lagi, sungguhpun berdepan dengan situasi ekonomi
semasa dan kesuraman ekonomi global, melalui laporan yang dikeluarkan oleh Bank
Negara, syukur Alhamdulillah, KDNK pada suku pertama tahun ini, tetap berjaya
mencatat perkembangan sebanyak 4.2 peratus.
Selanjutnya, baru-baru ini, pada 17 Mei 2016, sewaktu
menyampaikan syarahan pada Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global-Khazanah
di London, patik telah memaklumkan bahawa, termutakhir, Indeks Daya Saing
Pembuatan Global yang diterbitkan Deloitte, telah menempatkan Malaysia di
tangga ke-17 dalam kalangan 40
negara terkemuka dan meramalkan Malaysia bakal melonjak kekedudukan 13
menjelang tahun 2020.
Berbalik kepada usaha berterusan oleh Kerajaan Tuanku bagi menangani kos
sara hidup rakyat, sebagaimana direncanakan melalui RMK-11, terkini, bagi tahun 2016 ini pula, patik ingin menyembah
maklum bahawa kerajaan mensasarkan untuk membina 100 ribu unit rumah mampu milik di bawah projek Perumahan Penjawat
Awam 1Malaysia atau PPA1M.
Setakat ini sahaja, sehingga Mei lalu, sebanyak 82,012
unit PPA1M telah diluluskan dan pada bulan ini pula, sebanyak 24 ribu lagi unit
PPAiM akan dilaksanakan di seluruh negara.
Di samping itu, Malaysia sebagai sebuah negara Islam
yang progresif dan dinamik akan terus menjunjung tinggi syiar Islam yang sejati
dengan sentiasa berpegang kepada prinsip wasatiyah atau kesederhanaan, yakni
tidak terlalu ekstrem, mahupun sangat liberal, dalam sebarang pendekatan dan
pengamalannya.
Sebagai khulasahnya, pada hemah dan pemerhatian bukan
sahaja patik selaku Mamanda Perdana Menteri, bahkan kepada ramai pihak, Tuanku
adalah seorang Raja yang begitu dihormati.
Apa yang pasti, tercatat sudah dalam lembaran sejarah
bahawa Tuanku merupakan Raja Melayu Islam yang paling lama masih bertakhta di
dunia, bertali temali sejak sekitar seribu tahun lampau. Tentunya realiti ini
menjadi kebanggaan, kemegahan dan kesyukuran.
Demikianlah sahaja persembahan ucapan patik. Pada
kesempatan ini, sekali lagi patik yang mewakili pihak pentadbiran dan rakyat
Malaysia seluruhnya, menzahirkan rasa bangga serta betapa bertuahnya dapat
hidup rukun dan sejahtera dalam sebuah negara majmuk bernama Malaysia, yang
dinaungi oleh Tuanku.
Ampun Tuanku Seri Paduka,
Sembah Takzim Menjunjung Tinggi,
Semoga Karar di atas Takhta,
Doa Rakyat Setulus Hati.
Akhirul kalam, di akhir bulan Syaaban, bersempena pula
ketibaan bulan Ramadan Al- Mubarak dalam sehari dua ini, kepada semua umat
Islam, sama abadi Malaysia mahupun di seluruh dunia, diucapkan selamat
menunaikan ibadah puasa.
Mengambil pengajaran apabila tibanya bulan mulia lagi
penuh keberkatan ini, patik sesungguhnya berdoa dengan penuh pengharapan,
semoga Allah mengekalkan Malaysia dalam damai dan sentosa, di mana seluruh
rakyatnya hidup dalam kerukunan, dijauh mara bahaya, supaya negara maju jaya
aman sejahtera, sampai bila-bila jua.
Rujukan/sumber: Migguan Malaysia/5 Jun 2016/Ms 9/Ulang
tahun Hari Keputeraaan Yang Di-Pertuan Agong
Usah Terjebak Dengan Ideologi Songsang
(Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong)
TITAH Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV Atonu'tasbnu Billahi
Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan dan
Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran sempena Hari Keputeraan Rasmi Baginda di
Istana Negara pada 4 Jun 2016.
“Beta
dan Raja Permaisuri Agong juga berdoa agar kerajaan dan rakyat akan terus
mendukung cita-cita kita untuk menjadi negara maju yang beretika dan bermoral tinggi.
Marilah kita sama-sama pastikan bahawa negara yang majmuk ini terus maju dan
aman makmur. Dengan ikatan perpaduan yang kuat serta usaha gigih untuk terus
maiu.”
Alhamdulillah, setinggi-tinggi
puji- pujian ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala, kerana di atas keizinan dan
kekuasaan-Nya jua, dapatlah kita menyambut Hari Keputeraan Rasmi Beta bagi Kali
Ke-5 pada hari ini.
Di kesempatan titah ini, Beta dan Raja
Permaisuri Agong ingin merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan di atas ucapan sembah tahniah serta ikrar taat setia oleh Yang Amat
Berhonnat Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Mamanda Perdana Menteri, yang
mewakili pihak kerajaan, anggota pasukan keselamatan, penjawat-penjawat awam
dan rakyat Malaysia sekalian.
Beta berasa sukacita dengan ucapan Mamanda
Perdana Menteri sebentar tadi, yang telah menzahirkan makna tulus dan
keikhlasan, dalam tradisi menjunjung institusi Raja Berperlembagaan, yang
selama ini memayungi negara kita yang tercinta ini.
Beta juga ingin mengucapkan penghargaan
kepada Tuan Yang TerutamaManuel Antonio Guzman Hernandez yang mewakili para
Tuan Yang Terutama dan duta-duta serta Pesuruhjaya- Pesuruhjaya Tinggi Asing di
atas ucapan selamat dan tahniah yang telah dipersembahkan.
Sesungguhnya, keputeraan rasmi ini adalah
yang terakhir bagi pemerintahan kali kedua Beta, sebagai Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong, di mana kali pertama Beta bertakhta di peringkat
Persekutuan pada tahun 1970 sehingga 1975. Apa yang pasti, masa berlalu begitu
pantas. Beta bersyukur, dalam tempoh pemerintahan, Beta telah diberi kesempatan
dan kurnia oleh Allah Subhanahuwa Taala, melihat negara ini berkembang dari
satu fasa ke satu fasa.
Tambahan pula, bagi penggal pemerintahan
kali ini, bermula dari tahun 2011, dalam era pentadbiran Yang Amat
Berhormat Datuk Seri Mohd Najib sebagai Perdana Menteri, Malaysia temyata telah
berjaya menongkah arus cabaran ekonomi global dan meletakkan namanya di peta
antarabangsa dalam pelbagai pencapaian.
Beta sukacita dan mengambil maklum,
tentang laporan kejayaan Program Transformasi Negara atau NTP, yangbernaung di
bawah lembayung Dasar Transformasi Nasional atau DTN, apabila mendapati bahawa,
Petunjuk Prestasi Utama atau KPI keseluruhan bagi Program Transformasi Kerajaan
atau GTP, telah mencapai 99 peratus penyampaiannya.
Manakala KPI keseluruhan Program
Transformasi Ekonomi atau ETP pula, mencapai ill peratus, serta menerusi
Inisiatif Pembaharuan Strategik pula, 108 peratus KPI telah dicapai.
Beta mengucapkan sekalung tahniah kepada
kepimpinan kerajaan atas segala usaha dan kerja keras selama ini.
Seterusnya, dalam tempoh lima tahun
terakhir, sebagaimana yang dimaklumkan dalam laporan NTP baru-baru ini, Beta
berasa gembira dengan antaranya lima petunjuk utama pencapaian ekonomi negara
seperti yang
telah disebutkan oleh Mamanda Perdana
Menteri sebentar tadi.
Hal-hal sedemikian, telah meyakinkan Beta
bahawa kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib,
telah mencapai satu tahap prestasi yang membanggakan, sekali gus sedang memandu
Malaysia pada landasan yang betul, ke arah menjadi sebuah negara maju
berpendapatan tinggi dalam tempoh yang telah direncanakan.
Sejak kebelakangan ini, khususnya pada
awal tahun 2016, sememangnya, Beta berasa bimbang dengan pergolakan
yang sedang berlaku di pelbagai penjuru dunia dan serangan pengganas di beberapa
negara di dunia seperti Belgium, Turki, Perancis dan Indonesia.
Serangan-serangan tersebut, bukan sahaja
telah menyebabkan
kemusnahan harta benda, malah telah
mengakibatkan banyak nyawa terkorban termasuklah orang awam dan rakyat yang
tidak berdosa.
Ini disebabkan oleh angkara
kumpulan-kumpulan pengganas dan munculnya kefahaman serta ideologi yang terlalu
ekstrem dan taasub kepada kelompok sempit mereka masing-masing, di samping
telah menyimpang jauh daripada ajaran Islam yang sebenar.
Sehubungan itu, Beta menyeru kepada semua
rakyat Malaysia supaya tidak teijebak dan mudah terpengaruh dengan ideologi-
ideologi songsang, yang boleh mengakibatkan kehancuran kepada negara serta
tamadun dunia.
Beta akui, bukanlah mudah untuk rakyat
berbilang bangsa dan agama, mendiami sebuah negara dan berkongsi segalanya
dalam keadaan aman, rukun dan damai. Namun, rakyat Malaysia telah membuktikan
bahawa kepelbagaian bangsa, agama dan budaya yang kita miliki bukanlah satu
halangan dan masalah, sebaliknya adalah satu keunikan yang membina kekuatan
kita bersama. Ini amat bertepatan dengan hasrat dan cita-cita Beta untuk
melihat bukan sahaja perpaduan terus terpelihara, tetapi bertambah kukuh dan
utuh merentasi semua perkara. Rakyat Malaysia berbilang kaum perlu memanfaatkan
segala kesempatan yang ada untuk lebih bergaul, mengenali dan memahami agar
lebih menyayangi.
Di kesempatan ini, Beta melahirkan rasa
simpati dan ucapan takziah, kepada mangsa tragedi helikopter yang telah
terhempas di Batang Lupar, sewaktu tempoh kempen Pilihanraya Negeri Sarawak ke-11 berlangsung,
yang membawa enam penumpang, termasuk seorang Timbalan Menteri Perusahaan
Perladangan dan Komoditi serta Ahli Parlimen Kuala Kangsar. Beta dan Raja
Permaisuri Agong berdoa semoga roh mereka dicucuri rahmat, dan berharap agar
ahli keluarga mangsa dan sanak-saudara mereka, terus cekal serta bersabar dalam
menghadapi insiden malang ini.
Akhir titah, Beta dan Raja Permaisuri
Agong juga berdoa agar kerajaan dan rakyat akan terus mendukung cita-cita kita
untuk menjadi negara maju yang beretika dan bermoral tinggi. Marilah kita
sama-sama pastikan bahawa negara yang majmuk ini terus maju dan aman makmur.
Dengan ikatan perpaduan yang kuat serta usaha gigih untuk terus maju, Insya-
Allah kita akan diberkati Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Rujukan/sumber: Migguan Malaysia/5 Jun 2016/Ms 9/Ulang tahun Hari Keputeraaan Yang Di-Pertuan Agong
Rujukan/sumber: Migguan Malaysia/5 Jun 2016/Ms 9/Ulang tahun Hari Keputeraaan Yang Di-Pertuan Agong
BH/Interaktif/Sabtu
7 Jamuari 2017
Tahun baharu (2017) beri resolusi, harapan
dan aspirasi baharu namun jelas setiap orang mempunyai resolusi berbeza. Bagi
Yayasan lMalaysia, membina dan mengekalkan asas perpaduan kukuh adalah satu
cabaran dan azam baru yang perlu diteruskan demi masa depan negara.
Hidup berbilang kaum dalam masyarakat
adalah sebahagian sejarah dan warisan kita. Ia menjadi sumber penting dalam
integrasi kaum selama ini dan sudah pasti main peranan menjadikan Malaysia
sebuah negara harmoni untuk hidup, belajar, bekeija dan bermain.
Perpaduan adalah hadiah yang tidak temilai
dan perlu dipelihara serta dihargai semua rakyat Malaysia. Melihat kepada
senario di negara kita hari ini khususnya di Semenanjung, polarisasi kaum dan
agama masih wujud walaupun kita sudah capai lima dekad kemerdekaan.
Perpaduan nasional dan kesepaduan sosial
terletak pada keupayaan institusi pendidikan dan guru dalam menyatukan generasi
muda berbilang kaum dalam memupuk dan menerapkan prinsip Rukun Negara dalam
kehidupan mereka.
Rukun Negara diwujudkan pada 1970 bertujuan mencapai satu pe- gangan atau
pengertian asas terhadap aspirasi nasional antara kaum di Malaysia tanpa
mengira asal usul dan keturunan masing-masing bagi memupuk semangat perpaduan
masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Lima matlamat dan lima prinsip Rukun
Negara:
(1) Matlamatnya ialah mencapai perpaduan
yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
(2) memelihara cara hidup demokratik;
(3) mencipta satu masyarakat yang adil di
mana kemalanuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama;
(4) menjamin satu cara liberal terhadap
tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai corak;
(5) membina satu masyarakat progresif
yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
Prinsip Rukun Negara pula ialah
Kepercayaan Kepada Tuhan, Ke- setiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran
Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang dan Kesopanan dan Kesusilaan - satu falsafah
dan ideologi negara yang menjadi dasar kesatuan dan perpaduan bangsa serta
pedoman kepada kehidupan pelbagai kaum dan budaya negara ini.
Setiap matlamat dan prinsip Rukun Negara
yang dilafazkan di setiap perhimpunan sekolah, majlis dan program rasmi
tertentu sebenamya mempunyai maksud tersirat yang harus difahami dan dipraktikkan
oleh setiap masyarakat di Malaysia. Penghayatan terhadap Rukun Negara dilihat
semakin berkurangan terutamanya dalam kalangan generasi muda dan ini amat
membimbangkan.
Ramai rakyat tak peduli
Ramai rakyat yang tidak lagi melihat
kepentingan Rukun Negara ketika ini. Di dalam keadaan kita menuju kemajuan, ia
dilupakan sebagai salah satu alat penting yang membantu rakyat Malaysia bersatu
padu suatu ketika dulu. Ia sepatutnya bukan setakat dibaca atau dihafal sahaja
tetapi juga diamalkan di dalam kehidupan seharian kita.
Keperluan untuk memupuk perpaduan dalam
kalangan generasi
Perpaduan nasional dan kesepaduan sosial
terletak pada keupayaan institusi pendidikan dan guru dalam menyatukan generasi
muda berbilang kaum dalam memupuk dan menerapkan prinsip Rukun Negara dalam
kehidupan mereka"
muda dan meningkatkan pemahaman mereka
terhadap matlamat dan prinsip Rukun Negara amatlah bermakna jika kita ingin
menjadikan Malaysia sebuah negara bersatu-padu.
Sebagai contoh, di dalam prinsip kelima
Rukun Negara - Kesopanan dan Kesusilaan - menekankan personaliti dan tingkah
laku seseorang. Sifat individu bersopan santun dan bersusila amat penting dalam
konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum.
Penghayatan dan mempraktikkan prinsip ini
akan membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila serta menjadi
panduan kepada semua rakyat agar perilaku masyarakat sentiasa terpelihara.